“Bersabarla, jangan diingat lagi.”
“Eh,kau tak reti nak sabarkah?”
“Sabarlah sikit."
“Bawa-bawalah bersabar.”
“Sabar sajalah.”
Sabar? Rasanya inilah perkataan yang paling acap diucap oleh kita saban hari. Sehinggakan bagi sesetengah daripada kita merasakan ia tiada maknanya lagi (nauzubillah). Sehinggakan ada yang cuba meremehkan persoalan sabar ini.
“Kau cakap bolehlah, cuba kalau kau?”
“Sabar? Dah habis sabar dah ni.”
“Ingat dengan sabar,semua akan pulih balik?”
Astaghfirullahala’zim. Nyilu sangat bunyi ayat tersebut. Memang jika diikutkan, bukan mudah nak sampai ke makam sabar.
Mampukah kita berdiam diri, jika ada sahabat kita memalukan kita? Mampukah kita tersenyum, apabila kita dalam keadaan penat, tiba-tiba dipersalahkan? Dan mampukah pula kita menahan sabar menonton rancangan kegemaran semata-mata perlu mendahului solat? Anda mampu lakukannya, dengan keikhlasan?
Susah nak jawab.
Sabda Rasullullah s.a.w:
“Dalam sabar terhadap sesuatu yang kamu benci terdapat banyak kebaikan.”
Sabar itu secara umumnya terbahagi kepada lima (tiga selalunya dterangkan, ini dipecahkan lagi berdasarkan buku 111 wasiat rasullullah s.a.w):
1) Sabar dalam beribadah iaitu tekun melakukan syariat-NYA.
~ Ramai kelihatan berjaya dalam ibadah puasa.
2) Sabar ketika ditimpa musibah sepert kesakitan
~ Kadangkala sakit sikit, riuh sekampung. Namun bila dikurniakan nikmat yang banyak, senyap pula.
3) Sabar terhadap kehidupan dunia iaitu menyedari dunia hanya sementara.
~ Sesetengah golongan jika boleh mahu menjadi paling kaya harta dan popular di dunia fana ini untuk kepentingan diri. (Nauzubillah)
4) Sabar terhadap melakukan maksiat.
~ Ini paling sukar. kerana itu kadangkala kita lihat ada yang taat beribadah tapi masih melakukan maksiat. Apa yang penting jangan cuba mengingati kejahatan kalian, melainkan jika tekad memuhasabah diri. Malahan sabar sebegini juga bermaksud membimbing sahabat yang lain ke arah kebaikan.
~ Yakni keredhaan dalam menerima pasang surut kehidupan.
Sabar dalam bentuk rohaniah pula ada beberapa contoh:
Iffah, sabar menahan nafsu dan seks.
Tasamuh, lapang dada menghadap lawan.
Kitman, sabar dalam memelihara rahsia.
Zuhud, sabar dengan godaan keduniaan.
Qana’ah, tidak hdup berlebihan dan redha dengan hasil usaha sendiri.
Insya-Allah kita sama-sama mampu untuk lebih bersabar, yakinilah dengan Izin-NYA. Banyak ganjarannya menjadi orang yang sabar ni. Hidup lebih tenang, dan akhirat pun akan lebih senang, insya-ALLAH. Apalagi, cepat,cepat bersiap hendak kembara ke zon Sabar. Jom!
p/s: Catatan ini terzahir tatkala ada insan yang menyatakan Anem ini cepat marah. Terima kasih kerana sudi menegur, insya-ALLAH Anem cuba perbaiki, tapi koho-koho deh.
29 yang menasihati
sabar tu pedih..tp manis....
ReplyDeletebtoi tak?
betul akak..huhu.susah juga kan kdg2..
ReplyDeleteAssalamualaikum dik..
ReplyDeleteSabar itu separuh daripada iman..Allah menguji setiap hambaNYA bagi mengukur sejauh mana keimanan hambaNYA itu dalam menghadapi setiap ujian, ingatlah bahawa Allah benar2 menyayangi hambaNYA..cuma dalam mengawal diri untuk bersabar, adakalanya ia sukar...insyaAllah jika kita benar2 yakin dengan dugaan Allah, kesabaran itu akan sebati dalam diri, yang penting doa harus sentiasa meniti di bibir...insyaAllah..:)
insyaallah...sme2 la kite.
ReplyDeleteinsyaallahanem akan jdi semakin sabar..doa2kan ea=)
orang yang paling kuat adalah orang yang bersabar atas segala masalah yang dia hadapi ;)
ReplyDeleteerm....sabar yang paling susah ialah bila kita terpaksa sabar kalau ada orang memfitnah or bercakap tak betul tentang diri kita..huhuhu
ReplyDeletemenarik post ni. betul tu. ramai yang lupa untuk bersabar. tu pasal ramai di ofis yang kene darah tinggi! haha
ReplyDeletepeh..blog anda terbaik!!
ReplyDeletedia kalau dah nekad tu apa pun boleh buat..tapi dengan izin Allah S.W.T juga..
salam..
ReplyDeleteyup..bkn sng nk bsabar nih..sbb sume org ade tahap ksbrn msing2..
p/s: ait, thanks sbb sudi singgah..ur blog really nice..tukar link jom!
mahsyar90 :
ReplyDeletesememangnye dik..syukran =)
nadia-ady:
itula syg,yg penting kekuatan dr dlm drkita,kan..=)
Faisal Admar:
ehehe..itula slalunyer..=p
poyotito's:
thnks..betul,dgn izinNYA jua..janjinya itu pasti~
.::c!kzUrA::.:
alaikummussalam..betul tu..sesetengah tu mampu sabar diluar jangkauan kite..erm..
p/s:ok2..jom!
Sabar itu Kehidupan..
ReplyDeleteku tahu betapa perit menanggung dilema, menguji kesabaran kamu. Mudahan semuanya akan dapat ditempuhi dengan tabah.
ReplyDeletealif-mikail :
ReplyDeletebetul3..kehidupan tu pula indah(^_^)
Kengkaru Kong:
terima ksh SAUDARA.Insyaallah=)
salam. membalas kunjungan. sabar. :p
ReplyDeletewmslm..terima kash ea..=)
ReplyDeleteinteresting one!
ReplyDeletekdg2 kte pn lupe sabar kan.. lg2 kalo tgh busy wat assignment.. pasni kne ingat2 kan jugak la diri ini supaye lbey sabar.. =)
insyaallah,cik a.n.y.s.s, moh sme2 kite..(^_^)
ReplyDeletenasib baik aku je mmg jenis yg sabar org nye...
ReplyDeleteaslkm.. mempelawa anda untuk vote di sini www.musicforum2007.blogspot.com. Trima kasih.
ReplyDelete-ariapertama.
sultan :
ReplyDeletebgus nyer gitu..tahniah..teruskan sabar=)
ariapertama.:
best sgt..thnks sudi jempt.
=)
assalamualaikum..
ReplyDeletesalam kenal daripada saya di Indonesia.
wah.. blog yang bagus.. sangat Islami dan menyentuh.. hehe..
boleh tukeran link?
Alaikummussalam..
ReplyDeleteterima kasih.boleh saja..
yukk..=)
salam anem..
ReplyDeleteselalu juga kita dgr orang kata yang sabar tu separuh daripada iman kan?
wan rasa mcm x kena je ayat tu..
kalau sebahagian drpd iman lagi elok bunyinya dan maknanya..
:)
itulah..
bukan senang nak sabar dengan pelbagai dugaan yang dtg..
boleh sabar tapi tetap gerammm :D
ReplyDeleteezo;
ReplyDeletealaikummussalam wan.betul tu, sedap sikit dengar sabar sebahagian daripada iman kan ..
=)
erm,kuatkan iman ..insyaallah=)
Zalisa Maz @ ZN Isa :
tahu takpe..eheheh..=p
peh! blog ilmiah beb!
ReplyDeletetapi betul la. bukan semua ada sabar ni. Kita tak mampu mencapai sabar level Rasulullah s.a.w.tapi kita mampu berusaha ke arah itu kan?
darabdua:
ReplyDeleteinsyaALLAH ..asalkan kita beristiqamah..kan..
thnks..=)
bez..sbar..sbar..sbar...
ReplyDeletetq sudi dtg~
ReplyDeletesabar....=)
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.