Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

 


🔥🚨 TERKINI:

Malaysia akhirnya menamatkan penantian selama 34 tahun apabila berjaya merangkul pingat emas acara regu berpasukan sepak takraw, selepas menewaskan musuh tradisi, Thailand, dengan keputusan 2–1.

Kali terakhir emas acara ini menjadi milik Malaysia ialah pada edisi 1991 di Manila, Filipina. Kini, selepas lebih tiga dekad penuh harapan dan kesabaran, sejarah kembali berpihak kepada tanah air. 


🔥 Atlet silat kebangsaan, Syafiqah Hamzah, akhirnya mencipta sejarah apabila meraih pingat emas sulungnya dalam acara perseorangan wanita, sekali gus menamatkan kemarau emas Malaysia selama 20 tahun dalam acara tersebut.

Dengan kutipan 9.960 mata, Syafiqah tampil penuh wibawa menewaskan wakil Brunei, Wasiqah Aziemah, yang memperoleh 9.920 mata.

Satu detik gemilang, lahir daripada disiplin, ketenangan dan jiwa juang yang tidak pernah goyah.


Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mencipta sejarah apabila menghadiahkan pingat emas badminton pertama Malaysia di Sukan SEA Bangkok, sekali gus menamatkan kemarau emas beregu wanita selama 10 tahun.

Dengan semangat juang yang tidak pernah luntur, mereka menewaskan pasangan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma dan Meilysa Trias Puspitasari, 21–16, 19–21, 21–17.

Satu kemenangan yang lahir daripada kesabaran, keteguhan dan kepercayaan pada diri — detik gemilang yang akan terpahat dalam sejarah badminton negara.


Sumber: https://x.com/NewsBFM


TAHNIAH SEMUA ATLET MALAYSIA YANG BERJUANG. ALHAMDULILLAH. KAMI BANGGA. MALAYSIA BOLEH.



 SENARAI ATLET PROGRAM ROAD TO GOLD 2025






Bintang skuasy negara, S.Sivasangari dan beregu badminton lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun antara nama baru yang tersenarai dalam program Road To Gold 2025.


Pemilihan mereka adalah berdasarkan kedudukan kelompok 10 terbaik dunia selain prestasi cemerlang yang ditampilkan di pentas antarabangsa.


Selain Sivasangari dan Man-Tee, turut mengukuhkan senarai atlet RTG 2025 ialah:


🏸 Aaron Chia–Soh Wooi Yik (beregu lelaki)

🏸 Pearly Tan–M.Thinaah (beregu wanita)

🏸 Chen Tang Jie–Toh Ee Wei (beregu campuran)

🚴‍♂️ Muhammad Shah Firdaus Sahrom (berbasikal trek)

🚴‍♀️ Nurul Izzah Izzati (berbasikal trek)

🏋️‍♂️ Mohamad Aniq Kasdan (angkat berat)



MSN





 Hi semua!





Sempena Hari Sukan Negara yang akan berlangsung pada Oktober ini, pelbagai aktiviti sukan udara di setiap negeri akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik.

Langit biru akan dipenuhi dengan pelbagai segmen sukan udara dibawah anjuran Persekutuan Sukan Udara Malaysia.

Persekutuan Sukan Udara Malaysia (Malaysia Sports Aviation Federation) pada julung kali akan mengadakan Kejohanan Sukan Udara Malaysia yang bertempat di MAEPS Serdang pada 10-13 Oktober 2024.


Orang ramai dijemput hadir.

Gerai jualan juga dibuka untuk yang berminat. Sila hubungi 01127462742 / 01127420248 untuk urusan lanjut.

Selain itu, ada 3 program yang akan berlangsung pada tarikh yang berdekatan dan berlainan lokasi.

Sila rujuk laman sesawang rasmi MSAF untuk maklumat terkini https://www.msaf.org.my/


Dan, pada Oktober ini juga dijadualkan acara 'mini competition'/ Latihan Terjun Tepat (Accuracy) bersama PDRM (VAT69) bersempena sambutan Hari 69 Komando yang ke-55 bertempat di Tekah Airstrip, Taiping, Perak.


Facebook Page : MSAF


Ayuh kita meriahkan!

 Hari Sukan Negara (HSN) Kini Kembali! ⚡🔥



Anda semua mesti tak sabarkan nak sambut HSN tidak lama lagi? 🤔

Masukkan dalam kalendar siap-siap maklumat penting seperti di bawah:


🗓️ : 12 Oktober 2024 (Sabtu)

⏰ : Rujuk Poster

📍 : Seluruh Negara KECUALI Sarawak

🔗 : harisukannegara.my


Pelbagai program dan aktiviti akan dianjurkan pada hari tersebut di seluruh negara tau 🇲🇾

Tapi di Sarawak akan diadakan pada 19 Oktober tau 😉

Ajak kawan, keluarga, dan sesiapa saja yang anda kenali dan bersama kita semua bersukan dan beriadah! 🤗


Cergas bersama, JBSN bersama 💪🏽


Rujuk Halaman FB di bawah bagi Mendapatkan Maklumat Program dan Aktiviti di Seluruh Negara 👇


1. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis


2. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah


3. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang


4. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak


5. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor


6. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan


7. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka



8. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor


9. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan


10. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu


11. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang


12. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sabah


13. Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan


14. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak



Sumber:

https://www.facebook.com/share/p/rCvksbBgZUvJkaLz/?mibextid=xfxF2i




The Motorsports Association of Malaysia will be hosting the MAM Malaysia Festival of Speed (MFOS). 


Date: 18th - 20th of October 2024

Location: Petronas Sepang International Circuit.

Among the disciplines to be incuded in the MAM MFOS are the following;-



  • Auto Gymkhana car and bike - PSIC P Bus Parking 
  • Pocket Bike - PSIC Driving Experience Centre
  • Rally - PSIC PX Parking and MAB Agriculture & Horticulture Sdn Bhd Estates


  • Karting Sprint - Sepang International Karting Circuit (SIKC)
  • Karting Slalom - PSIC P Bus Parking


  • Esport - PSIC Welcome Centre Cafe, Mall Area
  • Push Bike (Demo) - PSIC Driving Experience Centre


Entry Form:

 https://www.mam.org.my/malaysia-festival-of-speed//






Photo: https://www.instagram.com/p/C_uhhgIy7mt/?igsh=MXdnZDJjMnlnNHpndA==

News: https://msfracing.oto.my/event





 TERIMA KASIH AZIZULHASNI AWANG!


Walaupun ini bukan pengakhiran yang dimahukan, kami tetap bangga dengan Dato Azizulhasni Awang our Pocket Rocket Man! 

Berikut adalah kejayaan dan pencapaian atlet kebanggan kita, Dato Azizulhasni Awang. 


Olympics 

🥈 2020 Tokyo

🥉 2016 Rio


World Championships

🥇 2017 Hong Kong (Keirin)

🥈 2010 Ballerup (Keirin)

🥈 2009 Pruszkow (Sprint)

🥉 2020 Berlin (Keirin)

🥉 2020 Berlin (Sprint) 

🥉 2016 London (Keirin)

🥉 2015 Yvelines (Keirin)


Asian Games

🥇 2018 Jakarta-Palembang (Sprint)

🥇 2010 Guangzhou (Keirin)


Asia Championships

🥇 2020 Jincheon (Sprint)

🥇 2019 Jakarta (Sprint)

🥇 2017 New Delhi (Sprint)

🥇 2015 Nakhon Ratchasima (Keirin)

🥇 2014 Astana (Keirin)

🥇 2009 Tenggarong (Sprint)

🥇 2009 Tenggarong (Team Sprint)

🥇 2008 Nara (Sprint)

🥇 2008 Nara (Keirin)

🥇 2007 Bangkok (Keirin)



Tahniah dan terima kasih untuk segala jasa dan semua sumbangan Dato' buat negara kita, Malaysia. Moga sentiasa diberikan kebaikan dan kejayaan buat Dato sekeluarga. 


Sumber:

https://x.com/craigansibin/






SUKMA edisi ke-21 tahun ini diadakan di Sarawak. Temasya ini akan berlangsung dari 17 Ogos sehingga 24 Ogos.



Boleh semak beberapa saluran untuk menonton Sukma Sarawak 2024 live stream dan lain-lain sukan.

Kemaskini: Tahniah untuk penganjuran Sukma kali ini dan tahniah juga buat Kontinjen Sarawak mengulangi sejarah 30 tahun lalu apabila berjaya menjuarai SUKMA XXI Sarawak 2024 pada Sabtu. 




TV Sarawak:

TVS1: https://youtube.com/@stadiumsukmatvs1?si=R4SBlyfcWvR1OMOq

TVS2: https://youtube.com/@stadiumsukmatvs2?si=ZY8JCzTARD_jjGVE


Majlis Sukan Negara (MSN):

https://youtube.com/@majlissukannegaramalaysia7168


RTM Malaysia:

sukmasarawak2024.rtm.gov.my/utama


Laman web rasmi:

https://www.sukmasarawak2024.my/web/home/index/


Kedudukan pingat bagi SUKMA 2024 setakat 10.15 malam, 22 Ogos 2024 (Khamis) 

Liputan langsung SUKMA XXI Sarawak 2024 di TVS saluran 122 MYTV, Unifi TV dan Astro dan juga tvsarawak.my/StadiumSUKMATVS


Sumber:

https://x.com/tvsarawak/status/1826626477380825597?t=CpL1F2TsGQLaay7fJp5c7Q&s=19

https://x.com/craigansibin/status/1824416719894614505?t=SeAyIj7wnVRbjq-QLzlbnw&s=19



Upacara pembukaan Sukma Sarawak 2024:


Upacara penutupan Sukma Sarawak 2024:



MEDIA SOSIAL SUKMA SARAWAK 2024

FACEBOOK

INSTAGRAM

TWITTER


Skuad Badminton Malaysia mengakhiri kempen Sukan Olimpik Paris 2024 dengan agak cemerlang. 

2 Gangsa dari Perseorangan Lelaki dan Beregu Lelaki 

2 wakil dengan persembahan penuh sensasi. Beregu Campuran Juara Kumpulan dan ke Suku Akhir Selain Beregu Wanita dengan Separuh Akhir 

Jauh lagi perjalanan menjelang LA2028. Tapi berharap agar mereka kekal konsisten dan kilauan Emas akan diperoleh di LA2028 

Terima kasih Pasukan Badminton Malaysia 


Berikut merupakan wakil badminton Malaysia di Sukan Olimpik 2024. Badminton telah bermula pada Julai 2024 lalu di Paris.


PERSEORANGAN LELAKI: LEE ZII JIA

Pencapaian semasa:

Pingat Gangsa Olimpik 2024


PERSEORANGAN WANITA: GOH JIN WEI

Pencapaian semasa:

Pusingan Awal Olimpik 2024


BEREGU LELAKI: AARON CHIA & SOH WOOI YIK 

Pencapaian semasa:

Pingat Gangsa Olimpik 2024


BEREGU WANITA: PEARLU TAN & THINAAH MURALITHARAN

Pencapaian semasa:

Separuh Akhir Olimpik 2024


BEREGU CAMPURAN: CHEN TANG JIE & TOH EE WEI

Pencapaian semasa:

Suku Akhir Olimpik 2024




Sumber:

https://x.com/ShuttleHard?

https://x.com/Marchfoward/






SEJARAH BAHARU TERCIPTA!


Kita juara dunia! 

Detik pasukan Malaysia mengungguli satu lagi gelaran 'Juara dunia' bagi Sepak Takraw acara Regu, menumpaskan Thailand 8 - 15, 15 - 12 pada peringkat akhir

Bermimpilah setinggi langit, moga jatuh diantara bintang - tahniah Malaysia! 






Kemaskini:

Piala Dunia ISTAF Sepak Takraw 2024

Acara Double milik Malaysia 🇲🇾 🥇

Acara Regu juga milik Malaysia 🇲🇾🥇


Kita tewaskan Thailand 'back to back' dalam aksi final hari ini.


Alhamdulillah. 


Tahniah untuk kesemua wakil Malaysia. 





*****



Acara sukan berprestij, Piala Dunia Sepak Takraw 2024 bakal berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 18 hingga 26 Mei ini.

Sebanyak 21 negara telah mengesahkan penyertaan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024. 12 pasukan akan berentap bagi kategori Premier manakala baki 9 pasukan bertanding dalam kategori Divisyen 1.





Sumber:

Twitter Astro Arena

Gambar lain: https://twitter.com/theone_xyz/status/1793302438667268151?s=19





Jadual penuh:

https://thevocket.com/jadual-penuh-perlawanan-piala-dunia-sepak-takraw-2024/

 


A first Gold event title for Sivasangari Subramaniam. 🏆

(Kali terakhir kita ke final adalah pada 2015 oleh Datuk Nicol Ann David). 

Sivasangari Subramaniam 🇲🇾 is the champion 🥇 of the Gillenmarkets London Squash Classic 2024, beating Hania El Hammamy 🇪🇬

She's beaten the World No.1, World No.4 and World No.2 to lift the trophy 🔥

Congratulations. Proud Malaysia here. Tahniah 🇲🇾🎉


Biodata/Profile Sivasangari Subramaniam:

Name: Sivasangari Subramaniam

Birthday: 24 January 1999 (Alor Setar, Kedah, Malaysia) 

Height: 160cm

Weight: 53kg

Current ranking : 13 (April 2024)

Instagram: https://www.instagram.com/sivasangari_



News Sources:

https://twitter.com/PSAWorldTour/

https://twitter.com/theone_xyz/


Biodata:

https://en.wikipedia.org/





Keputusan Undian Piala Asia B-23 2024

Skuad Harimau Malaya B-23 kendalian Juan Torres Garrido telah diundi dalam Kumpulan D bersama Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait bagi saingan yang akan berlangsung di Qatar dari 15 April hingga 3 Mei 2024. 


Jadual Kumpulan D, Piala Asia B-23 2024 Di Qatar

Skuad Harimau Malaya B-23 kendalian Juan Torres Garrido akan berdepan Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait.

▶️ Dua pasukan teratas layak ke suku akhir bertemu juara/naib juara Kumpulan C pada 26 April 2024


Rujukan:

https://twitter.com/vocketfc/

https://twitter.com/FAM_Malaysia/

https://twitter.com/afcasiancup/






Kementerian Belia dan Sukan pada Jumaat mengumumkan keputusan Kerajaan untuk tidak menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) sebagai tuan rumah temasya Sukan Komanwel 2026.

Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang hari ini telah mengambil keputusan tersebut setelah meneliti semua aspek penganjuran dan implikasi


Sumber:













Kegagalan Perlis United mendapatkan Lesen Kebangsaan menyaksikan hanya 13 kelab yang akan bersaing dalam Liga Super musim 2024-2025.🏆



Sumber:

https://twitter.com/vocketfc/





Semalam gandingan Aaron Chia & Soh Wooi Yik menampilkan aksi yang baik walaupun tewas kepada juara bertahan All England - Fajar Alfian-Muhammad Rian. 

Tahniah diucapkan! Moga terus jadi kebanggaan dan semangat buat kita semua rakyat Malaysia. Moga maju jaya di Olimpik pula. 

Berikut merupakan antara rekod pencapaian ChiaSoh, beregu utama negara ini:

Aaron Chia & Soh Wooi Yik
Lifetime career achievements

Olympics
🥉 2020 Tokyo Olympic (Held in 2021)

BWF World Championships (Kejohanan Dunia) 
🥉 2023 World Championships
🥇 2022 World Championships

Asian Games
🥉 2022 Asian Games Hangzhou (Held in 2023)

Commonwealth Games
🥉 2022 Birmingham

Asia Championships
🥈 2022 Asia Championships Manila

SEA Games
🥇 2019 SEA Games Manila

BWF World Tour
🥈 2024 All England Open (Super 1000)
🥇 2023 Denmark Open (Super 750)
🥈 2023 China Open (Super 1000)
🥈 2023 Indonesia Open (Super 1000)
🥈 2023 India Open (Super 750)
🥈 2020 Thailand Open (Super 1000)
🥈 2019 All England Open (Super 1000)
🥈 2018 SaarLorLux Open (Super 100)

BWF International Challenge/Series

🥈 2018 Malaysia International

🥈 2018 Vietnam International

🥈 2017 Tata Open India International

🥈 2016 Swiss International


Sudirman Cup (World Mixed Team Championships)

🥉 2023 Suzhou

🥉 2021 Vantaa


Asian Team Championships

🥇 2022 Selangor (Men's Team)

🥈 2020 Manila (Men's Team)


Commonwealth Games

🥇 2022 Birmingham (Mixed Team)


SEA Games 

🥈 2019 Manila (Men's Team)


Anugerah Sukan Negara (National Sports Award)

🏆 2022 National Sportsman Award

🏆 2021 Men's Team Award



Sumber berita & tweets:

https://twitter.com/craigansibin/

https://twitter.com/BA_Malaysia/

Awani





Skuad Harimau Malaya memastikan mereka berada di puncak Kumpulan D saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 susulan kekalahan Oman kepada Kyrgyzstan 1-0. 

Senarai 25 pemain pilihan Kim Pan Gon untuk perlawanan pertama dan kedua Kumpulan D, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026.


Round 2, Kelayakan Piala Dunia 2026 (Zon Asia)


Jadual untuk Malaysia 🇲🇾

16 Nov: 🏠🆚 🇰🇬 Kyrgyzstan

21 Nov: 🛫🆚 Chinese Taipei

21 Mac: 🛫🆚 🇴🇲 Oman

26 Mac: 🏠🆚 🇴🇲 Oman

6 Jun: 🛫🆚 🇰🇬 Kyrgyzstan

11 Jun: 🏠🆚 Chinese Taipei



FT: 🇲🇾 Malaysia 4-3 Kyrgyzstan 🇰🇬

✅ 3 mata penting
✅ Comeback
✅ +15.494 mata FIFA
Next: Chinese Taipei (Selasa, 21 November)




FT: Chinese Taipei 0-1 Malaysia 🇲🇾


✅ 3 mata

✅ Clean sheet

✅ +10.65 mata FIFA

Next: Friendly (3 Januari 2024), Piala Asia (16 Januari 2024)



Kemas kini terbaharu ranking FIFA hari ini, Malaysia di tangga 130 dunia, berjaya naik 7 anak tangga berbanding 137 pada kemas kini terdahulu, 26 Oktober 2023.

* Kemas kini seterusnya 21 Disember 2023



Sumber:

https://twitter.com/FAM_Malaysia/

https://twitter.com/BBST15/

https://twitter.com/ultrasmalaya07/

https://twitter.com/vocketfc

https://www.stadiumastro.com/











 


Peringkat akhir SELBATC2024 (Selangor Badminton Asia Team Championships 2024) akan berlangsung pada Ahad, 18 Februari ini. 

UPDATE: MALAYSIA NAIB JUARA



Untuk peringkat akhir berkumpulan wanita akan mempertemukan Thailand vs India (Thailand telah mengalahkan juara bertahan, Indonesia dengan 3-1 manakala India mengalahkan juara 2 kali, Jepun dengan 3-2). 

Kita akan menyaksikan negara baharu muncul juara Women’s Team esok. 

Untuk berpasukan lelaki pula Malaysia telah menang mengalahkan Jepun dengan 3-1. China pula menang ke atas Korea dengan 3-2.

Malaysia akan berjumpa China di peringkat akhir esok.

Semoga Malaysia dapat mempertahankan title champion esok!

Moga kejayaan milik Malaysia. Insya-Allah. 










Akhir nanti kita akan bertemu China



*Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong tak dapat diturunkan sebab masalah kesihatan. LZJ masalah bernafasan sebab sinus, NTY mengalami kecederaan. Moga lekas sembuh untuk mereka. 

Sumber:

https://twitter.com/ShuttleHard/

 https://twitter.com/OnesportMy/













Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top