Lagu Isteri Solehah yang terbaru ini adalah usaha The Zikr mengembalikan nostalgia nasyid 90an, re-make semula dengan susunan muzik yang lebih segar.
Lagu ini mengambarkan keindahan akhlak seorang wanita beriman yang menjadi penyejuk hati dan penenang jiwa suaminya. Pujian kepada sifat-sifat mulia seorang isteri seperti taat kepada Allah dan suami, menjaga maruah diri, sabar dalam ujian, serta sentiasa mendoakan kebaikan keluarga.
Lagu ini juga menekankan bahawa isteri solehah adalah nikmat dan anugerah besar dari Allah, menjadi pelengkap kehidupan rumah tangga dan pembawa ketenangan di dunia serta akhirat.
ISTERI SOLEHAH
Lagu/lirik: Nazrey Johani
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan
Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan
Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya
Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan




0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.