Jika kita memberi kita akan menerima. Bukan sahaja perkara baik di masa akan datang, tapi kita akan tenang dan berpahala, insyaAllah. Sedekahlah walaupun satu ringgit. Jika kekurangan daripada segi kewangan, ini antara alternatif yang ada.
• Sedekah dengan hati – Niat dengan ikhlas dalam hati jika ada rezeki mahu membantu orang , jika kaya dengan ilmu atau duit di masa akan datang seperti si polan , anda akan bersedekah demikian juga . – Dengan ini anda akan mendapat pahala juga.
• Sedekah dengan lisan – Berzikir , seperti tasbih , tahmid, tahlil dan takbir. Ucapan yang baik (alhadis) – memberi salam, mengajak kearah kebaikan , berlemah lembut . Itu juga sedekah.
• Sedekah dengan perbuatan - Senyuman . Solat (sedekah untuk diri sendiri ) . Puasa sunat . Solat Dhuha. Buang halangan yang ada di jalanan . Membersihkan masjid. Mendamaikan mereka yang bergaduh . Menunjukkan jalan orang buta . Memberi minuman kepada orang memerlukan. Mmeberi pinjam wang . Mengajarkan ilmu . Menanam pokok. Dan pelbagai lagi.
Cara mudah dapat pahala beterusan :
- Mewakafkan Al-Quran
- Menyumbang sesuatu yang beri manfaat
- Melibatkan diri dalam pembinaan islam
- Membina untuk kegunaan awam
- Tanam pokok
- Berkongsi ilmu
Sekian, itu antaranya jika mahu bersedekah. Sebenarnya sedekah ini jika memberi apa saja perkara baik kepada orang lain juga dikira sedekah. Semoga amalan kita semua diterima, insyaAllah.
Jom bersedekah! :)
1 yang menasihati
Kata-kata yg sangat membina jati diri utk terus bersedekan.alhamdulillah allah bagi kesempatan utk saya membaca karya ini
ReplyDeleteUntuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.