Showing posts with label lagu nasyid. Show all posts
Showing posts with label lagu nasyid. Show all posts


LYRICS


ONE PATH - SAYONARA


Sayonara!

Sayonara!

Sayonara!

Sayonara!


Lagu ini adalah

teguran untukmu

Juga untuk diriku yang

ada agama..

Pernah ku jumpa manusia yang tak pernah, 

tak pernah rasa malu...


Tuhan beri agama, 

dia tunggang agama..

Ada pula yang gadai agama demi nama..


Apa semua ini?


Ya kita bukan malaikat yang sempurna,

namun itu bukannya alasan kita menjadi syaitan durjana..


Tidakkah kau sedar kau telah burukkan agama?


Sayonara

jangan biarkan diri hanyut terlena

dengan dosa dan noda

ya kita bukan malaikat

namun itu bukan alasan 

kau menjadi syaitan durjana


Yo, angkat tangan, 

pasang telinga,

masanya dah tiba

sayonara pada maksiat yang

telah lama bertakhta

Sayonara pada dosa yang buat hati karam


Usah esok baru nak padam silam

Kerna mati tak tunggu siang atau malam

Kau tak penat kah?

Berpura-pura?

Dunia memujimu tapi di langit kau dipandang hina


satu dua tiga ayuh terus melangkah

tutup buku lama yang penuh dengan noda

Jangan kau layan nafsu bagai raja, 

Kerna pasti nanti hati jiwa merana.





Ayuh buang topeng dunia

usah kejar bayang fatamorgana

Satu langkah kau menuju pada yang Esa

Seribu rahmat datang menghapuskan dosa


Sayonara

jangan biarkan diri hanyut terlena

dengan dosa dan noda

ya kita bukan malaikat

namun itu bukan alasan 

kau menjadi syaitan durjana


sayonara

sayonara 

sayonara






ONE PATH - YA ALLAH


Pernah suatu hari ku menggigil

hatiku berdebar

entah mengapa ku tak tahu

Lalu aku terus pejamkan mataku

hembuskan nafasku

Tenangkan diriku..


Banyak yang ku fikirkan

Menyebut namaMu ku tenang


Ya Allah Ya Allah Ya Allah

Ya Allah Ya Allah Ya Allah

Ya Allah Ya Allah Ya Allah

Ya Allah Ya Allah Ya Allah


Pernah suatu hari ku menangis

hatiku terganggu

entah mengapa ku tak tahu

Lalu aku terus menyebut namaMu

disetiap nafasku

Tenangnya diriku


Ya Allah Ya Allah

Ya Allah Ya Allah

Ya Allah Ya Allah


Menyebut namaMu ku tenang




 


AUTOTUNE BAND - PERCAYA


Saat mentari menyinar

rembulan pula memudar

hakikat terasa mencengkam jiwaku


Harus sampai bila ku menanggung 

beban berat yang terus menghukum

Harus sampai bila ku termenung

ku cuba keluar mencari-Mu


Hey yeah

Percaya ku mampu berubah 

tiada siapa tahu sakitnya

fahamilah ku mahu kembali

padamu, aku amat kesali


ar-Rahman

ar-Rahim

al-Ghaffuru wal wadud


pada-Mu ke kembali

pada-Mu ku bersujud

terbuai dengan mimpi

dunia indak bak fantasi

terlalai hanya diri

terfikirku akan erti hidup


hey yeah

kau kata ku tak pernah nak acuh

sendirian ku selalu rapuh

selalu ku menadah meminta dihindarkan segala derita


bukan sekali ku jatuh berapa banyak kali

ku tersungkur ku percaya 

ku bisa tempuhinya dengan rahmat yang esa

Yeay yeay yeah


Hey yeah

Percaya ku mampu berubah 

tiada siapa tahu sakitnya

fahamilah ku mahu kembali

pada-Mu, aku amat kesali


Ku ingin melihat,

ku ingin merasa,

segala-gala yang telah Kau janjikan,

ku ingin cinta-Mu, mengubah hatiku

maafkanlah kesilapanku yang lalu


pohonku pada-Mu, 

Bicara ku rindu.

Tatkala terjatuh,

Berilah harapan,

peluang padaku

ku ingin kembali semula


Hey yeah

Percaya ku mampu berubah 

tiada siapa tahu sakitnya

fahamilah ku mahu kembali

pada-Mu, aku amat kesali


Ku ingin melihat,

ku ingin merasa,

segala-gala yang telah kau janjikan,

ku ingin cinta-Mu, mengubah hatiku

maafkanlah kesilapanku yang lalu




 


Engkaulah dambaan

Belahan jiwaku

Engkau ku cinta

Hingga ke hujung nyawa

Kau kasihku


Engkaulah pujaan

Yang bertahkta dihatiku

Kau terpilih

Bakal pendampingku di syurga

Kau Bidadariku


Pre Co

Dirimu seperti bak cahayanya mentari

Yang menyimbah bumi dalam gersangnya hati

Kau umpama sinaran kasih

Rahmat dariNya,

Engkau Permaisuriku..


Co

Ku berdoa

Syukur dikurnia teman hidup sepertimu

Menemaniku hingga ke akhir hayatku

Melayani segala tentang baik dan burukku


Ku berharap

Segala duka hidup ku berubah bahagia

Bersama mu hingga ke hujung usia

Ku berserah hingga ke akhirnya


Engkaulah Permaisuriku

 




INTRO

Lailahaillah

Muhammad Rasulullah 2x


VERSE 

Langit terbentang luas di angkasa

KebesaranMu tiada terhingga

Andai awan meredupi bahagia

Itulah nikmat di dunia


CHORUS

Lailahaillah

Muhammad Rasulullah 2x


VERSE

The first and the last

The most merciful

The all mighty creator 

Ar-Rauf & Ar-Rahim

The one who gives

This love to me


Tika ku leka dengan dunia

Diriku terus tersungkur

Petunjuk dari yang Maha Esa

Tertunduk diri ku sujud

Andai aku jatuh

Dan aku tak mampu

Tuhan Kau lah yang Maha Kuasa

Berikalah cahaya Mu


CHORUS

Lailahaillah

Muhammad Rasulullah 2x


BRIDGE

Tiada Tuhan layak disembah

Allah Tuhanku yang Maha Esa

Selawat salam ke atas

Muhammad Rasulullah


LAST CHORUS

Lailahaillah

Muhammad Rasulullah 2x


Tiada Tuhan layak disembah

Allah Tuhanku yang Maha Esa

Selawat salam ke atas

Muhammad Rasulullah




 




FETYA - GEMA SYAWAL


تقبل الله منا ومنكم

عيد مبارك علينا وعليكم 


Bergema takbir sambut kemenangan.

Meraikan hari yang mulia.

Mengucup syukur setelah ujian.

Sebulan puasa di bulan Ramadan.


Selamat Hari Raya.


Segala pujian untukmu oh Tuhan.

Dari hambaMu yang berdoa.

Khusyuk tawaduk penuh kesedaran.

Di puncak tasbih linang air mata.


Tetapi itu semua

Hanya sebahagian sahaja

Sedangkan masih ada

Berleluasa dosa dan noda


Di hari yang mulia.

Penuh dengan barakah.

Tanda kemenangan orang yang bertaqwa.


Di hari yang mulia

Penuh dengan saadah

Kita raikannya bersama


Allah Allah Allah 2x


Tetapi itu semua

Hanya sebahagian sahaja

Sedangkan masih ada

Berleluasa dosa dan noda


Di hari yang mulia.

Penuh dengan barakah.

Tanda kemenangan orang yang bertaqwa.


Di hari yang mulia

Penuh dengan saadah

Kita raikannya bersama


Di hari yang mulia dengan maghfirah

Hindarkanlah sengketa bertautlah ukhuwah.


Wahai umat islam mari berimpian

Masjidil Al-Aqsa suatu hari aman

merdeka berhari raya bertakbiran

pakatan ahzab dibinasakan)


Allah Allah Allah x4


لا إله إلا الله وحده

صدق وعده

ونصر عبده

وأعز جنده

وهزم الأحزاب وحده

 ISYFA’LANA





Keluh-kesah manusia

Secebis ihsan didamba

Merintihlah pada 

Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, Isa


Namun mereka tak berupaya

Melepas derita

Pergilah semua rayu kepada

Sayyidul Anbiya’


Isyfa'lana wahai pembelaku

Di bawah Arasy-Nya

Kau bersujud

Seruanmu

"Ummati ummati"

Bukti cintamu merentas waktu


اشفع لنا

اشفع لنا


Mungkin aku bukan masyhur

Saat hidupku di dunia 

Tapi biarlah wajahku

Dalam pedulimu di sana


Kerana pasti semua merintih

“Ya Rasulallah!”

Walau tak pernah menyeru di dunia

Pastinya mendamba


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ 

وَأَنْزِلْهُ الْمَقْعَدَ الْمُقَرَّبَ عِنْدَكَ 

يَوْمَ الْقِيِامَةِ




 



Lirik - Kau Yang Mencukupi


Ya tuhanku

Kasih Sayang MU

AKu pohonkan selalu

Kau kurniakan kasih sayang MU

Sepertimana kepada kekasih-MU


Pre chorus 

Tiada hakikat kasih sayangMu

Ku tadah kan kedua tanganku

Ku pohon rahmat dari MU


Chorus


Cukuplah KAU Yang mencukupi diriku, 

Tuhan yang maha Agong lagi maha besar

Kaulah tempat Sandaranku

Tempat ku berteduh

Hakikat cintaku yang terulung.


Rap - Man Kinabalu 


Allahuakbar, kau la tuhan yg maha besar

Tika ku lalai kau tegur buat hati bergetar

saat ku kurang kau mencukupi segala gala

mengenang dosa sampai ku jatuh kan air mata


Kau maha memberi lagi yg maha penyayang

Dosa ku besar tapi kau masih beri peluang

Bersujud tunduk memohon ampun maaf dari mu

agar ku dapat tempat bila tiba di syurga mu



Zikir 

Hasbunallahuwanikmal wakil.. wanikmal maula wanikmalnasir


Solo


Pre chorus 

Tiada hakikat kasih sayangMu

Ku tadah kedua tanganku

Ku pohon rahmat dari MU


Chorus


Cukuplah kau mencukupi diriku, 

Tuhan yang maha Agong lagi maha besar

Kaulah tempat Sandaranku

Tempat ku berteduh

Hakikat cintaku yang terulung.


Man Kinabalu - Rap


Allhamdulillah segala puji bagi kau ya rabbi

izinkan ku bertaubat dosa ku engkau ampuni

terlalu banyak salah ku Tak terhitung oleh jari

Ku tak layak syurgah mu mohon dosa di ampuni


Kau tempat ku mengaduh sampai jatuh air mata

kisah duka dan suka hidup ku telah kau jaga

engkau la maha suci Allah yg mengasihani

terima kasih Pada mu kau yg maha mencukupii


2 kali

 



Di ruang sepi jiwaku bergema

Langkahku hilang arah tanpa makna

Bayang malam panjang

Menelan suara aku mencari

Tapi entah di mana


Rasa yang kian menjerat

Sunyi semakin mengikat

Namun hati masih berbisik


Al-quran cahaya abadi

Menyuluh lorong yang sepi

Hikmahnya bagai embun suci


Al-quran penawar gelisah

Cahaya yang menerangi

Setiap huruf bagai

Pelukan kasih


Andai benar cintaku pada dia

Mengapa jarang ku baca suratnya

Sedangkan setiap helaian suci itu

Penenang hati yang mengubati kalbu


Rasa yang kian menjerat

Sunyi semakin mengikat

Namun hati masih berbisik


Al-quran cahaya abadi

Menyuluh lorong yang sepi

Hikmahnya bagai embun suci


Al-quran penawar gelisah

Cahaya yang menerangi

Setiap huruf bagai

Pelukan kasih


Dalam tiap kalimah

Ku temui arah

Membawa jiwa kembali berserah


Al-quran cahaya abadi

Menyuluh lorong yang sepi

Hikmahnya bagai embun suci


Al-quran penawar gelisah

Cahaya yang menerangi

Setiap huruf bagai

Pelukan kasih




https://www.lyrics.my/artists/furqan-fawwaz/lyrics/pelukan-kasih-with-ammar-mukhlis







Ramadhan satu nasib tak serupa

Peluangnya sama natijah berbeza

Ramadhan mereka gembira cemerlang

Mukmin berjasa diawal zaman


Ramadhan kami malam terbuang

Muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira kerana kedatangan mu

Kami gembira dengan pemergian mu


Malam mereka meriah disimbah nur al quran

Tapi malam kami muram bertemukan mu

Mereka berlumba mengejar makrifat

Tapi kami lesu diburu nafsu


Hati mereka bercahaya digilap takwa

Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan

Hadiah mujahadah sebulan ramadhan


Takbir kami lesu tak bermaya

Tanda kalah lemah tak berdaya


Puasa sekadar lapar dan dahaga




sumber:  https://pemudattbc.blogspot.com/2022/04/the-zikr-ramadhan-2-zaman.html






 




SEJADAH - Yabang Khalifah


يا رَبَّ إِنِّي تَائِبٌ فِي لَيْلِ أَسْحَارِي

أَطْلُبُ عَفْوَكَ رَبِّي وَأَنْتَ الغَفَّارُ

 فِي كُلِّ نَبْضٍ دُعَائِي يَرْتَفِعُ

يَا رَبَّ أَخْلِصْ قَلْبِي وَاغْفِرْ لَنَا الأَوْزَ


Ku ingin pulang, pulang padaMu,

Ampuni segala dosaku.

Sejadah ini menjadi saksi,

Linangan air mataku.


Jika ku jatuh, salah langkahku

tariklah dekatkan aku,

Dalam munajat, di malam sunyi,

Tenang­kanlah hati ku ini.


MAKSUD LIRIK ARAB:

Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ini hamba yang bertaubat pada malam-malam sahurku.

Aku memohon keampunan-Mu, Tuhanku, dan Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun.

Pada setiap degupan jantungku, doaku naik menjulang kepada-Mu.

Wahai Tuhanku, sucikanlah hatiku dan ampunilah dosa-dosa kami

 CINTA RASUL (LYRICS)




Adam yang pertama, bapa manusia

Idris bijaksana, penuh ilmu di dada

Nuh bina bahtera, banjir ujiannya

Hud dan Saleh, utusan kaum-kaum yang murka


Ibrahim khalilullah, membina Kaabah

Lut berdepan kaum dan kota yang diuji

Ismail dan Ishak, anak yang diberkati

Yaakub yang buta, Yusuf yang tampan mentafsir mimpi


Dari zaman dahulu

Hingga Nabi akhir zaman

Mereka utusan Allah

Membimbing jalan iman


Mari semua, kita cinta Rasul

Cahaya petunjuk sepanjang waktu

Dari Adam hingga Muhammad

Rahmat untuk seluruh umat

Rasul-Rasul pilihan

Pembawa harapan


Syu’ib petah bicara, Ayub parah kulitnya

Zulkifli yang setia, Musa, Harun dakwah bersama

Daud melunakkan besi, Sulaiman Raja berkuasa

Ilyas, Ilyasa', dan Yunus tak putus asa berdoa


Zakaria sabar menanti, Yahya zuriat dicintai

Isa lahir tanpa bapa

Muhammad rahmat seluruh alam

Bersama Al-Quran dan syafaat


Mari semua, kita cinta Rasul

Cahaya petunjuk sepanjang waktu

Dari Adam hingga Muhammad

Rahmat untuk seluruh umat

Rasul-Rasul pilihan

Pembawa harapan


Mereka tak pernah lelah

Menyampaikan risalah

Mari teladani

Agar hidup diberkati


Mari semua, kita cinta Rasul

Cahaya petunjuk sepanjang waktu

Dari Adam hingga Muhammad

Rahmat untuk seluruh umat

Rasul-Rasul pilihan

Pembawa harapan


Mari semua, kita cinta Rasul

Cahaya petunjuk sepanjang waktu

Dari Adam hingga Muhammad

Rahmat untuk seluruh umat

Rasul-Rasul pilihan

Pembawa harapan








Meski jalan kami penuh onak dan duri

Rintangan tantangan terbentang

Kami lalui dengan keikhlasan hati

Menuju jannahNya mulia


Ini jalan kami jalan anbiya

Menebarkan rahmat bagi semesta

Ini jalan kami jalan syuhada

Siapkan diri menuju kesana


Meski jalan kami penuh onak dan duri

Rintangan tantangan terbentang

Kami lalui dengan keikhlasan hati

Menuju jannahNya mulia


Ini jalan kami jalan anbiya

Menebarkan rahmat bagi semesta

Ini jalan kami jalan syuhada

Siapkan diri menuju kesana


Haaaaa


Siapkan menuju kesana

Ini jalan kami jalan anbiya

Menebarkan rahmat bagi semesta

Ini jalan kami jalan syuhada


Siapkan diri menuju kesana

Ini jalan kami jalan anbiya

Menebarkan rahmat bagi semesta

Ini jalan kami jalan syuhada


Siapkan diri menuju kesana

Bersiaplah

Menjadi syuhada

Bersiaplah

Menjadi syuhada

Bersiaplah

LARON





Ajaib nian bercinta

Bercinta undang derita

Bila derita berduka

Bila hilang pun mendamba

Agar kembali bercinta


Mengapakah harus bangkit

Bila telah jatuh cinta?

Bukanlah cinta tanpa luka

Ironinya cinta laksana

Laron buru cahaya 


Adakala tiba waktu

Derai tangis kerana rindu

Cukuplah menjadi doaku

Bila ku membungkam kata

Tak mampu berbicara


BRIDGE:

Mungkinkah merdeka merdeka hatiku

Bila rela relanya aku

Ku terbakar

Dek pawaka cinta?

Demi adiwarna pesonanya

Izinkan ku secubit secubit merasa

Nyaman nyaman dalam bahangnya

Seperti Sang Khalil dibakar terasa aman  







Setiap hari kumelangkah

Berpagianku ke sekolah

Namun hati terasa berat dan payah

Teringatkan bantal di rumah


Tapi hati kembali ceria

Kerana menanti di sana

Dia menyapa dengan mesra wajahnya

Tak sabar nak kelas bermula


Walau kadang penat dan terluka

Kesabaranmu sering terduga 

Namun ketabahan tidak pernah sirna


Chorus:

Terima kasih guruku

Jasamu kukenang selalu

Akan kusematkan segala nasihatmu

Jadi pedoman di dalam hidup


Terima kasih guruku

Halalkanlah segala ilmu

Moga nanti kujadi insan berguna

Menabur bakti buat semua


Setiap hari kumelangkah

Berpagianku ke sekolah

Namun hati terasa berat dan payah

Teringatkan bantal di rumah


Walau kadang penat dan terluka

Kesabaranmu sering terduga 

Namun ketabahan tidak pernah sirna


//Ulang chorus


Mesti kita akan berjauhan

Demi mengecapi Impian

Kau tetap dalam doa

Guruku selamanya…

Hooo….


//Ulang chorus

 

Lagu Isteri Solehah yang terbaru ini adalah usaha The Zikr mengembalikan nostalgia nasyid 90an, re-make semula dengan susunan muzik yang lebih segar. 

Lagu ini mengambarkan keindahan akhlak seorang wanita beriman yang menjadi penyejuk hati dan penenang jiwa suaminya. Pujian kepada sifat-sifat mulia seorang isteri seperti taat kepada Allah dan suami, menjaga maruah diri, sabar dalam ujian, serta sentiasa mendoakan kebaikan keluarga. 

Lagu ini juga menekankan bahawa isteri solehah adalah nikmat dan anugerah besar dari Allah, menjadi pelengkap kehidupan rumah tangga dan pembawa ketenangan di dunia serta akhirat.





ISTERI SOLEHAH

Lagu/lirik: Nazrey Johani


Isteri cerdik yang solehah

Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran

Di rumah dia isteri, di jalanan kawan

Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan


Pandangan kita diperteguhkan

Menjadikan kita tetap pendirian

Ilmu yang diberi dapat disimpan

Kita lupa, dia mengingatkan


Nasihat kita dijadikan pakaian

Silap kita, dia betulkan

Penghibur di waktu kesunyian

Terasa ramai bila bersamanya


Dia umpama tongkat si buta

Bila tiada satu kehilangan

Dia ibarat simpanan ilmu

Semoga kekal untuk diwariskan








Deraian air mata
Kau simpan sendirian
Kerana ingin kita bahagia 

Biarpun mendung lara
Kau tetap bercahaya
Jangan kau sayang berahsia lagi

Tuhan
Satukan kami di syurga
Andai terpisah di dunia
Bersamamu selamanya
Menggenggam janji

Indah
Jadi apapun kau indah
Bidadariku anugerah
Semangatku ada dalam hatimu

Ku patrikan oh namamu

Sejernih wajah mulus
Ku temu kekuatan
Semakin ku rasakan cinta

Tuhan
Satukan kami di syurga
Andai terpisah di dunia
Bersamamu selamanya
Menggenggam janji

Indah
Jadi apapun kau indah
Bidadariku anugerah
Semangatku ada dalam hatimu

 LIRIK BUSYRA LANA





AYMAN: 

Apa lagi nikmat terhebat

Selain menjadi umatmu?

Cintaimu serasa nikmat 

Syurga di dalam genggamanku


PRE-CHORUS:

لَو كَانَ مَدْحُ حُبِّكَ

RIDWAN:

مِثْلَ الْمَطَرِ 


لَصَارَ الْوُجُودُ بَحْرًا


CHORUS:

يا خيرَ خلقِ اللهِ، يا رسولَ الله

يا صاحبَ الذكرى، صلَّى عليكَ الله

قد ضاءتِ الدنيا، بكَ يا حبيب الله

بُشرى لنا بُشرى، مولد رسولِ الله

RIDWAN:

بُشرى لنا بُشرى، مولد رسولِ الله


AYMAN:

Besi baik tiada berkarat

Budi baik tak dilupakan

Setara namamu Muhammad


صلى الله عليه وسلم


PRE-CHORUS:

لَوْ شَاهَدَ النَّاسُ جَمَالَك 

RIDWAN:

رَسُولَ اللهِ


 لَذَابُوا فِي حُبِّكَ جَمِيعًا


CHORUS:

يا خيرَ خلقِ اللهِ، يا رسولَ الله 

يا صاحبَ الذكرى، صلَّى عليكَ الله

قد ضاءتِ الدنيا، بكَ يا حبيب الله

بُشرى لنا بُشرى، مولد رسولِ الله


RIDWAN:

مولد رسولِ الله


AYMAN:

يا خيرَ خلقِ اللهِ 

RIDWAN:

يا رسولَ الله

MAHDI:

يا صاحبَ الذكرى 


صلَّى عليكَ الله

CHORUS:

قد ضاءتِ الدنيا، بكَ يا حبيب الله 

بُشرى لنا بُشرى، مولد رسولِ الله

MAHDI:

بُشرى لنا بُشرى، مولد رسولِ اللَّــــــــــــه ...~


POST CHORUS:

يا عِزَّنا يا فَخْرَنا

يا رسول الله

صلَّى عليكَ الله




 



Tenang wajahmu menyinari dunia 

Hadir membawa petunjuk cahaya 

Lembut tutur kata penuh hikmah 

Ya Rasulullah kaulah anugerah 


Ya Rasulallah 

Ya Habiballah 

Ya Nabiyyallah 

Salamun a'laik


قد جاءنا بالحق العجيب

أشرق نوره في الظلم كالسرج

صلي يا رب علي طه الحبيب

يا شفيع الخلق في يوم عصيب


Setiap langkahmu adalah bukti

Cinta sejati kepada Ilahi

Walau di sakiti jua dihina

Namun cintamu tetaplah berbunga


Ya Rasulallah 

Ya Habiballah 

Ya Nabiyyallah 

Salamun a'laik


เป็นผู้นำทำง เมื่อเวลำในโลกมืดมน

ด้วยควำมศรัทธำ เรำตำมไปด้วยหัวใจ

ไม่เคยเปลี่ยนผันทุกคำพูดใจมั่นคง

นำทำงที่เที่ยงตรงดั่งจันร์ไม่เคยหำยไป


Indahnya akhlakmu memukau jiwa

Siapa memandang pasti terpesona

Engkaulah uswah pemimpin ummah

Membawa insan menuju jannah


Ya Rasulallah 

Ya Habiballah 

Ya Nabiyyallah 

Salamun a'laik




 




Tuhan Dulu Pernah Aku Menagih Simpati

Kepada Manusia Yang Alpa Jua Buta

Lalu Terheretlah Aku Dilorong Gelisah

Luka Hati Yang Berdarah Kini Jadi Parah


Semalam Sudah Sampai Ke penghujungnya

Kisah Seribu Duka Ku Harap Sudah Berlalu

Tak Ingin Lagi Ku ulangi Kembali

Gerak Dosa Yang Menghiris Hati


Tuhan Dosaku Menggunung

Tapi Rahmat-Mu Melangit Luas

Harga Selautan Syukurku

Hanyalah Setitis Nikmat-Mu Di Bumi


Tuhan Walau Taubat Sering Ku mungkir

Namun Pengampunan-Mu Tak Pernah Bertepi

Bila Selangkah Ku rapat Pada-Mu

Seribu Langkah Kau Rapat Padaku











Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top