Isu anak sekarang: dimanjakan & mahu mengejar gred


Ada dua isu tentang anak-anak yang diperkatakan sekarang. Antara isunya, sebahagian (tidak semua) ibu bapa yang mempersoalkan denda yang dikenakan terhadap anak mereka dan juga kesan keputusan peperiksaan terhadap anak-anak akibat pengharapan yang dimahukan oleh mak ayah mereka. 

Denda: zaman dulu dan kini wajarkah dibanding?

Sungguh kita membesar pada zaman kena denda - dah besar berjaya. Atau istilah popular “berjaya jadi orang.” Lihatlah sejumlah denda kita kena dahulu, berdiri atas kerusi, kena duduk luar kelas, berjemur, jalan itik, ketuk ketampi, dicubit, tulis berulang dalam buku mahupun bersihkan tandas. Dan banyak lagi.

Namun seiring perubahan masa, kelihatan cara didikan para ibu bapa kini begitu berhati-hati. Sama ada mahu menjaga nama sendiri, tidak mahu anak melalui zaman sukar seperti mereka dahulu atau sebenarnya ditakuti kesan kasar pada anak memberi kesan lebih besar. Ya, sebab anak-anak sekarang sudah berbeza. Dengan pengaruh internet, sekeliling dan kawan yang begitu cepat, mereka memang kelihatan sedikit lebih pantas dan juga degil.

Namun berbalik pada denda & hubungan cikgu dan murid. (Perkongsian seorang ustaz)

- Boleh denda jika tak keterlaluan.Sebagai pengajaran.Sebab sayang.
- Cikgu itu yang didik anak kita, serta memberi ilmu. Kena ingat itu.
- Jangan serang terus guru yang denda, tanya, minta penjelasan. Bincang dahulu. Mungkin silapnya anak kita. Jangan percaya anak bulat-bulat. Ibu bapa kena bijak. Cari sebab.
- Anak itu amanah yang perlu dipeluk.
- Ibu bapa dan guru perlu muhasabah diri dan sederhanakan. Dekatkan diri dengan agama.
- Denda perlu lihat fleksibiliti. Ikut kesesuaian.
- Masing-masing nak mendidik. Jadi guru dan ibu bapa perlu cari jalan sama-sama dalam menentukan jalan terbaik.
Rasulullah sallallahualaihi wasallam bersabda;
لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يُجِلَّ كَبِيرَنَا، وَيَرْحَمْ صَغِيرَنَا، وَيَعْرِفْ لِعَالِمِنَا
“Tidak termasuk golongan kami orang yang tidak memuliakan yang lebih tua dan menyayangi yang lebih muda serta yang tidak mengerti (hak) orang yang berilmu (agar diutamakan pandangannya).” (Riwayat Ahmad)
Sungguh didikan ibu bapa dan guru-guru adalah besar kepada tumbesaran dan pemikiran anak-anak. Jadi, sederhanakan. Kerana apa kita buat hari ini mungkin kesannya besar di kemudian hari.

Gred peperiksaan: antara bangga dengan A atau hargai usaha anak?

Sungguh. Siapa tidak mahu anak mereka berjaya. Namun siapalah kita untuk menyatakan tentang rezeki. Apatah lagi dengan penukaran format peperiksaan. Sedangkan sudah terang kita nampak usaha anak itu. Susah payahnya. Jadi bersyukurlah jika anak itu dah berusaha apatah lagi dia rajin dan mendengar cakap. Ucapkan tahniah ke dia. Ada orang hendak dapat anak pun belum rezeki, apatah lagi jika dapat anak yang rajin dan bijak. Anak; anugerah dan amanah untuk kita semua. Sedangkan kita dahulu pun semua pernah gagal.

Perkataan mak ayah sebut walaupun sikit beri kesan pada anak-anak. Jadi, ucaplah selalu yang baik-baik dan rasa sayang pada anak-anak.

Apapun belum terlewat untuk anak itu berusaha lagi, beri mereka galakan agar mereka tidak terus jatuh dan masih minat untuk belajar. Susun semula jadual, banyakkan doa. Dan jangan pernah putus asa!

Hikmah sesuatu datang pada tepat waktu, bukan saat hati terlalu mahu & terburu-buru. Insya-Allah. Yakinlah selalu.

وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar. - (Al-Anfal Ayat 28)
***

Akhir kata, hargailah sementara ada!

Kembalilah kepada agama. Didikan yang betul, ilmu dan perbincangan itu sangat penting.

Yang masih ada ibu ayah, hargailah, hormati dan sayangilah mereka. Kita tak boleh pilih siapa ibu bapa kita, tapi kita boleh pilih nak jadi anak yang bagaimana.

Untuk yang ada anak, itu adalah harta kita, jadi jangan sia-siakannya. Didiklah dengan cara dituntut agama.
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”(QS. At-Tahrim: 66:6)

Jom! Sama-sama berusaha untuk ke syurga. Tuhan menilai setiap semuanya. Moga kita semua dalam redha-Nya. Insya-Allah. Ameen.

-- Salam takziah untuk keluarga adik Wan Adibah Farhani Wan Mazlan, 12 tahun, pesakit kanser kelenjar yang memperoleh keputusan 6A pada UPSR yang lalu. Inalillahi wa inna ilaihi rojiun.


// Penulis menulis dari sudut seorang anak, pembaca dan pemerhati. Komen kalian dialu-alukan. Terima kasih.


1 yang menasihati

  1. Hi dear! Cara didikan anak zaman sekarang dah tak sama kan dengan cara didikan zaman dulu..

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top