Astro memperkenalkan kembali program realiti Islamik baharu, 'Mualim Muda', sebagai platform untuk mencungkil bakat kepimpinan agama dalam kalangan belia.
Program ini menampilkan juri terkenal seperti Dato’ Ustaz Kazim Elias, Dr. Kamilin Jamilin, dan Neelofa, serta hos Haris Ismail (PU Riz) dan Fakhrul UNIC.
'Mualim Muda' akan mula bersiaran pada 19 Disember di Astro Oasis dan Astro Prima, serta boleh distrim secara On Demand di Astro GO dan sooka.
Tahniah diucapkan kepada Juara Gegar Vaganza Musim ke-11 (GV11) - Liza Aziz! Beliau yang membawakan lagu I Surrender, telah menewaskan 5 finalis lain dengan markah sebanyak 77.89.
Tempat kedua ialah Ning Baizura (71.04), ketiga Sheila Abdul (66.61), keempat Dyrga Dadali (66.23), kelima Zehra Zambri (64.38) dan keenam The Lima (63.42). Tahniah semua!
Membawakan tema ‘Its Final’ setiap peserta telah mendendangkan bukan satu namun tiga tugasan yang pada konsert akhir Ahad, 9 Februari 2025 (malam tadi).
Berikut merupakan senarai lagu yang dipersembahkan oleh enam Bintang Gegar Vaganza 11 (GV11) pada konsert Akhir GV kali ini.
Solo:
1. Kenangan Terindah - Dadali Dyrga
2. A moment like this - Ning Baizura
3. Berpaut di dahan cinta - Zehra Zambri
4. Bila Rasaku ini rasamu - The Lima
5. I Surrender - Liza Aziz
6. Listen - Sheila Abdull
Duet:
1. Dadali Dyrga duet bersama Datuk Jamal Abdillah - Kekasih Awal Dan Akhir
2. Liza Aziz duet bersama Krisdayanti - Cinta
3. Shiela Abdull duet bersama Taufik Batisah - Aku Bersahaja
4. Ning Baizura duet bersama Pasha Ungu - Terlanjur Cinta
5. The Lima duet bersama Dolla - Bye Bye Bye
6. Zehra Zambri duet bersama Jaclyn Victor - Beribu Sesalan
Battle:
Pentas akhir Gegar Vaganza juga tidak akan lengkap tanpa pusingan ‘battle’ yang telah menjadi trademark program tersebut sejak sekian lama.
Berikut merupakan lagu yang akan dibawakan oleh Bintang GV dalam pusingan Battle:
Penentuan juara dilakukan oleh tiga orang juri tetap iaitu Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli M.S
Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad dari Auditorium MBSA, Shah Alam.
Rancangan ini juga akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).
Rancangan nyanyian yang dinanti-nantikan ini turt boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Selepas berehat 15 tahun, pada Ahad, 9 Februari - Marygrace (24 tahun berasal dari Keningau, Sabah) telah dinobatkan sebagai Juara pada Finale Calpis Soda One In A Million (OIAM) 2025. Pertandingan ini telah diadakah selama 8 minggu.
Finalis lain yang bertanding adalah:-
2 - Kai Deva , 23 (Ipoh, Perak)
3 - Jimi, 22 (Nibong Tebal, Pulau Pinang)
4 - Zazleen, 38 (Kuala Lumpur)
Juara membawa pulang hadiah wang tunai RM 500,000, sebuah kereta, dan kontrak rakaman bernilai RM 400,000, dan peluang bekerjasama dengan artis dari Indonesia.
Selain peserta yang bertanding, malam akhir (finale) juga menyaksikan persembahan penuh magis daripada Dato Sri Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Ella Aminuddin & juri undangan Nicholas Saputra dari Indonesia.
Rancangan ini di-hostkan oleh 2 orang pengacara yang sedang meningkat naik; Haniff Hamzah dan Fiza Frizzy, manakala juri tetapnya adalah Dato Yusry, Ziana Zain dan Cakra Khan dari Indonesia.
Semoga maju jaya dengan single (lagu baru) dan kerjaya masing-masing dan semoga - bak kata Yusry - 15 tahun lagi orang masih sebut nama kalian dalam industri. Tahniah semua!
Kilauan Emas 2024 melabuhkan tirainya dengan kemenangan penuh inspirasi apabila Gie, seorang pejuang kanser payudara tahap tiga dinobatkan sebagai juara pertandingan berkenaan, malam tadi.
Peserta berusia 47 tahun dari Mersing, Johor itu berjaya mengalahkan finalis lain menerusi persembahan mantap yang memukau penonton dan barisan juri profesional.
Tepati ramalan!
Menyampaikan lagu Aku Pergi Tanpa Pesan nyanyian asal biduanita negara, Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini, Gie berjaya mendapat standing ovation penonton termasuklah para juri.
Untuk persembahan kedua pula, Gie menyampaikan lagu duet bersama Sidi berjudul Jangan Menangis Sayang nyanyian asal oleh Safura dan Oney.
Terus mendakap tuah, Gie juga turut menggondol anugerah Emas Berkilau Of The Week.
“Terima kasih kepada keluarga dan peminat yang tidak jemu menyokong saya.
“Walaupun suami tidak dapat hadir tapi ayang sudah jadi juara abang!,” katanya dengan penuh emosi.
Apa nak dibuat dengan hadiah kemenangan?
Tidak pernah terbayang bakal menjejakkan kaki ke Tanah Suci, Gie bersyukur dikurniakan rezeki dan peluang itu selepas bergelar juara Kilauan Emas 2024.
“Selesaikan segala hutang dahulu, nanti nak pergi buat umrah pun hati jadi tenang. Tidaklah nanti orang kata kita pergi buat ibadah tapi hutang keliling pinggang.
“Tiada kata selain syukur menang pakej umrah, kalau nak pergi sendiri tak mampu sebab saya bukan orang senang.
“Memang dah lama teringin nak ke Mekah. Tak sangka pula antara hadiah saya menang adalah pakej umrah,” katanya
Naib juara, Sidi, pula menerima wang tunai RM10,000, trofi sumbangan Astro, pakej umrah serta pakej percutian 3 hari 2 malam di Garden Chalet.
Ina di tempat ketiga pula membawa pulang wang tunai 5,000 trofi sumbangan Astro, pakej eksklusif umrah dan pakej percutian 3 hari 2 malam di Garden Chalet.
Peserta di tempat keempat hingga keenam, iaitu Sue, Wan, dan Ron juga tidak pulang dengan tangan kosong.
Masing-masing menerima wang tunai RM3,000, sebuah trofi sumbangan Astro, dan pakej percutian 3 hari 2 malam di Garden Chalet.
Tahniah Yaashwin Sarawanan, Human Calculator dari Malaysia yang mendapat tempat kedua dalam Asia's Got Talent 2019. Juga buat Nama The Music, kumpulan acapella wanita yang berjaya ke grand final.
Menggunakan gelaran 'Human Calculator' atau Manusia Kalkulator, Yaashwin Sarawanan dari Kuala Lumpur, yang baru berusia 15 tahun itu telah mengejutkan juri Asia's Got Talent 2019; David Foster, Anggun, dan Jay Park, dengan keupayaannya membuat pengiraan matematik secara congak. Instagram Yaashwin Sarawanan:@yaashwinning (Yaashwin Sarawanan) Antara persembahan Yaashwin Sarawanan: https://www.youtube.com/watch?v=kvymoFdjuHw&t=24s
Nama The Music diangotai empat orang wanita iaitu: Nur Fazrina, Noor Syamimi, Norfazira dan Nur Farahida.
Memetik artikel dalam hmetro.com.my, kumpulan itu bagaimanapun sangat terharu apabila penyertaan mereka dalam program berprestij itu mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat Malaysia.
Nur Fazrina berkata, sebaik episod uji bakat mereka ditayangkan, jumlah pengikut di Instagram naik mendadak daripada lebih 6,000 mulanya dan kini sudah mencecah lebih 30,000.
Program Da'i Pendakwah Nusantara 2017 hampir sampai ke penghujungnya. Antara Da'i wanita yang melangkah jauh dalam pertandingan ini (suku akhir) adalah Da'i Syafiqah dan Da'i Afiqah. Jom kita berkenalan dengan mereka berdua.
*Ketika artikel ini ditulis, Da'i yang berjaya melangkah ke peringkat seterusnya adalah Da'i Afiqah, Da'i Aiman, Da'i Hakim dan Da'i Fahmi. Tahniah diucapkan. Buat peserta yang lain moga teruskan perjuangan di luar dengan cekal! Insya-Allah.
"Teruskan Belajar, Allah Sentiasa Mengajar"
Biodata Da'i Afiqah:
Nama: Nur Afiqah Binti Mahmud
Umur: 22 Tahun
Tempat Asal: Baling, Kedah
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Kaunseling, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan.
Biodata Da'i Syafiqah:
Nama: Nurul Syafiqah Binti Mohamed Hanafiah
Umur: 21 Tahun
Tempat Asal: Gombak, Selangor
Pendidikan: Asasi Undang-Undang Syariah & Sivil, Universiti Islam Antarabangsa
Laman sosial:Facebook Da'i Syafiqah | Twitter: @daisyafiqah_ | Instagram: @daisyafiqah
Pertama kali melihat iklan rancangan ini di astro oasis saya terfikir, ada perkataan gegar vaganza, tapi mengapa iklannya di astro oasis? Persoalan saya terjawab apabila saya melihat iklan Gema Gegar Vaganza yang seterusnya. Ada menampilkan beberapa artis nasyid dan beberapa artis yang pernah menyanyikan lagu berkonsepkan kerohanian / ketuhanan. Lebih menambahkan elemen kejutan (bagi saya) apabila salah seorang pengacaranya adalah penyanyi yang pernah menjuarai Gegar Vaganza iaitu Siti Nordiana (berganding dengan Achey & Fikry Lawak Solo)! Baiklah jom kita kenali semula artis-artis yang terlibat dalam rancangan realiti Gema Gegar Vaganza musim pertama (2017) di Astro Oasis ini; yang sebenarnya sudah lama dalam bidang nyanyian.
Laman web rasmi Gema Gegar Vaganza / Jika mahu menonton live (siaran langsung), di sini:
Jika mahu melihat video persembahan ulangan Gegar Vaganza: (youtube)
*****
UPDATE setelah menonton konsert kedua:
Banyak yang berubah! Alhamdulillah. Cuma kena perbaiki lagi, kasi mantap. Persembahan artis pun bagus dan mampu nyanyi genre / lagu lain dengan sangat baik.
UPDATE Setelah menonton konsert pertama:
- Pengacara: Lebih manis jika cakap dengan lebih tenang dan menggunakan kata ganti nama yang lebih formal
- Peserta: Wajar diasingkan lelaki perempuan waktu pengumuman penyingkiran, pakaian pula wajar lebih sopan.
- Lagu: Bagus sebenarnya buat orang yang tak minat nasyid / lagu berunsur ketuhanan mengenali dan meminati artis dan lagu dakwah, cuma ramai mahu jika nanti lagu nasyid ada semula / dibanyakkan.
- Juri: mereka mahu juri jemputan yang lebih tahu tentang muzik (nasyid terutamanya).
Sekian pemerhatian saya.
*****
Gema Gegar Vaganza bersiaran setiap Sabtu, 9 malam. Selama 8 minggu secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras. Melibatkan 10 artis (empat artis berkumpulan, 6 orang penyanyi solo). GGV dihoskan oleh Siti Nordiana, Achey dan Fikry Lawak Solo. *Konsert GGV yang bersiaran langsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras bermula Sabtu, 8 April jam 9.00 malam. Hanya untuk minggu pertama akan disiar di Astro Oasis (106), Astro Ria (104), Ria HD (123) dan Astro Maya HD (134). Namun untuk minggu seterusnya hanya disiar Astro Oasis (106) dan Maya HD (135). Ia juga boleh dinikmati di platform Astro on the Go (AOTG) dan Astro On Demand.
***** Senarai para peserta Gema Gegar Vaganza 2017 adalah:
Kumpulan Nasyid UNIC
UNIC ditubuhkan pada tahun 2002 (namun asalnya daripada kumpulan nasyid sekolah), terdiri daripada 4 orang namun kini anggota yang masih kekal cuma Bazli Hazwan bin Che Osman (Bazli), dan ditambah dua anggota baru mereka adalah Mohd Fakhrulradhi bin Khamarudin (juga dulu merupakan peserta Akademi Al-Quran dan kini pengacara NLKO di tv9) serta Wan Najdi Bin Wan Mohd Noh (Imam Muda Najdi). Antara lagu popular mereka adalah Hanya Tuhan Yang Tahu dan Demi Cinta Suci. (sumber: wikipedia).
Kumpulan Hijjaz ditubuhkan pada 1997. Namun sebelum penubuhan Hijjaz, mereka pernah menganggotai kumpulan NadaMurni selama lebih 10 tahun. Kini dianggotai oleh 4 orang ahli Iaitu Munif, Isman, Faizal dan Ariffin (pada 2001, salah seorang ahli kumpulan Hijjaz iaitu Salleh telah meninggal dunia. Kemudian mereka telah menerima anggota baru; Ariffin). Antara lagu popular Hijjaz adalah Rindu dan Rasulullah. (Sumber: Wikipedia).
Ditubuhkan pada 1997 (namun asalnya daripada kumpulan nasyid sekolah). Juga awalnya ada mempunyai ahli anggota kumpulan lain. Kini dianggotai 4 orang ahli, yang masih kekal adalah Azalinor dan Suffian (Juga DJ di IKIM.fm) dan dua ahli lain adalah Najer dan Adi. Antara lagu popular mereka Keluarga Bahagia dan Suci Sekeping Hati.(Wikipedia)
Aktif sejak tahun 1996 (namun asalnya daripada kumpulan nasyid sekolah). Dianggotai oleh Akmal, Izzat, Hafiz, Along, Ikram, Naim. Pernah dianggotai oleh Faizal Tahir satu ketika dulu. Antara lagu popular mereka adalah Hikmah Kembara dan Aku Tanpa Cintamu. (wikipedia)
Nama sebenarnya NurSyazwani Selamat dan lahir pada 6 Jun 1995 di Batu Pahat Johor. Lagu popularnya adalah Alhamdulillah dan Lepaskanlah. Kedua-duanya berduet dengan Juzzthin.
Ana Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah binti Mohd Raffali. Lahir pada 1985. Sudah berkahwin. Juga seorang yang pandai bermain gitar (pernah menang AJL), ada menulis buku dan merupakan seorang guru. Antara lagu popular beliau adalah Tolong ingatkan aku dan Kalau Berpacaran (berduet dengan (Suhaimi Meor Hassan & Altimet). (Wikipedia)
Nor Razlinda binti Razli atau lebih dikenali sebagai Bienda ialah seorang penyanyi (pernah popular dengan lagu Penantian dan pernah menganggotai kumpulan nasyid wanita, Solehah), pelakon, pengacara, penyampai radio dan duta yang terkenal di Malaysia. Beliau adalah anak kedua daripada tiga adik beradik dan ibunya merupakan penyanyi dangdut yang terkenal pada era 1990-an iaitu Sheeda. Bienda telah dilahirkan pada 22 November 1985 di Kota Bharu, Kelantan. Disamping itu, beliau juga digelar oleh peminatnya iaitu Bienda Lovers sebagai Puteri Pop Etnik disebabkan mempunyai kelunakan vokal dan lenggok vokal yang tersendiri dalam menyanyikan lagu-lagu irama muzik etnik. (Wikipedia).
Kumpulan ini sering busking di Masjid Jamek area Sogo. Namun mula dikenali ramai ketika Edry Kru membawa mereka mengantikan kumpulan Mojo di AJL 29. Dan persembahan mereka menerusi Roman Cinta mendapat standing ovation. Dan Khairul Azmi Mohd. Saat (Azmi), vokalis Caliph Buskers (juga bassist) akan menyertai Gema Gegar Vaganza. Antara lagu popular mereka adalah Hanya Nama-Mu. Dan lagu barunya bersama Edry berjudul Ayah. Lahir pada 27 September 1987, berasal dari Mersing, Johor. Telah berkahwin pada 2011 (isteri juga OKU cacat penglihatan bernama Nazira Muhammad, 29, bekerja sebagai operator telefon di Jabatan Perancangan Bandar). Sebelum ini pernah bekerja sebagai jurujual langsung dan pekerjaan terakhir sebagai tukang urut di Hospital Mata Tun Hussein Onn. (Utusan)
Hafiz Hamidun atau nama sebenarnya Mohammad Hafiz bin Hamidun (lahir 21 September 1984) berasal dari Teluk Intan, Perak merupakan seorang penyanyi nasyid yang terkenal di Malaysia. Beliau juga merupakan bekas anggota kumpulan nasyid UNIC. Pada tahun 2007, beliau berundur dari UNIC dan bergerak solo sehingga kini. Kini beliau telah merakamkan lima album solo. Sewaktu menulis ini beliau telah pun bertunang. Popular dengan lagu Jodoh Berdua, Kesaktian Cinta dan album zikir terapi diri. (Wikipedia)
Kumpulan EYE ditubuhkan pada awal 1995 merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi rock 90-an yang aktif di Malaysia. Mempunyai 4 orang anggota asal. Nama vokalisnya Mohd Izam Arshad (Izam EYE). Antara lagu popular kumpulan EYE satu ketika dahulu: Izinkan selamanya namamu di hati, bimbang serumpun kasih terbuang dan satu nama tetap dihati.
Juara GGV bakal membawa pulang ganjaran wang tunai RM100,000; naib juara RM30,000 dan RM20,000 untuk tempat ketiga, manakala pemenang keempat menerima RM10,000. Masing-masing turut meraih trofi.
Pelbagai rancangan realiti televisyen yang disiarkan buat tontonan. Dan kali ini Mentor Milenia muncul dengan fenomena protegenya Saiful (atau nama Mentornya (Hazama) panggil, Usop). Selain beliau yang lain juga tidak kurang hebatnya juga, seperti Along misalnya. Manakala Maharaja Lawak Mega kali ini kelihatan lain sedikit dengan kemasukan Dzawin (comedian dari Indonesia) yang menampilkan komedi berunsur agama. Di sini saya kongsikan biodata mereka.
Biodata Saiful (Usop) Mentor Milenia 2017
Nama Penuh : Muhammad Saiful Naim Muhd Noor
Nama Komersial : Saiful @ Usop
Umur : 20 tahun (2017)
Asal : Lunas, Kedah
Program Realiti : Mentor Milenia 2017.
Nama Penuh : Dzawin Nur Ikram
Nama Komersial : Dzawinur
Tarikh lahir: 22 Ogos 1991
Asal : Bogor, Indonesia
Lulusan: Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta
Pencapaian: Juara 3 Suci 4 (SUCI: Stand Up Comedy Indonesia)
Program Realiti : Suci 4 (Indonesia), Maharaja Lawak Mega 2017 (Malaysia)
Kelab peminat: DzawinRangers
Biarlah nampak ralat, malah ada dihujani pelbagai kata kesat pada orang tak berminat. Namun satu yang tersirat, buat orang yang tak berapa nak larat, tak mampu keluarkan duit berkerat-kerat, nak menaiki kapal terbang yang ringan tapi nampak sebenarnya berat, Rancangan realiti tv bagi Anem, tak kisahlah apa pun, membuatkan Anem semakin terasa bahawa negeri Sabah, negeri Sarawak itu macam dekat.
Untuk pergi ke sana, macam suatu yang agak mustahil untuk masa-masa sekarang, malah pendedahan melalui subjek sejarah, mujur juga ada televisyen, internet dan juga saluran satelit berbayar, untuk tahu tentang perkembangan dan kelebihan negeri di borneo itu membuatkan Anem rasa wujudnya rancangan macam ni, Anem dapat tengok malah lebih dari itu dengar dan belajar tentang bahasa dan budaya negeri sahabat-sahabat Anem .
Mungkin, jika kita masuk PLKN, selalu berpindah, atau berkemampuan, ia tidaklah menjadi satu kelainan, tapi bagi Anem semenjak mengenali Linda Nanuwil, Anem mula makin sayang dengan negeri Sabah. Malah Hafiz AF buat Anem rasa Sarawak berada di tidak jauh, hanya di sebelah. Daripada semua yang dikata tidak baiknya program realti tv, cukuplah Anem sebut satu sisi baiknya - mengenali negeri-negeri di Malaysia dari hati, adalah sangat indah.
Kita adalah satu - percayalah dengan setiap style fanatik dari peminat rancangan realiti tv itu, walau tersimpan 1001 rasa tidak puas hati bila pemenangnya bukan yang diundi, tapi percayalah wujud rasa sayang dalam hati bahawa marah tak puas hati bukanlah benci- namun hanya ayat luahan hati. Habis rasa sedih sementara, berganti rasa sayang tak terhingga. Kan dah cakap, benci jangan benci sangat. Sayang, jangan sayang sangat, kan?
Anem bersyukur, malah bangga menjadi rakyat Malaysia.Tak kiralah, bangsa apapun, kita tetap manusia yang ada berlainan citarasa. Hormatilah jiwa-jiwa semua.
Dan berkebetulan pula kini bukan ada rancangan hiburan saja, peminat pun sudah makin bijak menilai bakat, bukan terlalu memandang kenegerian, Anem cuma nak cakap, dunia teknologi dan kemodenan benar-benar merubah kita semua, insya-Allah kepada yang lebih baik.
Aish. Kamek rindu Akademi Fantasia pulak bha ni. ops
*UPDATE : Tahniah Ezani pemenang masterchef malaysia yang pertama !
Persaingan memang sengit, tahniah juga untuk Wahidan :)
Doktor gigi vs Tukang Kebun ! Secara konsistennya mungkin kita boleh memilih Wahidan, namun pilihan peribadi Anem adalah Ezani . Santapan penamat masterchef malaysia menemukan Chef Ezani dan Chef Wahidan .