Sahabat ini tidak pernah lelah mengulang ayatnya.
“Nanti kita jumpa di syurga.” Itulah ayat yang sangat akrab dengannya setiap kali berbual. Sebagai seorang yang realistik dan masih berharap, pastinya saya mahu perjumpaan atau apa saja usaha dilakukan dulu ketika masih hidup. Masih di dunia. Ah! Mungkin juga saya pesimis.
Lagi pun tempat perjumpaan dia sebut itu; “syurga” seakan terlalu malu untuk saya menyebutnya, Jauh benar amalan saya. Rasa tidak layak. Walaupun rasa ngeri ke neraka terlalu kuat.
Namun tidak dia. Dia terlalu yakin. Yakin dengan janji-Nya itu pasti. Namun yakin akan berjumpa di syurga itu terlalu jelas pada bibir dan wajahnya.
Sebagai seorang sahabat yang baik, bagi saya dia selayaknya dapat juga yang terbaik, insyaAllah. Namun ayat dia tetap dan akan terus jadi motivasi buat saya. Sampai bila-bila. Dengan izin-Nya.
Ukhwahfillah itu: setiap yang buruk tak mengurang sayang dan setiap pujian tak menambah sayang, kerana perhubungan itu kerana Tuhan. Jadi, jom terus berukhwahfillah.
Untuk sahabat semua, maaf untuk semua kekurangan. Dan jika ternampak saya di jatuh di belakang, segera tarik ya ?
“ Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepada Nya . Maka berlumba- lumbalah kamu dalam berbuat kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian ( pada hari kiamat ). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu “ . - Al Baqarah ayat 148
Fastabiqul khairat (berlumba-lumba buat kebaikan) adalah usaha kita ketika masih bernyawa. Jadi marilah terus buat baik. Jom, kita usahakan untuk sama-sama reunion di syurga! Perbaiki hubungan dengan Tuhan dan dengan manusia semuanya. InsyaAllah. Amin.
Nota : Buat sahabat tersebut,
terima kasih kerana buat saya selalu rasa nak perbaiki diri.
Maaf kerana tidak mampu menjadi kawan yang baik.
Namun doa selalu ada. InsyaAllah,
Kita jumpa di sana nanti!
terima kasih kerana buat saya selalu rasa nak perbaiki diri.
Maaf kerana tidak mampu menjadi kawan yang baik.
Namun doa selalu ada. InsyaAllah,
Kita jumpa di sana nanti!
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.