Salam semua.

INI ENTRI LAMA. 2010. Jadi pastinya banyak perkara dah berubah.



Macamana nak popularkan blog, tarik trafik ke blog kita? Macamana nak ramai orang datang blog kita? Nak ramai orang komen kat blog kita?Atau bagaimana nak dapat duit dari internet? Nak dapat duit dari nuffnang, iklan? Cara promosi blog dan yang berkaitan?

Ikhlas, anem mampu kongsi setakat ilmu Anem, nak lebih Anem boleh bawa kalian ke sana- chewah;p

1) Popular kah blog korang?

Blog yang popular, bukan yang followers ramai , bukan yang bersepah komen. Tapi yang popular itu adalah pengisian blog yang mempu memberi kesan dan diingati, sampai orang minta nak paste ayat blog korang , ambil gambar  (save as) dari blog korang,malah ada yang nangis sambil membaca, dan ada yang tergelak-gelak, sampai datang balik nak baca lagi , siap beritahu kawan-kawan (tu trafik dapat baik punya), siap subscribe dan siap bookmark blog korang- wah!. Paling bagus, bila diorang siap nak kenal penulis blog dan habis semua entri blog korang digeledah- huyyo..;p->


 Cara popularkan blog, nak orang komen dan datang?

1) Bagi penulis baru , kena rajin jalan-jalan (blogwalking, bloghoping, blog crawling), lepas tu,rajin untuk komen panjang-panjang sikit dekat blog orang lain (mula-mula kena usaha lebih sikit), jangan nak spam- SPAM di sini BERMAKSUD macam korang smile ":)" je, atau tulis, "bagus entri ni, jom ke blog saya, best"- wakaka, tolong jangan ya. Belajar untuk "mahalkan" blog korang ,okke? Blogger yang ikhlas lebih disayangi my dear.

2) Kedua pilih tajuk blog kena bagus, apabila menulis elak atau  jangan guna SHORT FORM atau bahasa pasar, dan belajar main-main dengan meta-tags, tag, label dan seangkatannya, tulis sesuatu yang akan di google (yang orang akan cari), contoh, kalau korang cari tutorial, apa korang taip?

"macamana bla bla bla", atau "tips untuk bla bla bla" atau "cara untuk bla bla bla" , -contoh, atau tulis isu semasa, itulah sebab lepas sesuatu anugerah, ramai yang tulis tentang anugerah tu esoknya, berlumba-lumba gamaknya , mengejar trafik . Selain tu korang kena belajar memberi, yakinilah blog yang banyak bagi tips, download link, atau  lagu ni, lirik lagu tu, blog itu sangat 'dekat' di hati ramai orang. Trust me , bebeh! Tak percaya lihat statistik blog unwanted;)

Tapi kalau nak maintain kan pengunjung korang, tajuk kena memikat dan menawan (belajar dari cik epal), itu untuk kekalkan mereka yang telah datang sebelum ni. Kalau dulu ada yang datang sebab nak tanya teks ambil gambar, pastinya mereka tunggu lagi entri tentang itu- ingat ni! :), Pastinya yang kaya sangat-sangat bertuah, contoh macam jaws, denai hati dan melz, diorang ni kaya owh, rajin buat kuiz, kadang-kadang tak payah kuiz,korang komen pun dapat $$, secara tak langsung, pengunjung setia blog mereka semestinya mampu dikekalkan -bestnya lah - sila berkawan dengan mereka. ekeke.

3) Ketiga ni,ramai tahu dah, gunakan directory,komuniti - macam gengblogger, blogged.my, blogger united, gunakan juga innit, promosikan juga blog korang dekat status facebook, atau networked blog , notes kat fb, gunakan twitter, jika ada friendster, gunakan shoutstream, buletin, yang ada tagged, myspace, gunakanlah medium untuk promosikan, nama pun nak blog dikenali, kalau orang tak kenal, macamana nak dapat $$ dari blog, betul tak, sayang?- yeah.

4)Kena rajin berforum maksudnya layan jer topik forum yang berkaitan dengan korang, tapi signature dia adalah blog korang (ada banner cun, lagi bagus),-definitely!. Macam di iluvislam.com, scukz.com, syok.org, hanan.com.my  ,muslimah.com.my   ,wangcyber.com , layan persoalan yang timbul , mesti ramai nak kawan korang punya.yeah~

5) Taip jangan panjang-panjang sangat, tapi untuk entri ni terpanjang pulak hai- maaf.;p, sebabnya nanti orang akan mind set, "blog dia ni mesti taip panjang jer selalu"- elakkan jika boleh.(jika);p, Jika boleh saiz tulisan pun, dan warnanya biar sedap mata memandang, baru cun:)- TAPI, orang cakap blog Anem pudar, ya?

________________________________________

Nak dapat duit dari internet, duit dari blog?

Pertama sekali,kena bersungguh dan awal-awal lagi jangan terlalu mengharap. Ok? Lagi satu konsep klik klik, tu bukan apa sayang, pengiklan nak tahu juga iklan mereka sasarannya siapa, dari mana, jika korang tekan suka-suka, kasihan mereka, kan?. Jika korang klik, insyaallah Anem klik balik. Kadang-kadang tak payah suruh,dah iklan tu memang menarik, korang komen kat blog Anem, sah-sah anem klik je secara rahsia (opss..) kat blog korang, jadi korang kena bijak-bijak main peranan, tau! Tak perlu, u click me, I click u, ikhlaskan diri anda, kerana dirimu begitu berharga.- hehe.:>


1) Korang ramai tahu boleh dapat duit dari IKLAN nuffnang , innity , serta advertlets,  jadi korang kena letakkan di tempat yang cool, mudah dilihat, klik,okke?- kalau tak yakin dengan Anem, boleh tanya justkhai weh;p

2) Catcheye (ni pun klik-klik,tapi kena cari kawan juga) , google adsense (macam nuffnang, cuma ni selalu berjaya kat blog yang dalam BI) , youthsay (bancian ,kuiz je ni, kena cepat-cepat sebelum cukup kuota)-ahaks, dan pengguna twitter pula, sila sign up churpchurp - BEST ;)

3) Seterusnya berniaga online (designkan something , buat laman web atau photographer, tu paling berjaya) NAMUN jual apa-apa sahaja dengan cara persembahan yang cool ,juga mampu kaya, contoh- Jual tudung, biar modelnya cun , tudungnya mesti truly display- ni boleh tanya irine.;p

4 ) Affliiate. Di Malaysia , banyak sahaja, ni, nak mencuba boleh, tapi digalakkan join yang luar negara  punya, lagi cool. Ada 3 jenis pembayaran owh,
1- pay per click
2 -pay per lead ( upah mengikut customer yg dibawa dan sign up )
3 -pay per sale ( upah mengikut hasil jualan )

contoh: malaysia (bahasa arab),  luar negara- Clickbank.com

Kena pandai kempen guna forum, blog, email dan segala bagai jika join affiliate ni, jika tak, macam saja-saja, rugi je la rasanya.huhu.

5) Guna youtube ,  rakamkan tips apa-apa ,tutorialker atau promosi malaysia dengan cara yang baik (hari raya, tempat cantik ), muzik korang ker, animasi macam meo ker, tak payah jauh-jauh,lihat sahaja bagaimana Zee Avi, penyanyi yang popular dengan single kantoi tu dilamar syarikat luar negeri jadi penyanyi, difahamkan Yuna pun akan menyusul juga , wehuu. Sila cuba youtube, babe!. - tapi di jalan yang lurus,OKKE?.:)

Kalau korang nak tahu banyak tentang ni, sila berkenalan dengan insan ni, bijak,dan berjaya dalam bab bab berniaga ni- ni FB dia->(click), tanya sahaja apa, dia insyaallah tolong punya, nama beliau Ruhaizat, (bukan Rohaizad tau) ;p . Dia raja sekarang dah.tet ;). Anem tak pakar sangat, sebab tu Anem tak popular sangat, setakat kongsi apa yang Apa Anem tahu. Hidup untuk memberi , kan? :)





Bila buat majlis kahwin, persandingan besar-besaran, ia dikata membazir yang amat apabila ia tak bersesuaian dengan kemampuan. Terutama mas kahwin Selangor pun dah naik kepada RM300 dah sekarang - oh yeah - mas kahwin ni wajib, untuk isteri tau. Berbeza dengan hantaran, ikut harga semasa, ikut majlis dan perbincangan. Jika boleh, elak hutang yang berpanjangan dan bertanyalah pada yang berpengalaman - terutama di laman web syokkahwin, untuk menambah ilmu pengetahuan.

Jadi Anem dah buat keputusan, nah,lepas habis majlis, ambil ni seorang satu, siapa tak minat sila beri peluang pada yang minat ea. SPCA mesti nak taja majlis ni nanti, ekeke;p - BERANGAN!











Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top