Kejohanan Sukan Udara Malaysia 2024

 Hi semua!





Sempena Hari Sukan Negara yang akan berlangsung pada Oktober ini, pelbagai aktiviti sukan udara di setiap negeri akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik.

Langit biru akan dipenuhi dengan pelbagai segmen sukan udara dibawah anjuran Persekutuan Sukan Udara Malaysia.

Persekutuan Sukan Udara Malaysia (Malaysia Sports Aviation Federation) pada julung kali akan mengadakan Kejohanan Sukan Udara Malaysia yang bertempat di MAEPS Serdang pada 10-13 Oktober 2024.


Orang ramai dijemput hadir.

Gerai jualan juga dibuka untuk yang berminat. Sila hubungi 01127462742 / 01127420248 untuk urusan lanjut.

Selain itu, ada 3 program yang akan berlangsung pada tarikh yang berdekatan dan berlainan lokasi.

Sila rujuk laman sesawang rasmi MSAF untuk maklumat terkini https://www.msaf.org.my/


Dan, pada Oktober ini juga dijadualkan acara 'mini competition'/ Latihan Terjun Tepat (Accuracy) bersama PDRM (VAT69) bersempena sambutan Hari 69 Komando yang ke-55 bertempat di Tekah Airstrip, Taiping, Perak.


Facebook Page : MSAF


Ayuh kita meriahkan!

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top