Showing posts with label fitnah. Show all posts
Showing posts with label fitnah. Show all posts

 




AWAS! Namimah Boleh Memecahbelahkan! 😡❌


Tahukah anda apa itu al-Namimah? Ia adalah perbuatan menyebarkan berita atau cerita yang bertujuan merosakkan hubungan antara sesama manusia. Ini adalah amalan yang dilarang keras dalam Islam. 😟


 Jangan sekali-kali menyebarkan cerita yang boleh memecahbelahkan persaudaraan.


✅ Jaga lisan dan tangan kita di media sosial daripada menjadi alat fitnah.


✅ Hargai hubungan silaturrahim dan jangan mudah terpengaruh dengan cerita yang belum tentu sahih.


Namimah bukan sahaja memusnahkan persaudaraan, malah mendatangkan dosa besar! 😣 Mari kita perbaiki diri dan elakkan daripada menyebarkan cerita yang tidak membawa kebaikan. 🌸✨




Sumber:

https://x.com/MyJAKIM/status/1831484048407237093?s=19


Zaman penuh dengan fitnah dan cabaran sehingga sukar kita kenal pasti mana satu kebenaran dan kebatilan. Bacalah doa ini: 

“Ya Allah tunjukkan kami sebenar-benar kebenaran dan rezekikan kami untuk mengikutinya. Dan tunjukkan kami sebenar-benar kebatilan dan rezekikan kami untuk menjauhinya”

Doa yang baik untuk menangkis syubhah yang ditimbulkan oleh mereka yang ingin mengelirukan agama. 

Allahul musta’an.




Sumber:

https://x.com/Muzuzxck/status/1423135263757242369?s=19






 



Surah Al-Kahfi dan Fitnah Dunia

==========

1. Dalam zaman yang penuh dengan tipu daya dunia ini, marilah sama-sama kita merenungi pengajaran daripada Surah al-Kahfi. Allah mempersembahkan kepada kita empat kisah yang mempunyai simbol kepada mesej yang ingin disampaikan.


2. Kisah Pemuda Kahfi pada permulaan surah ini menggambarkan bagaimana sekumpulan pemuda yang lari berusaha menyelamatkan agama mereka. 


3. Kisah kedua pula mengenai pemilik kebun yang dikurniakan oleh Allah harta dunia dan bagaimana harta dunia itu akhirnya menjadikan dia kufur dan jauh daripada Allah. Manusia terkadang berbangga dengan harta dan pengikutnya yang ramai. Firman Allah:


وَكَانَ لَهُۥ ثَمَرٌ فَقَالَ لِصَٰحِبِهِۦ وَهُوَ يُحَاوِرُهُۥٓ أَنَا۠ أَكْثَرُ مِنكَ مَالًا وَأَعَزُّ نَفَرًا


“Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta (yang lain); lalu berkatalah ia kepada rakannya, semasa ia berbincang dengannya: "Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai". (al-Kahfi: 34)


4. Perhatikan dalam ayat ini, bagaimana Allah menyebutkan bahawa harta yang banyak, pengaruh yang kuat serta pengikut yang ramai menjadikan manusia keliru dan akhirnya merasa tinggi diri, ego dan jauh daripada bimbingan Allah.


5. Kemudian Allah mendatangkan kisah Nabi Musa pula, yang menceritakan tentang ujian ilmu. Dalam sebuah hadis, Nabi Musa dikatakan tidak menyangka bahawa ada orang yang mempunyai ilmu yang lebih sedikit daripada dirinya. Lalu Allah wahyukan kepadanya tentang Nabi Khidir. Kisah ini dipaterikan dalam Surah al-Kahfi bagaimana ilmu yang tersemat dalam diri seseorang berupaya menjadikan mereka ego dan sombong.


6. Manakala kisah yang terakhir mengenai kisah Zulkarnain dan fitnah kuasa. Allah kurniakan kuasa kepada manusia bagi memelihara agama Allah dan bukan menjadi sombong kepadanya.


7. Menariknya di penghujung surah ini Allah menegaskan dengan satu amalan yang paling sia-sia. Manusia merasakan dia telah melakukan kebaikan, amalan atau sumbangan yang paling banyak sedangkan amalan itu pada hakikatnya sia-sia di sisi Allah. Firman Allah:


“قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالأَخْسَرِينَ أَعْمَالا * الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا”


Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".


8. Ia pengajaran buat kita semua bahawa dalam segala kurniaan nikmat dan fitnah dunia yang Allah berikan kepada kita, janganlah dunia menyebabkan kita lari dan daripada petunjuk Allah, sombong dan ego dalam kehidupan dunia yang sementara. 


Semoga Allah membimbing kita.


Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi


https://t.me/MyHadithTime/1577


*


Tidak Mengendahkan Dosa Sendiri

=====

1. Dalam Surah al-Kahfi, Allah mengingatkan bahawa terdapat dua ciri hamba yang paling zalim iaitu mereka yang berpaling dari peringatan ayat-ayat Allah dan mereka melupakan dosa yang telah mereka lakukan sendiri. Firman Allah:


وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن ذُكِّرَ بِآيَاتِ رَبِّهِ فَأَعْرَضَ عَنْهَا وَنَسِيَ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ


“Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya.” 


2. Kedua sifat ini telah menyebabkan Allah menutup pintu hati mereka disebabkan mereka tidak mengendahkan peringatan Allah malah mereka memandang kecil dosa-dosa mereka. Firman Allah lagi dalam ayat seterusnya:


إِنَّا جَعَلْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ أَكِنَّةً أَن يَفْقَهُوهُ وَفِي آذَانِهِمْ وَقْرًا ۖ 


“sesungguhnya (disebabkan sifat mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). 


3. Oleh yang demikian, ambil perhatian terhadap peringatan yang telah Allah berikan dalam al-Quran serta jangan memandang kecil dosa yang telah kita lakukan. Dosa menyebabkan pintu hati seseorang tertutup.


Semoga Allah membimbing kita.


Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi

https://t.me/MyHadithTime/3385


*

Amalkan Doa Memohon Petunjuk

=======

1. Salah satu perkara menarik yang diajarkan oleh Allah dalam al-Quran melalui kisah pemuda kahfi ialah Allah merekodkan doa mereka yang memohon petunjuk daripada Allah dalam urusan mereka. Dalam doa ini, mereka menggabungkan dua elemen penting iaitu memohon rahmat dan (al-rusyd) iaitu petunjuk daripada Allah. Firman Allah:


إِذْ أَوَى ٱلْفِتْيَةُ إِلَى ٱلْكَهْفِ فَقَالُواْ رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا


(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan pemuda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu, Dan persiapkan (permudahkan) urusan kami dengan PETUNJUK.”


2. Perhatikan perkataan “RASYADA” di sini yang membawa maksud hidayah atau petunjuk. Pemuda Kahfi yang lari menyelamatkan diri mereka ini memohon agar Allah memberikan petunjuk dalam setiap urusan kehidupan mereka.


3. Menariknya dalam surah al-kahfi ini juga, lafaz yang sama (iaitu perkataan al-rusyd ini) turut diungkapkan oleh Nabi Musa yang memohon daripada Nabi Khadir agar mendidiknya supaya beliau boleh mendapat petunjuk. Kata Nabi Musa:


قَالَ لَهُ مُوسَىٰ هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَىٰ أَن تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا


“Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku daripada apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi PETUNJUK bagiku?" (Surah al-Kahfi: 66)


4. Bukan sahaja para Nabi, golongan Jin juga mengungkapkan perkataan ini apabila mereka menggambarkan bahawa al-Quran memberikan petunjuk kepada manusia. Kata golongan Jin:


قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِّنَ الْجِنِّ فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا يَهْدِي إِلَى الرُّشْدِ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar Al-Quran yang menakjubkan! Kitab yang memberi panduan (PETUNJUK) ke jalan yang betul. (Surah al-Jin)


5. Malah Allah turut menyifatkan Nabi Ibrahim sebagai seorang yang diberikan petunjuk dengan menggunakan perkataan yang sama iaitu perkataan al-Rusyd (rasyada - rusydahu). Firman Allah:


وَلَقَدْ آتَيْنَا إِبْرَاهِيمَ رُشْدَهُ مِن قَبْلُ وَكُنَّا بِهِ عَالِمِينَ


Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Nabi Ibrahim PETUNJUK (sebelum itu jalan yang benar dalam bertauhid) dan Kami adalah mengetahui akan halnya. (Surah al-Anbiya: 51)


6. Oleh itu, amalkanlah doa yang dilafazkan oleh Pemuda Kahfi ini. Allah telah menceritakan kepada kita bagaimana Nabi Musa turut menuntut perkara yang sama menggunakan perkataan yang sama, Nabi Ibrahim disifatkan sebagai lelaki yang mempunyai petunjuk (melalui perkataan ini juga). Bahkan golongan jin turut menyifatkan al-Quran sebagai Kitab yang memiliki petunjuk melalui perkataan ini juga.


Semoga Allah membimbing kita dengan petunjuk-Nya.


Prof Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi


Follow IG MyHadithTime: https://www.instagram.com/myhadithtime/


Telegram:

https://t.me/MyHadithTime








Majalah Solusi

Mengata atau mengumpat adalah sikap yang tidak seronok untuk kita ada apatah lagi untuk kita hadap (pernah menulis juga tentang ini: Cuba berhenti mengumpat). Seorang muslim sewajarnya menyayangi orang islam lain seperti dirinya sendiri. Bagaimana kita mahu dilayan dan dihargai begitu juga kita perlu buat terhadap orang lain. Hidup sementara adalah untuk saling menghormati. Bersangka baiklah. Kerana seseorang yang ada masa silam yang hitam sekalipun, tak mustahil untuk berubah. Jadi, jom saling menghormati.
"Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan daripada kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya." - (Hadis Riwayat Muslim).
Dalam hidup, cemuhan tetap akan ada. Ujian nak buktikan kita ini hatinya tetap untuk terus berada di jalan kebaikan. Orang beriman memang akan diuji.

- Asal manusia sama. Jangan sombong.
- Nak dekat dengan Allah, mulakan dengan solat. Jaga solat.
- Prinsip islam tujuan tak halalkan cara.
- Kalau kita beruzlah, jangan kerana manusia. Buat kerana betul nak perbaiki diri.
- Jangan jadikan musuh sebagai guru kita.
- Sahabat akrab boleh tegur keburukan kita.
- Orang takkan tendang anjing yang mati. Maksudnya jika tiada apa-apa orang tak usik.

Marilah kita sibukkan dengan hal kita dan tutuplah aib orang lain. Insya-Allah di akhirat aib kita juga ditutup. Insya-Allah.

Petikan melalui rancangan Al- kulliyyah:

Kesan jika mengumpat / kutuk:
-Allah murka
-Doa tak diterima
-Tidak diterima amalan baiknya selagi tak minta maaf
-Makin mudah buat salah

" Orang yang mengutuk lagi stress sebab dia memerlukan banyak database nak mengutuk. "

Seseorang yang suka kutuk / mengumpat sebab dirinya ada sifat:

-Sangka buruk
-Gopoh
-Rasa diri baik (remehkan orang)
-Dengki

" Orang yang ada gelisah dalam jiwa, syaitan mudah pengaruh. Mudah gopoh. Sebab tu perkara tak logik pun boleh jadi logik."

"Belajar sangka baik dengan semut. Semut selalu sangka baik. Apabila orang terpijak, katanya takpa mungkin orang tak perasan."

"Siapa yang tak pernah buat silap. Sedih juga apabila seseorang dah bertaubat, insaf & berubah tapi masih dihukum lagi."

"Kalau hati seseorang kotor, hiburannya pun kotor juga. Seperti lalat yang hanya sukakan sampah."

"Sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa. Orang yang suka mengutuk sebab mereka suka bersangka buruk."
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. " - (surah al-Hujurat: ayat 12).
"Takutlah jika kita buat teruk dekat orang, orang tak balas. Sebab mungkin dia berserah pada-Nya. Sesungguhnya kekuatan Allah tiada batas." - Ustaz Abdullah Mahmud. 

-- Boleh juga baca di blog lain tentang ini: mygalaxyandme0000.blogspotfarhanahadzlan06.blogspot

Jadi, jom perbaiki diri perlahan-lahan. Setiap usaha kita dinilai Dia. Jadi usaha, doa dan yakinlah! Insya-Allah. Terus! Moga Allah redha.



Dajjal akan keluar pada akhir zaman nanti. Ia mempunyai kelebihan yang mana sesiapa yang tidak kuat iman, akan mengagumi dan mengikut arahannya. Dan akan sesatlah yang mengikutinya itu. Namun untuk mejauhi dan menguatkan diri kelak, ini sedikit perkongsian. Namun jika ada pembetulan atau penambahan, sangat dialu-alukan.

10 Amalan perisai fitnah dajjal ;
- Banyak berdoa
- Jangan sesekali tinggalkan solat fardu
- Banyakkan membaca, faham, beramal
- Berpegang teguh dengan Al-quran dan sunnah
- Jauhi perbuatan yang menyebabkan hati mati seperti biasakan diri dengan dosa kecil, bercakap lagho, terlalu cintakan dunia
- Banyakkan zikir
- Banyak ingat mati
- Jadikan masjid dan surau sebagai rumah kedua
- Hiasi malam dengan qiamulail
- Sebarkan manfaat ke orang

عَنْ أَبِى الدَّرْدَاءِ أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ : « مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ » وفي رواية ـ من آخر سورة الكهف ـ

Dari Abu Darda’ radhiyallahu anhu, bahwa Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surat Al-Kahfi, niscaya dia akan terlindungi dari (fitnah) Dajjal. Dan di dalam riwayat lain disebutkan: “(sepuluh ayat terakhir) dari surat Al-Kahfi.”

(Diriwayatkan oleh Muslim I/555 no.809, Ahmad V/196 no.21760, Ibnu Hibban III/366 no.786, Al-Hakim II/399 no.3391, dan Al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman V/453 no.2344).


Elakkan tiga perkara :
  • Kata cinta Allah, tapi tak menjauhi larangan dia pendusta
  • Kata cinta syurga, tapi tak nafkah harta, dia pendusta
  • Kata cinta nabi namun tak menyukai kefakiran, dia pendusta
Cara kawal diri :
- Mestilah menguasai diri dan kawal nafsunya
- Perlu sentiasa bersegera bertaubat dan menyesal
- Gunakan cahaya hati dan cahaya akal
- Fikirkan kiamat sudah dekat.

Jom berusaha perbaiki amalan dan terus bersedia, moga kita dijauhi fitnah dajjal dan dipermudahkan hidup dan mati semuanya, insyaAllah.



Gambar asal kucing Anem (sini)

Pernah tak hati tu rasa sakit? Pernah tak ia di usik, sehingga terasa bagai disiat atau paling tidak pun rasa bagai di jentik?

Ikhlasnya, Anem bukannya jenis pendendam apatah lagi jenis manusia yang tak memaafkan orang. Berdosa begitu. Paling ditakuti jika ia berbalik pada Anem. Nauzubillahi minzalik.
“Siapa saja dikehendaki ALLAH menjadi baik, nescaya akan dia fahamkan tentang agama (Islam)” al-hadith
Tapi Anem merasa betapa penipunya Anem pada diri Anem sendiri jika Anem kata Anem mampu melupakan semuanya.

Begini ceritanya:(diringkaskan demi kemaslahatan kami bersama)

kawan perempuan Anem, sms :

KAWAN: "Anem , maafkan A ya, sepertimana A maafkan semua kesalahan Anem."
Anem lantas bergurau, "Apa ya, kesalahan Anem, nak tau, nak tau"
KAWAN : " Hari tu, A tak terfikir sampai hati Anem kata A macam tu, burukkan A kat orang begitu, cerita lama, A dah lupakan dah."
Anem dah mula mengeluh: "Burukkan? ya ALLAH, Anem puji-puji A lagi ada, bangga tau A jadi kawan Anem, "

KAWAN: "Sudahlah Anem, A dah tahu semuanya, dah tahu siapa Anem sebenarnya, tapi tak apa A maafkan dah."
____________________________

Setelah berbicara panjang, kini, kami tak lagi berhubung.

*macam-macam Anem buat, nak berbaik dengan dia, entahlah.

Ump. Siapa tak sedih, kawan kita, yang kita sanjung depan belakang, yang kita tolong dikala dia susah senang, dengan mudah mempercayai kata orang ketiga atau dalang yang tak suka melihat persahabatan kami. Dia terima bulat-bulat kata orang lain, sehingga memadamkan 1001 kebaikan dan kenangan manis antara kami.


Cukuplah, Anem nak A tahu, Anem tak pernah kutuk A belakang-belakang, lebih baik Anem tegur A depan-depan, untuk kebaikan dunia akhirat A juga, buat apa baling batu sembunyi tangankan , lagipun kita kan kawan.

Anem ingat lagi kata-kata seorang pakar motivasi negara:

"Jika dah berabad-abad seseorang itu tidak mahu berhubung dengan kita, menjawab sms kita, fahamilah situasi mungkin dia sudah penat dengan kita dan tidak mahu lagi bersama kita, tiba masanya kita perlu mencari kawan baru, dan mungkin telah tiba waktunya persahabatan yang lama itu berakhir".
Anem perlu berpijak di bumi nyata, dan redha.
Anem minta maaf sesungguhnya jika Anem ada tersilap kata, A.

p/s: Ump. Anem masih lagi tertanya-tanya si 'dalang' tu, jika dia baca blog Anem, ketahuilah, Anem doakan dia semoga kaya-raya. Maaf sentiasa ada, cuma ada perkara kita tak boleh lupa.

Okay. Move on!







Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top