Alhamdulillah. My Heart said, "If can, I want to fly now,but I can't (still)!". Terima kasih untuk yang sudi review blog Anem, menghargai artikel yang Anem tulis serta menyayangi diri seadanya- gilalah kalau tak suka! Pasti senyum meleret .
(klik gambar untuk baca review)
1) Bila ada yang memuji dan review blog arnamee dot com, tanpa Anem sedar:
[Thanks to Andy, kita baru kenal, namun ini benar-benar buatku terharu," blog baru tu Andy, weh."]
2) Bila ada yang ingin minta kalian kongsi artikel dalam blog yang hebat :
[Thanks to Syin (admin pengupas jalanan), penulisan hatiku tentang 'buat blog dapat duit ' dipuji!]
3) Bila mana ada yang menujukan suara comel dan petikan gitar merdunya untukku:
[Thanks to Cik E, sudi dedikasi her cover song to me ! -lihat di youtube :D ]
4) Bila mana seorang gadis comel yang pandai melukis dan mencipta lagu memberiku ini:
[Thanks to AN akak dah baca entri 'teman dambaan' itu- rasa sedih dan dihargai sangat..]
"It is never to late- to become what you might have been".
Ia satu perkembangan yang sengit tapi sangat sihat. Mengapa? Kerana persamaan dalam konsep, namun sangat berbeza melalui garapan .Tunjang dan natijahnya juga agak berlainan.
Rancangan Idola kecil
Rasa malu alah bila sehingga kini, masih ada kanak-kanak kecil meminta nombor telefon Azzam dan Dayana, melalui talian sms Rancangan Nasi Lemak Kopi O di tv9. Masakan tidak, yang minta kanak-kanak juga, apakah alasan rasionalnya, masih tidak diketahui. Apa pun mereka berdua telah pun menjadi pelakon. Malah wajah Azzam yang dulu, masih boleh dilihat di iklan "minta tolong ayah sembelihkan ayam ni" hampir saban hari.
Rancangan Adik-Adikku
Rancangan ini memang konsep ala-ala idola kecil, namun natijah dan persembahannya jauh berbeza, menekankan konsep beragama, ada taranum, pidato, bercerita, sesekali bernasyid dan marhaban, sangat menyentuh perasaan, rasanya siapa tak menonton, memang sangatlah rugi, ia ke udara pada jam 630 petang isnin hingga jumaat dan ulangan 930 pagi isnin-jumaat di TV1. Sangat seronok, ibarat kata-kata , "sejuk perut ibu mengandung".- Alhamdulillah. Nah, ini rancangan yang dinanti-nanti.
"Adik-adikku, insyaallah , boleh!"
MUSIM KEDUA KEMBALI :
Lirik Lagu Tema Adik-Adikku, InsyaAllah Boleh
Adik-adik anak soleh,
Adik-adik serba boleh,
Adik-adik akhlak yang mulia,
Senyum ceria semua orang suka.
Berkasih sayang sesama insan,
Taat Allah dan Rasul,
Kasihkan ibu bapa.
Beramal soleh di mana saja,
Berjuang dan berkorban,
Untuk agama...
Adik-adikku, Insya Allah Boleh!!
Drama Nur kasih
Sampai hari ni, masih terkesan tempias watak Nur pada Tiz Zaqyah, malah populariti beliau seiring dengan Fizz Fairuz (Aidil), Remy Ishak (Adam), yang akhirnya tercalon dalam kategori pelakon drama popular dalam abp09.
Drama bersiri Cinta Tikar Sejadah
Drama ni memang best. Namun siarannya hanya hari ahad. Apa yang bezanya, watak heroin, wanita utama yang dipegang Rafidah (juara pantene dulu), ialah watak perempuan bertudung islamik yang agak sedikit garang, namun seorang guru yang penyayang, sangat selesa dilihat. Agak berbeza dengan watak Nur yang lemah-lembut dan selalu mengalah. Kiranya jika dulu kita selalu menangis, menonton Cinta Tikar Sejadah pula boleh buat kita ketawa, apatah lagi watak hero yang dipegang Farid Kamil yang banyak tidak tahu tentang adat kampung dan ketinggalan dalam soal ibadah, seringkali menggeletek hati-hati kita. Malah Bob Lokman yang memegang watak Tokba juga sangat menyerlah dalam drama ini.