Sempena ketibaan bulan Zulhijjah ini, pastinya ramai umat islam di seluruh dunia akan menunaikan kewajipan rukun islam kelima, iaitu menunaikan haji [bagi yang mampu]. Jadi kali ini sertakan sedikit pengetahuan Anem, apa yang Anem baca tentang haji dan umrah.


"Umrah ke umrah adalah pengampunan dosa antara kedua-duanya." (Riwayat al-Bukhari no.1683 dan Muslim no 1349)
Ini adalah adab jemaah haji dan umrah:

*Sentiasa taat dan patuh terhadap perintah ALLAH s.w.t .(Di sana semua amalan akan dilipatgandakan ganjaran)
*Menjauhkan diri daripada dosa dan maksiat.
*Mengisi masa terluang dengan ibadah.
*Memperbanyakkan doa dan zikir.
*Berwuduk dengan sempurna.
*Menjaga kesucian dan kebersiahan anggota badan dan pakaian ihram daripada najis terutama keluar masuk tandas.
*Menjaga aurat.
*Tidak melakukan perkara yang sia-sia atau membuang masa.
* Memperbanyakkan tawaf kerana ia adalah peluang yang jarang datang.
*Memastikan bilangan tawaf  7 pusingan.
*Tidak menyentuh bahagian-bahagian kaabah seperti Hijr Ismail dan tapak Kaabah.
*Tidak bertengkar atau mengeluarkan kata-kata kesat.
*Tidak menghalang kelancaran pergerakan tawaf orang lain, seperti melakukan solat di sekitar Maqam Ibrahim semasa jemaah ramai.
Nabi Muhammad s.a.w be."rsabda, maksudnya, "Sesiapa yang mengerjakan haji semata-mata kerana ALLAH,lalu tidak melakukan 'rafathu'' dan 'fusuq', pasti akan pulang (daripada ibadatnya) seperti hari baru dilahirkan ibunya".(Riwayat al-Bukhari no 1424 dan Muslim no. 1350)

Lalu, apa pula yang dimaksudkan mengelakkan Rafathu, Fusuq dan Jidal ketika menunaikan haji itu?

Rafathu

Perkara-perkara lagha, serta ucapan keji dan lucah. Ia meliputi godaan pasangan dalam berbicara tentang hubungan kelamin [ketika dalam ihram] sama ada secara terang atau sindiran, serta jimak.

Fusuq

Berasal dari perkataan fasaqa' yang beerti "kharaja" yang mambawa maksud keluar. Iaitu keluar dari ketaatan kepada ALLAH. Yakni melakukan maksiat, contoh seperti membunuh binatang buruan, memotong kuku dan bulu ketika ihram, atau menyembelih untuk berhala. Antara lain, maksiat itu juga meliputi percakapan [seperti fitnah, berbohong] serta meliputi perbuatan [seperti melihat aurat ,mencuri dan sebagainya].

Jidal

Seseorang berhujah hingga menyebabkan lawannya marah dan berakhir dengan memaki hamun. Yakni mencela dan mengakibatkan perkelahian. Namun jika perbincangan tersebut adalah secara beradab dan untuk mendapatkan jawapan secara ilmiah, ia adalah tidak dilarang.

Sumber: Majalah Solusi isu 23. Serta Buku Zikir, Doa, dan Wirid di Tanah Suci terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd





Satu sms masuk,
"Kaumbuatapa?", jawabku, "di rumah, tengok tv."
"Iturumahorangkamupergi?", jawabku "taklah, hari ni duduk rumah."

Mulai hari pertemuan terakhir kami, setiap minggu pasti dia akan hantar sms. Malah dialah insan pertama call untuk mengucapkan selamat hari raya."Ai ling kakak, selamat hari rayaa!" Jeritnya sambil ketawa kecil.

Kisah Dia bermula begini,

Satu: Bising di bangunan depan ni, ada pergaduhan kecil mereka cakap. Anem memang tak ambil port sangat. Seorang tu, menangis, seorang tenang saja. Malam tu hal diorang settle. Tapi tak habis lagi, esok, yang menangis malam tadi sambung berdiri menangis kat luar, habis semua orang dengar, blok lain pun. Belum hal-hal lain yang ikut fahaman dia dan kesukaan dia lagi.

Dua:  Tak lama tu lepas dia mengadu ramai tak suka dia, salah faham dengan kawan-kawan yang rapat dengan dia, sampai la ni, tak tahu apa kesudahannya.

"Dia , kalau tanya suka ulang-ulang meh, dah tanya, tanya lagi."
"Kalau dia itu salah, dia minta maaf harini, esok buat lagi, tidak faham juga."
        Complain teman-temannya.

Tiga:  Hari tu, dalam satu aktiviti, kira klimakslah cerita kat situ, sampai buat orang tension dengan perangai dia, dia buat sesuatu yang tak wajar dibuat dengan sengaja, kira sakit hatilah kalau orang mengalaminya. Tapi dia yang istimewa tu, tanpa sedar itu satu kesilapan, menangis dimarah, dan baru tahu itu salah. Tapi dah memang dia istimewa. Dia bukan kisah orang marah dia, dia bukan ingat apa salah dia, esok buat lagi dan lusa dia minta maaf. Demikianlah seterusnya, ulang-ulang.

Itulah insan bergelar Mee Yieng, masa dengan dia mengingatkan Anem pada Adik Anem yang istimewa, Hafiz. Bila ada insan yang ambil serius dengan akhlak dia, Anem dengan emo jugak cakap, "korang, janganlah macam tu, nak ke anak ke, adik korang macam dia?"

Yes! Emo lebihkan Anem. Tapi teringat ayat sorang dak tu, masa bas dia nak gerak haritu, dak tu cakap, "Mee Yieng! Maaf selalu kutuk kau" - sebab lepas ni mungkin akan susah sesama mereka ini nak jumpa another Mee Yieng, diorang kata, "harap-harap takkan jumpa!" Dalam hati Anem, "Ish, korang ni!"
Rasullullah SAW Bersabda: "Sayangilah orang-orang yang ada di bumi, nescaya kamu disayangi oleh orang yang dilangit [yakni para malaikat]."- Hadis Riwayat At-Thabrani 
Mee Yieng, tak semua faham kamu, dik! Akak pun.
Maaflah, akak pun bukan baik sangat.

 Take care. Rindu.

End.


Cinta datang tanpa diundang, pergi pun tak mampu dihalang.


Apa yang mampu kita buat, usaha menjadi yang terbaik, cari yang terbaik dan doa semoga semua menjadi lebih baik. Jika niat kita tidak ikhlas dalam mengejar cinta yang suci, yang suci pun akan terus jadi tak murni.

Beliau, seorang kawan, mula mengenal seseorang atas dasar 'kawan-kawan'. Mula usikan dan salam perkenalan, berbuah menjadi satu ikatan yang terjelma dari hati. Beliau mula jatuh cinta! Cinta, mana mungkin boleh dipaksa, ye dak?

Sekufu , apa tu? Kafa'ah atau kecukupan (competency). Kiranya ia sama taraf, atau kedudukan dengan pasangan. Lebih kurang latar belakangnya, lebih kurang tahap ilmunya, lebih kurang hala aqidahnya. Ia bukan syarat sah, namun jika dua-dua redha, kira sahlah pernikahannya.
Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang kamu redha terhadap agama dan akhlaknya , maka terimalah lamaran pernikahannya. Jika kamu tak melakukan demikian, maka akan terjadi fitnah di atas muka bumi dan kerosakan yang besar. Baginda mengucapkannya tiga kali". (Riwayat al-Tirmizi)

Kenapa perlu sekufu? Jika tidak, atau terlalu jauh, ditakuti salah faham, dalam erti kata lain, perlu masa untuk lebih pengertian dan penerimaan, maklumlah beza ketara dari sisi itu dan ini. Kerana itu perlu mencari yang sekufu, jika tak diperoleh, perlu kuat dan istiqamah membina keserasian.

Berbalik kepada beliau, jika semuanya lebih kurang, bagaimana pula beza agama? Beliau islam, si dia tidak? Kasih sayangnya pada si dia sangat tinggi nilainya, namun agama adalah nombor satu dan keutamaan, ini tidak boleh dipandang remeh.

Permulaannya, dari beliau sendiri, perlu menunjukkan ciri penganut islam yang baik, dari segi mengamalkan solat 5 waktu, jaga pergaulan, baik dengan ibu bapa dan orang tua, serta hormat jiran tetangga. Beliau perlu menjaga perlakuan dan perkataan setiap kali ingin berbual dengan si dia tersayang. Kemudian beliau perlu perlahan-lahan bercerita secara spontan dan bukan memaksa si dia dalam mengetahui tentang sejarah agama mulia.

Tidak salah, menghadiahkan buku, contohnya, apa ertinya saya menganut islam, oleh Fathi Yakan, tapi perlu diiringi ayat yang baik, doa yang berterusan serta niat yang ikhlas, bukan kerana cinta kali ini, tapi kerana Ilahi. Malahan perlu selalu juga menasihati secara rasional si dia, jika perlakuan si dia salah di sisi agama kita. Jika niat kita dah baik, ALLAH akan lorongkan kita dan bantu kita. Jika tidak, pastinya kita tahu apa jalan seterusnya.

Soal agama adalah soal sensitif bagi seseorang, ia melibatkan keluarga, harga diri dan masa depan , jadi mereka yang mahu bertukar agama, perlu fikir dengan benar-benar serius dan ikhlas, bukan sekejap-sekejap atau hangat-hangat tahi ayam. Mereka perlu kuat dan orang di sekeliling perlu bantu, membaca Al-quran, bertanya pakar agama seperti ustaz ustazah dengan kerap, pergi ke masjid, membaca buku-buku ilmiah adalah jalan terbaik bagi mengubat hati supaya kekal dengan aqidah yang satu, insya-Allah. Sama-samalah kuat berjuang, moga dipermudah dan diberi hidayah. 

p/s:Untuk beliau, kawan Anem tu-  Ikhlaskan hati, pasti dibantu Ilahi.




Selamat pengantin baru, selamat diijab kabul serta selamat bersatu dengan si dia tersayang, saudara Hafizullah Amin. Kak Ima sayang, terima kasih kerana sentiasa menjadi sahabat yang sentiasa ada di kala kegundahan dan selalu bersama berkongsi keriangan. Untuk 'Hafiz akak', semoga dia jaga akak elok2, ya.Dan semoga akak juga akan menjadi bidadarinya dunia akhirat, insyaallah. Amin.
"Harta yang utama ialah lisan yang sentiasa berzikir , hati yang sentiasa bersyukur, dan isteri beriman yang membantu suami menegakkan imannya"[ Riwayat al-Tirmizi no.3094]
p/s: Akak!- Ukhwah fillah!






Malas, penat, takde masa, tak sempat! Amboi, macam-macam alasan kalau dah taknak tu, ya. Bukan susah pun, beberapa minit je,dik!

Kadangkala kita tak faham, bila sebut dosa pahala pun adik-adik masih berdegil, bagi mereka, solat atau sembahyang ni satu perkara yang boleh ambil mudah dan di buat main. Kiranya mak ayah tak tegur, geng kawan-kawan-kawan tak solat, kenapa dia pula boleh tiba-tiba tunjuk alim kan? Ish, ini kewajipan, bukan perkara yang suka hati kau nak buat ke tidak. Wajib! Tak ada pilihan.

Setakat bacaan tak OK, ada tak hafal, boleh belajar, boleh baca mana yang tahu saja, yang penting kesungguhan nak hafal, nak solat tu ada dalam jiwa, nanti mak ayah kita dah tiade, doa dan amalan anak macam kita inilah yang bantu mereka, jika solat pun jarang-jarang, macam mana tu?

Tak tahu, boleh tanya, buat apa nak malu, ALLAH lagi suka hamba dia yang nak belajar, dik. Akak , abang, ustaz , ustazah lagi suka nak bantu adik, yang nak jadi lagi baik, tau.

Soal solat bukan boleh dibuat main, azab dia teruk tau, jika kita tak buat sekarang, takkan makin beso, dah tua, baru sibuk nak belajar, nak tanya, lagi malu. Tapi itu pun kalau sempat tua, kalau mati muda, bagaimana? Jadi belajarlah agama, muda ni, bolehlah belajar perlahan-lahan, sayang.

Jangan malu-malu nak tanya, tau! Kuatkan semangat, adik boleh belajar, semua orang sempat jadi baik, antara nak dengan taknak saja, ingat tu!




p/s: Jom!









Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top