Atasi tekanan (stress) dalam islam



Stress atau tekanan berlaku apabila kita sudah penat atau kecewa dengan sesuatu. Putus harap dan hilang semangat kerana harapan tidak tercapai.
[Oh ya, jika boleh rujuk dahulu kepada pakar untuk mengetahui sakit anda, itu langkah terbaik selain perlu juga berkongsi masalah. Jaga diri baik-baik. Terima kasih]
Jika tertekan ; pertama sekali bertenang dan kawal perasan. Tarik nafas atau ubah posisi . Cuba cari orang nak dengar, atau kalau tak jumpa orang , cari tempat nak luah. Elok juga menjauh daripada punca masalah. Berehat , cuti , atau tidur sebentar. Atau cuba urut diri , tangan , lengan , buat regangan.

Okay , di bawah ni perkongsian dari buku Jom Tanya Murabbi Ohsem terbitan deenprints dan sedikit tips dari utusan malaysia , sisipan mega agama.

  • Melihat kepada yang kurang bernasib baik.
Ramai nak hidup atau berganti dengan tempat kita sekarang. Hargailah. Cuba memandang yang lebih kurang daripada kita. Kita pasti akan lebih bersyukur.
  • Menghulurkan bantuan
Hulurkan kepada sesiapa yang memerlukan. Dengan ini anda akan lebih hargai diri dan orang lain. Selain duit dan barang , kita boleh hulur pertolongan segi tenaga dan nasihat atau mendengar.

 [ Sumber gambar ; [ sini ] )
  • Membaca dan hayati maksud ad-dhuha 
Surah ini diturunkan untuk menenangkan Rasullullah. Cuba baca , ia akan beri kesan yang sama juga pada kita.
  • Kembali kepada Allah yang maha mendengar.
Bercerita pada Allah. Walau Dia dah tahu , tapi Dia suka dengar kita mengadu pada Dia. Lambat atau cepat , dia akan tolong , Diakan maha mendengar.
  • Mengingat dan kembali menghayati asmaulhusna 
99 nama Allah semua ada makna tersendiri , jika kita telah kenal kita akan makin yakin dengan ketentuannya
  • Ucapkan hasbunallah wa nikmal wakeel 
Maksudya ; Cukuplah Allah sebagai pelindung , dan Dia sebaik-baik pelindung. Baca selalu untuk kita lebih rasa tenang dan kebergantungan.
  • Membaca doa ini ketika meninggalkan rumah. 
Bismillahi tawakkaltu ‘alallah , wala hawla wala quwwata illa billah . Hayati maksudnya : “ Dengan nama Allah , aku berserah diri kepada-Nya , dan tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan-Nya” . Maka kita akan berkeyakinan untuk melalui hidup.
  • Menjaga hubungan dengan Allah
Kuatkan rohani sentiasa mengingat dia dengan solat dan doa.
  • Menyudahkan hari dengan semangat dan optimis.
Kata Shakespeare , ‘ All’s well that ends well’. Nasihat yang bermakna untuk kita, berwuduk selalu dan selalulah ingat Allah dan Rasulnya. Sangka baik , insyaAllah akan baik-baik saja.
  • Menjauhkan diri daripada bisikan syaitan 
Dengan mengucapkan ; “ A’udzubillahi minasy syaitanir rajim”. Kita selalu terlupa , tapi syaitan tidak. Syaitan akan terus dengan tugasnya menggoda kita. Dan apabila kita jatuh, syaitanlah paling gembira.
  • Konsisten dengan rutin seharian
- Belajar bertenang
- Belajar solat tepat pada waktunya
- Berkawan dengan kawan yang selalu positif dan ingat Tuhan
- Selalulah minta pendapat profesional
- Menguruskan masa dengan baik , dan utamakan yang penting. Catat jika boleh
- Beriadah , bersenam , joging atau berenang
- Sentiasa positif dan yakin mampu diri
- Kawal diri dengan belajar kurang marah
- Jaga pemakanan , seimbang
- Jauhi rokok , alkohol dan dadah. Cuba cuba dan terus cuba, Perlahan namun berterusan.
- Jaga diri , jaga selalu. Hidup sementara untuk dihargai.

Akhir sekali setelah mengetahui punca dan cara , cubalah perlahan-lahan untuk menjalani hidup yang lebih selesa, Kita hidup untuk Tuhan , bukan untuk insan.

Biarlah apapun dugaan , Allah maha mengetahui segala isi hati dan menilai semua usaha kita. Ujian itu menguatkan , teruslah. Jangan mengalah.

Belajar maafkan semua orang dan diri sendiri. Jaga diri. Semoga yang baik-baik untuk semua sekali. InsyaAllah. Terus tenang ya.


Semoga dipermudah :)

5 yang menasihati

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top