Sempena ketibaan bulan Zulhijjah ini, pastinya ramai umat islam di seluruh dunia akan menunaikan kewajipan rukun islam kelima, iaitu menunaikan haji [bagi yang mampu]. Jadi kali ini sertakan sedikit pengetahuan Anem, apa yang Anem baca tentang haji dan umrah.
"Umrah ke umrah adalah pengampunan dosa antara kedua-duanya." (Riwayat al-Bukhari no.1683 dan Muslim no 1349)
Ini adalah adab jemaah haji dan umrah:
*Sentiasa taat dan patuh terhadap perintah ALLAH s.w.t .(Di sana semua amalan akan dilipatgandakan ganjaran)
*Menjauhkan diri daripada dosa dan maksiat.
*Mengisi masa terluang dengan ibadah.
*Memperbanyakkan doa dan zikir.
*Berwuduk dengan sempurna.
*Menjaga kesucian dan kebersiahan anggota badan dan pakaian ihram daripada najis terutama keluar masuk tandas.
*Menjaga aurat.
*Tidak melakukan perkara yang sia-sia atau membuang masa.
* Memperbanyakkan tawaf kerana ia adalah peluang yang jarang datang.
*Memastikan bilangan tawaf 7 pusingan.
*Tidak menyentuh bahagian-bahagian kaabah seperti Hijr Ismail dan tapak Kaabah.
*Tidak bertengkar atau mengeluarkan kata-kata kesat.
*Tidak menghalang kelancaran pergerakan tawaf orang lain, seperti melakukan solat di sekitar Maqam Ibrahim semasa jemaah ramai.
Nabi Muhammad s.a.w be."rsabda, maksudnya, "Sesiapa yang mengerjakan haji semata-mata kerana ALLAH,lalu tidak melakukan 'rafathu'' dan 'fusuq', pasti akan pulang (daripada ibadatnya) seperti hari baru dilahirkan ibunya".(Riwayat al-Bukhari no 1424 dan Muslim no. 1350)
Lalu, apa pula yang dimaksudkan mengelakkan Rafathu, Fusuq dan Jidal ketika menunaikan haji itu?
Rafathu
Perkara-perkara lagha, serta ucapan keji dan lucah. Ia meliputi godaan pasangan dalam berbicara tentang hubungan kelamin [ketika dalam ihram] sama ada secara terang atau sindiran, serta jimak.
Fusuq
Berasal dari perkataan fasaqa' yang beerti "kharaja" yang mambawa maksud keluar. Iaitu keluar dari ketaatan kepada ALLAH. Yakni melakukan maksiat, contoh seperti membunuh binatang buruan, memotong kuku dan bulu ketika ihram, atau menyembelih untuk berhala. Antara lain, maksiat itu juga meliputi percakapan [seperti fitnah, berbohong] serta meliputi perbuatan [seperti melihat aurat ,mencuri dan sebagainya].
Jidal
Seseorang berhujah hingga menyebabkan lawannya marah dan berakhir dengan memaki hamun. Yakni mencela dan mengakibatkan perkelahian. Namun jika perbincangan tersebut adalah secara beradab dan untuk mendapatkan jawapan secara ilmiah, ia adalah tidak dilarang.
Sumber: Majalah Solusi isu 23. Serta Buku Zikir, Doa, dan Wirid di Tanah Suci terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd
5 yang menasihati
berusahalah mencapai haji yang mabrur..ambik hikmahnya,kan?
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeletesetuju, fitrihadi. oh! terima kasih sudi berkunjung:)
bilalah kite nak bergelar hajjah ?
ReplyDeletexsabau ghasenya
biler lah saya nak p aji ni
ReplyDelete@miss lolly a.k.a luvfareda
ReplyDelete@PinQib
Insyaallah:)
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.