Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha / Niat Sembahyang Raya Dalam Rumi


Baiklah. Kali ni Anem share sikit tentang solat hari raya pula. Cara solat sunat hari raya aidilfitri, hari raya aidiladha & niat sembahyang raya dalam rumi. Jika salah, harap diperbetulkan ya? Terima kasih. Solat Sunat Hari Raya merupakan antara solat sunat yang dilakukan pada Hari raya AidilFitri atau Hari Raya Adha. Ia mula disyariatkan pada tahun pertama hijrah.
Rujuk sini untuk: Panduan solat raya di rumah dan SOP sambut aidilfitri semasa PKPB (covid-19)

 Sebelum menunaikan solat hari raya kita disunatkan mandi Hari Raya:

NIAT MANDI SUNAT HARI RAYA

Lafaz Niatnya:
نويت الغسل لعيد الفطر سنة لله تعلى
NAWAITUL GHUSLA LI I’DIL FITRI SUNNATALLILAHI TAA’LA
“Sahaja aku mandi sunat hari raya fitri kerana Allah S.W.T. Taa’la”.

*jika raya aidiladha,tukar Fitri kepada adha.



Antara sunat2 hari raya Aidilfitri adalah seperti berikut:
- Mandi Sunat Hari Raya
- Pakai pakaian yang terbaik
- Makan sedikit sebelum keluar ke masjid
- Menunaikan solat sunat Aidilfitri
- Mendengar khutbah raya
- Pergi balik masjid melalui jalan berbeza
- Mengucapkan ucapan hari raya
 -
Sunat hari raya adiladha seperti berikut kecuali: 

Tidak disunatkan makan sebelum pergi solat hari raya Aidil Adha (berbeza dengan solat sunat Aidil Fitri - sunat makan terlebih dahulu)

Sumber: https://twitter.com/fahmirusliMFR/status/1262241632864223232

HUKUM MENGERJAKAN / MENUNAIKAN SOLAT HARI RAYA

Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha hukumnya adalah sunat Muakkad yang mana sangat-sangat dianjurkan kerana Rasulullah tetap dengan Solat Hari Raya ini selama baginda hidup.

WAKTU SOLAT HARI RAYA

Bagi Solat Aidilfitri diadakan pada 1 Syawal. Manakala Solat Aidil Adha diadakan pada 10 Zulhijjah. Ia dilakukan selepas naiknya matahari dan sebelum tergelincirnya matahari.

NIAT SOLAT HARI RAYA AIDILFITRI

أُصَلِّي سُنَّةَ عِيْدِ الْفِطْرِ  رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Usalli sunnatan i'dil Fitri rak'ataini makmuman lillahi ta'ala.

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat makmum kerana Allah Ta'ala.

--

NIAT SOLAT HARI RAYA AIDILADHA

اصَلِّي سُنَّة عيد الأضحي رَكعَتَينِ للهِ تَعَالَي

Usalli sunnatan Aidil Adha rak'ataini makmuman lillahi ta'ala.

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha dua rakaat makmum kerana Allah Ta'ala.

* Dilakukan sebanyak dua rakaat pada Hari Raya Aidil Fitri, atau Hari Raya AidilAdha dengan cara berjemaah. Jika menjadi imam, makmuman ditukar kepada imaman.




Cara solat sunat hari raya/ panduan sembahyang raya:




Doa iftitah akan dibaca dulu, kemudian dikuti takbir 7 kali (rakaat pertama, rakaat kedua 5) dan kemudian al-fatihah. Diikuti surah pilihan. Kemudian lakukan rukun seterusnya seperti solat biasa.
Rakaat pertama:  Doa ifititah dulu. Selepas itu - Takbir 7 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar [ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر] ) dan  kemudian al-Fatihah dan surah al-Kafirun (atau surah pilihan imam). Kemudian lakukan rukun seterusnya seperti solat biasa. Sehingga selesai salam kedua.

Rakaat kedua: Takbir 5 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar [ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر] ) dan Al-Fatihah serta Al-Ikhlas (atau surah pilihan imam). Kemudian lakukan rukun seterusnya seperti solat biasa.

Doa Iftitah dalam bacaan rumi: 


ALLAHU AKBARU KABIRAW-WALHAMDU LILLAHI KATHIRAW-WASUBHANALLAHI BUKRATAW-WA-ASILA. WAJJAHTU WAJHIA LILLAZI FATARAS SAMA-WATI WAL-ARDHA HANIFAM-MUSLIMAW-WAMA ANA MINAL-MUSYRIKIN. INNA SALATI WANUSUKI WAMAHYAYA WAMAMATI LILLAHI RABBIL-'ALAMIN. LA SYARIKALAHU WABIZA-LIKA UMIRTU WA ANA MINAL MUSLIMIN.

Ertinya :

ALLAH maha besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi ALLAH sebanyak-banyaknya. Dan maha suci ALLAH siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada ALLAH dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan ALLAH. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya kepada ALLAH seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-NYA. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang islam






Selepas dari solat diadakan khutbah.


Dalam khutbah hendaklah berisi dengan peringatan tentang zakat fitrah atau hukum qurban, haji dan hikmah-hikmahnya.

LAFAZ-LAFAZ TAKBIR



Takbir raya dalam rumi 
Allahu Akbar, Allahu Akbar ,Allahu Akbar, La illaha il Allah , Allahu Akbar, Allahu Akbar walilahil Hamd , Allahu Akbaru Kabeera wal-Hamdulilahi katheera wa Subhan allahi bukratan wa aseila . La illaha il Allah sadaqa wa’dah ,wa nasara abda, wa a’azza jundahu wa hazamal-ahzaaba wahdah ,La illaha il Allah ,wa laa na’budu illa iyyah,mukhlessena lahud-deena ,walaw karehal-Kafeeroon.Allahumma salli ala sayyedna Muhammad ,wa ala aalie sayyedna Muhammad, wa ala as-haabie sayyedna Muhammad ,wa ala ansari sayyedna Muhammad , wa ala azwajie sayyedna Muhammad, wa ala dhurreyatie sayyedna Muhammad, wa sallim tasleeman katheera.



TERJEMAHAN PENUH :
 اللّهُ أكبر اللّهُ أكبر
Allahu Akbar, Allahu Akbar 
Allah is Great, Allah is Great
اللّهُ أكبر
Allahu Akbar
Allah is Great
لا إلَهَ الا اللّه
La illaha il Allah 
there is no God, but Allah
اللّهُ أكبر اللّهُ اكبر
Allahu Akbar, Allahu Akbar 
Allah is Great, Allah is Great
و لِلّه الحمدَ
walilahil Hamd 
to Him belongs all Praise
اللّهُ أكبرُ كَبيِرَا
Allahu Akbaru Kabeera 
Allah is the Greatest
وَالحَمدُ لِلّهِ كَثِيرا
wal-Hamdulilahi katheera 
And all Praise is due to Him
وَ سُبحَان اللّهِ
wa Subhan allahi 
And Glory to Allah
بُكرَةً وَأصْيِلا
bukratan wa aseila 
eventide and in the morning
لا إلَهَ الا اللّه
La illaha il Allah 
there is no God, but Allah the Unique
صَدَقَ وَعدَه
sadaqa wa’dah 
He has fulfilled His Promise
وَنَصَرَ عبده
wa nasara abda
and made Victorious His servant
وأعزَ جُنَده
wa a’azza jundahu 
and made Mighty His soldiers
وَهزم الأحْزَابَ وحْدَه
wa hazamal-ahzaaba wahdah 
and defeated the confederates
لا إلَهَ الا اللّه
La illaha il Allah 
there is no God, But Allah
وَلا نَعبُد الا أياه
wa laa na’budu illa iyyah 
He alone we worship
مُخلِصِّينَ لَهُ الدّيِنَ
mukhlessena lahud-deena 
with sincere and exclusive devotion
وَلوْ كَرِهَ الكَافِروُن
walaw karehal-Kafeeroon
even though the idolaters hate it
اللّهمَ صَلِّ على سيْدنَا مُحَمد
Allahumma salli ala sayyedna Muhammad 
O Allah, have Mercy on our Prophet Muhammad
وَعَلى آلِ سيْدنَا مُحَمد
wa ala aalie sayyedna Muhammad
and on the family of our Prophet Muhammad
وَعَلى اصْحَابِ سيْدنَا مُحَمد
wa ala as-haabie sayyedna Muhammad 
and on the companions of our Prophet Muhammad
وَعَلى أنصَارِ سيْدنَا مُحَمد
wa ala ansari sayyedna Muhammad 
and on the helpers of our Prophet Muhammad
وَعَلى أزوَاجِ سيْدنَا مُحَمد
wa ala azwajie sayyedna Muhammad
and on the wives of our Prophet Muhammad
وَعَلى ذُرِّيَةِ سيْدنَا مُحَمد
wa ala dhurreyatie sayyedna Muhammad
and on the progeny of our Prophet Muhammad
وَ سَلّم تَسْلِيماَ كَثّيرا
wa sallim tasleeman katheera
and Bestow upon them much peace.

--

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ .





antara Rujukan : adha, wanzpyra,  ustazloveTAKBIRsini sini

      Yeah raya ni, hati-hati tau untuk semua yang mahu pergi pulang ke kampung, sembahyang raya, berjalan, bermaafan mahupun kunjung-mengunjung. Selamat hari raya semua daripada Anem Arnamee, maaf zahir dan batin, selamat hari raya haji juga jika anda membaca artikel ini pada waktunya. Salam:)

*Boleh rujuk video solat sunat raya.

37 yang menasihati

  1. Anonymous6:13 AM

    doa iftitah dulu baru takbir...

    ReplyDelete
  2. Anonymous10:12 AM

    awak ada pakwe tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous10:20 AM

      banyak

      Delete
    2. Anonymous9:28 PM

      WUISHH.. hampa sangat hot siaa..

      Delete
    3. Anonymous9:40 PM

      set set hotsetakkkk siaaaa

      Delete
  3. Anonymous10:16 AM

    balaslah

    ReplyDelete
  4. Anonymous - lihat di ruangan page penulis atas tu boleh klik :D
    Selamat membaca dan berkongsi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous6:35 AM

      Info yg sgt berguna .salam aidiladha

      Delete
    2. hye....slmt hari raya aidiladha. 👌

      Delete
  5. Terimakasih infonya, selamat hari raya idul fitri :-)

    ReplyDelete
  6. Anonymous11:27 AM

    bacaan niat hari raya tu ..tgok skit kita dah biasa menyebut aidilfitri...yg sebenarnya i'dilfitri

    ReplyDelete
  7. terimah kasih informasi niat shlat hari raya. mudahan barokah

    ReplyDelete
  8. Anonymous6:38 PM

    TQ...

    ReplyDelete
  9. doa iftitah dulu baru takbir 7kali dan kemudian al-fatihah.
    minta perbetulkan dalam blog agar tiada yang keliru dan tersalah mazhab ;)

    boleh rujuk dengan ustaz-ustaz yang lain atau boleh rujuk >>
    http://www.hafizfirdaus.com/ebook/Solat%20sunat/7.htm

    ReplyDelete
  10. terima kasih @surau ar-rahman, Insyaallah :D

    ReplyDelete
  11. Anonymous3:32 AM

    Kenapa masih belum betulkan? Hampir keliru saya tadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah betulkan .Maaf atas khilaf ;D

      Delete
  12. Anonymous7:55 AM

    Assallam. Terima kasih mudah2an bermanfaat. Amin.

    ReplyDelete
  13. Nice, thanks for sharing, Salam raya :)

    ReplyDelete
  14. selamat hariraya dari wak..,ehHHee

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya. Terima kasih.

    Selamat hari raya.

    ReplyDelete
  16. Anonymous1:52 PM

    mohon share

    ReplyDelete
  17. Terimakasi banyak slm hari raya

    ReplyDelete
  18. Selamat Hari Raya aidil Adha 2018!

    ReplyDelete
  19. Terbaekkk dan terima kaseh di atas artikel tersebut..mudah.mudahan di permudahkan segala urusan...aamiin..

    ReplyDelete
  20. Thank you pada impormasi about solat aidiladha....

    ReplyDelete
  21. This is a great post! I really enjoyed reading it and found the information to be very helpful. The way you presented the topic was clear and easy to understand. Keep up the good work!

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top