Drama Gemilang di TV3 : Kisah Benar Sejarah Seorang Guru


Gemilang adalah cerita benar seorang guru di Kelantan iaitu ayah mentua Kabir Bhatia sendiri (ayah Mira Mustapha : penulis skrip cerita ini ). Dia sudah meninggal dunia, namun kisah perjuangannya patut menjadi teladan kepada anak muda zaman sekarang. Shahz Jasle Jasmin diberi tanggungjawab memegang wataknya iaitu sebagai Cikgu Saifullah.

Saifullah berasal daripada keluarga penoreh getah yang sangat susah apabila dunianya berlegar sekitar ladang getah pada 1960-an. Saifullah ada tiga lagi adik. Ketika mereka empat beradik itu masih kecil, ibu mereka sudah meninggal dunia.

Tidak lama kemudian ayah mereka pula menyusul menyebabkan mereka adik beradik terpaksa berpisah kerana diberikan kepada keluarga angkat. Saifullah menjadi anak angkat keluarga berada tetapi dia tidak pernah melupakan asal-usulnya.

[Video : antara part paling sedih dalam drama Gemilang]


Watak Saifullah adalah seorang yang cekal, tabah dan kuat. Meningkat remaja, Saifullah menjadikan gurunya, Cikgu Talib (Datuk Jalaluddin Hassan) sebagai mentornya.

Apabila dewasa, Saifullah berjaya menyambung pelajaran dan selepas tamat pengajian dia bekerja di bank di bandar. Bagaimanapun hatinya meronta untuk kembali ke kampung halaman bagi menabur bakti kepada penduduk di sana. Dengan semangat meluap, Saifullah menubuhkan sekolah swasta yang dinamakan Institut Gemilang.



Matlamat Saifullah sangat mudah iaitu untuk mengubah nasib remaja yang gagal dalam pelajaran tetapi perjalanannya belum pasti. Institut Gemilang dibuka untuk memberi peluang kedua kepada pelajarnya. Mereka yang gagal atau yang tidak dapat menduduki peperiksaan MCE dan HSC amat dialu-alukan di sekolah itu. Niat baik Saifullah menubuhkan Institut Gemilang turut disokong bekas rakan sekolejnya, Umar (Kamal Adli), Asma (Tiz Zaqyah) dan Ruhana (Tasha Shilla). Mereka semua adalah guru perintis di institut itu. Watak mereka akan digambarkan juga setelah tua nanti. Elemen cinta juga akan diselitkan menerusi drama ini..

____________________________

Lirik OST Gemilang (Lagu tema Gemilang) : Adi Mentor

Suatu ketika... 
Kita pernah tertawa...
Suatu ketika...
Kita pernah berduka....
Memori lalu...
Tersemat di hatiku....
Buat azimat perjalananmu....

Untuk tatapan anak bangsa
Ku titipkan satu cerita....
Jadi pedoman untuk semua....
Takkan mengalah sebelum melangkah...

Impian.... menjadi haluan cita...
Rintangaannn..... membakar azam di jiwa......
Dan cinta.... bukan hanya kata-kata....
Harapan....semua anak merdeka....
ooohhhhh......

____________________________

Adik Naim Daniel Baharin yang memegang
watak Saifullah (Lah) semasa kecil .


Saksikan Drama terbitan Filmscape Sdn Bhd ini - Gemilang menerusi slot Aksi, setiap Isnin, jam 9 malam hanya di TV3.
Jika terlepas , jangan lupa saksikan secara online di tonton.com.my [klik sini] :
daftar dulu tau dan kemudian, sudah boleh menonton.
__________________________ 
Cerita ini memang sangat indah untuk membuatkan kita lebih menghargai jasa seorang ayah, cikgu, guru atau pendidik. Setiap kejayaan itu sebenarnya bermula dari bawah.
______________________
Sumber Sinopsis Drama Gemilang itu dari : [sini] 

16 yang menasihati

  1. sebuah cerita yang diangkat dari kisah benar penuh luka, derita, nostalgik dan menyimpan seribu satu nilai sentimental yang boleh menjadi cermin untuk kita melihat diri sendiri pada hari ini, esok, lusa dan akan datang. Ada juga lucunya yang menggeletek emosi, tetapi menarik senyum tawar yang mengesankan. amat mengesankan.

    ReplyDelete
  2. 1st day cite nie macam sedap sja jalan penceritaan dia..mungkin akan mengikut..thanks for the sinopsis..hehehehe

    ReplyDelete
  3. wah menarik. pasni boleh lah tngok kat tonton. time kasih sbab share link :)

    ReplyDelete
  4. @SINGALAUTMETROKan..suka tema dan penceritaannya. sangat berkesan, saudara :)

    ReplyDelete
  5. Anonymous1:10 PM

    sebuah kisah yg sgt sedih.........lebih2 lagi berdasarkan kisah benar....

    ReplyDelete
  6. Jom try download ost citer ni kat blog karin..

    http://karinkishido-mp3download.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. follow ur blog... =))

    p/s: i de ambik ckit information kat cn tuk selit kat my blog. i pon minat ngan drama ni. hope u x ksh...

    ReplyDelete
  8. woahhh..mcm menarik..tp syg sini xde TV..intenet plak lembab huhu

    ReplyDelete
  9. @Mukminah WahabThanks, owh . ok sahaja sharing is caring :)

    ReplyDelete
  10. @Hazwan Arif Wajib tengok ni, xpe, nanti tengok :)

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top