Waktu raya dan puasa akan datang, kita akan saksikan orang lain pula menggantikan 'Atok' atau Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang telah menjadi kesayangan dan penantian seisi keluarga dan masyarakat islam di Malaysia, untuk membuat pengumuman, yang akan memberitahu kita bila kita kan beraya atau puasa mengikut anak bulan, atau rukyah itu.
Jadi : jangan lupa menyaksikan Dokumentari khas yang akan akan menemui penonton di TV1, pada 9 Januari, pukul 6 petang. Dokumentari ini sebagai sumbangsih bagi menghargai jasa Engku Tan Sri yang telah berkhidmat selama 22 tahun dan bersara secara rasminya pada 7 Januari 2011.
Ingat lagi :
"Cepat-cepat Atok tu dah keluar!" Kelam kabut kami seisi keluarga, masing-masing mahu duduk depan.
"Kuatkan lagi, kuatkan! " Along minta Adik kuatkan volume tv sikit.
Semua merenung sampai tembus tv. Habis pengumuman mulalah masing-masing nak mengaku,
"kan dah kata tadi, raya lusa,!" Dan dan sambung kerja balik.
Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 79 tahun, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang telah berkhidmat selama 22 tahun. Mula menjawat jawatan itu pada 1 Januari 1989 menggantikan Datuk Ahmad Zainal Abidin Muhammad Yusof. Bersara secara rasmi pada 7 Januari 2011.
Terima kasihAtok Engku Tan Sri dari kami.
UPDATE;
BESUT . Disember 2012 - Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor Selasa kira-kira pukul 8.30 malam.
Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi Rabu di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.
Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki.
Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011. (Sumber)
-- BERNAMA
Inalillahi wa inna ilaihi rojiun. Al-fatihah.
Terima kasih

Manakala Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang baru ialah Datuk Syed Danial Syed Ahmad, 66 tahun yang akan mula mengambil alih tugas berkuat kuasa pada 10 Januari 2011 ini.
___________________
___________________
6 yang menasihati
wah... dh tukar ekh...
ReplyDeletealaaaa
ReplyDeletedah tak best lah kalau atok ni dah takde
laa dah bersara?
ReplyDeletesape la ganti nanti kan
hehe
selamat bersara
ReplyDeletelolh , dia dah bersara . tak dapat laa nak tgok lg muka kool dy yg orang duk tunggu every yr :P
ReplyDelete@unieMARKS :) Kan..dia sentiasa cool masa bagi pengumuman. rindu nanti:)
ReplyDeleteUntuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.