Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Manusia memang selalu tipu diri sendiri



Selalukan dalam hidup kita , kita buat benda pelik. Kiranya apa kita buat tak selari dengan percakapan atau apa kita rasa. Kadangkala kita tak perasan pun, tak percaya cuba tengok situasi biasa (common situation ) macam ni :

Kita cakap "saya faham" atau "aku faham"
tapi hakikatnya tindakan atau reaksi kita menunjukkan sebenarnya kita ni tak berapa nak faham

Kita cakap, takpe, takpe lah sangat kan,
tapi sebenarnya bagi kita benda tu sangat apa-apa .

Kita cakap TAK kisah, sangat tak kisah,
tapi kita punya ambil KISAH sebenarnya, tuhan je lah yang tahu , kan?

Kita cakap, "IM OK " - "SAYA OK ",
tapi dalam jiwa raga ni, punya TAK OK nya , susah nak digambarkan

Kita cakap kita "terima" - terima hakikat, terima alasan orang tu,
tapi disebaliknya kita sebenarnya tak berapa nak terima, menyalahkan lainnnya lagi ada.

Kadang-kadang kita cakap, "Alah, xde apelah, benda kecil je", "Tak terasa pun",
tapi hakikatnya perkara tersebut nak dilupakan sampai makan bertahun-tahun..

Kita selalu menerima alasan orang dengan positifkan ayat,
tapi hakikatnya dalam hati kita sangatlah terasa dan selalu memikirkannya.



Selalu nasihat diri sendiri, "terima hakikat dengan ikhlas" - cakap memang mudahkan ?

Mungkin ada yang mempersoalkan tentang kejujuran. Tapi bagi Anem, dalam semua situasi tersebut , kita bukannya hipokrit , menipu , bukan . Hakikatnya dalam menjaga hati manusia lainnya, kita perlu berkata ikut mana yang terbaik bagi semua. Mungkin orang kata, hati kita siapa nak jaga ? Tapi kalau kita ikhlas, kebahagian dan rasa selesa orang lain adalah keutamaan kita . Bagi diri kita masa, tak salah untuk bergembira dan berkata apa yang di rasa.

Bagi Anem - bahagialah untuk membahagiakan. Datang dugaan , kuatkan pegangan . Apa berlaku, ingat, Tuhan kan ada .

WALLAHUALAM.


P/S : Saya akan cuba memberi yang terbaik - ini ayat janji keramat sampai mati .

9 yang menasihati

  1. betul anem.selalu sangat.tapi sekurang-kurangnya bila kita buat mcm tu kita akan rasa lega coz dah buat org len epi.kan.xpela hipokrit pd diri sendiri utk kebaikn org lain.bukan susah pon.just say it.=)

    ReplyDelete
  2. yela. kekadang kite ckp menda nie sbb nak jage hati orng kan.

    ReplyDelete
  3. Anonymous11:07 PM

    baru ari ni dapat jenguk blog kak anem.rasanya ari tuh tgk blog akak macam sunyi jew?

    ReplyDelete
  4. Anonymous8:22 AM

    Saya minta maaf bahwa mengganggu , tapi aku punya beberapa alasan miring ditampilkan dalam browser Anda , dan beberapa tombol tidak melihat apa yang bisa salah ?

    ReplyDelete
  5. Kekadang, kita cakap macam tu utk sedapkan hati. Ialah, kalau tak cakap camtu, susah pulak..

    ReplyDelete
  6. setuju dengan anem....:)

    ReplyDelete
  7. Inilah yang dikatakan jujur pada diri sendiri :) sala perkenalan.

    ReplyDelete
  8. Salam. Bagus macam tu Anem. Sentiasa berfikiran positif. Kita kena menjaga hati orang lain juga.

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top