Seperti setandan pisang, tidak semuanya masak kuning keemasan. Ada yang kecil, ada yang besar, ada yang manis, dan ada yang sedikit tawar – namun, setiap biji itu berharga, melengkapkan tandan yang satu.
Begitu juga dengan anak-anak kita. Setiap seorang punya keunikan, punya rezeki tersendiri, dan mereka semua adalah pelengkap kepada keluarga.
Kadang-kala, anak yang tidak cemerlang di sekolah, yang tidak meraih ijazah atau pangkat tinggi, itulah yang memilih untuk tinggal di kampung. Sementara adik-beradiknya mengejar cita-cita dan kehidupan di kota, dialah yang setia di sisi ibu bapa.
Dialah yang boleh diharapkan untuk memastikan keperluan keluarga terpenuhi, membawa ibu bapa ke hospital, dan menjadi teman buat gaduh riuh di rumah
Kepada ibu bapa, percayalah pada rezeki yang dititipkan kepada setiap anak. Mereka semua berharga, walau dengan cara yang berbeza.
Berikan kasih sayang yang sama rata, tanpa membezakan kejayaan atau kegagalan mereka. Jangan biarkan mereka merasa terpinggir hanya kerana mempunyai kekurangan.
Sumber: PHM
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.