Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Lailatul Qadar: Sejarah lailatul qadar & mencari malam seribu bulan


10 Malam terakhir ramadhan dah tiba. Sesuatu yang ramai tak tahu , adalah asal usul malam lailatul qadar, dari mana datangnya permulaan semuanya ini . Sejarah Malam Lailatul Qadar ini bermula  apabila Rasulullah berdoa kepada Allah setelah melihat kehebatan seorang lelaki Bani Israil yang sentiasa menghunuskan pedang (berperang) membela agama Allah selama 1000 bulan (lebih kurang 83 tahun).

Disebabkan terpegun akan kehebatan lelaki itu lalu baginda berdoa :

"Ya Tuhanku, Engkau jadikanlah umatku lebih pendek umurnya dan lebih sedikit amalnya (amal yang sedikit, tetapi ganjarannya besar."

Kemudian Allah memakbulkan doa baginda dengan memberikan Lailatul Qadar kepada umat Nabi Muhammad S.A.W yang mana jika seseorang menghidupkan satu malam itu sahaja, ganjarannya lebih baik dari lelaki Bani Israil yang berjihad selama 1000 bulan itu.

Di antara  bacaan do’a atau dzikir yang paling afdhal untuk dibaca pada malam
 (yang  diperkirakan sebagai Lailatul Qadr) adalah sebagaimana yang ditanyakan  
Ummul Mukminin ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha kepada Rasulullah shallallahu  ‘alaihi wa sallam :

 “Wahai Rasulullah jika aku mendapati Lailatul Qadr, do’a apakah yang aku baca pada malam tersebut?
 Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab:

 “Bacalah: اللهم إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي“
Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni”. 
Ya Allah sesungguhnya Engkau adalah Dzat Yang Maha Pemberi Maaf, 
Engkau suka pemberian maaf, maka maafkanlah aku”.(HR At-Tirmidzi dan Ibnu Majah) 



_____________________ 


Dan sewajarnya pada 10 malam terakhir ini ,  ia digunakan dengan diisi amalan berzikir, bertadarus Quran, beriktikaf , berishtigfar dan melakukan qiamulail. Apa yang kita tahu malam itu adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan dan merupakan malam pengampunan. Tidaklah bermaksud 20 malam sebelum kita mensia-siakannya kerana sesungguhnya Ramadhan sememangnya bulan penuh keberkatan .

Namun harus diingat bukanlah pada malam dan hari tersebut harus dipenuhi dengan ibadah demikian sahaja, namun akan turut diberkati dan dilimpahi kurniaan apabila kita melakukan amalan kebaikan dan mahmudah seperi menghormati orang lain, bersedekah, membantu insan lain dan lain-lain lagi amalan kebajikan. Insyaallah dengan keikhlasan akan diberi ganjaran.

Rasullullah saw bersabda bermaksud : Sesiapa yang beibadah pada malam al-Qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan ALLAH , mudah-mudahan akan diampuni dosanya terdahulu . (Riwayat Muslim)

Malam al-Qadr sesungguhnya memang rahsia ALLAH , dia tidak menerangkan secara terperinci kerana mahu manusia beramal tanpa mengira masa dan ketika. Yang menariknya bila terjadinya malam lailatulqadar iaitu pada malam ganjil sepuluh ramadhan terakhir.

Rasullullah saw bersabda yang bermaksud : (Iaitu) ada pada ramadan , oleh itu hendaklah kamu mencarinya pada 10 hari terakhir. Disebabkan ia terdapat pada hari-hari ganjil, iaitu , pada malam 21, atau malam 23, atau malam 25, atau malam 27 , atau malam 29 serta malam terakhirnya . (Riwayat Ahmad )

Kelebihan malam lailatulqadar adalah di mana , pada malam itu Allah memberi kesejahteraan kepada hambaNYA sampai terbit fajar , kemuliaan , keampunan, rahmat , serta mendapat syurga daripada ALLAH s.w.t. Disebabkan itu ramai umat islam tidak mahu melepaskan malam tersebut .

Malahan pada malam ini juga Al-Quran diturunkan secara sekaligus dari Luh Mahfuz ke Bai al-'Izzah iaitu terletak dilangit dunia. Namun diturunkan secara beransur-ansur dan berperingkat-ringkat dari Bait al-'Izzah kepada Rasulullah saw selama 23 tahun.

[ Sekilas : Walaupun malam al-qadr ini lebih wajar DIHAYATI berbanding DICARI , namun jika ada yang berminat boleh baca di sini : tanda- tanda malam lailatul qadar ]




P/S : Malam lailatulqadar - Susah nak jumpa, jika berpeluang, itu nikmat.
رَبَّنَا إِنَّكَ تَعْلَمُ مَا نُخْفِي وَمَا نُعْلِنُ ۗ وَمَا يَخْفَىٰ عَلَى اللَّـهِ مِن شَيْءٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ
Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan; dan tiada sesuatupun di langit dan di bumi, yang tersembunyi kepada Allah! (Surah Ibrahim 14: Ayat ke 38)

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan (Facebook | Laman web)



6 yang menasihati

  1. Anonymous7:22 AM

    *lebih dari 1000 bulan :D

    ReplyDelete
  2. salam ramadhan adik kite...moge sihat n selamat beribadah ^__^

    ReplyDelete
  3. masih sempat lagi nak wish salam Ramadan anem!. Alhamdulillah. Allah masih izinkan hamba-Nya untuk bertemu dengan Ramadan kali ini.

    Ramadan dah nak pergi.. sedih juga rasanya..

    ReplyDelete
  4. terima kasih sudi bagi backlink.. selamat hari raya =)

    ReplyDelete
  5. Anonymous2:28 PM

    Mohon share :)

    ReplyDelete
  6. terima kasih infonya
    tentang keutamaan malam yang penuh hikmah ini
    sangat bermanfaat

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top