Tak Tahu Baca Al-Quran?


Jika tak tahu baca Al-Quran;

Pandang atau peluk sahaja Al-Quran pun dah dapat pahala. (Jika berterjemahan tidak perlu mengambil wuduk terlebuh dahulu, namun seeloknya ambil sebagai adab), namun perlu berwuduk jika baca kitab Al-Quran yang tanpa terjemahan.)

Boleh dimulakan dengan mendengar bacaan (pun sunnah dan berpahala), boleh baca makna dan seterusnya belajar baca sikit-sikit. Kemudian banyak pula. Jika dah tahu nanti boleh cuba hafal pula pada masa akan datang. Mulakan surah yang pendek, kemudian yang panjang. Tak apa, cuba sedaya kita, asalkan kita cuba. Allah menilai setiap usaha kita walaubagaimanapun. Benda baik, mesti Allah bantu. Insya-Allah.
"Adapun orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan gagap, tersangkut & merasa sukar ketika membacanya, baginya dua pahala.- (Hadith Riwayat Muslim)

Seronokkan? Bukan sahaja Tuhan tidak marah, tapi dia hargai usaha kita dengan beri ganjaran lagi. Masya-Allah. Jom, mulakan membaca! Masih belum lagi terlewat.

Ini artikel dan video dari laman web lain :  Cara lancar baca Al-Quran,  7 Tips mudah hafal surah al-kahfi,  Video asas belajar Al-Quran (Iqra),  Video teknik al-baghdadi, 

Semangat, anda boleh!

Jom! Semoga dipermudahkan semuanya, insya-Allah.

*Ada tips lain boleh tambah di ruangan komen. Terima kasih.




Merdu suara dia macam Mishary Al Afasy
Merdu suara dia macam Mishary Al Afasy
Posted by Sukan Star TV on Saturday, January 2, 2016







2 yang menasihati:

  1. Install app quran dekt tab supaya senang nk baca bila naik train or tgh tggu sape2. Nk start belajar quran. InsyaAllah ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya. Insya-Allah. Terima kasih. Perkongsian yang baik. )

      Delete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top