Awan cerah mengiringi penulisan yang nipis ini. Untuk sahabat yang seorang ini, moga-moga penulisan bergenre puisi ini dapat disudi hadam dan disenangi . Terima kasih kerana sudi menerima lantas memberi .
TERIMA KASIH :)
---
Kamu, dengan rasa gembira aku meraikan hari minggu ini dengan penuh berlagu - sempena dua dekad ulang tahun kelahiranmu .
Kamu, dengan menginjak usia kukirimkan engkau khabar suka yang aku akan sentiasa ada- untuk temani kamu waktu ria dan lara .
Kamu, dengan hatiku yang masih biru, aku dengan malu-malu tetap mendoakan kamu itu sentiasa dipelihara Tuhan yang satu .
Kamu, dengan rasa syukur terpaling dalam, aku berterima kasih kerana Tuhan hadiahkan aku seorang sahabat yang sudi dekat menemani hatiku disaat terang dan kelam
Kamu, moga-moga kamu bahagia sentiasa, apapun kamu , ku tetap terima seadanya , semoga kita bersahabat selamanya , moga kau berjaya dunia dan akhirat juga- insyaallah .
1 yang menasihati
terima kasih akk :') terima kasih untuk ke seratus llima puluh juta kali <3 <3
ReplyDeleteUntuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.