“Sesungguhnya Allah tidak menilai ke atas rupa kamu serta harta kekayaan kamu, akan tetapi Dia hanya menilai hati dan amal perbuatan kamu.” ( HR Muslim dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah).
"Ni soal diri dengan saudara mara lain tu, dengan kawan-kawan yang setakat tua dua tiga tahun tu, hah."
"Kalau dia tak pergi rumah kita, kenapa kita pula nak sibuk-sibuk?"
"Kadang-kadang yang muda pohon kemaafan panjang berjela, yang lebih tua tu cuma jawab, 'samalah kita, minta maaf juga, ya'"
"Bila kita tak pergi rumah dia, atau terlambat sedikit, dia mula mempersoalkan pula, walaupun kita lagi muda, kita ada hak juga sebagai manusiakan,?"
"Mula-mula ok. Ikhlas saja kita nak beralah walau selalu pun, namun siapa tak terasa jika dia dah mula pandai tak datang rumah kita da, raya pun tak,inikan hari lain, kan?"
"Yang tua dari kita tak salahkah? Kenapa yang muda kena minta maaf dulu?"
"Raya tahun ni datang rumah saya ya, nak tunggu saya datang sana, jauh la, tak reti sangat jalan dekat sana."
___________________
Bagi Anem, apa yang penting adalah keikhlasan dalam memberi dan menerima kemaafan. Tua atau muda, yang perlu kita ingat hidup hanya sementara.
Bermaafanlah kerana Tuhan. Demi mencari keredhaan. Rendahkan diri, kita akan tinggi disisi-NYA.
INSYA-ALLAH.
Hendak seribu daya, kan?
Indahkah hidup kalau diselimuti dengan pakaian keegoan?
Apa kata kali ni, kita bergaya pula dengan pakaian kerendahan, yang cantik di mata, yang turut cantik di hati.
Meminta maaf memang amalan mulia, namun alangkah indah jika kita dapat mengelak daripada keadaan yang memerlukan kita memohon kemaafan tu, kan?
opss.. maaf jika Anem tersilap bicara ya.
p/s: Cemburunya mata melihat BARAAN sepanjang perjalanan menuju ke kampung - serius!
Baiklah. (UPDATED) Sebelum membaca sampai habis, saya juga pernah menulis ini:
-Tips Ambil Gambar Kahwin (teknik untuk jurufoto perkahwinan / new wedding photographer)
- Buat duit dengan Fotografi / Ambil gambar (mahu jadikan professional photographer / jurugambar profesional sebagai kerjaya)
1) Kita kena tahu, kamera handphone tu dapat ambil gambar besar mana, jaraknya , tahu Mega Pixel (MP) nya, OK?
2) Tangan adalah tripod (tapak) kepada handphone tersebut, jadi kena tahu kawal "getar" pada tangan, kadangkala kerana teruja (jumpa selebriti atau melihat peristiwa bersejarah) depan mata, kawalan tangan jadi gigil, untuk elakkan kena pandai kawal keterujaan dalam hati, fokus untuk 'mahu yang cantik', dan fikir positif, insya-Allah gambar taklah berdepan dengan tahap 'goyang' teramat.
3) Kena menghargai apa yang ada di sekeliling, Jika ambil gambar di rumah, belajar gunakan lampu, rajin selak tingkap untuk bagi cahaya semulajadi masuk, jika taknak guna lampu. Jika diluar rumah, manfaatkan cahaya matahari. Kemudian jika ada subjek cun (ahli keluarga) atau model cute (macam kucing atau hamster), GUNAKAN .
4) Belajar konsep pantang, iaitu pantang berpeluang, ambil gambar sebanyak mungkin, dan senget-sengetkan handphone tu (main angel namanya), jika rajin guna props (bahan atau alatan di sesuatu tempat shoot), guna. Menyorok balik dedaunan ke, anda nak shoot dari atas kerusi, subjek tu dekat bawah ke, lakukan, cuba, cuba dan cuba.- ini adalah latihan sebelum guna kamera betul.
5) Akhir sekali, balik pada yang pertama, dah sedar tahap kemampuan kamera handphone seadanya, belajar tukar-tukar settingnya, main-main dengan teknologi itu.:)
1) Setting kamera sila belajar untuk teroka, main-main, tolong jangan 'takut rosak' atau 'takut salah tekan', sedangkan kamera itu sendiri manusia yang cipta (tapi kena hati-hatilah, jangan main bedal saja). Kena ambil tahu Digital zoom berapa (TAPI lebih baik jangan guna ;p), Pixel berapa, flash nya, then GUNA. Kalau suka shoot gambar makanan, wajib ada tripod neh (Maksudnya wajib kamera tu dalam kedudukan stabil supaya gambar lagi cun.)
2) Kena rajin, rajin untuk mengambil gambar dari pelbagai posisi dan pelbagai situasi, jangan kerana ada acara baru nak on kamera comel anda itu. Tau!
3) Belajar main dengan jarak, jangan terlalu ikut tradisi subjek kena center dan perlu nampak dari kepala ke kaki, TIDAK. Cuba jadi kreatif.
4) Sekarang kamera kompak dah makin canggih, dah , apa tunggu lagi, pi shoot !
1) Dapatkan kamera yang best dan mampu kita beli , lepas tu kita kenalah tahu semua benda alah yang wujud dekat kamera tu, tahu tapi kena guna jugalah, belajar.
r.2)Komposisi gambar :
3) Ambil banyak gambar, boleh belajar mula dengan lihat style orang, namun jangan asyik jadi copycat, cari pengenalan diri juga, ya.
4) Kawal warna, mahirkan diri dengan white balance. Vivid mode untuk warna paling menarik. Potrait mode pula akan dapatkan warna kulit asli.
5) Pencahayaan kena bagus, waktu cerah semulajadi memang akan memberi impak pada gambar. Jika blur, atau keadaan berkabus, naikkan exposure, jika malam pula guna night mode atau rear curtain flash. (Cuba gabungkan cahaya matahari (flare), rear curtain flare dan kelajuan shutter yang perlahan, kerana ia mampu memberikan impak yang cantik)
6) Jika ambil gambar dekat, gunakan close up filter, selalulah bersihkan lens, Manakala jika subjek laju, gunakan continuous focus.
7) Akhir sekali, kena selalu bertanya, jangan malu dan cuba dan amalkan yang terbaik . Berikan hadiah untuk mata anda. Orang yang tidak ada DSLR amat mengidam benda tu, yang ada kenalah hargai sebaiknya.Kan?