Showing posts with label public health malaysia. Show all posts
Showing posts with label public health malaysia. Show all posts

 




Adakah anda selalu rasa berat kepala, tengkuk tegang dan kadang-kadang sakit kepala sikit.  Kebanyakan orang anggap ia biasa saja. Tapi, siapa sangka, semua tu petanda darah tinggi– pembunuh senyap yang jarang tunjukkan gejala yang jelas. 


Ada kalanya kita rasa:


‼️Sakit kepala ringan tapi ingatkan sebab kurang tidur.


‼️Penglihatan kabur tapi rasa macam mata rabun atau mata kering..


‼️Hidung berdarah sekali-sekala, terus fikir cuaca panas.


‼️Rasa letih yang kita anggap sebab kerja banyak dan stress

.

Owh, anda tak perlu ada SEMUA gejala ini baru nak kata ada darah tinggi. Ada yang tidak ada gejala tapi BP sudah tinggi melangit. 


Bila kali terakhir anda cek tekanan darah? Jangan beri alasan tak ada masa atau takut berjumpa doktor. 


Satu rumah perlu ada satu mesin ini untuk pantau tekanan darah seisi keluarga. Jiran pun boleh tumpang sekali


Mesin check tekanan darah tinggi:-

https://s.shopee.com.my/AUdFy3NDu9



Darah tinggi bukanlah sekadar masalah kecil. Ia boleh bawa kepada serangan jantung, strok, atau kegagalan buah pinggang.


 


Siapa yang kat sini, bila time mengandung je mesti rasa lemah, tidak bermaya, nafas tercungap-cungap bila kerja berat, pening, atau berat kepala? Ini mungkin tanda anemia. 

Tapi saya dah cuba supplement dan makan pelbagai makanan tambah darah. Setiap kali jumpa misi saja mesti hemoglobin (hb) rendah. 

Jangan risau. Min bagi tips bagaimana nak naikkan hb. Semoga berjaya.

 


Alarm berbunyi, tapi kepala anda terasa berat. Mata masih mahu terpejam, badan lenguh, dan sakit di leher yang entah dari mana muncul kembali. Anda cuba bangkit, ingatkan mandi atau kopi panas boleh membantu – namun tidak. Rasa sesak nafas mula datang, dada terasa sempit, dan badan seolah-olah memberi isyarat bahawa ada sesuatu yang tak kena. Tapi bila jumpa doktor, katanya anda sihat.

Di pejabat, orang lihat anda sering MC dan mula berbisik – adakah anda “buat-buat” atau “malas”? Tapi hakikatnya, inilah tanda-tanda Somatic Symptom Disorder – satu masalah di mana emosi dan tekanan yang terbuku dalam hati, berubah menjadi gejala fizikal yang tak nampak puncanya.


Adakah anda alami perkara yang sama?

 • Sakit yang tak berkesudahan walaupun doktor kata anda sihat

 • Rasa lesu yang berlanjutan, susah nak fokus kerja

 • Gejala yang datang berulang tanpa sebab yang jelas, lebih dari 6 bulan


Mungkin badan kita yang cuba bercakap tentang perasaan yang tak terungkap. Jangan cepat menilai mereka yang sering rasa “tak sihat”. Kadangkala, kesakitan ini lebih daripada sekadar fizikal – ia adalah jeritan emosi yang memerlukan perhatian.

Sayangi diri, luahkan bila perlu. Kesihatan mental itu tidak ternilai.

 


Seperti setandan pisang, tidak semuanya masak kuning keemasan. Ada yang kecil, ada yang besar, ada yang manis, dan ada yang sedikit tawar – namun, setiap biji itu berharga, melengkapkan tandan yang satu. 

Begitu juga dengan anak-anak kita. Setiap seorang punya keunikan, punya rezeki tersendiri, dan mereka semua adalah pelengkap kepada keluarga.

Kadang-kala, anak yang tidak cemerlang di sekolah, yang tidak meraih ijazah atau pangkat tinggi, itulah yang memilih untuk tinggal di kampung. Sementara adik-beradiknya mengejar cita-cita dan kehidupan di kota, dialah yang setia di sisi ibu bapa. 

Dialah yang boleh diharapkan untuk memastikan keperluan keluarga terpenuhi, membawa ibu bapa ke hospital, dan menjadi teman buat gaduh  riuh di rumah 

Kepada ibu bapa, percayalah pada rezeki yang dititipkan kepada setiap anak. Mereka semua berharga, walau dengan cara yang berbeza. 

Berikan kasih sayang yang sama rata, tanpa membezakan kejayaan atau kegagalan mereka. Jangan biarkan mereka merasa terpinggir hanya kerana mempunyai kekurangan.


Sumber: PHM

 



Tidur sejenak pada waktu tengahari bukan sahaja memberi rehat kepada badan, tetapi juga mendatangkan pelbagai manfaat kesihatan. 

Tidur tengahari selama 10 hingga 30 minit boleh membantu meningkatkan fokus dan produktiviti sepanjang hari. Ia seperti ‘reset button’ untuk minda yang membantu mengurangkan tekanan dan keletihan mental.

Selain itu, tidur tengahari juga mampu memperbaiki mood seseorang. Bila kita rasa segar selepas tidur sekejap, kita lebih cenderung untuk berasa tenang, kurang marah, dan lebih bertenaga. 

Namun, pastikan tidur seketika sahaja. Tidur lebih dari 30 minit mungkin membuatkan kita rasa lebih penat dan tidak bertenaga selepas bangun.


***'**

Qailulah merupakan perkata bahasa arab yang kata dasarnya ialah قَالَ-يَقِيلُ-قَيلا-قَيلُولَة. Kata Ibnu manzur qailulah membawa maksud tidur pada pertengahan siang. (Rujuk Lisan al-Arab, 11/572).

Imam Al-San’ani menyatakan bahawa maksud qailulah ialah berehat pada pertengahan siang walaupun tidak tidur. (Rujuk Subul al-Salam Syarh Bulugh al-Maram, 2/396)

Rujukan: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2998-al-kafi-1032-qailulah-dan-waktunya-2







 


Posisi tidur mengiring terutama sekali mengiring ke kiri ada banyak manfaat kepada kesihatan 


 1. Tidur mengiring ke kiri membantu penghadaman dengan lebih baik.Ia memudahkan aliran makanan dan asid perut, membantu mengelakkan masalah seperti refluks asid dan pedih ulu hati.

 2. Tidur mengiring ke kiri membantu melancarkan aliran darah ke jantung. Ia mengurangkan tekanan pada vena cava inferior, saluran darah besar yang membawa darah ke jantung

 3. Bagi wanita hamil, posisi mengiring ke kiri disarankan kerana ia memudahkan aliran darah ke plasenta, sekali gus membantu memberi lebih oksigen dan nutrisi kepada bayi.

 4. Bagi individu yang mengalami masalah tidur berdengkur, posisi mengiring membantu menjaga saluran udara agar terbuka

Tidur mengiring, terutamanya ke kiri, bukan sahaja memberi keselesaan tetapi juga manfaat kesihatan jangka panjang. 

Namun, setiap individu berbeza, jadi penting untuk mencari posisi tidur yang paling sesuai dan selesa bagi diri sendiri.



 



Teh Tarik: Disangka Susu, Rupanya Gula

Kita minum teh tarik dengan harapan rasanya yang lemak dan sedap berasal dari susu, tapi tahukah anda Sebahagian besar yang anda minum sebenarnya adalah GULA. 

Susu pekat manis yang digunakan dalam teh tarik bukanlah susu tulen yang baik untuk kesihatan, sebaliknya lebih daripada 40% kandungannya adalah gula dan minyak sawit. 

Setiap kali kita minum secawan teh tarik, kita mungkin tidak sedar sedang memasukkan beberapa sudu gula ke dalam tubuh. 

Ia terasa lembut di lidah, tetapi hakikatnya, teh tarik yang kerap kita nikmati ini boleh menjadi punca kita menambah berat badan, merosakkan gigi, dan lebih membimbangkan, menyumbang kepada penyakit diabetes dan serangan jantung.

Tidak salah untuk menikmati teh tarik sekali-sekala, tetapi lebih baik kurangkan kekerapan atau pilih yang kurang manis.

Jangan biarkan minuman yang kita sayangi menjadi musuh kepada kesihatan kita!


#konspirasigula


 




Sering Sakit Kepala? Kenali 4 Jenis Utama dan Bila Harus ke Doktor. Perkongsian asal adalah oleh Public Health Malaysia. 


Terdapat lebih daripada 150 jenis sakit kepala yang mempunyai karakteristik, punca, dan rawatan yang berbeza. Di bawah ini, kita akan melihat 4 jenis sakit kepala yang paling umum:


Migrain

Migrain dicirikan oleh sakit kepala berdenyut yang biasanya terjadi di satu bahagian kepala. Ia sering diiringi oleh loya, muntah, dan sensitiviti terhadap cahaya dan bunyi. Penghidap migrain mungkin mengalami gangguan penglihatan yang dikenali sebagai aura sebelum serangan sakit kepala bermula.


Sakit Kepala Tegang (Tension Headache)

Sakit kepala tegang adalah yang paling biasa berlaku dan dirasai seperti tekanan atau ketegangan di sekitar kepala. Ia sering disebabkan oleh tekanan atau ketegangan otot di leher dan bahu. Sakit kepala ini biasanya tidak disertai dengan gejala lain seperti loya.


Sakit Kepala Kluster (Cluster Headache)

Sakit kepala kluster adalah jenis sakit kepala yang sangat menyakitkan dan sering digambarkan sebagai rasa terbakar atau menikam di satu bahagian kepala, biasanya sekitar mata. Gejalanya mungkin termasuk mata merah, berair, dan hidung tersumbat pada bahagian yang sakit. Serangan sakit kepala kluster boleh berlaku beberapa kali sehari dalam tempoh berminggu-minggu atau berbulan-bulan.


Sakit Kepala Sinus (Sinus Headache)

Sakit kepala sinus disebabkan oleh keradangan atau jangkitan pada sinus. Gejalanya termasuk sakit di wajah, hidung tersumbat, dan kadangkala demam. Kesakitan ini sering bertambah teruk apabila anda menundukkan kepala atau bangun dari tidur.


Bila Harus Berjumpa Doktor?

Anda perlu mendapatkan rawatan segera jika mengalami gejala berikut:


Sakit kepala yang tiba-tiba dan sangat teruk.

Kanak-kanak yang sering mengadu sakit kepala.

Sakit kepala disertai dengan gangguan penglihatan, kekeliruan, hilang keseimbangan, atau masalah pertuturan.

Sakit kepala dengan rasa kebas atau lemah.

Sakit kepala yang disertai demam, sawan, atau pengsan.

Sakit kepala dengan ketegangan di tengkuk dan ruam.


 



Di mana mana pasti ada orang narsistik ini. Kehadiran dia walaupun sekejap memberi aura negatif yang boleh membuatkan hari ceria berubah mendung. 

Mana tidak, ayat ayat yang keluar sentiasa sahaja meninggi diri dan expect orang lain nak puja dia. 

Langkah terbaik adalah untuk kurangkan kontak, hanya berkomunikasi bila perlu dan elakkan konflik yang tidak perlu


- Sumber Facebook Public Health Malaysia

Banyak jabatan telah mengeluarkan infografik mengenai larangan menjalankan hubungan sulit. Ini perkara serius dan perlu diambil perhatian oleh semua. Gambar adalah dari Public Health Malaysia. 










Jangan ambil mudah kepada gejala gejala ini, kerana sememangnya majoriti wanita Malaysia mempunyai masalah kekurangan vitamin D yang menyebabkan gejala seperti ini.

Di Malaysia, kajian menunjukkan bahawa sekitar 60-70% wanita Malaysia mengalami masalah kekurangan vitamin D.

Kekurangan ini lebih ketara di kalangan wanita yang tinggal di kawasan bandar, di mana mereka mungkin kurang terdedah kepada cahaya matahari kerana gaya hidup yang lebih banyak berada di dalam bangunan.

Kekurangan vitamin D ini juga lebih lazim dalam kalangan wanita yang memakai pakaian yang menutup seluruh badan, yang mengurangkan pendedahan kulit kepada cahaya matahari, sumber utama penghasilan vitamin D.

Masalah kekurangan vitamin D ini adalah isu kesihatan yang serius kerana ia boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan seperti osteoporosis, kelemahan otot, dan gangguan imun.

Oleh itu, penting bagi wanita di Malaysia untuk mendapatkan pendedahan cahaya matahari yang mencukupi dan mempertimbangkan pengambilan suplemen vitamin D jika perlu.




Sumber berita: Kosmo

.

Jika anda alami hilang suara atau suara menjadi serak mungkin anda alami keradangan peti suara atau laringitis. Biasanya akan sembuh dalam tempoh 2 minggu


Dalam tempoh tersebut 

✅ Elak bercakap banyak

✅ Minum banyak air 

✅ Kumur air garam 

✅ Gunakan pelembab udara


Elakkan

❌ jangan bercakap kuat

❌ Jangan merokok

❌ Kurang minum kopi

❌ Jangan berada di kawasan berhabuk dan berasap


Dapatkan rawatan jika gejala tidak reda/ semakin teruk




Sumber:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02MNtJjR3LfQP7ea7DLdLXYmVM118cRBYmroB7RuNrbsmN6nY38Rk9PBVjEa9DhQ1Hl&id=1712327752390423&mibextid=Nif5oz










Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top