Maulidur Rasul 1438 Hijrah - 12 Rabiulawal kelahiran Rasulullah SAW


Kelu  . Cuba mencari diri dalam merenungi kalam suci di sisi. Kelahiran anak Abdullah dan Aminah pada hari lalu , sangat terkesan pula pada jiwa - lebih dirasa berbanding terdahulu .

TEMA MAULIDUR RASUL 1436 HIJRAH / 2015 MASIHI
Perpaduan Nadi Transformasi Negara


Sudah dewasa agaknya. Semakin. Sedar dengan kalbu , lihat dengan mahu , apa yang diperjuangkan insan yang sayang sungguh dengan umatnya ini sehingga akhir nafasnya. Cuma sunnah dan kitab ALLAH - AL-Quran ini di amanah - di pegang sehingga hari semua manusia dan alam digulung dan riwayat tertamatkan.

[video detik-detik menjelangnya wafatnya Rasullullah ]

Sempena tahun hijrah 1436 ini, Anem mengambil inisiatif untuk berkongsi sedikit akhlak terpuji Rasullullah s.a.w yang patut dijadikan teladan dan ikutan kita dalam kehidupan .


- Pemaaf dan tidak mengendahkan sikap buruk orang lain.  (Sangat sabar dengan karenah orang lain  )
-Adil, suka melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran .
-Sangat penyabar dalam perjuangan . (Walau diduga beliau tetap bertahan dengan begitu sabar)
-Menolak kejahatan dengan baik . ( Rasulullah amat menjaga hati orang lain dengan menolak setiap perkara buruk dengan baik supaya orang yang berbuat salah itu tidak berkecil hati dengannya )
-Sentiasa mensyukuri nikmat ALLAH s.w.t
-Mampu menahan kemarahan .
-Menunaikan hak sesama muslim.  (hadis hak sesama muslim )
-Melahirkan kasih sayang melalui ucapan salam.
-Menghadiri undangan .
-Suka memberi nasihat dan menjawab kemusykilan.
-Mendoakan orang yang bersin.
-Menziarahi orang sakit, mengurus jenazah , menolong orang teraniya
-Mencintai sesama muslim seperti diri sendiri
-Berbuat baik kepada jiran
-Sentiasa bersedekah pelbagai perkara
-Membantu meringankan beban orang lain
-Menutup aib orang (hadis aib )
Hadis riwayat Ibnu Umar ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat. (Shahih Muslim No.4677)
-Merintis dan menunjuk jalan kebaikan .
-Memberi kepada orang yang meminta atau mendoakannya
-Meninggalkan perkara sia-sia
-Mencari keredaan dan menghormati ibubapa
-Menyambung siraturrahim dengan keluarga
-Sentiasa diam dalam hal-hal yang tiada kaitan dengan dirinya sendiri
-Sentiasa muhasabah diri
-Bersifat malu
-Menjaga kehormatan atau tidak mengumpat orang lain
-jujur dan ikhlas dalam beramal
- bersifat tawaduk
-tidak bersifat riak
-tidak menduduki tempat orang lain tanpa izinnya
-tidak bebrisik antara teman ketika bertiga
-berhemah dalam perbelanjaan dan penggunaan harta
-memikirkan dan mengutamakan orang lain
-tidak memulau sesama muslim
-tidak meniru atau menyerupai cara hidup bukan islam
-tidak berdengki
-mampu menguasai dan menahan perasaan marah
-tabah dan tetap pendirian
-berani
-dermawan dan pemurah
-tidak buruk sangka
-tidak mencaci maki sesama muslim
-tidak berdebat dan berbantahan
-Lemah lembut
-menyayangi anak yatim
- Walaupun beliau terpelihara dari dosa : maksum dan dan mulia di sisi ALLAH, beliau tetap merendah diri dan memohon dijauhi dari akhlak yang buruk.
-bertanggungjawab terhadap pembantu rumah
-menyayangi binatang

Semoga kita sentiasa belajar sesuatu dari baginda Rasulullah s.a.w dan sentiasa berselawat dan mengamalkan sunahnya. Salam maulidur Rasul buat semua. :)

Lirik selawat maulidur rasul





صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya

Pautan / Link untuk dijamah sekali :

+ senarai lagu cinta Rasul / lagu sempena maulidur rasul | biodata / biografi rasulullah s.aw Khutbah terakhir baginda | sirah nabi Muhammad s.a.w | koleksi hadis sahih nabi muhammad s.a.w

12 yang menasihati

  1. Allahumma Solli 'Ala Saiyyidina Muhammad...:)

    ReplyDelete
  2. the best of a mankind :)

    ReplyDelete
  3. Anonymous12:07 AM

    mintak copy

    ReplyDelete
  4. Minta Kebenaran Copy Untuk Kegunaan Sekolah Saya. Terima Kasih Banyak-banyak

    ReplyDelete
  5. syukran..sy share utk peribadi n sekolah,,,

    ReplyDelete
  6. jzkk.nk share.tq http://vitaminsite.blogspot.com/ @ https://www.facebook.com/breastfeedingworld

    ReplyDelete
  7. Anonymous12:19 AM

    amat bmakna terima kasihh

    ReplyDelete
  8. mohon share :)

    ReplyDelete
  9. ijin nyimak aja yaa, semoga artikelnya bermanfaat

    ReplyDelete
  10. Lawa blog... nice entry

    Apa pon nak jemput tuan rumah, tuan tanah, atau sape2 sahaja singgah ke kedai blog saye di http://lelonggadget.blogspot.com. Pelbagai jenis aksesori telefon, handphone, gajet, barangan2 elektronik ada dijual. Mohon ada feedback yg baik2 ye, hehe. Timo kacih, wslm.

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top