Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Banyak sangat dosa, bolehkah terhapus ?


Melalui artikel lama Anem dulu, Anem pernah cakap Dr. Fadzilah Kamsah kata “kita jadi baik, kerana kita tidak diberi peluang untuk buat jahat oleh ALLAH, jadi jangan sombong, jangan perasan diri anda sudah cukup baik.” Tapi bagaimana nak maintain baik, kalau kita terus buat dosa, dari kecik anak ke sebeso-beso dosakan? Nah.

Menurut Ibn Taimiyyah, terdapat 10 penghapus dosa berdasarkan penelitiannya daripada al-Quran dan sunnah.

1. Istighfar (memohon ampun)

Contoh Istighfar :

Astaghfirullah Al-Azhim
“Aku meminta ampun kepada Allah Yang Maha Mulia.”
“Astaghfiruka wa atubu ilaika,”
yang bermaksud,“Aku memohon keampunan daripada-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.”

Yang panjang lagi:
Astaghfirullahal Azhim Min Kulli Zanbin Wa Atubu Ilaihi
“Aku meminta ampun kepada Allah Yang Maha Mulia Dari Semua Dosa Dan Aku Taubat Kepadanya.”

2. Rahmat daripada ALLAH
“Siapa saja dikehendaki ALLAH menjadi baik, nescaya akan dia fahamkan tentang agama (Islam).” -Hadith
 
3. Taubat.
Solat, mohon maaf, berdoa, serta menyesal tidak berbuat lagi dengan sebenar penyesalan.

4. Mengerjakan amalan kebaikan.
Firman ALLAH bermaksud, "Sesungguhnya amalan-amalan kebajikan (terutama solat) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah ALLAH yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang yang mahu beringat." [Surah Hud 11:114]

5. Dengan musibah yang menimpa insan.
Rujuk artikel Anem ini [di sini]

6. Doa orang soleh.

7. Penderitaan sakit tak terperi sakaratulmaut.

8. Azab kubur.

9. Ketakutan teramat sangat berhadapan hari kiamat.

10. Syafaat Rasullullah s.a.w, para wali ALLAH , dan syafaat orang soleh.
Allah SWT berfirman:"Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. Az-Zumar: 53)
__________

P/S: Mari kita sama-sama belajar menjaga hubungan baik dengan ALLAH [Hablumminallah] dan hubungan baik dengan manusia [hablumminannas]. Come on guys, jom!

Allah Maha Pengampun, dan kita ini jadilah hamba-Nya yang baik. Kuatkan semangat! :)




7 yang menasihati

  1. kdgkala kita tdk prnh trfkir mngpa kita dberi pluang brtaubat stlh mlkukn byk dosa..mgkin dgn jwpn.Allah masih sygkn kita...

    ReplyDelete
  2. kekadang manusia memang tak leh lari dari melakukan dosa, tapi bukan bermaksud kita boleh buat dosa, kita kena pastikan kalau kita terbuat.. cepat-cepatlah musabah diri dan insaf dan tak ulang dosa yang sama.

    ReplyDelete
  3. “Orang yang bertaubat dari dosanya bagaikan orang yang tidak punya dosa sama sekali “ (Shahih Ibnu Majah) “Seandainya kalian melakukan kesalahan-kesalahan sepenuh langit, kemudian kalian bertaubat, niscaya taubat kalian akan diterima ” (HR Ibnu Majah)

    ReplyDelete
  4. Insyaallah. Terima kasih semua atas perkongsian.:)

    ReplyDelete
  5. akak.. sy gado x becakap ngn parents. sy nak mintk maaf, malu]camne ehh>





    First TWO wheels Moment

    Direview oleh blogger OTAI. Wootwoot!

    ps sory lama x jengokk

    ReplyDelete
  6. @PinQib Kena ada keyakinan, mintalah maaf.cuba, jika tak cuba mana tahu, niat yg baik, ALLAH akan tolong punya.:)

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top