Kenapa cakap Insya-ALLAH?



“Sesungguhnya Allah (SWT) akan memberikan pahala kepada orang-orang yang sabar tanpa dihitung.” (Az-Zumar: 10)
Sesekali angin bertiup nyaman saja di luar. Si Comot sibuk memandikan diri. Lantas Anem terus berteleku di tepi cadar, menghirup secawan teh panas .

Tin.Tin.
Bunyi SMS memasuki corong telefon.
Ada sahabat mengadu.
Anem terdiam. Masih berkira-kira.
Tak pasti nak jawab apa.

Rawan.

Sahabat Anem ini dah rasa loya dengan ayat `sabar jela`, dan rasa kurang yakin dengan ayat `insya-ALLAH`.

Astaghfirullahal a'zim.
Dia bukan seorang yang putus asa dengan rahmat ALLAH.
Bukan tidak yakin, katanya. Tapi...

Apabila dia menceritakan masalahnya, orang di sekekeliling berulang kali orang menasihatinya, ’sabar jela’, ucap mereka. Ibarat ayat itu sudah tidak memberi maksud lagi baginya, kerana katanya setakat berbicara, semua orang boleh.

Namun sayang sekali, dalam keadaan demikian, sahabat Anem ini tidak pula cuba tingkatkan imannya, pesanan azimat supaya dia terus mengingati ALLAH, diangguk lesu sahaja. Sememangnya, semua bergantung pada diri kita sendiri juga.

`Tapi sampai bila?` ayat itu sahaja, sudah menunjukkan petanda awal aras kesabarannya. Malahan apabila sahabat-sahabatnya berkata, `insya-ALLAH, kami akan tolong,`. Beliau akan jawab `insya-ALLAH ja kah? Betul-betullah. Confirm!`.Seakan marah.

Sana sini orang berjanji dengan menyebut kalimah yang bermaksud `semua atas izin ALLAH` itu. Tapi jarang penuturnya di zaman kini menuturnya dengan benar sehingga orang yang tak percaya dengan janji kita itu.

Sahabat, jangan perlekehkan kalimah suci itu. Jangan menidakkan kekuasaan dan ketentuan Allah. Tapi apa yang paling penting, berdoa dan teruskan bersabar.

Ketahuilah, bersabar itu adalah menerima apa yang diri kita kurang suka. Anem yakin kita semua mampu melalui dugaan- dugaan-Nya, kita semuakan sebaik-baik kejadian, insya-ALLAH. Lagi.
Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dgn "Ya Hayyu Ya Qayyuum..." sebanyak 1,000x setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai segala hajat.
Kita berusaha, yang menentukan Dia juga. Yakinah semua ada hikmahnya.


15 yang menasihati

  1. comot taw ni mesti bangga..=p

    ReplyDelete
  2. salam wbt...

    ha ah, insyaAllah tu memang salu diujarkan tatkala kita2 berjanji..
    masalahnya, some people sebut je insyaAllah tapi usaha mereka ntuk mengotakan tiada ataupun kurang giler.. huhu.. juz nak cukup syarat je dgn menyebut 'insyaAllah'..

    bak kata Anem, sekarang jarang penuturnya menuturnya dengan ikhlas.. insyaAllah, kita sama2 berusaha ntuk melaksanakan apa yg kita janji dengan nama-NYA.. +)

    ReplyDelete
  3. niesa.imana:

    insyaallah..kita sama2 berusaha..=)
    chaitok2.

    (^_^)

    ReplyDelete
  4. i would dare say that some people think that the word of PROMISE is trustworthy than INSYAALLAH.

    admittedly, i been lyk this.
    but lyk what u said - BERUSAHA lah. :)

    ReplyDelete
  5. PrinCeSs NuR:

    thinking.almost agree.wee..
    btw,thnks 4 visiting..=)

    *ejaan slh b4 ni chaitok2-->chaiyok2..*sigh

    ReplyDelete
  6. Aslkm w.b.t hehe saya tertarik jgk ngn topik nih npe org slalu ckp sabar dan insyaallah.. walaupon topik nih da lame jgk tapi nk jgk larr kongsi serba sedikit..pd pndapat sy jika seseorg tu benar2 fhm maksud "sabar" iaitu dgn faham Allah sabar tu bagaimana.. kalo msyrakat kita skrg menggaggap sabar hnya spt kata pemutus kita terima segalanya.. ttpi dlm pandangan Allah, sabar itu ialah tak lemah, tak lesu, dan tak menyerah kalah. maksudnya walaupun apa yg menimpa kita, kita kena tabah dan sentiasa kuatkan smngat kerana Allah tidak sekali2 menurunkan ujian ke atas hambanya melainkan dengan kesanggupannya.
    ---------------------------------
    Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (Surah Al-Baqarah,286)

    Jadi harap sahabatnya tak berputus asa kerana kita kena yakin sbb Allah sentiasa dekat pada orang2 yang selalu ingat kpda-Nya. :)

    ReplyDelete
  7. Foxstrail:

    SALAM..INSYAALLAH..
    JAZAKALLAHU KHAYRAN Aatas kesudia anda untuk berkongsi di sini..=)

    ~salam ukhwahfillah..=)

    ReplyDelete
  8. salam...
    "Insya Allah"... adakah kita benar2 faham dgn ungkapan tersebut?! berjanji dgn mengungkapkan "Insya Allah"... tetapi tidak dikotakan janjinya? adakah jika diungkapkan "Insya Allah" maka wajiblah ke atas dirinya mengotakan janji itu?! telah pn berkata Hamba Allah itu "dengan izin Allah"... maka jika janjinya tidak dikotakan tidak kira walaupun Hamba Allah itu berusaha atau tidak, itulah izin dari Allah... telah tertulis setiap sesuatu yg terjadi di muka bumi ini dan tidak siapa yg dpt mengubahnya kecuali Allah... maka fahamkanlah term "Insya Allah" itu dgn sbnrnya... sedangkan Hamba Allah itu sedang menabur janji pn adalah dengan izin dan kuasa Allah... "tiada daya upayaku melainkan dgn kuasa Allah"... adakah mengungkap sesuatu adalah dari kuasa kita? dimana kuasa kita? tiada!!!! semuanya kuasa Allah... dan penulis blog (Anem), saya sendiri, anda semua dan sesiapa pn,dengan izin dan kuasanya barulah dpt berkomunikasi dalam medan maya ini... dan ketahuilah, yg disangkakan realiti itu sebenarnya adalah mimpi... dan jika tidur dan bermimpi, itulah mimpi dalam mimpi..

    ReplyDelete
  9. dlm seerah ada di ceritakan, tatkala Rasul Allah xmengatakan InsyaAllah, sewaktu berdebat gan kaum quraish, kesan wahyu yg di tutrunkan lewat dr waktu yg sepatutnya. sebuah pengajaran yg chantik utk kiter semua. kebergantungan kpd Allah itu adalah segalanya ^_^

    ReplyDelete
  10. sejukkpanass ,
    salam... benar awak, hidup ini hanya mimpi :), kita harus menyedarinya. terima kasih kerana memahamkan kami lagi dengan penerangan penuh makna ini, jazakallahu khayran jaza':)

    keretasorong , sesungguhnya, syukran awak:)

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top