Showing posts with label Famili. Show all posts
Showing posts with label Famili. Show all posts

 


Seperti setandan pisang, tidak semuanya masak kuning keemasan. Ada yang kecil, ada yang besar, ada yang manis, dan ada yang sedikit tawar – namun, setiap biji itu berharga, melengkapkan tandan yang satu. 

Begitu juga dengan anak-anak kita. Setiap seorang punya keunikan, punya rezeki tersendiri, dan mereka semua adalah pelengkap kepada keluarga.

Kadang-kala, anak yang tidak cemerlang di sekolah, yang tidak meraih ijazah atau pangkat tinggi, itulah yang memilih untuk tinggal di kampung. Sementara adik-beradiknya mengejar cita-cita dan kehidupan di kota, dialah yang setia di sisi ibu bapa. 

Dialah yang boleh diharapkan untuk memastikan keperluan keluarga terpenuhi, membawa ibu bapa ke hospital, dan menjadi teman buat gaduh  riuh di rumah 

Kepada ibu bapa, percayalah pada rezeki yang dititipkan kepada setiap anak. Mereka semua berharga, walau dengan cara yang berbeza. 

Berikan kasih sayang yang sama rata, tanpa membezakan kejayaan atau kegagalan mereka. Jangan biarkan mereka merasa terpinggir hanya kerana mempunyai kekurangan.


Sumber: PHM


Along tengoklah sampai habis, nanti beritahu abah." Ayat abah sewaktu perlawanan badminton masih lagi berbaki. Katanya debaran menonton badminton ini lain macam. Buat jantungnya libang libur. 

Bila hari ayah? - Hari ayah / hari bapa diraikan setiap hari ahad ketiga bulan Jun.

Untuk bola sepak pula, kalau ada perlawanan pasukan Perak, Selangor atau Malaysia atau apa-apa perlawanan besar, itu antara kegemaran untuk kami tonton atau paling tidak, saya akan update ke abah. Mak pula, kami akan suruh dia teka-teka saja siapa menang. 😁

Sehingga kini, saya masih menonton permainan sukan badminton dan bola sepak, seakan menonton sekali dengan abah. Semangat dan minatnya masih wujud walaupun beliau dah tiada.

Jika ke stadium, yang saya masih ingat, dia pernah bawa kami sekeluarga tonton hoki Malaysia vs Singapura - yeah! Malaysia menang waktu itu. Teruja ya, apatah lagi bertembung dengan pemain hoki negara yang dah lepas bertembung baru saya perasan kami ada berselisih sebenarnya!

Itulah kenangan. Tak boleh beli, dan jual pun takkan mampu. Untuk semua yang masih ada tersayang, hargailah sebelum semuanya hilang terbang.

(Ini tentang sukan sahaja, beribu lagi kenangan yang segar dan tersimpan dalam ingatan. Al-Fatihah, Abah. Moga ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.



Melalui Ezy Dakwah Siri 40 (Majalah Solusi), ada perkongsian berkaitan Doa Keluarga Bahagia. Jadi saya kongsikan di sini untuk manfaat kita bersama. Insya-Allah.

1. Doa untuk menjadi keluarga terbaik.

.رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

"Wahai Tuhan kami, kurniailah kami pasangan dan zuriat yang menyejukkan mata dan jadikanlah kami imam (ikutan) bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (Surah al-Furqan 25:74)

*Inilah doa wajib para hamba al-Rahman.

2. Doa agar ahli keluarga menjadi orang soleh

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ (٤٠)رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ 
(٤١)
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku." (Surah Ibrahim 14:40)

"Wahai Tuhan kami! Ampuni aku, kedua-dua ibu bapaku dan orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hari perhitungan (amal dan pembalasan)." (Surah Ibrahim 14:41)

*Ini doa Nabi Ibrahim sewaktu menziarahi anak dan isterinya yang ditinggalkan di Makkah.

3. Doa suami isteri

قَالَا رَبَّنَا ظَلَمۡنَاۤ اَنۡفُسَنَا وَاِنۡ لَّمۡ تَغۡفِرۡ لَـنَا وَتَرۡحَمۡنَا لَـنَكُوۡنَنَّ مِنَ الۡخٰسِرِيۡن
"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi". (Surah al-A'raf 7:23)

*Doa Nabi Adam dan Hawa setelah terlanjur di dalam syurga sebelum diturunkan ke bumi. Suami isteri yang baik ialah mereka yang cenderung melihat kesalahan diri sendiri terlebih dahulu daripada melihat kesalahan pasangannya.

4. Doa agar tiada dendam sesama ahli keluarga

 رَبَّنَا ٱغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَٰنِنَا ٱلَّذِينَ سَبَقُونَا بِٱلْإِيمَٰنِ وَلَا تَجْعَلْ فِى قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ رَبَّنَآ إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ
"Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Pelembut dna Pengasih". (Surah al-Hasy-r 59:10)




Moga keluarga kita semua akan bahagia, diberkati dan dilimpahi kasih sayang di dunia dan juga di akhirat. Insya-Allah. Ameen.


Antara sumber:
http://www.surah.my/
- http://www.faizalr.com/
- https://adinawas.com/
- http://islamicstudies.info
- https://alquran.pro




Firman Allah dalam bermaksud: “Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapa“. – (surah al-Ahqaaf, ayat 15)

Hari Ibu

Tiap-tiap hari adalah hari ibu.

Jasa-jasa ibu

1. Menjaga kita dalam kandungan.
2. Melahirkan kita ke dunia ini.
3. Menyediakan makan, minum, pakai dll.
4. Membesarkan kita dengan penuh kasih sayang.
*Sampai sekarang Anem asyik berebut dengan adik, macamana nak jadi ibu ni.

Hari Bapa

Jasa bapa dengan keringat,masa dan kesungguhan serta susah payah beliau sesungguhnya sangat mengharukan Anem. Tiap-tiap hari adalah hari bapa, terima kasih, abah.

Untuk Abah, Selamat hari lahir yang ke 49 tahun pada 23 Julai ni, semoga semakin cemerlang, sayang abah.




Masa untuk melunas janji.
Alhamdulillah, selamat pergi dan balik.
Gambar banyak dah upload banyak di: Pemandangan ,tasik , cun di  FLICKR ku.

Sesi berkongsi:
271109. kami berempat bergerak.
Menuju ke Bagan Dato, Teluk Intan, Perak.

Sesi jalan:
Lalu Kuala Selangor dan Tanjong Karang, tempat lahir. Anem membesar di Jeram, Kuala Selangor, dan di sini tempat shooting drama nur kasih- kebanggaanku - sawah padinya.

Terjumpa lembu.

Sesi raya aidiladha: 281109.

Buat, rebus, bakar ketupat.
*Ayam masak kari, makan kuah kacang. solat raya, menziarahi kubur arwah atok, atok sedare, awe. (nenek) dan jalan lagi.

Esoknya: 291109.

Berjalan, melawat Gua Tempurung, Perak.
Pergi melancong ke Lost World Of Tambun.

Berjalan di IPOH, melihat Bangunan Perak Darul Ridzuan, serta stesen keretapi, serta bangunan-bangunan kepunyaan kerajaan negeri.

301109
Berlunjur di Rumah Rehat Lenggong, Lenggong, pergi ke balai meninjau, lihat Lenggong dari atas.
Menyantap roti canai di gerai Kak Eshah Selera Kampong,Gerik.
Sedap! Melayu buat. Sambalnya perghh!;)

Tengok tempat serupa nama kampungku di Selangor.:Kuala Dipang, Jeram, Perak.

Lalu di jalan:
Syarikat Lafarge -Cement, Chemor, macam dekat Rawang.
Tengok tempat pelihara dan bela ikan air tawar, Kg.Cherakoh.

Bertembung dengan labu tepi jalan, tertulis, Homestay Kampung Beng.

Banyak lagi tempat yang kami lalu, di Perak ini:
Sg.Siput, Khantan Baru, Kampung Tanjong Rambutan,
Kampung Seterus, Kati, Kuala Kenering, Bandar Behrang dan banyak lagi.

Dan menuju jalan pulang:
Kuala Kangsar.

Tertarik di stesen minyak Petronas, Tanjong Malim ada disediakan khas tempat motor bagi mengisi minyak.

Laluan kenangan, di kiri terlihat Keretapi Tanah Melayu, Rawang.
Malam, sampai rumah, Selayang.

"ALLAH tahu apa yang terbaik buat kita, setelah kita berusaha , berikhtiar, dan berdoa."


*Thanks semua yang komen entri lepas-lepas, nanti Anem komen balik. Insya-Allah.










Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top