Ramai yang tak tahu now dah boleh renew lesen online je! Here's the link, thanks me later https://myeg.com.my
Jika belum daftar, perlu daftar dulu. Dengan create accout (kalau versi website, boleh lihat pada kiri).
Dah daftar, baru log in.
Then tekan log in untuk register
Lepas log in, akan keluar macam ni. Choose: Jabatan Pengangkutan Jalan
Choose : (CDL) > Proceed
Dont worry no new pic needed! Just fill in your details & your ic pic will appear straight away
Boleh pilih nak renew for berapa tahun & each 1 year cost rm30.
Bawah tu boleh tengok delivery charge depends area korang. & service charge applied dalam rm2 something
And youre DONEEE! Heheheheh mine dalam masa 2 hari orang tu dah call nak delivery!
Kebelakangan ini tulisan jawi selalu diperkatakan. Tulisan jawi ini seperti kaligrafi dan jenis tulisan lain juga. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tulisan Jawi bermaksud huruf-huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan yang digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu. Manakala huruf Jawi bermaksud huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan yang digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu.
Saya tertarik untuk kongsikan semula perkongsian saudara Mell Aziz (dengan kebenaran) menerusi twitter beliau https://twitter.com/mellaziz tentang huruf tambahan dalam jawi. Serta dua lagi perkongsian melalui pengguna twitter @elhumawy dan juga @dbusans.Baik, kita kongsikan dulu tentang huruf tambahan dalam jawi ini. Moga bermanfaat!
Tips tulis jawi daripada saudara Mell:
"Cara yang cepat untuk belajar jawi kalau style cikgu saya dulu ialah dengan salin balik buku teks jawi dengan khat yang baik supaya tidak kekok bila menulis. Dulu buku Pendidikan Islam tingkatan 1 itu saya salin sebiji-sebutir. Kalau baca sahaja kita tak pasti cara tulis dan sebut."
Permulaan bila menulis jawi perlu pastikan asal serapan bahasa yg dimelayukan seperti asal dari Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab.
Tulisan jawi ada tambahan huruf seperti berikut yang tiada dalam tulisan arab. Beza dengan bahasa arab yang perlu baris seperti َ ِ dan ُ
ݢ - ga
چ - cha
ڽ - nya
ڤ - pa
ڠ - nga
ۏ - va
Tetapi dalam tulisan jawi, ada sebahagian patah perkataan tak memerlukan kosonan a e i o u kerana dibaca sama ada aa ee atau uu. Seperti:
د مان
د ialah sebutan huruf D dibaca "di"
مان ialah sebutan M (م) dan ا (A)- ما (MA) mana kala ن ialah sebutan bagi N dibaca NA - DI MANA.
Untuk belajar tulisan, kena belajar huruf.
A (ا،ء،ؤ) B (ب) C (چ) D (د،ض) E (إ) F (ڤ، ف) G (غ،ݢ) H (ه،ح) I (ي،إ) J (ج) K (ک،خ،ق) L (ل) M (م) N (ن) O (و) Q (ق) R (ر) S (س،ش،ص) T (ت،ط) U (و) V (ۏ) W (و) X (ذ) Y (ي،إ) Z (ز،ظ،ذ)
Setiap huruf rumi, ditulis berbeza dengan jawi walaupun menggunakan huruf rumi yang sama, contoh:
- Kanak-kanak. Walaupun ada K yang sama, tetapi ditulis dengan كانق-كانق.
KA (کا) NAK (نق) - dah maklum kat atas tadi, NAK itu ن dibaca sebagai NA kerana tak perlu vowel tadi.
- Contoh lain, seperti perkataan ASAL, dieja sebagai اصل walaupun ada S, tidak dieja sebagai اسل atau اسال - kerana ASAL dipinjam dan dimelayukan dari perkataan arab الاصل.
ا (A)
ص (SA) dibaca tanpa vowel
ل (L)
- Kebanyakan E dalam bahasa Melayu rumi tidak dibawa masuk kerana sebutan. Conton: PENDAPATAN.
PE - ڤ
N - ن
DA - دا
PA - ڤ
TA - ت
N - ن
ڤنداڤتن
- Hanya E disebut E seperti dalam ENTENG dibawa masuk, jadi - اينتيڠ
E - اي
N - ن
T - ت
E - ي
NG - ڠ
Bagaimana nak tulis kata nama khas seperti nama sendiri ke tulisan jawi? Oleh kerana tulisan jawi diolah dari bahasa arab, asal kena tengok nama arab atau nama melayu, contoh:
Ahmad - diambil dari bahasa Arab, ejaan nya احمد. Dan Muhammad pula jadi - محمد.
Macam tu juga dengan nama AZIZ, walaupun ada A, tidak ditulis dengan ا tapi di eja dengan ع.
Jadi ejaan nya عزيز
ع- A
ز - Z
ي - I
ز - Z
Setiap huruf ada nama tertentu seperti rumi W dipanggil double u.
ا - alif (aa) ب - ba ت - ta ث - tha (sa) ج - jim (ja) خ - kho (ka atau kha) چ - cha د - dal (da) ذ - dza (za) ر - rho (ra) ز - zai (za) س - sin (sa) ش - syin (sya) ص - shod (sa atau so)
ض - dhod (da)
ط - tho (ta)
ظ - zho (za)
ع - ain (aa)
غ - ghin
ڠ - nga
ک - kaf (ka)
ݢ - ga
ف - fa
ڤ - pa
ق - qaf (ka)
ل - lam (La)
لا - lam alif (La)
ء - hamzah (aa)
ي - ya (sebutan ii, ee)
ڽ - nya
ن - Nun (Na)
Ada beberapa huruf seakan sama, tapi bilangan titik, dan kecil atau besar membezakan. Contoh,
ب - kawah tu kita panggil sampan, titik satu dibawah, dipanggil BA.
ت - size sampan sama, titik 2 tapi diatas - TA
ث - size sampan sama, tapi titik 3, THA/SA
ڽ - size sampan kecil masih titik 3, NYA.
ن - size sampan kecil, titik 1 atas, NA
-------
Huruf lain seperti
و - wau - WU
ۏ - bentuk seakan sama, VA
ر - tiada kepala, RHO, RA
ز - macam rho/ra tapi ada titik, ZAI/ZA
Sebelum mula membina ayat, lazimkan dahulu dengan ayat 5W1H:
Kenapa - کناڤ
Mengapa - مڠاڤ
Di mana - دمان
Siapa - سياڤا
Berapa - براڤ
Bagaimana - باݢايمانا
Setelah kita familiar dengan ayat ini, kita pergi kepada kata ganti diri dan kemudian cuba baca tweet dalam jawi uuntuk tengok cara ejaan. Oleh kerana sesetengah huruf tidak mewakili sebutan, akronim juga berbeza. Pernah terfikir kenapa Parti Islam Semalaysia diakronimkan sebagai PAS? Kerana ejaan dalam jaw?
- Parti Islam Se-Malaysia - ڤرتي اسلام سماليسيا
Maka ڤاس yang disebut sebagai PAS.
Penggunaan huruf alif (ا) juga boleh mewakili sebutan e seperti dalam perkataan emak. Macam ejaan anak. امق (emak) dan ejaan anak - انق.
Penggunaan huruf ط & ظ kebiasaan nya kepada perkataan asal daripada perkataan asal Arab yang diserap menjadi bahasa Melayu seperti MUTLAK dan ZAHIR - kita eja mutlak sebagai مطلق dan zahir sebagai ظاهير.
Kadangkala YANG boleh digabung dengan perkataan seterusnya cth: يڠمها مليا.
Ejaan yang melibatkan kata pinjam dari bahasa inggeris, untuk konsonan tidak disebut, diasingkan daripada ejaan induk seperti:
1. Golf - ݢول ف
2. Sains - ساين س
Huruf ف / س di jarakkan.
Permulaan bila menulis jawi perlu pastikan asal serapan bahasa yang dimelayukan seperti asal dari Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab.
Contoh sabit (thabit) atau sabit (menyabit). Kalau "mahkamah sabitkan.." maksudnya refer perkataan arab, ejaannya ثابيت dan kalau sabit rumput - سابت.
Berikut pula adalah perkongsian daripada pengguna twitter @elhumawy:
Perbezaan menggunakan huruf E taling dan E pepet
Kaedah guna alif dalam jawi
Ini pula perkongsian daripada pengguna twitter @dbusans:
Kalau pinjaman inggeris, guna 'ک'
Contoh:
Klinik = كلينيک
Perkataan melayu akhir dengan 'ka' pulak kena guna 'ک'
Contoh:
Suka = سوک
Moga bermanfaat!
Trivia:
Sikit pasal khat (خط) atau kaligrafi ialah cara menulis jawab dgn handwriting. Secara asas nya ada 2 - khat nasakh dan khat riq'ah. Kita biasa tengok sekurang-kurangnya 5 jenis khas, 3 yang lain ialah khat diwani, khat kufi dan khat thuluth. Khat nasakh ni yang mcm tulisan Quran.
Cara setting keyboard / tulisan jawi di telefon (android dan iphone) | Berikut adalah cara setting tulisan jawi pada keyboard telefon iphone dan android. Moga bermanfaat.
Cara setting tulisan jawi di telefon (android)
Cara setting keyboard / tulisan jawi di telefon (iphone)
IPhone user kalau nak keyboard jawi just pergi ke Setting → Keyboard → Add New Keyboard. Nanti just pilih keyboard Malay (Arabic) - untuk pilihan huruf, klik pada "Upper Case". Beza keyboard Arab dan Jawi, di "space" tulis "Ruang - رواڠ"
Baru-baru ini saya ada terbaca berita sebuah kemalangan yang antara puncanya kerana tertidur (rasa mengantuk). Salam takziah saya ucapkan buat keluarga mangsa. Jadi apabila membaca komen dan pengalaman ramai, saya terpanggil untuk berkongsi tips daripada beberapa orang, doktor terutamanya cara untuk elak mengantuk, tertidur atau terlelap ketika memandu. Jika ada tips atau maklumat untuk dibetulkan atau ditambah, sangat doalu-alukan. Terima kasih.
Microsleep bermaksud perlakuan seperti tidur yang tidak disengajakan dan tidak dapat dikawal sama ada dalam bentuk pandangan kosong, tersengguk atau terlelap dalam tempoh yang amat singkat antara 2 ke 30 saat sahaja. Ia biasanya diakibatkan oleh individu yang kepenatan tetapi masih mahu terus berjaga, memandu jarak jauh ataupun menggunakan komputer dalam jangka masa yang panjang. Ataupun apa-apa aktiviti yang berbentuk 'monotonous'. Contoh paling mudah ialah memandu di jalan yang lurus.
Selain itu, microsleep juga boleh berlaku kepada mereka yang kurang tidur, kemurungan dan secara psikologinya penat. Tidaklah menjadi masalah yang terlalu besar sekiranya ianya berlaku semasa anda sedang mengadap komputer atau sedang duduk-duduk tetapi sekiranya anda sedang memandu, ia boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Microsleep menyebabkan keadaan di mana sesuatu perlakuan yang sedang dilakukan itu terhenti / terganggu (suspended) secara tiba-tiba (behavioral microsleep) yang mengakibatkan dalam kes pemanduan, kemalangan ataupun hampir kemalangan.
Salah satu yang mungkin kita boleh amalkan untuk mengelakkan kepenatan dan perasaan mengantuk yang melampau dalam kesibukan berjalan raya ini ialah dengan mengamalkan power napping (tidur sebentar antara 15-30 minit). Banyak kajian menunjukkan tidur sekejap ini adalah sangat baik untuk minda, fizikal bahkan dari segi emosi. Sains menyarankan tempoh optima melakukannya adalah antara 15-20 minit sahaja.
Perlakuan ini tidak digalakkan dilakukan lebih dari itu kerana kajian juga menunjukkan tidur lebih lama di waktu tengahari akan menyebabkan otak anda lebih lambat untuk berfungsi secara optima semula seolah macam komputer yang lambat 'loading'. Jadi mungkin anda boleh amalkan ini.
Berhati-hari di jalan raya dan selamat memandu.
INGATLAH: 2 saat sahaja sudah cukup untuk malapetaka.
- Dr Muhamad HKL
Menerusi perkongsian Dr Ahmad Zakimi pula (@drzek):
- Turunkan tingkap kereta apabila lama memandu. Bagi masuk fresh air.
- Sentiasa stanby air botol mineral. Basuh muka masa tengah memandu jangan takut basah dalam kereta yang sikit / standy tuala juga untuk ini (untuk lap lap muka).
- Jumpa RNR berhenti. Senam sikit. Buat regangan. Walaupun mengantuk hilang sikit, tetap perlu rehat juga. Jangan memandu berterusan tak berhenti. Nanti fokus akan kurang
- Ambillah masa untuk tidur seketika. Take a nap. Pejam mata kejap di tempat rehat.
Tips elakkan microsleep dalam kelas / kuliah:
1. Tidur dengan cukup malam sebelumnya.
2. Bawa gula-gula (Kopiko misalnya).
3. Salin nota kuliah.
Oh ya, kalau saya sendiri, saya selalunya mengantuk lepas makan nasi, jadi saya akan cuba elak makan nasi sepanjang perjalanan (ganti makanan berat lain jika berhenti untuk makan). Masa belajar dahulu, untuk hilangkan mengantuk saya suka mengunyah. Ini sayalah. Orang lain mungkin caranya berbeza. Selain itu faktor tidur lewat juga menyumbang rasa mengantuk seseorang,
Jaga diri dan keselamatan anda, ingatlah orang yang tersayang.
Nota: *Berbeza di antara Microsleep dan Narcolepsy, microsleep boleh berlaku pada semua orang yang tak cukup rehat / tidur. Narcolepsy pula adalah masalah neurological. Ini perlu pegesahan pakar.
Peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) datang lagi dengan penuh mendebarkan. Apabila melihat ramai insan bijak dan prihatin yang kongsikan pengalaman dan tips mereka ambil peperiksaan MUET di twitter, saya pun mengumpulkannya di ruangan ini, untuk rujukan bersama. Moga bermanfaat dan selamat menduduki peperiksaan! Dengan usaha dan doa-doa insya-Allah boleh berjaya!
- Ada 30 minit, 3 bahagian. 1 minit untuk baca semua soalan. Baca elok-elok.
- Sebelum pengawas peperiksaan pasang radio, baca dulu soalan betul-betul.
- Baca dan faham apa soalan itu nak.
- Jadi bila dia pasang radio, anda boleh terus fokus dan peka mendengar point yang soalan tadi nak.
- Kalau dah dapat atau terlepas jawapan, semak semula apabila mereka ulang balik, sebab 2 kali sahaja dia pasang.
- Jangan risau dia bagi kertas untuk tulis, dan bagi masa kita recall jawapan.
- Kena fokus dan peka terutama kalau anda nombor belakang-belakang kadangkala susah nak dengar.
- Jangan fokus dekat soalan pertama sahaja, fokus dekat semua soalan.
- Tengok sahaja soalan itu masa listening, minda kena fokus dan peka, kadnagkala jawapannya sangat pendek. Jangan berangan dan ingat benda lain! Fokus!
- Soalan objektif. Jika rasa mahir jawab soalan sedemikian, tak ada masalah dah. Asalkan baca betul-betul.
- Kena banyak buat latihan (dari awal). Sebab soalannya agak susah dan jawapannya agak mengelirukan. Lagi-lagi bahagian "true" dan "false". Jika dah mahir, lagi menyenangkan masa MUET nanti.
- Masa jawab itu, kena pandai bahagi masa, kalau tak dapat jawab terus, skip (tinggalkan dulu) dan jawab soalan lain. Jangan buang masa. Dah habis jawab soalan senang, pergi jawab balik soalan yang di-skip tadi tu.
- Bawa air unttuk elak mengantuk, sebab kadangkala boleh terlelap masa jawab paper ini.
- Dah siap awal, elok semak. Terutama bahagian yang mengelirukan tadi.
- Section A. Buat karangan / laporan berdasarkan carta / grafik / laporan / analisis jadual. Ini kena buat betul-betul. jangan mengarut (andaian sendiri). (150-200 patah perkataan kena tulis)
- Section B. Ini kena rujuk soalan. (250-350 patah perkataan)
- Cuba buat yang terbaik, sebab ini lebih mudah (bagi penulis tips ini) untuk score berbanding yang lain.
Bahagian A:
Berdasarkan kepada grafik / laporan / carta / grafik / laporan / analisis yang diberikan, anda perlu menghuraikannya dan merumuskannya. Tetapi jika anda tidak tahu bagaimana rupanya (tidak kaji / study dulu). itu agak menyukarkan. Kerana ini hanya untuk 150 - 200 patah perkataan atau menulismya hanya 3-4 perenggan sahaja. Terdiri daripada 4 bahagian:
1. Pengenalan
2: Isi
3. Analisi
3: kesimpulan
Bahagian B:
Ia merupakan esei biasa. Esei panjang, perlu huraikan, memberi contoh, huraikan lagi dan sebagainya. Selalunya tiada format, namun berbentuk argumentatif. Kiranya perlu setuju atau tidak, angan lupa letak pendapat kita dan berkaitan tajuk. Selain itu, letak kesimpulan. - *(@ixasaurus)
* Boleh dapat juga point untuk essay, jika kita peka dengan jawapan orang lain masa peperiksaan speaking yang lalu. Mungkin berkaitan dah boleh digunakan.
Ini pula tips daripada Cikgu Zac:
****
SPEAKING
Perkongsian Nanba (@reendu_), perkongsian Erry: @errysyaffridan perkongsian Ariff @rffdnl. Saya sekalikan untuk memudahkan. Namun jika mahu lihat satu-satu boleh klik pada nama mereka.
Tips Speaking
Okay, Muet Speaking Test (MST) ni diadakan secara berkumpulan. Selalunya 4 orang dalam 1 kumpulan.
Candidate A
Candidate B
Candidate C
Candidate D
Kedudukan kita dah disusun ikut nama oleh pemeriksa. Ada 2 bahagian dalam ujian ini.
Bahagian A - Individu
Bahagian B - Perbincangan kumpulan.
Antara point penting nak dapat markah perlu ada:
- Penerangan
- Contoh
- Terperinci dan jelas
- Fakta / pengetahuan umum / idiom / ucapan terkenal
- Kesimpulan
BAHAGIAN A
Secara individu. Kena yakin dan berani. Ini terpulang kita. Diberi 1 minit untuk membaca dan memahami. 2 minit untuk membuat idea (menulis idea). 2 minit untuk bercakap. Jika anda tidak mempunyai apa-apa idea yang tersisa, buatlah kesimpulan. Anda boleh bercakap seberapa banyak yang anda mahu tetapi ingat jika anda hanya bising sahaja, semuanya seolah-olah sia-sia.
- 3 point cukup. Paling penting kena ada idea yang kuat dan ada details.
- Masa presentation ada 2 minit, jadi gunakan 2 minit itu untuk bercakap
- Jauhi bahasa kurang sopan
- Semasa calon lain tengah present, salin sikit isi mereka. Mungkin berguna untuk Task B nanti.
Tips lain:
Jika anda dapat soalan yang berkaitan perubatan misalnya:
- Kata-kata popular, Hadis Nabi mahupun ayat pemimpin.
- Jika tiada idea, buat kesimpulan menjawab persoalan asal. Ini ada markah.
BAHAGIAN B
2 minit untuk bersedia dan 10 minit untuk berbincang.
Panggil nama ahli kumpulan dengan, "Candidate A, Candidate B, Candidate C and Candidate D." Jangan panggil nama. Jika boleh cuba kenal mereka, bari peluang juga kepada yang lain.
Terpulang siapa mahu bermula dulu. Jika mahu mula dulu, salam, ucapan selamat dan mulakan.
Jika rasa nak panjangkan lagi bila dapat sahaja soalan itu cari kata kunci atau keywordnya. Jika tentang keselamatan misalnya, pastikan ada sesuatu berkaitan kawalan.
Apapun, pastikan diri anda bercakap! Cakap sajalah. Asalkan bercakap. Banyakkan point.
Apapun, yang kita nampak bukan untuk lihat jawapan terbaik namun lebih kepada mahu lihat level kita bercakap BI.
Jika ada kata laluan atau penutup, lebih mudah dapat markah. Mungkin.
Kena pandai main dengan kata perhubung. Biar nampak bijak masa present.
Soalan yang kami dapat berbunyi.. apakah faktor yang buat sesuatu movie tu meletop dan dikenali?
Point dia.
Candidate A- story line
Candidate B- actor
Candidate C- theme song
Candidate D- video quality
Maksudnya di sini anda tak boleh pilih,
Jadi dekat tugasan B, terpulang kita mahu berbincang atau melawan ahli kumpulan itu secara sihat.
Cuba sertai perbualan speaking itu. Jika calon lain memberikan idea yang tidak bagus, cuba menolak idea mereka. Berikan pendapat anda. Semakin banyak anda bercakap dengan penjelasan yang baik, semakin banyak markah yang akan anda dapatkan
Anda boleh menggunakannya apabila anda mencuba:
1. "Excuse me, I disagree with your opinion..."
2. "I'm sorry to interupt but I disagree..."
Apabila anda tidak bersetuju dengan pendapat mereka, pastikan anda mempunyai penjelasan yang kukuh. Bukan hanya membebel dan bercakap sahaja tanpa isi.
*Apapun yang penting anda bercakap, dan orang lain faham. Akhir kata, semoga berjaya! Insya-Allah.
Untuk tips bahasa Inggeris dan belajar boleh ikuti Cikgu Zac / Zachariah Aidin (@thealphafoxtrot) di twitter dan tak ketinggalan DR. Amalina Bakri (@DrAmalinaBakri).
1. Practice makes perfect, no matter how good or bad your grammar is, just be confident and talk in English.
Menariknya rancangan My Doctors (rancangan berbahasa Malaysia) ini sebab kita rasa seperti berbual santai dengan seorang doktor. Ya, jika yang biasa menonton The Doctors (versi luar negara) mungkin tahu konsep program bual bicara ini. Untuk yang ada twitter, seakan membaca #MedTweetMY versi visual. Bukan saja pelbagai topik berlainan setiap minggu, dengan kehadiran doktor pakar dalam bidang masing-masing, namun turut membincangkan isu mitos dan berkaitan kesihatan yang popular. Pengacaranya seorang doktor yang cantik; Dr Liyana Dhamirah.
Ini sedikit perkongsian daripada rancangan My Doctors di Astro Ria yang saya tonton bersama emak saya tempoh hari:
Episod 1:
Sebenarnya pelbagai topik dibincangkan. Isu perempuan, bersalin, period. Namun yang saya sempat catatkan tentang di bawah ini. Boleh lihat semula episod awal My Doctors ini di sini: https://astrogo.astro.com.my.
KURUS
▪ Cuka epal boleh digunakan untuk kurus; tingkatkan metabolisme badan (minum + air suam). Boleh jadi ubat sakit tekak dan sedu juga.
▪ Air lemon / limau pula boleh buat bertenaga selain boleh jadi detox. Dan air lemon boleh tingkatkan metabolisme juga. Baunya juga boleh hilangkan stress dan segarkan udara.
▪ Air sejuk tak membuncitkan dan nak kurus perlu bersenam. Dan jika rasa lapar, minum dulu. Mungkin kita hanya haus.
Episod 2:
Episod ini mengupas banyak tentang mimpi dan masalah tidur.
TIDUR
▪ Lelaki lebih kuat berdengkur. Terjadi daripada salur pernafasan kita. Apa saja yang lalu melalui saluran udara, akan menyebabkan kita berdengkur.
▪ Tekanan mampu buat kita lebih cenderung dapat sleep talking atau sleep walking. Atau terlalu hyperactive siangnya.
▪ Sleep walking boleh berjalan selama 30 minit. Tabiat tidur yang baik sangat penting. Bersihkan diri sebelum tidur.
▪ Sleep paralysis (rasa dihempap ketika bangun tidur) selalu berlaku kalau kita terlalu penat. Gerakkan jari kita kalau kita alami.
▪ Dadah terlalu banyak boleh menyebabkan seseorang tidur terlalu banyak dan halusinasi.
▪ Di Malaysia ada tempat dan doktor untuk check cara tidur (untuk tahu kesihatan kita).
PUKAU:
▪ Selalu mangsa dah diekori dan guna teknik "pernah jumpa sebelum ni." Pernah 1 jam diekori, paling singkat 3 jam sebelum.
▪ Selalu mangsa jadi malu nak cerita.
▪ Elemen pukau:
- Tarik perhatian pakai bedak atau asap.
- Imaginasi. Suara.
- Kita rasa nak turut arahan.
▪ Nak elak kena pukau:
- Minda yang kuat. Seorang yang sedang berfikir susah dipukau. Yang kosong fikiran lebih mudah.
- Yang kuat melatah, senang dipukau. Mudah benarkan peluang.
- Sentiasa awasi persekitaran.
JERAWAT:
▪ ACNE sama dengan JERAWAT. ACNE ini sebutan dalam bidang perubatan.
▪ Jerawat naik di dagu normal sebab ada perubahan hormon. Terutama perempuan.
▪ Faktor lain jerawat: stress, lambat tidur, tak jaga kebersihan, tidur dengan makeup.
▪ Telefon boleh menyebabkan jerawat. Sebab kita letak mana-mana entah telefon tu.
▪ Jangan mudah memicit jerawat.
▪ Anda perlu tahu bagaimana mahu menjaga wajah. Jumpa pakar metadologi jika masih bermasalah.
HIPNOSIS
Beza dengan pukau. Pukau tak boleh kawal diri dia. Hipnoterapi separuh sedar. Ada digunakan dalam bidang O&G (Obstetrik dan Ginekologi). Street dan klinikal berbeza. Klinikal hipnosis, pesakit kena ready (ikut arahan). Selalunya sesi 3-6 section untuk lebih berkesan. Untuk fokus.
MELANOMA
▪ Jika ada tahi lalat lain sikit, kena periksa dulu. Bukan terus beautician.
▪ Semak dengan kaedah ABCDE
A- Asimetri (Tahi lalat normal sekata. Jika melanoma tak sama)
B - Border.
C - Colour
D - diameter (saiz). Melanoma lebih besar. 6mm mungkin sakit.
E - Evolving. Makin berubah bentuk.
▪ Guna madu lebah. Sapu hingga hilang, ini petua. Elok dapat nasihat doktor yang berkaitan jika rasa perlu.
EPISOD 3: JANTUNG
Apa saya tulis mungkin tidak lengkap, terlalu asas, jadi sangat dinasihatkan untuk tonton semula episod penuh, rujuk mereka di twitter atau pergi terus berurusan dengan doktor berhampiran anda. Itu paling penting! Maaf jika ada kurang, boleh tambah jika perlu.
My Doctors: Setiap Isnin, 11 malam di Astro Ria & Ria HD
Ini adalah pengalaman saya mengambil lesen D (kereta). Sebelum kita sentuh format baru (sekarang) yang saya ada sertakan di bawah, saya ingin kongsikan juga pengalaman saya ambil lesen kereta sekitar tahun 2010. Tak jauh beza, samanya ada ujian komputer, dan ujian jalan raya dan bukit. Cuma sekarang lain sikit sebab ada RPK, RSM, S, Z semua itu. Oh ya, sebelum itu kalau tips atau cara saya kongsi di sini lain apa anda belajar, jangan ikut sangat. Tanya cikgu dulu, ikut cara cikgu anda. Baiklah kita mulakan.
PENGALAMAN SAYA
Saya ambil masa 2 tahun dan berbelas jam belajar dalam usaha untuk mendapatkan lesen P. Saya sampai melibatkan 2 sekolah memandu. 2 cikgu. Beberapa kali test JPJ hanya kerana sayagagal bahagian bukit 5 kali! Setiap kali ulang, akan ambil pra-ujian lagi, dan setiap kali itu abah suruh belajar lagi (pastinya akan perlukan duit lagi). Ya, itu bahagian sedih yang tak boleh saya lupakan. Banyak perlu dikeluarkan untuk saya. Mujur lulus juga akhirnya. Alhamdulillah. Terima kasih untuk mak dan abah serta semua cikgu-cikgu yang sabar dengan saya. Terutama Institut Memandu Intan (IMI), Teluk Intan.
Kenapa sampai 2 kali? Sebab kebetulan keluarga saya berpindah tempat tinggal. Selangor ke Perak. Setelah gagal di Selangor, berbulan juga saya mula ambil kelas semula di Perak. Nak dapat keyakinan balik. Gitu.
Semasa di Selangor, cikgu yang mengajarnya adalah lelaki muda yang sangat tegas dan yakin dengan saya. Dia pernah cerita, kepentingan dan semangat seorang makcik ini, yang dah kehilangan suami baru mula belajar bawa kereta, dia ulang 50 kali ujian! Dan akhirnya berjaya. Ada dia cerita lain, ada warga emas sekali saja lulus ujian jalan raya, sebab kesungguhannya mahu lulus.
Memang dia sangat suka bercerita. Semangat-semangat itu memang saya ambil, cuma dekat bahagian bukit saya gugup pula. Allah. Punya yakin jejaka muda ini, dia siap tertidur (saya rasa dia acah saja) masa perjalanan saya dari Selayang ke Puchong (dari rumah ke sekolah memandu) dahlah waktu tu memang pengalaman bawa kereta tak berapa nak ada (Abah pernah ajar saya dengan sabar, namun tetaplah saya tak mahir) selain kelemahan saya adalah mengingat jalan. Keyakinan cikgu muda tu antara semangat buat saya lulus di jalan raya! (Jalan raya sajalah tapi..hmm)
Di Perak, saya diajar cikgu lelaki lebih kurang usia abah saya, sangat lembut, tenang dan penyabar. Dia ajar macam anak-anak. Alhamdulillah untuk kedua-dua peluang berguru dengan mereka tersebut.
Tapi seperti yang kita tahu, gagal salah satu bahagian TIDAK akan gagal semua, cuma saya gagal bukit di Selangor, saya kena ULANG sebab dah berbulan, baru saya mula balik ambil lesen ujian di Perak. Apapun alhamdulillah akhirnya berjaya juga.
Perkongsian @imraaannnnn melaluitwitter ini bagus. Cuma untuk rekod: saya dapat anggota JPJ perempuan, alhamdulillah beliau okay! Boleh klik lanjut pada perkongsian beliau di twitter untuk baca mereka pendapat yang lain juga.
Tips nak lulus test JPJ :
- kena confident
- beri salam masa masuk kereta
- jadi peramah dengan JPJ tu
- kau layan je apa JPJ tu cakap and jangan lagak pandai
- bawak kereta kena smooth je jngn gelabah
Kalau kau dapat JPJ perempuan, nasiblah sebab peluang kau nak lulus tu tipis
Format masa zaman saya dulu: Hadiri ceramah + Ujian berkomputer (untuk dapat lesen L) + Ujian jalan raya: bukit, litar & 3 penjuru (Lulus baru dapat lesen P)
Format sekarang: Hadiri ceramah + Ujian berkomputer (untuk dapat lesen L) + RPK, RSM, Jalan raya: (Bukit, Parking, Sisi 3, Z & S). - (Lulus baru dapat lesen P)
(Mungkin nota anda tak sama dengan senarai seperti dalam gambar di bawah, rujuk pada nota asal anda.)
Nota RPK (Klik gambar untuk lebih jelas)
Nota RSM Kereta (Klik gambar untuk lebih jelas)
Nah! Ini blog yang berguna untuk tips, soalan dan apa sahaja berkaitan lesen memandu oleh Cikgu Yap: http://driving-school.com.my
Daftar, ceramah & Ujian berkomputer
Saya daftar dengan sekolah memandu itu sendiri. KPP 01: kenalah dengar ceramah (dengar ja baik-baik, dapat penceramah lucu, memang seronok, tak ngantuk). Seronok juga jika jumpa kawan baru. Dan kemudian ujian berkomputer (ini kalau baca, ingat dan faham mudah saja. Ulang saja banyak kali baca, cuba fahamkan, sebut (sendiri, bagi ingat), buat latihan, insya-Allah boleh). Soalan ujian ini selalu berulang, cuma kena teliti berbalik-baliknya itu. Terutama bab sistem kejara itu. Pusing-pusing tang tu juga.
Kelas memandu
Adalah normal kalau dapat cikgu yang bising, berleter atau sesekali marah. Untuk kepentingan kita juga. Dan matlamatnya sama dengan kita, nak kita lulus. Ya, kita memang ada hak nak tukar, jadual pun, cuma kalau boleh belajar terima arahan dulu. Dengar cakap cikgu ni berkat. Macam saya, memang cikgu itu akan ambil dan hantar ke tempat belajar. Balik pun. Pengalaman saya, cikgu itu hantar semula ke tempat kerja (sebab saya sudah bekerja waktu itu). Tiada masalah. Mereka baik-baik saja. Alhamdulillah untuk semuanya.
Cikgu suka sebut benda yang pelajar lain selalu gagal. Cikgu pertama dulu dia suka sebut:
"Kita kena perasan apa berlaku di sekeliling kita. Depan. Belakang. Tepi. Nampak tak orang depan buat apa? Kalau dia brek (lampu brek mereka nyala), kita brek / sedia nak brek. Sedia nak brek maksudnya perlahankan kereta."
Cikgu kedua saya pula, dia tahu kelemahan saya bukit, itulah latihan dia duk suruh saya ulang-ulang. Pusing-pusing. Dia siap tanya saya boleh atau tak. Penyabar betul.
Kalau rasa tak yakin atau tak cukup kelas, mohonlah tambah (kena tambah duit juga). Tapi lebih baik tambah kelas, berbanding tak cukup latihan dan gagal. Sakitnya tu di sini (daripada pengalaman saya ni).
QT1 (Latihan amali / pra-ujian)
Kena kalau orang dah biasa bawa, mungkin dia tak ambil pun. Jimat. QT1 Cikgu akan menilai kita ala-ala ujian sebenar. Kira trial namanya. Saya ambil dan waktu itulah kita tahu kelemahan kita apa. Mungkin kita gopoh sangat, ada terlupa atau nervous sangat. Paling penting jangan over confident, elakkan riak. Insya-Allah okay punya!
Nota:
*Sebelum menghidupkan enjin pastikan gear kereta berada dalam keadaan free gear. Kemudian hidupkan enjin.
*Jangan amalkan pengunaan gear 2 semasa kereta baru nak bergerak atau bergerak terlalu perlahan. Boleh juga guna tapi lining clutch cepat rosak sebab masa kereta begerak terlalu perlahan anda guna gear 2 anda terpaksa guna clutch bagi mengelakkan mati enjin. Tips naik bukit:
1. Kena pandai seimbangkan minyak dan cluctch. Sampai bukit, minyak kene tekan sampai 2000 rpm atau jarum meter tu at least kat angka 3, baru turunkan handbrake, dan bergeraklah perlahan-lahan.
Atau- Naik bukit sesuai guna gear apa? Paling sesuai adalah gear 3 tapi kena pecut dari bawahlah, bila RPM dah drop tukar ke gear 2, bila makin semput sebab mendaki bukit guna enjin kancil boleh drop ke gear 1. (Antara sumber: Cara memandu kereta manual)
Ujian JPJ
Bermulalah saat-saat mendebarkan, daftar kehadiran, ambil nombor giliran. Dia akan panggil kita. Jadi kita bersedialah untuk menaiki kenderaan. Kenalkan diri dan kena check kereta. (Masa saya dulu tiada RPK, jadi kami terus masuk kereta dan sebut satu-satu macam yang dipanggil RSM sekarang ni.)
Pengalaman saya masa dengan JPJ Lelaki, encik ini lebih tenang dan sukar diduga. Berbanding JPJ perempuan, dia selesa cara pemanduan atau tak, dia akan nampak di muka. Saya selalu diperdengarkan yang pegawai lelaki kita kena ambil hatilah, perempuan kadang garanglah. Tapi dengan saya alhamdulillah, encik itu sangat profesional. Yang perempuan pun sama, malah bertolak-ansur pula memberi markah. Saya tak mahir berbual, jadi dalam kereta memang senyap sunyi sahaja. Cukuplah kita menghulurkan senyum dan menghormati mereka.
Berdebar juga kalau dia tiba-tiba disuruh berhenti tepi, maksudnya kita gagal. Tapi alhamdulillah selesai. Bila teringat balik, macam robot pun ada! Tegak dan buat saja macam dalam kelas memandu, bayangkan punya berdebar! Haha.
Masa parking saya memang ambil masa lama, terutama bab nak pusing stereng berapa darjah, mujurlah ingat tapi tetaplah lama. Pengawai yang bertugas memang baik hati. Saya lebih beberapa saat, dia pertimbangkan lagi. Sedikit senang mestilah 3 penjuru. Dekat bukit saya gagal sebab asyik melebihi garisan belakang bila berundur. Kerana saya lambat tekan minyak. Tak yakin agaknya. Padahal kaki kena pandai balancekan antara clutch dan minyak. Bagi bunyi enjin sedap. Ada yang saya gagal bukit, sebab mati enjin. Kena relaks, tapi itu yang saya kurang waktu itu. Kalau tak relaks dan fokus kita akan mudah lepaskan kaki, itu kena pandai kawal emosi.
Apapun yang penting yakin. Litar tak sama dengan ujian komputer, mana boleh guna teknik hafaz ni.
Selepas selesai, kita akan ke litar. Jangan lupa, turun kereta pun ada etikanya. Jangan lepas selesai semua terus ja keluar dahlah. Cakap terima kasih dekat pegawai.
REZEKI
Akhirnya kata, rezeki itu kita semua ada. Cuma bahagian saja berbeza. tiada jalan mudah untuk berjaya dan diredhai-Nya. Jika kita lulus, bersyukurlah dan jadilah pemandu yang baik. Alhamdulillah. Dan jika gagal, jangan putus asa kerana kita manusia yang tak akan mudah mengalah mencuba. Kadangkala lambat sedikit, bukannya belum berjaya. Jadi sabar. Cuba lagi. Adalah tu hikmahnya. Selamat maju jaya dan semoga berjaya!
Perkongsian:
KPP02: Mengenal kereta iaitu belajar RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan) & RSM(Rutin Selamat Memandu)
Ujian kpp 02: Litar Kereta:
Link: Pengalaman-pengalaman menarik yang boleh dibaca:
- Praktikal bahagian 2 - PPC AMSA
Tips lulus ujian memandu JPJ / ambil lesen: - Baca untuk bahagian kena ingat, jangan hafal, baca sampai habis dan fahamkan. Jika boleh buat latihan sendiri dulu di rumah (berlatih): kalau sekarang RPK & RSM tu, haa buat. Berlatih dulu.
- Kalau memandu, belajar sungguh, fokus cikgu ajar insya-Allah berkat. Jangan lupa baca doa penerang hati sebelum ujian dan yakin dengan diri.
- Minta restu mak ayah / ahli keluarga. Jangan baca atau dengar banyak pengalaman gagal (maaf kalau dah terbaca ni), kalau baca pun jangan cepat jatuh, sebab pengalaman kita semua berbeza sebab kelebihan kita dan cikgu mengajar kita lain-lain. Kita pasti ada kekuatan kita sendiri. Kadang orang cuma usik saja, biarlah. Yang penting apa dalam hati kita. Kita nak berjaya.
- Buat yang terbaik dan jangan terlalu yakin namun jangan terlalu takut. Tiada apa yang nak ditakutkan. Di jalan, berserahlah. Ahli keluarga kita dan kawan-kawan mampu bawa kereta dengan baik. Mesti kita juga boleh!
- Dan pegawai JPJ tidaklah menakutkan. Muka acah garang dan bagi kita serius. Namun mereka tak makan orang. Saja tu. Cukuplah kita menghormati mereka. Tenang-tenang saja, insya-Allah boleh. Mulakan dengan bismillah.
Akhir kata, mesti seronok nanti dapat bawa kereta sendiri dan tak susahkan sesiapakan? Boleh bawa yang tersayang jalan-jalan. Jadi, bersemangatlah. Insya-Allah boleh! Jika tidak, jangan pernah berhenti jadi berani! Cubalah sampai berjaya nanti.
Kalau tips atau cara saya kongsi di sini lain apa anda belajar, jangan ikut sangat. Tanya cikgu dulu, ikut cara cikgu anda. Sekian, selamat berjuang semuanya! Moga dipermudahkan. Insya-Allah.
Hmm saya ni, pernah gagal pun nak bagi tips, tapi itulah kalau boleh kita nak semua orang lulus dan tak ulang silap sama, tenang-tenang saja, insya-Allah boleh tu. :)
Musim konvokesyen telah bermula, maksudnya musim cari kerja juga sudah bermula! Kepada yang sudah bekerja tahniah diucapkan. Syukur! Selamat bekerja bersungguh-sungguh. Kepada yang masih tercari-cari kerja (terutama yang baru habis belajar) pastinya akan mula sibuk untuk menulis resume dan berdepan dengan banyak temuduga. Jadi di sini saya kumpulkan pautan dan perkongsian melalui beberapa laman web cara menulis serta menghantar resume dan juga menghadiri temuduga (interview). Moga bermanfaat dan selamat maju jaya!
Sebelum itu, jika berminat ingin tahu tentang pinjaman pendidikan, biasiswa dan berkaitan lepasan universiti, ini laman web yang boleh anda lihat: http://www.lukmankhiruddin.com.
Baiklah. Antara yang ada dalam artikel ini, cara tulis resume & template percuma, muat turun (download) resume template,cover letter / surat permohonan, cara atau panduan hantar email minta kerja, cara panduan menyusun sijil, tips temuduga (interview) kerja, cara jawab soalan interview & pengalaman temuduga (interview) kerja.
Applying for Internship / Job via Email? Do it right:
- Use a professional email address
- Include the job position in the subject
- Resume in PDF format only
- Proofread for grammar / spelling error
- Write a cover letter
- send a polite follow-up after a few days
Pastikan anda tidak menggunakan alamat email yang kelihatan tidak profesional, antara contoh alamat email tidak profesional ialah akujejakagadis-gadis@yahoo.com Pastikan anda tukar kepada nama anda atau nama lain yang lebih profesional contohnya Ahmad98@gmail.com dan pastikan anda sentiasa boleh membuka inbox email anda.
Subject
Subject pastikan tepat dan padat dan pastikan anda tidak membiarkannya kosong contoh subject yang baik ialah ” Job Application for (Nama Jawatan yang dipohon).
Body Message
Huraikan sedikit tentang diri anda dan tujuan anda menulis email serta panduan bagaimana untuk majikan anda membaca dengan lebih lanjut tentang maklumat diri anda yang iaitu di dalam resume dan cover letter yang telah anda attach di dalam email anda.
Format Resume dan lain-lain dokumen
Pastikan anda menggunakan format PDF dalam semua dokumen yang anda berikan kecuali anda telah diberitahu oleh majikan untuk menggunakan format-format tertentu.
Elak Kesalahan Ejaan
Pastikan setiap anda membaca semua apa yang anda tulis dan semua dokumen dalam keadaan yang baik dan nama-nama dokumen tidak mengandungi sebarang kesalahan ejaan barulah anda menghantarkan permohonan anda.
Mohon kerja tetapi tidak dipanggil temuduga? Rujuk sini.
Cara panduan menyusun sijil
PERSEDIAAN DOKUMEN Turutan:
1. Dokumen ASAL
2. Salinan Fotostat
3. Borang Maklumat Diri Calon
- Sijil kepujian dekan diletakkan selepas transkrip
- Boleh letakkan resume (susunan yang terakhir sekali)
- Sijil koko merupakan sijil-sijil sokongan dan bukan sebagai sijil utama akademik.
Buat kajian tentang bakal majikan anda dan bisnes mereka
Penampilan diri dan dokumen penting
Jangan terlalu stress
2. Persiapan semasa temuduga
Berpakaian kemas
Bagi lelaki, pilihlah untuk memakai kemeja dan seluar yang berseterika dan juga tali leher atau kot untuk lebih berketerampilan. Bagi perempuan pula, tidak perlu memakai pakaian yang berlebih-lebihan atau yang menjolok mata; cukuplah dengan kemeja dan seluar dan kot yang senang mata memandang. Juga kenakan sedikit mekap supaya kelihatan berseri.
Datang lebih awal ke tempat temuduga
Jawab soalan dengan tenang
Ingat, ini ialah tips temuduga yang sangat penting. Bila mereka nampak anda tenang dan tidak tergopoh-gapah, tentu sekali akan timbul rasa kepercayaan sedari awal.
3. Selepas temuduga
Follow-up
Sebaik temuduga tamat, seeloknya ucapkan terima kasih kepada penemuduga dan tanya bila anda boleh dapatkan jawapan daripada pihak mereka. Apabila tiba tarikh tersebut, anda boleh menelefon mereka untuk maklumbalas.
Usah berharap
Ini satu lagi tips temuduga yang penting. Usah meletakkan harapan yang terlalu tinggi pada sesuatu pekerjaan yang kita idam-idamkan. Bila terlalu tinggi harapan, hati akan berkecamuk jika tiada panggilan. Barangkali sudah tertulis, rezeki di syarikat tersebut bukan milik kita.
Pesanan:
"Nilai resume anda. Ejaan jaga. Jangan tipu dalam resume. Masa mengganggur tu, tambah ilmu; belajar mahir dengan Microsoft Office (cuba juga excel bukan setakat word), soft skills (belajar jumpa orang), cari part time supaya biasa. Bila HR call, angkat jawab. Jangan suruh call balik. Melainkan penting, minta maaf dan beritahu berapa lama masa yang awak akan ambil untuk telefon balik. Namun selalunya HR yang akan call. Cuma itu lebih baik. Masa interview bawa dokumen yang dia dah suruh. Elakkan nervous. Tenang. Nervous akan beri kesan pada gaya badan kita. Relaks. Sebelum keluar bilik, tanya mereka apa harapan pada kita kelak. Mereka suka orang bersungguh dan yang nampak mahu. Apapun jangan demand sangat dan banyakkan bersabar. Jika dapat jangan lupa bersyukur, manusia ini perantara sahaja." - Kakak HR via IIUM Confession
SOALAN-SOALAN YANG BIASA DITANYA (merujuk:Tips temuduga):
Tidak kiralah samada interview di dalam Bahasa Inggeris, Melayu atau Arab, soalan awal adalah :-
“PLEASE INTRODUCE YOURSELF” ATAU “SILA PERKENALKAN DIRI ANDA”
Cukup memfokuskan kepada bahagian berikut :-
Kelulusan & Pendidikan formal: Pendidikan Sekolah Menengah dan Universiti sahaja serta kaitan apa-apa subjek yang diambil dengan kerja yang dipohon.
Tempat bertugas sekarang (jika bekerja, jika tidak sebutkan pengalaman di Universiti seperti Exco persatuan dan lain-lain).
Pengalaman dan kemahiran yang ada dan kaitannya dengan tugas yang dipohon.
Saya kira, tiga point tadi sudah cukup, tidak perlu menghuraikan salasilah keluarga, nama emak, nama datuk, kahwin, anak, kampung dan lain-lain. Ia hanya menunjukkan ketidakmatangan calon.
Panel biasanya menyoal soalan ini untuk menilai tahap fokus calon dalam menjawab soalan dan kaitannya dengan kerja yang diminta. Bukan untuk berkenalan dengan calon.
- Mengapa memohon kerja ini? Berikan jawapan yang paling menyakinkan.
- SOALAN PENUTUP
Biasanya, soalan penutup panel temuduga adalah:
“DO YOU HAVE ANY QUESTION?” ATAU ” SAUDARA/I ADA APA-APA SOALAN?”
Kebanyakan calon akan mengatakan ‘Tiada soalan”
Bagi saya, ia sekali lagi satu tindakan yang kurang tepat.
Panel sebenarnya ingin menilai minda anda terhadap kerja yang dipinta. Justeru lebih baik anda bertanya, pastikan pertanyaan adalah standard dan menunjukkan anda seorang yang berpandangan jauh. Seperti tanya berkenaan masa depan syarikat, peluang karier bersama syarikat, tahap kestabilan syarikat dan lain-lain. Bagaimanapun, jika calon terlalu tidak ‘performed’ di peringkat awal temuduga, soalan-soalan besar ini mungkin tidak perlu kerana akan membosankan panel.
***
Cara-cara menjawab soalan temuduga dalam Bahasa Inggeris:
*(Klik gambar untuk lebih jelas)
Ini sekadar cadangan. Jawapan sendiri bergantung pada ayat dan ilmu kita.
Cara jawab soalan jika temuduga beramai-ramai:
Katalah anda diberi 3 minit. Jadi dalam masa itu, cerita sahaja yang baik-baik, yang kuat-kuat, yang hebat-hebat tentang diri anda. Tidak perlu kata, "Antara kelemahan saya pula ialah..." Tak perlu sehingga anda ditanya.
Persoalannya, apa yang baik-baik, apa yang hebat-hebat tentang diri kita?
Dalam temu duga kerja, yang baik-baik dan hebat-hebat tentang diri kita perlu disertakan dengan cerita pengalaman kita. Kerana dalam cerita itu akan ada contoh yang kita ini bagus.
Terangkan tanggungjawab kita, kerana kita akan 'hebat' apabila berjaya melaksanakannya. Tidak kira sekecil apapun tanggungjawab itu.
Tanggungjawab pula hanya dapat diceritakan melalui kerja / tugasan yang pernah kita buat. Tidak kira sekecil apapun kerja itu.
🎮MauTips !
"Tell Me About Yourself" Nampak macam senang je soalan ni tapi ramai yang kantoi bila jawab soalan ni time interview. Kali ni Admin nak share dengan korang cara jawab pic.twitter.com/ZFwDxlx2Ed
Apapun jangan putus asa. Kerana semua kita ada rezeki-rezekinya. Yang penting jangan takut mencuba, tak mula yang pertama, bagaimana mahu seterusnya? Jadi teruskan berusaha! Banyakkan doa. Dah dapat nanti jangan lupa bersyukur dan berterima kasih pada ibu ayah. Selamat berjuang! Moga dipermudahkan semuanya. Insya-Allah! :)