Tempah rumah di syurga


Ramai kita di dunia ini bekerja kerana mahu membeli rumah idaman. Dan bagaimana pula jika mahu memperolehi rumah idaman di syurga ? Banyak juga caranya, apa yang penting, kita ikhlas, dan yakin berusaha.

- Bina masjid. 

Ada riwayat juga menyatakan binalah walau sekecil burung atau lebih kecil tetap akan Allah bina rumahnya di syurga.

“ Sesiapa yang membina masjid maka Allah ajkan membina untuknya sebuah rumah di syurga. - [ Riwayat al-Bukhari ]

- Memperbaiki perangai , elakkan lawan cakap dan melawak kosong.
“ Aku manjamin sebuah rumah di pinggiran syurga untuk orang yang meninggalkan lawan cakap sekalipun dia di pihak yang benar , dan sebuah rumah di tengah-tengah syurga bagi yang meninggalkan dusta walaupun bergurau dan sebuah rumah di kawasan tinggi syurga bagi barangsiapa yang memperbaiki akhlaknya. - [ Riwayat Abu Dawud. ]

- Reda dengan kematian anak

“ Apabila anak seorang hamba meninggal dunia, Allah berkata kepada malaikat ; kamu mencabut nyawa anak hambaku ?

Malaikat menjawab: “Ya.”

“ Kamu mencabut nyawa buah hatinya.”

“Ya.”

‘Lalu apa kata hamba-Ku itu?’

‘ Dia tetap memujimu dan mengucapka  inalillahi wa ina ilaihi rojiun  “

‘ Bina untuk hamba-Ku itu sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu baitulhamd (rumah pujian)

[ Riwayat al-Tirmizi dan Ahmad ]


- 12 rakaat solat sunat

“ Sesiapa yang solat sunat sehari semalam 12 rakaat , dibina untutknya sebuah rumah di syurga,” - [ Riwayat Muslim ]

Dalam hadis , Aisyah riwayat al Tirmizi ada perincian berkenaan 12 rakaat tersebut :

4 rakaat sebelum Zohor.
2 rakaat selepas zohor
2 rakaat selepas maghrib
2 rakaat selepas isyak
2 rakaan sebelum subuh

Jadi, jom kita berusaha untuk memiliki rumah di sana. Susah -susah di sini, senang-senang di sana. InsyaAllah.

[ Ezy Dakwah, Solusi ]



0 yang menasihati:

Sebarang pendapat , nasihat atau soalan ?

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top