Cara tulis resume, free template & tips temuduga (interview)



Musim konvokesyen telah bermula, maksudnya musim cari kerja juga sudah bermula! Kepada yang sudah bekerja tahniah diucapkan. Syukur! Selamat bekerja bersungguh-sungguh. Kepada yang masih tercari-cari kerja (terutama yang baru habis belajar) pastinya akan mula sibuk untuk menulis resume dan berdepan dengan banyak temuduga. Jadi di sini saya kumpulkan pautan dan perkongsian melalui beberapa laman web cara menulis serta menghantar resume dan juga menghadiri temuduga (interview). Moga bermanfaat dan selamat maju jaya!

Antara yang ada dalam artikel ini, cara tulis resume & template percuma, muat turun (download) resume template, cover letter / surat permohonan, cara atau panduan hantar email minta kerja, cara panduan menyusun sijil, tips temuduga (interview) kerja, cara jawab soalan interview & pengalaman temuduga (interview) kerja.

Cara tulis resume & template percuma

(Klik gambar untuk lebih jelas) Rujukan: Iman Abdul Rahim
Muat turun (download) resume template percuma:
Difference between CV and resume: Resume is only a brief summary of your skills and experiences. CV is more detail.
Nota: Resume yang kreatif, warna-warni dan infografik kadangkala tidak sesuai untuk mohon sesetengah pekerjaan. Kena mahir sesuaikan juga.

Format Microsoft Word:
Format Microsoft Publisher:
Cara buat resume menggunakan Microsoft Publisher : Iman Abdul Rahim

Format PSD (Photoshop):


Rujukan contoh resume pilihan:



Cover letter / Surat permohonan.

Cara atau panduan hantar email minta kerja
Twitter: @ImanAbdulRahim


Tips Menulis Email Permohonan Kerja dengan betul
  • Alamat Email anda
Pastikan anda tidak menggunakan alamat email yang kelihatan tidak profesional, antara contoh alamat email tidak profesional ialah akujejakagadis-gadis@yahoo.com Pastikan anda tukar kepada nama anda atau nama lain yang lebih profesional contohnya Ahmad98@gmail.com dan pastikan anda sentiasa boleh membuka inbox email anda.
  • Subject
Subject pastikan tepat dan padat dan pastikan anda tidak membiarkannya kosong contoh subject yang baik ialah ” Job Application for (Nama Jawatan yang dipohon).
  • Body Message
Huraikan sedikit tentang diri anda dan tujuan anda menulis email serta panduan bagaimana untuk majikan anda membaca dengan lebih lanjut tentang maklumat diri anda yang iaitu di dalam resume dan cover letter yang telah anda attach di dalam email anda.
  • Format Resume dan lain-lain dokumen
Pastikan anda menggunakan format PDF dalam semua dokumen yang anda berikan kecuali anda telah diberitahu oleh majikan untuk menggunakan format-format tertentu.
  • Elak Kesalahan Ejaan
Pastikan setiap anda membaca semua apa yang anda tulis dan semua dokumen dalam keadaan yang baik dan nama-nama dokumen tidak mengandungi sebarang kesalahan ejaan barulah anda menghantarkan permohonan anda.

Boleh juga rujuk tips dan cara berkaitan di sini: Cara ambil hati majikan (melalui emel interview)

Cara panduan menyusun sijil

PERSEDIAAN DOKUMEN
Turutan:
1. Dokumen ASAL
2. Salinan Fotostat
3. Borang Maklumat Diri Calon

- Sijil kepujian dekan diletakkan selepas transkrip
- Boleh letakkan resume (susunan yang terakhir sekali)
- Sijil koko merupakan sijil-sijil sokongan dan bukan sebagai sijil utama akademik.

Rujukan:  Cara dan panduan menyusun sijil

Tips temuduga (interview) kerja





Tips Temuduga (Blog siraplimau.com)

1. Persiapan sebelum tarikh temuduga

  • Buat kajian tentang bakal majikan anda dan bisnes mereka
  • Penampilan diri dan dokumen penting
  • Jangan terlalu stress

2. Persiapan semasa temuduga

  • Berpakaian kemas
Bagi lelaki, pilihlah untuk memakai kemeja dan seluar yang berseterika dan juga tali leher atau kot untuk lebih berketerampilan. Bagi perempuan pula, tidak perlu memakai pakaian yang berlebih-lebihan atau yang menjolok mata; cukuplah dengan kemeja dan seluar dan kot yang senang mata memandang. Juga kenakan sedikit mekap supaya kelihatan berseri.
  • Datang lebih awal ke tempat temuduga
  • Jawab soalan dengan tenang
Ingat, ini ialah tips temuduga yang sangat penting. Bila mereka nampak anda tenang dan tidak tergopoh-gapah, tentu sekali akan timbul rasa kepercayaan sedari awal.

3. Selepas temuduga

  • Follow-up
Sebaik temuduga tamat, seeloknya ucapkan terima kasih kepada penemuduga dan tanya bila anda boleh dapatkan jawapan daripada pihak mereka. Apabila tiba tarikh tersebut, anda boleh menelefon mereka untuk maklumbalas.
  • Usah berharap
Ini satu lagi tips temuduga yang penting. Usah meletakkan harapan yang terlalu tinggi pada sesuatu pekerjaan yang kita idam-idamkan. Bila terlalu tinggi harapan, hati akan berkecamuk jika tiada panggilan. Barangkali sudah tertulis, rezeki di syarikat tersebut bukan milik kita.

Pesanan:
"Nilai resume anda. Ejaan jaga. Jangan tipu dalam resume. Masa mengganggur tu, tambah ilmu; belajar mahir dengan Microsoft Office (cuba juga excel bukan setakat word), soft skills (belajar jumpa orang), cari part time supaya biasa. Bila HR call, angkat jawab. Jangan suruh call balik. Melainkan penting, minta maaf dan beritahu berapa lama masa yang awak akan ambil untuk telefon balik. Namun selalunya HR yang akan call. Cuma itu lebih baik. Masa interview bawa dokumen yang dia dah suruh. Elakkan nervous. Tenang. Nervous akan beri kesan pada gaya badan kita. Relaks. Sebelum keluar bilik, tanya mereka apa harapan pada kita kelak. Mereka suka orang bersungguh dan yang nampak mahu. Apapun jangan demand sangat dan banyakkan bersabar. Jika dapat jangan lupa bersyukur, manusia ini perantara sahaja."  - Kakak HR via IIUM Confession

Cara jawab soalan interview.

SOALAN-SOALAN YANG BIASA DITANYA (merujuk: Tips temuduga):

Tidak kiralah samada interview di dalam Bahasa Inggeris, Melayu atau Arab, soalan awal adalah :-

“PLEASE INTRODUCE YOURSELF” ATAU “SILA PERKENALKAN DIRI ANDA”

Cukup memfokuskan kepada bahagian berikut :-
  • Kelulusan & Pendidikan formal: Pendidikan Sekolah Menengah dan Universiti sahaja serta kaitan apa-apa subjek yang diambil dengan kerja yang dipohon.
  • Tempat bertugas sekarang (jika bekerja, jika tidak sebutkan pengalaman di Universiti seperti Exco persatuan dan lain-lain).
  • Pengalaman dan kemahiran yang ada dan kaitannya dengan tugas yang dipohon.
  • Saya kira, tiga point tadi sudah cukup, tidak perlu menghuraikan salasilah keluarga, nama emak, nama datuk, kahwin, anak, kampung dan lain-lain. Ia hanya menunjukkan ketidakmatangan calon.
Panel biasanya menyoal soalan ini untuk menilai tahap fokus calon dalam menjawab soalan dan kaitannya dengan kerja yang diminta. Bukan untuk berkenalan dengan calon.

- Mengapa memohon kerja ini? Berikan jawapan yang paling menyakinkan.

- SOALAN PENUTUP

Biasanya, soalan penutup panel temuduga adalah:

“DO YOU HAVE ANY QUESTION?” ATAU ” SAUDARA/I ADA APA-APA SOALAN?”

Kebanyakan calon akan mengatakan ‘Tiada soalan”
Bagi saya, ia sekali lagi satu tindakan yang kurang tepat.

Panel sebenarnya ingin menilai minda anda terhadap kerja yang dipinta. Justeru lebih baik anda bertanya, pastikan pertanyaan adalah standard dan menunjukkan anda seorang yang berpandangan jauh. Seperti tanya berkenaan masa depan syarikat, peluang karier bersama syarikat, tahap kestabilan syarikat dan lain-lain. Bagaimanapun, jika calon terlalu tidak ‘performed’ di peringkat awal temuduga, soalan-soalan besar ini mungkin tidak perlu kerana akan membosankan panel.

***

Cara-cara menjawab soalan temuduga dalam Bahasa Inggeris:

*(Klik gambar untuk lebih jelas)
Ini sekadar cadangan. Jawapan sendiri bergantung pada ayat  dan ilmu kita.

Cara jawab soalan jika temuduga beramai-ramai:

Katalah anda diberi 3 minit. Jadi dalam masa itu, cerita sahaja yang baik-baik, yang kuat-kuat, yang hebat-hebat tentang diri anda. Tidak perlu kata, "Antara kelemahan saya pula ialah..." Tak perlu sehingga anda ditanya.

Persoalannya, apa yang baik-baik, apa yang hebat-hebat tentang diri kita?
Dalam temu duga kerja, yang baik-baik dan hebat-hebat tentang diri kita perlu disertakan dengan cerita pengalaman kita. Kerana dalam cerita itu akan ada contoh yang kita ini bagus.

Terangkan tanggungjawab kita, kerana kita akan 'hebat' apabila berjaya melaksanakannya. Tidak kira sekecil apapun tanggungjawab itu.

Tanggungjawab pula hanya dapat diceritakan melalui kerja / tugasan yang pernah kita buat. Tidak kira sekecil apapun kerja itu.


Pengalaman temuduga (interview) kerja:
Laman web untuk cari kekosongan kerja:
Maukerja.my | | Walk-in interview

Apapun jangan putus asa. Kerana semua kita ada rezeki-rezekinya. Yang penting jangan takut mencuba, tak mula yang pertama, bagaimana mahu seterusnya? Jadi teruskan berusaha! Banyakkan doa. Dah dapat nanti jangan lupa bersyukur dan berterima kasih pada ibu ayah. Selamat berjuang! Moga dipermudahkan semuanya. Insya-Allah! :)




1 yang menasihati:

  1. Terima kasih kerana sudi tag laman sesawang kami di blog anda :D

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top