Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Bersunat atau Berkhatan bagi Lelaki & Perempuan

Ada orang kita panggil bersunat, ada yang panggil khitan, namun ramai menyebutnya potong. Kalau dulu batang pisang dan Tok Mudim amat digeruni, namun hari ini senang saja, buat di klinik, atau hospital, dan kurang pula sakitnya. Acara-acara macam mandi tu sebagai penguat semangat 'menjelang dewasa' bagi anak-anak muda ini, seronok diraikan, keterujaan menjadi 'lelaki' digambarkan sebagai sesuatu yang menggembirakan. Baiklah, Anem kongsikan hikmah berkhatan bagi lelaki dan perempuan:


Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud ,"Fitrah (sifat semulajadi ) itu lima perkara: berkhatan, mencukur bulu ari-ari ,meggunting misai, memotong kuku, dan mencabut bulu ketiak,". (Bukhari , Muslim)
 
Cara berkhatan bagi lelaki :

Memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar sehingga nampak kepala zakar itu keseluruhannya.

Hikmah berkhatan / bersunat bagi lelaki:

Jika tidak berkhatan, ketika membuang air kecil, kotoran itu akan bertakung di kawasan kulit zakar, jadi jika tak suci bagaimana mahu beribadah.

Bagi yang berkahwin, ia akan menambah kelazatan apabila wujudnya hubungan kelamin suami isteri.

Berkhatan/ bersunat dari sudut agama:

Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Buangkanlah rambut-rambut kamu yang ada ketika kamu kufur dan berkhatanlan,". (Hadis Riwayat Abu Daud)

Amalan ini adalah sunnah dari zaman Nabi Ibrahim, dan membezakan islam dengan agama lain. Namun kini orang bukan islam pun sudah tahu kepentingannya.

Berkhatan/ bersunat dari sudut kesihatan:

Mengelakkan risiko jangkitan kuman atau daki yang berkumpul di bahagian kulit yang menutupi zakar, kurangkan risiko kanser prostat, serta elak simptom kencing malam.

Cara berkhatan bagi perempuan:

Wajib baginya memotong sedikit daging yang ada di sebelah atas faraj (klitoris) atau sekadar cukup berdarah bagi memenuhi syarat berkhatan.

Hikmah berkhatan/ bersunat bagi perempuan:

Memuliakan mereka serta dapat mengekang nafsu syahwat perempuan yang sememangnya tinggi daripada lelaki.

Daripada Ibnu Abbas, Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud, "khitan itu sunnah buat lelaki, dan memuliakan buat wanita," (Hadis Riwayat Ahmad dan Baihaqi)


2 yang menasihati

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top