Semua orang akan diuji tuhan, semua orang akan merasai kehilangan. Kesakitan kehilangan orang tersayang. Yang selalu disisi, dihati dan menemani jiwa hari hari. Namun bila sampainya hari tuhan ambil dia semula. Kita akan rasa satu dentuman halilintar yang memecah gunung ganang. Sakit .
Namun sebenarnya kenangan dengan mereka itu lah kekuatan. Ingatan itu mampu buat kita berdoa untuk dia, sebab dia ada dalam jalur masa hidup kita nan indah dulu.
Rasullullah saw juga di uji .Pernah kehilangan orang tersayang, dua orang dalam tempoh berdekatan . Namun dia redha dan mengetahui betapa besar nilai ganjaran mereka bersabar & betapa sayang ALLAH kepada beliau.
Kalau rindu sangat, apa kita kena buat ? Paling penting kita kena sedar , yang dia pergi menghadap tuhan DIA, tuhan kita juga. yang kita juga akan temui nanti . Lepas tu, kita kena sibuk-sibukkan diri , pastinya dia tak mahu kita bersedih dan menyalahkan takdir kan ? Jadi kita kena kuat . Jangan terlalu bersedih, kasihanilah roh dia, kesihatan kita juga penting untuk orang lain yang sayang kita di atas muka bumi ni, tau .
Apa pula kita buat bila kehilangan orang tersayang ?
[ Rujukan : Blog Suzana Ghazali , Halaqah.net, addhaif ]
Apa pula kita buat bila kehilangan orang tersayang ?
Pertama :
Paling utama ialah kita perlu ingat dan percaya bahawa kematian adalah pasti untuk setiap insan. Sama ada cepat atau lambat, kematian pasti datang. Bila? Di mana? Bagaimana cara atau apa sebabnya? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
"kullu nafsin zaaiqatul maut.." setiap jiwa akan merasai mati..
Allah SWT berfirman dalam Surah Ali Imraan, ayat 185 yang bermaksud: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada Hari Kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhnya ia sudah berjaya. Dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.”
Kedua:
Kita boleh menangis kerana kehilangan tetapi jangan sampai kita tidak merelakan pemergiannya. Tidak merelakan bererti kita melawan takdir Ilahi, nauzubillah.
Orang yang bersabar menghadapi kematian adalah orang yang sentiasa berada di bawah perlindungan Allah. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 156-157 yang bermaksud: “Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya. Dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayahNya.”
Ketiga:
Keempat:
Tunaikan hasrat si mati. Jika kita mempunyai impian bersama untuk sesuatu, jangan jadikan kematian pasangan kita sebagai alasan untuk kita menguburkan impian tersebut. Sebaliknya kita perlu tabahkan hati dan kuatkan semangat untuk menunaikan impian dan hasrat aruah. InsyaAllah, rohnya akan turut gembira bila impiannya ditunaikan oleh kita.
Kelima:
Jangan kecewakan roh si mati.
Yang penting, kehidupan selepas kematian itu ada, bermula di alam kubur seterusnya di akhirat setelah berlakunya kiamat. Tiada jaminan selamat daripada siksaan kubur melainkan si mati membawa bersamanya amal soleh.
“Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kamu tangisi boleh berbicara, lalu menceritakan (pengalaman sakaratul mautnya) pada kamu sekelian, niscaya kamu akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri kamu sendiri”. (Imam Ghozali mengutip atsar Al-Hasan).---
Mari baca semula : Mengurus kesedihan akibat kehilangan
Tips ubati rasa kecewa dan tekanan
BOLEH BACA JUGA : UJIAN INI CUMA SEBENTAR
NOTA TAMBAHAN:**
Tips hadapi pemergian tersayang ( Muhammad Luqman Makhtar = Solusi 80)
- Yakin ada yang terbaik menanti
- Bandingkan musibah orang lain yang lebih dahsyat (Orang lain juga diduga, malah ada yang lagi diduga dahsyat daripada kita.)
- Jadi insan yang membanggakan (Sibukkan diri, yakinlah kita bukan keseorangan)
- Istighfar apabila terkenang (kenang dan perasaan sedih tak dapat dihalang. Jadi mohonkanlah ampun untuknya). Kerana ingatan kita pada mereka tidak bermusim dan tidak bertempat.
- Jaga baik-baik orang disayanginya (sayang diri kita lebih daripada dia sayang kita). Jika perlu rehat dan bercuti, buatlah.
JANGAN!
-Memendam kesedihan (Menangislah namun hati perlu redha).
-Meratap (perlu belajar menerima).
-Memadam kenangan (Manfaatkanlah kenangan untuk kebaikan).
-Melemahkan orang lain (Jangan sebab kita orang lain juga bersedih. Sama-sama sedih tak apa, namun perlu bangkit).
-Menyalahkan diri (Jangan sesekali tertipu dengan mainan perasaan).
BOLEH BACA JUGA : UJIAN INI CUMA SEBENTAR
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Dari Abdullah r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Siapa yang mengucapkan takziah kepada orang yang ditimpa musibah, maka dia memperoleh pahala seperti pahala orang yang mendapat musibah.” (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah).
Doa untuk jenazah lelaki.
"Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihii wa'fu'anhu."
"Ya Allah, ampunilah dia, dan kasihanilah dia (rahmati) dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia". Amin Allahumma amin.
Doa untuk jenazah perempuan:
“Allahummaghfirlaha warhamha wa ‘afiha wa’fuanha.”
Semoga Allah mengampuninya, merahmatinya, memberikan keselamatan (sejahtera) dan memaafkan kesalahannya. Amin Allahumma amin.
BACAAN PENUH:
DOA UNTUK ORANG YANG MENINGGAL DUNIA:
REDHA , REDHA, REDHA.
Semoga kuat , sahabat !
Juga boleh rujuk : amalan untuk si mati / cara bantu orang yang sudah meninggal dunia (mati)
Artikel ini di tulis pada 2012, namun insan yang dalam gambar utama di atas , Baharudin bin Husain telah kembali ke rahmatullah pada 21 februari 2014 yang lalu. Al-Fatihah.
99 yang menasihati
entry ini sgt berguna..thanks for sharing...kebetulan kawan akak baru kematian suami..pohon share..
ReplyDeleteteringat arwah nenek akak..
ReplyDeleteal fatihah..
Samala tringat sangat2 kat arwah nenek yg membela saya dari kecil sehingga sekarang.hanya mampu berdoa sahaja itulah penghubung antara kita dgn yg sudah pergi.Amiin
Deleteentri yang sangat menarik..
ReplyDeleteteringat kat arwah ayah..
salam perkenaln dari blog mediasiber..
saya follower anem yang ke 1616..
Korang mesti baca nie --> OH TIDAK!Enjin kereta xdpt hidup..Kenapa?
bukannya kita yang terpisah dengan simati,tetapi simati yang terpisah dengan kita...kan disana yang kekal abadi...rindu kan mati lebih berharga kerana dpt ke tempat asalnya kita..
ReplyDeleteini saya setuju.
Deleteseksanya mati..sy berhadapan dgn sahabat sy sewaktu dia nazak..seksanya melihat dia.. dia seperti hendak memberitahu sesuatu tetapi tidak berjaya..sambil mengucapkan Ampunkan Aku
ReplyDeleteYa Allah..
teruskan doakan dia. :)
Deleteterima kasih untuk entry ni..banyak membantu saya yang baru kehilangan insan tersayang
ReplyDeleteSaya pegang perkataan redha redha redha
ReplyDeleteterus, terus, terus.
DeleteMohon dishare.. :)
ReplyDeletethanks yah. setelah membaca nya hati ini mulai sedikit terbuka semangat lagi atas kepergian istri tercinta :')
ReplyDeletetq alfatihah utk arwah isteri mak dan ayah serta pak mertua
ReplyDeleteSegala amalan telah sy buat tp rindu sgt pd arwah tidak langsung berkurangan malah semakin hari semakin kuat. Sy terpaksa sembunyikan rasa sedih ini depan semua org tetapi setiap hr pasti air mata ini mengalir. Walaupn hampir 2 thn tp setiap detik setiap saat mmg tidak pernah lupakan arwah.
ReplyDeletedia sangat memerlukan doa kita. Terus saja sedekahkan atas nama dia dan doakan dia. InsyaAllah akan jumpa di syurga. Kuat tau!
DeleteSama spt Saya.. Khilangan bonda tercinta 20 ramadhan yg lepas. Hidup rasa xder makna. Memikirkan beratnya nk melalui hari² yg seterusnya tnpa nya .. ��
DeleteHari2 sy menangis dan rindu bercampur dengan tak percaya dengan pemergian arwah kakak sy dan bayi perempuannya serentak dalam sekelip mata..akibat kemalangan jalanraya.... rasenye macam baru semalam kmi berjumpe dan bergurau.. setelah sy baca artikel ni.... sy akan mula redha...... mati adalah pasti......dan sentiasa berdoa kepadnya..... al fatihah...
ReplyDeleteterus kuat ya, insyaAllah semua akan baik-baik saja. :)
DeleteSamalah saya.. baru kehilangan seorang kakak yang terlalu rapat dengan saya.. saya redha tapi masih lagi bersedih, sebab hidupnya terlalu terseksa di dunia ni
DeleteSaya redha, tapi tetap sedih dengan kehilangan dia,kenapa ALLAH tak ambil saya sekali?
ReplyDeleteYa saya pun terpikir kenapa Allah tak ambil saya sekali sewaktu Allah mengambil nenek tercinta saya,kekadang saya merasakan hubungan kasih sayang ini hanyalah didunia sahaja tetapi diakhirat kita sendiri2 dah tak ada lagi nenek ka mak ka bpak ka adakah ini betol?jika umur kita smua sebaya dan muda masakan kita jumpa dgn nenek kita sepertimana mereka didunia.
DeleteAllah tak ambil kita sekali, mungkin sebab nak kita ini doakan yang pergi itu dan ada tanggungjawab kita tak selesai lagi. Untuk muhasabah diri. Apa pun, teruskan berdoa agar diri kuat dan redha. Doakan untuk dia, moga jumpa di syurga! InsyaAllah.
DeleteKehilangan seorang ayah yang penyayang dan sempurna di mata saya adalah perkara yang paling menyakitkan berlaku dalam hidup saya. Melihat ibu yang kehilangan semangat untuk hidup bertambah kan lagi kesedihan yg ditanggung. Mengenangkan rakan2 bakal convo bersama ibu dan ayah sungguh sebak rasanya. Kehilangan ayah mmg merubah segala2nya dalam hidup kami. Kami yang dulunya drpd keluarga yg senang skrg hanya mengharapkan belas ihsan pakcik2. Alhamdulillah kerana dikurniakan pakcik yang bertanggungjawab. Hanya satu yg saya harapkan sekarang iaitu ingin berjumpa dgn ayah di akhirat kelak.
ReplyDeleteInsyaAllah pasti akan jumpa nanti. Doakan! :)
DeleteALHAMDULILLAH
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian. semoga sy kuat untuk melalui liku2 hidup. semoga sy tabah melalui ujian allah. sy bru khilngn adik no 3 akibt kmlngn jln rya dan khilngn arwah bonda akibt knser pd awl 2014. semoga mereka tenang disana, diluaskan liang lahad, dan semoga kamatian itu sbg tmpt istireht buat mereka. sy brharap sy dpt bjumpa dgn mereka di akhirat kelak. akk rindu emak dan ajib. al fatihah buat maizon binti amat bani dan muhammad najib bin abd hamid
ReplyDeleteInalillah. Terus kuat dan doakan mereka ya! Moga jumpa di syurga, insyaAllah. Al-fatihah.
Deletedah lama aku prasan cuma baru ni aku nak komen...cerita yang bagus..aku kehilangan 2 orang tersayang dalam masa 4 hari..pertama arwah isteriku kemudian anak ke 2 lelaki yang dikandung isteriku 4 hari kemudian baru sangat rasanya NOV2014...Allah jua yang memahaminya...syukur alhamdulillah..moga Allah lipat gandakan lagi kekuatan dan kesabaran untuk aku besarkan lagi seorang anak sulung kami berusia 4 thn
ReplyDeleteinsyaAllah. Moga Allah terus beri kekuatan dan kesabaran buat saudara sekeluarga!
Deletemak ni aset penting tuk buat suasana keluarga ceria.. tp apakan daya ..dia dh temui ilahi 2minggu lepas ..moga allah merahmati mak saya alfatihah
ReplyDeleteinsyaAllah. Terus kuat! Doakan dia selalu.
DeleteTerima kasih ats perkongsian ini....boleh buatkan sy bersemangat tuk terus kan hidup ini...sy baru kehilangan arwah suami yg tercinta pada 18/11/2015...Allah sahaja yg tahu perasaan sy bertapa sedihnye kehilangan insan yg sbantal dgn kita...lagi2 arwah meninggal dalam sy tengah mengandung 5 bulan....lagi bertambah pilunye hati ini....mengenangkan perancangan kami nak pergi beli brangan bby xkesampaian.....Arwah suami jga xsempat nak tatap anak sulungnya.....Allah lebih sygkan arwah lagi....sy harapkan diberi kekuatan tuk harungi kehidupan ini.... sy redha terima ujian ini...al-fatihah tuk arwah suami sy muhammmad hariyth zulkifli..semoga kita dipertemukan disana..in shaa Allah...
ReplyDeleteSama-sama. InsyaAllah pasti dapat berjumpa nanti. Doakan, sedekahkan atas nama dia selalu. Moga terus kuat, Allah akan beri ganjaran yang sangat banyak untuk mereka yang sabar. Terus tau!
DeleteSalam husna..citer sy sama dengan awk..sy pon baru kehilangan suami tercinta..bole sy dapatkan email awk utk berkongsi citer.ckinz
Deleteterima kasih ats prkongsian...sy baru khlgn nenek ksyg due hari yg lps...sy xmmpu nk lpskn die sbb rse diri bnyk membiarkn dirinya kseorangn..memarahi die...meninggi suara pdnye..dirini hanya mampu brdoa utknya...sy sygkn die sgt2...tp die slalu mkn mknn yg die xleh mkn...die brjnji ngn sy akn tggu sy khwn dlu baru die pergi...tp blum smpat shri sy bkrje die prgi tgglkn sy....hatini merintih mngs..ingin mlht drinya didpn mte...ingin mmluknye lgi..
ReplyDeleteYaAllah...saya baru kehilangan suami pada 19.1.2016.akibat kemalangan..sesungguhnya..berat ujian ini..tak tertanggung rase sedih ...anak sy baru 6 bulan....hari2 sy menangis terkenangkan arwah....sy tak bole lupa arwah..arwah suami terlalu baik dan bertanggungjawab.bila baca blog nie..membuat sy bersemangat dan percaya mati itu pasti.
ReplyDeleteRedha itu perlu...rindu itu pasti..moga arwah suami ditempatkan dalam kalangan org beriman..amin..ckinz
Innalillahhiwainnailahiroji'un...
ReplyDeleteAl fatihah buat semua umat Islam yang telah dijemput Illahi...
Semoga kita semua memperoleh kejayaan di dunia ini & di akhirat kelak...
Aamiinnn...
Mohon share...
ameen. Silakan. :)
Deleteya allah..saya baru kehilangan bonda tersayang 22.2.2016..ya allah terasa berhenti jantung ini..bonda adalah semangat saya dan adik2 u teruskan hdp setelah arwah ayah meninggal 3thn lps..cuba redha dgn apa y berlaku walaupun ssh u teruskan hdp ni..ya allah bagilah kami kekuatan u hadapi smua ni..
ReplyDeleteAl fatihah utk awak ats khilangan ibu tersayang. Sy juga baru khilangan bonda pd 24.1.2016 krn demam panas. MASHAALLAH, kekuatan sy hilang,smangat sy ntah kemana,mak yg terlalu rapat nggn kita,pergi tak kembali lg,apethlg secara mengejut,sehari demam panas trus pergi selamanya,sgt pantas berlalu,mmbuatkan diri ini belum bersedia utk hadapi ni sume, smpai skrg sy masih belum kuat,tp sy redha..sy amat merindui mak sy..
DeleteSaat saya merindui arwah anak saya yg baru 'pergi' 12dis2015..terbaca artikal ni... alhamdulillah... terima kasih pada penulis...semoga anda dirahmati oleh Nya... arwah ank sy meninggal ketika usia yg masih muda..8thn..hnya disebabkan demam... rindu mndgr gelak tawa nya... semoga Allah memberika kekuatan pada kami sekeluarga menahan rindu padanya...
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya ingin bertanya. Boleh kah pasangan yang sudah bertunang berjumpa semula di akhirat? Tunang saya meninggal dunia dalam kemalangan.
ReplyDeleteWaalalaikummussalam. Maaf. Saudara boleh rujuk: post ini.
DeleteArwah ayah baru pergi sebulan yg lepas..saya dapat terima sekiranya dia meninggal sbb sakit, tapi sy dpt tau dia terkena buatan org..sepanjang masa saya terfikir kesakitan yg dia tanggung n sy btul2 terkilan x bwa dia berubat betul2..sy msh menyalahkan org yg menganiaya ayah sy n sy jgk menyalahkn diri sy sndiri..ada masa sy redha
ReplyDeleteTeruskan berdoa untuk dia, sedekah atas nama dia. Ada hikmah untuk semuanya, sabar dan moga berjumpa nanti di syurga, insya-Allah.
DeleteKite senasib..hm..
DeleteAssalammualaikum...saya baru sahaja kehilangan suami pd 19/7/2016.Sekarang dalam proses kuat kan hati untuk anak2.4 orang cahaya arwah amanah kan untuk saya,yg paling kecil baru 4 bulan.Pada saat kehilangan nya saya sangat sedih sehingga minta Allah ambik saya sekali tapi Alhamdulillah keluarga banyak memberi nasihat kini saya mula tabah dan redha di atas ketentuan Nya...ikhlas untuk terima segala ujian dari Nya...
ReplyDeleteWaalaikummussalam. Allah. Sayangnya Tuhan pada hamba-Nya. Insya-Allah Dia angkat darjat dan melimpahkan seribu kebaikan dan ganjaran buat akak sekeluarga. Semua ada hikmah dan Dia ciptakan Puan kuat. Terus ya, semangat? Terus.
DeleteAssalamualaikum wmt.saya kehilangan anak kedua akibat kompilkasi diabtis tahun 1999. Belum reda kesedihan itu anak ke tiga meninggal akibat disambar dapur gas di rumah nenek.Amat sukar untuk tabah dan sabar menghadapi dugaan yang maha berat ini. Semoga sudi memberikan nasihat.
ReplyDeleteWaalaikummussalam. Subhanallah. Kuatnya dugaan Tuhan bagi dekat Puan. Besar ganjarannya untuk Puan. Anak-anak puan sedang menanti Puan di syurga. Semua ada hikmahnya, insya-Allah Puan boleh. Tuhan nampak betapa kuat, dia angkat darjat dan limpahkan rahmah untuk Puan di sanan nanti. Untuk di dunia, usahakan sebaiknya dengan kekuatan yang ada, sebesar zarah pun Tuhan menilainya. Tabah ya, Puan? Moga terus dipermudahkan.
DeleteSdih...teringt kn arwah adik...bru 38ari meninggal kn kami skeluarga...Ya Allah, Kau ampuni la dosa2 adik ku...kau tmpt kn lah dia dia kalangan hamba Mu yg soleh...aamin..
ReplyDeleteDik, rindu...
Assalamualaikum...terima kasih atas entri ni. Sy bru kehilangn suami tercinta pd 24 novembr 2016 yg lalu akibat serangan jantung. Allah lebih sygkan dia.sedih hati ini ditinggalkn insan yg begitu baik dan bertggungjawab.semoga roh arwah abg MAHADHIR BIN MOKHTAR ditempatkn dikalangan org-org soleh dan di dalam lindungan rahmat-NYA...amiiin..Al-fatehah
ReplyDeleteAssalamualaikum... saya baru kehilangan suami pada 8 dec 2016 akibat kemalangan jalanraya. Hari ini genaplah 7 hari. Anak lelaki kami baru berusia 7 bulan. Blog ini banyak memberikan saya kesedaran... terima kasih. Saya redha dengan ketentuan ini. Sekarang saya dalam proses untuk kuatkan hati dan juga memulihkan semangat agar dapat membesarkan anak dengan sempurna seperti yang dikehendaki arwahnya. Semoga saya kuat.
ReplyDeleteSaya baru kehilangan suami tercinta 19/1/2017, saya redha atas pemrgiannya tapi saya terlalu rindukannya...saya menangis dalam solat dan bila saya bersendirian...
ReplyDeleteBaru kehilangan isteri tercinta 2.2.17..doakan saya kuat dlm menghadapi ujian ini..
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya Baru kehilangan tunang tercinta. Dia orang yg sangat baik Dan bersih hatinya. Saya perlu meneruskan hidup seperti biasa. Banyak Lagi dugaan yg akan saya hadapi selepas Ini. Doakan saya Terus Berjaya Dan istiqamah dalam nenuju Ke syurga
ReplyDeleteSaya kehilangan ayah kelmarin... 4/3/2017 .... amat berat hati ni nak lepaskan... doakan agar saya ..mak ..and adik2 dapat redha kan pemergiannya..
ReplyDeleteTerima kasih atas nasihat ini... Sy dan isteri baru kehilangan anak berusia 14 hari.. Mmg sakit walaupun sy seorang bapa.. Allah uji sy dgn ujian ini... Berat dan amat tidak bermaya rasanya..
ReplyDeleteYa Allah
ReplyDelete.... kuatkanlah hati semua hamba mu ini Ya Allah..
. Sesungguh nya kami insan yang lemah... tabahkan lah hati kami Ya Allah untuk meneruskan kehidupan ini ... aminn Ya Rabbal alamin...
Ya Allah
ReplyDelete.... kuatkanlah hati semua hamba mu ini Ya Allah..
. Sesungguh nya kami insan yang lemah... tabahkan lah hati kami Ya Allah untuk meneruskan kehidupan ini ... aminn Ya Rabbal alamin...
Terima kasih. Sangat membantu. Saya telah kehilangan orang yang saya sayang dan cintai pada 8 januari 2017. Minta sama sedekahkan al fatihah buat almarhum mohammad shafiq haikal bin jasmi. Semoga allah ampunkan segala dosa dan angkat darjat rohnya setinggi tinggi darjat di sisi Nya. Amin.terima kasih semua
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteInfo yang sgt berguna. Mohon share / copy paste. Semoga Allah membalasnya dgn kebaikan2.
ReplyDeleteT.kasih
ReplyDeleteSgt2 membantu
Sy perlu redha,redha,redha
Sy bru lps kehilangan suami pd 26.8.17
T.kasih Allah krna meminjmkan insan yg sgt baik slama 4 taon
Semoga kami bersatu di syurgamu InsyAllah
T.kasih kate2 smgt ni
ReplyDeleteSy baru kehilangan suami trcinta sye..
Pada 12.8.17
Rindu yg x blh trucap dgn kte2..
Ya allah mkch pnjam kn insan tristimewa buat prneman hidup ku slme 7 thn..
Kmi x dikurniakan chya mate didunia tpi inyallah mgkin disana mennti kmi amin...ya allah tmptlh suami tristimewaku didlm syurgamu ya allah..al-fatihah ..(mohd khairul bin kamal)
Sy kehilangan suami pd 20/9/17.. Allahu...redha redha redha.. Moga tempatnya disisi org beriman.. Al fatihah utk arwah suami..trm kasih utk entry ni...moga sy ttp tabah bersama ank2.
ReplyDeleteAssalamualaikum.semoga kita semua dirahmati Allah.hanya Allah yg maha mengetahui peritnya hati perasaan ini..mohon jasa baik shbt2 sekalian sedekahkan Alfatihah kpd jungungan besar Nabi Muhammad SAW dan disampaikn kpd muslimin dan muslimat yg tlh kembali ke rahmat Allah..Alfatihah utk ayahanda dan bonda sy..
ReplyDeleteAyahanda 4mac2014
Bonda 27sept2017
Terima kasih kerana berkongsi info..
ReplyDeleteArwah suami meninggalkan saya bersama empat orang cahayamata pada 26 Sep 2017.
Setelah 15 tahun berumahtangga, dalam sekelip mata Allah mengambilnya.
Sehingga sekarang saya masih menangis apabila teringatkan Arwah.
Setiap kali berdoa semoga diberi kekuatan untuk meneruskan hidup demi anak2.
Ibu sy baru mninggal 2 hari lepas, 28.10.2017..sebak nya hati ini Allah je yg tahu..sy rela x dikurniakn kekayaan..juga jodoh, asalkn sy dpt jaga ibu dn ayh sy hingga ke nafas sy yg trakhir..ttbe2 ibu prgi tanpa tanda2, stiap hari mndikn ibu, pkaikn bju ibu, siap kn mkn ibu, hari2 ibu mkn asam pedas..tp ibu ttbe2 pergi..ibu org rindu ibu..
ReplyDelete����
Assalamualaikum
ReplyDeleteSaya kehilangan nenda tersyg pd 25 Julai 2017 ( 1 Zulkaedah) kmdian 17 hari kemudian, adik lelaki sy yg msh muda 26thn..yg sgt sy syg pula mengikut arwah nenek. Pergi dgn mgejut...rindunya Ya Allah...kdg2 rs malu pd Allah krn kita sepatutnya myayangiNya dan Rasul melebihi segala..Ya benar..tp rindu. Tp bila ingat Rasullulah pun kehilangan org yg tersyg dlm usia yg kecil, hati ini mulai tenang..kekasih Allah diuji sdgkn kita ni hamba yg byk dosa diuji sepatutnya lbh redha...
Berpautla pd Allah....Dia akan mberi ketenangan di kala kita kesedihan. Dktkanlah diri kita pdNya..byk hikmah yg tersembunyi...percayalah....
Assalammualaikum. ......saya baru kehilangan ibu mertua yg tercinta. .....terasa bagai kan ibu sendiri walaupun bukan dr rahim beliau .......menjaga anak2 saya ketika belaiu sihat.....terkilan x sempat jaga beliau akibat kekangan kerja..... sungguh betul kata org masa terus berjalan.....tidak boleh diputar kembali....hanya dapat sedekah kan alfatihah dan redha walaupun sukar. ....
ReplyDeleteAssalammualaikum..sy baru sahaja kehilangan anak pada 11/12/2017 yg lalu...anak saya meninggal di taska kerana lemas..atas kecuaian pihak taska..arwah ada seorang kembar dan seorang kakak..kakak dan kembarnya masih trauma dan fobia..terima kasih, entri ini banyak membantu saya untuk menerima takdir Allah dengan redha..memang berat ujian Allah apabila orang yang kita sayang pergi secara mengejut..namun perancangan Allah yang terbaik..semoga rakan-rakan lain yg kehilangan insan yang tersayang juga tabah dan kuat melalui hari-hari yg mendatang...doakan saya juga..Amin yra..
ReplyDeleteSaya masih tidak dpt menerima kehilangan itu..kehilangan seorang tunjang keluarga saya..setiap detik saya mengaharapkn dia pulang kepada kami..
ReplyDeleteterima kasih...meredakan rindu ini
ReplyDeleteal fatihah buat arwah abah...8.3.2018....dan arwah ibu bapa keluarga yang lain juga....
ReplyDeleteSalam takziah buat semua. Moga kita sama-sama kuat ya. Jangan putus doa!
ReplyDeleteSaudara anak yang soleh, insya-Allah. Doa anak soleh ini makbul. Jangan putus doa dan sedekah atas nama dia. Dia pasti gembira jika anaknya kuat dan tenang selalu. Moga beliau dirahmati selalu. Ameen.
ReplyDeleteSaya telah kehilangan isteri tercinta pada 22.5.2018 bersamaan dengan 6 Ramadhan.. pada Milana sy rasa terkilan di atas penergiannya.. sebab semasa penergiannya itu sy sedang tidur sehinnga mak mertua sy kejut dan melihat keadaan isteri sy.. penyakit dia dh lama kerana ada masalah paru-paru.. dan akibatkn sukar bernafas.. Sekarang ni Alhamdulillah sy redha atas pemergiannya sbb sy ada anak kecik perlu di jaga.. tapi perasaan rindu tu tetap ada.. sy berdoa moga satu hari sy dpt jumpa dia di sana nnti.. dan moga rohnya bersama org yg beriman dan dicucuri rahmat.. aamiin.. mohon share ya..
ReplyDeleteInalillahi wa inna ilaihi rojiun.
DeleteRindu itu normal. Untuk kita doakan yang telah pergi.
Salam takziah ya. Moga tabah dan keadaan akan menjadi lebih baik. Insya-Allah. Teruskan doa moga jumpa di sana kelak. Tuhan lebih tahu masa dia dan yang terbaik untuk seseorang.
Moga beliau di tempatkan di kalangan mereka yang beriman.
*Boleh kongsi. Penulisan ini pun datang daripada pelbagai sumber. Semua dengan izin Dia Yang Esa. Wallahua'lam.
Satu entry yg sangat membantu emosi sy. Sy telah kehilangan isteri tercinta tanggal 31.5.2018 bersamaan 15 ramadhan pada malam jumaat jam 10.30 malam pada usia 49 tahun. Sungguh sebak dan sgt sedih apabila insan yg sy kenal selama 20 tahun dan hidup bersama selama 14 tahun pergi meninggalkan sy dan 2 anak angkat kami selamanya. Dia lah teman, sahabat, isteri yg sgt bertanggungjawab serta tmpt berkongsi suka duka susah senang. Semoga rohnya dicucuri rahmat, ditempatkan bersama para solehah dan dijanjikan syurga serta terhindar siksa kubur. Sy berharap dan berdoa agar kami disatukan semula di akhirat kelak sebagai pasangan suami isteri semula. Entry ini banyak membantu memotivasi diri sy agar menerima ketentuan serta ketetapan Allah swt. Allah lebih sygkan arwah. Tenanglah dirimu di sana wahai isteriku tercinta. Amin
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteSaya telah kehilangan suami Tercinta Sahifuddin bin Ismail. . Seorg suami Dan insan Yg sangat Baik Dan mulia bg saya. . Takdir dr Allah jatuh sakit Selepas merayakan hari jadi Saya pada 3/6/2018 yang lalu. ..selama 12 hari ditahan dihospital hsi krn pecah salur Darah diotaknya Sehinggakan stroke hingga ke pangkal otaknya. .. ..sygku Sahifuddin bin Ismail Dijemput ilahi 16/06/2018...10.55 malam ..Semoga rohmu sentiasa dirahmati Allah Serra tergolong dlm golongan orang orang Yg Beriman. ..kami akan terus tabah Dan sentiasa mendoakan babah ye..kami Syg babah Dan selalu syg. ....
Terima kasih diatas pengkongsian ini. Kehilangan isteri tercinta pada 14.07.2018 setelah 2 tahun arwah mengharungi kesakitan akibat kanser. Sesungguhnya Allah swt lebih sayangkan dia dari saya... Saya redha setelah sekian lama arwah bertarung kini tiada lagi penderitaannya.
ReplyDelete"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia."
Sy baru kehilangan suami yg sy syg..peritnya hati ini hanya Allah yg tahu..tgh memujuk hati suapya redho..tp entah la. Hanya yg menanggung je tahu
ReplyDeleteAlfatihah untuk arwah dan penulis blog ni semoga Rohnya ditempatkan disamping orang2 yg beriman Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rab. Izinkan saya share kata ni
ReplyDeleteTerima kasih sudi sedekahkan al-fatihah untuk arwah abah saya. Kita doakan baik-baik untuk semua ya. Terima kasih.
DeleteSaya baru kehilangan insane Yang Saya amat sayangku Dan Cintai pada 27/9/18.tinggal berapa bulan lagi Kami nak bernikah Dan Allah lebih menyayangi dia...mungkin tiada Jodoh Kami Di dunia..Jodoh Kami mungkin Di akhirat..setiap Kali Saya berdoa air mata selalu bergelinangan..bila kenangkan hajat arwah hendak memperisterikan Saya Dan membawa Saya memeluk agama islam Saya sebak sgt...sayu sgt...ingat lagi kata2 arwah...Saya akan pimpin awk..tetapi Allah lebih sygkan arwah...Kita doakan agar arwah Mohamad bin Ismail Lim ditempatkan bersama dengan orang2 beriman.
ReplyDeleteAamin...
Saya baru kehilangan suami pd 21/09/18 akibat lemah jantung . Dia berusia 28tahun . Kami baru 5bulan mendirikan rumahtangga dan belum ada anak . Tapi Allah lebih menyayangi suami saya . Suami yg penyabar . hati ini tak kuat menanggung semua ini tp siapalah sy utk menidakkan takdir Allah . Al fatihah untuk suamiku Nik Muhamad Saifudin . Semoga kita bersama lagi disyurga Allah nanti ��
ReplyDelete🐝Saya baru kehilangan anak perempuan ksygan saya seminggu sebelum harijadinya ke 18th pd 19/09/18 akibat kmlngan jlnraya apabila motosikal suami dan arwah ank dirempuh oleh sebuah kereta yg melanggar lampu merah diTrafic Light.Ank mengalami pendarahan otak yg kritikal manakala suami patah kaki dan tangan kanan..Sedih sgt2,setiap hari menangis terkenang ank yg paling manja dgn saya sudah tiada lagi disisi..Al- Fatihah buat ksyngan ibu😭😭😭
ReplyDeleteallahuakbar...saya juga baru kehilangan ABAH teRSAYANG pada 13.11.18, saya masih dalam proses utk meredhai smua yg berlaku...insya allah cuba untuk kuat ..namun mak dan adik saya masih agak bersedih kerana mereka yang selalu bersama ... namun siapa kita untuk melawan takdir ALLAH.. semoga ARWAH ABAH DI GOLONGKAN BERSAMA ORANG2 YANG BERIMAN AMINN... dan semoga ALLAH pulihkan hati dan semangat kami sekeluarga... aminnnn...
ReplyDeleteAL FATIHAH UTK ABAH TUMIRAN BIN SUKAR (18.02.1950 - 13.11-2018) dalam ingatan selamanye...
Saya juga baru kehilangan dan merasai kerinduan yg amat pedih ats kepulangan kerahmatullah suami tercinta 30/11/18 yg lalu. Doakan kami tabah dgn ujian Allah ini. Semoga kami bertemu kembali di syurga abadi nnt.
ReplyDeleteSalam takziah buat semua. Alfatihah.
ReplyDeleteJom pakat2 kita share
ReplyDeletesy juga telah kehilangan suami 4 bulan yg lalu pada 12.1.19. Pemergian yg mengejut hanya sakit perut 2 hari tp Allah ambil kepunyaannya semula. Blog ni sgt bagus utk memberi semangat kepada kita yg kehilangan insan tersayang. Semoga semua arwah2 kesayangan kita tenang dan bahagia di alam sana. Ujian kehilangan ini memang perit hanya yg menanggungnya tahu rasa sakit itu tapi kita perlu redha dan lepaskan dia pergi kerana kita pun akan kembali kepada Nya juga nanti. Mungkin pemergian adalah nasihat dan teguran Allah utk kita supaya menambah bekalan kita utk ke negeri abadi.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian 🌸
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian. saya baru kehilangan abang sulung. ayat2 nii sangat bersemangat untuk saya sampai kan pada mak ayah dan isteri arwah. Semoga arwah ditempatkan dengan para soleh al fatihah (dibaca).
ReplyDeleteDah 3 minggu saya kehilangan suami. Masih teringat kata terakhir Dan wajah nya
ReplyDelete. Walaupun saya sempat jaga Dan mandikan waktu tak sihat. Saya kena teruskan kehidupan ni juga
saya kehilangan orang yang saya sangat sayang 3 bulan lepas, sampai kesaat ini saya masih tidak boleh terima kepergian beliau. Dia meninggal di telapak tangan saya sempat berpesan jangan sedih kalau abg sudah tiada. rupanya itu adalah kali terakhir dia sedar dan ada di dunia. sampai sekarang ini saya belum mampu untuk terima kehilangan dia.
ReplyDeleteArwah anak sedara saya baru 2 tahun umurnya,pergi 27 ramadhan,3 hari nak raya,Allah rindunya saya kat dia,kejadian arwah pergi secara tiba2,Hti ni masih terbayang wajahnya.hati ni terasa terkilan masa arwah pergi kejadiannya bukan di depan mata kami,kami semua leka sangat.
ReplyDeleteUntuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.