Showing posts with label KBS. Show all posts
Showing posts with label KBS. Show all posts

 SENARAI ATLET PROGRAM ROAD TO GOLD 2025






Bintang skuasy negara, S.Sivasangari dan beregu badminton lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun antara nama baru yang tersenarai dalam program Road To Gold 2025.


Pemilihan mereka adalah berdasarkan kedudukan kelompok 10 terbaik dunia selain prestasi cemerlang yang ditampilkan di pentas antarabangsa.


Selain Sivasangari dan Man-Tee, turut mengukuhkan senarai atlet RTG 2025 ialah:


🏸 Aaron Chia–Soh Wooi Yik (beregu lelaki)

🏸 Pearly Tan–M.Thinaah (beregu wanita)

🏸 Chen Tang Jie–Toh Ee Wei (beregu campuran)

🚴‍♂️ Muhammad Shah Firdaus Sahrom (berbasikal trek)

🚴‍♀️ Nurul Izzah Izzati (berbasikal trek)

πŸ‹️‍♂️ Mohamad Aniq Kasdan (angkat berat)



MSN






πŸ‡²πŸ‡Ύ RAKAN MUDA DI HTJ πŸ‡²πŸ‡Ύ


Takde idea nak buat apa bersama keluarga hujung minggu ni ⁉️😱

Majlis Belia Malaysia bersama Wolfstrike Brothers, Neptunes Presents dan Kopi & Studio membawa anda merasai sesuatu yang lain dari kebiasaan di Melaka, disokong oleh Kementerian Belia Dan Sukan bersama Rakan Muda. 

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda sekeluarga! Jom sama-sama kita santai bersama dan rasai keunikan gabungan komuniti dan kreativiti. Kita bawakan lebih 20 vendor menjual: 


πŸ‘•πŸ‘š Pakaian

🍒☕️ Makanan & Minuman

🎭 Bengkel Seni dan Kraftangan

🎨 Pameran Grafitti

πŸš— Jualan Carboot khas dari komuniti Art Of Speed

🏍️ Komuniti Ride Menuju Senja oleh Naked 13 Cafe Racer

🎼 Persembahan Puisi 

🎀🎸Persembahan Akustik daripada artis-artis yang bukan biasa-biasa ‼️🫡🏻😎


Jangan lupa untuk LOCK THE DATE okay⁉️🫡🏻😎


πŸ“’‼️ RAKAN MUDA DI HTJ πŸ“’‼️

πŸ—“️ 16&17 November 2024

⏰ 11AM - 11PM

πŸ“ Dataran Sejarah, Ayer Keroh Melaka


Jangan lupa untuk kongsikan dan sebarkan berita baik ini kepada keluarga, kawan-kawan orang kampung dan semua yang ada okay! Jumpa anda di sana ‼️🫡🏻😎


Instagram: @Wolfstrike


Mana Lagi, Melaka Lerrr...




 Hi semua!





Sempena Hari Sukan Negara yang akan berlangsung pada Oktober ini, pelbagai aktiviti sukan udara di setiap negeri akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik.

Langit biru akan dipenuhi dengan pelbagai segmen sukan udara dibawah anjuran Persekutuan Sukan Udara Malaysia.

Persekutuan Sukan Udara Malaysia (Malaysia Sports Aviation Federation) pada julung kali akan mengadakan Kejohanan Sukan Udara Malaysia yang bertempat di MAEPS Serdang pada 10-13 Oktober 2024.


Orang ramai dijemput hadir.

Gerai jualan juga dibuka untuk yang berminat. Sila hubungi 01127462742 / 01127420248 untuk urusan lanjut.

Selain itu, ada 3 program yang akan berlangsung pada tarikh yang berdekatan dan berlainan lokasi.

Sila rujuk laman sesawang rasmi MSAF untuk maklumat terkini https://www.msaf.org.my/


Dan, pada Oktober ini juga dijadualkan acara 'mini competition'/ Latihan Terjun Tepat (Accuracy) bersama PDRM (VAT69) bersempena sambutan Hari 69 Komando yang ke-55 bertempat di Tekah Airstrip, Taiping, Perak.


Facebook Page : MSAF


Ayuh kita meriahkan!

Kementerian Belia dan Sukan pada Jumaat mengumumkan keputusan Kerajaan untuk tidak menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) sebagai tuan rumah temasya Sukan Komanwel 2026.

Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang hari ini telah mengambil keputusan tersebut setelah meneliti semua aspek penganjuran dan implikasi


Sumber:

















Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top