Showing posts with label memberi. Show all posts
Showing posts with label memberi. Show all posts


Semua kita kreatif dengan cara masing-masing. Namun apa pula yang dikatakan menderma secara kreatif? Di sini saya kongsikan (yang saya dapat melalui perkongsian orang lain juga) cara menderma mudah, dengan hanya serendah RM1 melalui bank kita pun, kita masih boleh berkongsi rezeki. Moga apa sahaja kita buat ini diberkati. Insya-Allah.

Maybank

- Log in ke Maybank2u
- Pilih bill payment
- Pilih make one off payment
- Pilih zakat dan charity
- Pilihlah mana-mana badan kebajikan yang kita mahu menderma.
- Dan teruskan langkah untuk mengesahkannya  (macam beli barang tu).
- Sekian. Selesai.

CIMBClicks

- Log in ke CIMBclicks
- Pilih Pay --> Bills
- From pilih akaun kita
- Di ruangan "to": taip kebajikan



- Di situ akan ada banyak pilihan badan kebajikan yang kita mahu menderma
- Dan teruskan langkah untuk mengesahkannya (macam beli barang tu).
- Sekian. Selesai.

*Bank-bank lain pun boleh, ada caranya, boleh cari dan rujuk semula. Terima kasih.

Selamat menderma. Jika kita memberi, insya-Allah kita akan lebih banyak menerima. Bersyukurlah, Tuhan akan tambah lagi rezeki. :)




Semua orang suka dihargai. Namun semua kita berbeza cara dalam menggembirakan orang yang kita sayang. Bagi saya kegembiraan orang yang tersayang adalah satu kebahagian. Berikut adalah pengalaman saya memberi hadiah atau kejutan untuk ahli keluarga dan sahabat saya.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menerima hadiah dan menganjurkan umatnya untuk saling memberi dan menerima hadiah. Beliau bersabda: “Hendaklah kalian saling memberi hadiah, agar kalian saling mencintai.” (HR. al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, Shahih al-Jami 3004, al-Irwa 1601)
Kek, kad dan baju untuk mak, abah dan adik.


Alhamdulillah untuk semua kesempatan. Hobi saya yang memberi kad kepada mak abah sempena hari istimewa. Saya tahu itu tidaklah seberapa dan terlalu jauh nak dibandingkan apa yang mereka telah beri, namun wajah gembira mereka cukup membahagiakan. Adalah pernah beli hadiah untuk mereka dan mereka sangat hargai. Kadangkala letak di meja. Ada yang beri terus. Ada yang saya pos (masa belajar dulu). Dan daripada abah masih ada hingga kini, kami masih membeli kek untuk saling merai. Ada rezeki lebih, kita berilah apa kita mampu beri. Syukurlah untuk apa yang masih di sisi. Moga diberkati.

Cupcakes buat peminat muzik


Antara kejutan awal saya buat dalam hidup. Tahun 2012. Waktu itu belum pesat lagi perkhidmatan begini. Cuma ada kakak ni saya emel (emel tau waktu tu) dan minta buat dan hantar kek cawan (cupcakes) sebanyak jumlah umur sahabat saya. Dan cupcakes itu dihiasi note dan alat muzik kerana si penerima itu yang meminati muzik! Kakak itu pun sangat baik. Moga dimurahkan rezeki Kak Hayati yang sudi hantar waktu itu. Banyak betul karenah saya. Sabar sahaja dia. Yang penting sahabat saya terkejut dan gembira waktu itu. Itu yang seronok!

[Damira Bakery bukan saja buat perkhidmatan buat kek, cupcakes, kuih. Malahan beliau juga ada buat kelas belajar buat kek dan tart]. Boleh rujuk blog kak Hayati ni: http://damirabakery68.blogspot.my/
Chocolate Bouquet untuk orang Penang


Ini adalah sesuatu yang manis juga untuk dikenang. Bantuan melalui kakak empunya badan, Iera Rahim dan kerjasama Mazni (pemilik perniagaan tersebuat) & Syazana yang sangat sporting memenuhi kehendak saya, berjaya membuatkan si penerima, Cik Bintang terharu. Terima kasih untuk segala kerjasama. Awalnya memang nak sampaikan terus pada penerima, namun pada hari tersebut dia tiada di rumah. Jadi, melalui kakaknya akhirnya sampai juga ditangannya. Alhamdulillah.

[Jeenis_Bouquet menyediakan perkhidmatan penghantaran (surprise delivery) harga yang berpatutan coklat bouquet dan boleh juga hantar bunga, brownies (kek) untuk penghantaran buat tersayang. Belon juga boleh ikut permintaan kita.  Terutama sekitar Pulau Pinang. Dan saya jamin perkhidmatannya terbaik. Jika ada nak hadiahkan atau surprisekan orang sekitar Pulau Pinang, boleh cari mereka ni!].
Teddy bear online kepada adik-adik


Dua kali saya menghadiahkan teddy bear besar kepada sahabat yang saya panggil adik. Seorang di Sabah, Cik Manis itu dibeli melalui seorang kenalan saya yang tinggal berhampirannya. Terima kasih banyak buat beliau! Dan satu lagi saya membeli teddy bear secara online. Dan orang itu yang deliver (sampaikan) kepada dia melalui pos. Untuk Gadis Kayangan yang masih belajar di sebuah universiti waktu itu. Bagus penghantarannya. Sangat rajin melayan karenah saya. Ini dah lama. Sekarang lagi banyak perkhidmatan sebegini sedang bercambah di bandar-bandar dan di Malaysia amnya.

*Sayangnya Teddiesland tak aktif sekarang ini. Sedangkan bearnya comel-comel dan murah walaupun besar. Saya suka. Moga baik-baiklah untuk mereka.
Melalui orang tengah

Ini saya ingin kreditkan kepada seorang sahabat bernama Su. Bagi saya dia sangat manis kerana sudi menjadi orang tengah untuk sahabat saya seorang lagi, Sha (cheryna). Mereka berdua sahabat yang manis. Banyak saya belajar dengan mereka.

Ada satu ini, saya nak beri melalui pos, tapi tak sampai pada kawan itu. Apapun ini soal rezeki dan sebahagian pengalaman juga. Tak semua jadi dan manis. Apapun, jangan putus asa untuk memberi.

Hari hari lahir & kahwin buat kawan

Setiap kali hari lahir kawan, selain frame gambar, keychain, kadangkala saya suka hadiahkan buku. Atau buat kad. Jika kenduri berbeza sedikit, saya selalu minta bantuan mak saya, Puan Anita. Sebab orang kahwin selain cadar atau hadiah peralatan dapur mungkin ada banyak lagi idea kita dapat daripada mereka yang berpengalaman. Terima kasih mak!

Saya juga pernah menerima.

Alhamdulillah. Saya juga pernah menerima hadiah yang istimewa melalui abah, mak (mereka yang hadiahkan saya bear besar masa belajar dulu, alhamdulillah. Impian juga dapat bear besar ni.) dan teman-teman (terutama roomate saya masa USM, Yunn). Terima kasih buat mereka yang sudi memberi. Anda memang baik hati. Moga Allah berikan yang baik-baik untuk mereka semua ini. Insya-Allah.

Apapun, jom memberi. Kita hidup tak lama mana. Jadi hiduplah untuk memberi dan bahagiakanlah yang tersayang selagi berkesempatan. Ada rezeki, kita kongsi. Insya-Allah hidup akan aman dan gembira buat semuanya! :)




Ini adalah koleksi nota daripada beberapa rancangan agama yang disiarkan di televisyen sepanjang September 2016. Jadi saya kongsikan di sini, jika ada penambahan atau pembetulan, boleh komen. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih.
  • Rahsia nak sihat kena selalu bersedekah.
Klinik hijrah:
  • Dosa besar sengaja niat nak qada solat. Tak boleh sengaja tinggal.
  • Solat ganti dengan ulang solat beza, sebab solat ganti luar waktu. Solat ulang kalau dah jemaah datang lain tercari-cari, solatlah balik sebagai sedekah. Atau dah solat tempat kamu solat lagi jemaah tempat orang. Hormat. Begitu.
  • Solat bagi si mati tak dapat ganti. Tapi doa dan sedekah anak soleh itu kita harap sampailah ke yang dah tak dak tu.
  • "Niat orang mukmin lebih baik daripada amalannya." -- Bukan maksud niat saja dalam amalan dah cukup. Ayat ini untuk orang yang bertaubat tapi tak mampu ganti balik banyak ibadah yang tertinggal. Cuma nak tunjuk Allah Maha Pengampun. Banyaknya dosa kita Dia tak peduli, sebab kita dah bertaubat.
  • Nak beritahulah Allah itu Maha Pengampun. Kemaafan Dia tak macam kita. Jadilah jaga perintah Allah. Allah akan jaga kita. Insya-Allah. Moga terus. 💪
Tafsiran mimpi:
  • Mimpi basah / takut kebanyakan daripada syaitan..
  • Jadilah jemaah terbaik.
Tanyalah Ustaz.

Memberi itu sifat Allah. Berilah. Wa ma yanfa'u. Siapa yang memberi ada ganjarannya.

Labbaikallah.
  • Mintalah dekat Allah. Positif dengan doa pada Allah. Yakin Dia nak bagi. Dia sangat baik, tak kisahlah kita bagaimana Dia akan tetap baik.
  • Syaitan saja yang bisikkan pada kita yang kita ini kotor dan hina. Kita takdak harga. Tapi Tuhan tetap sayang dan tunggu kita datang, doa pada Dia.
  • Jadi, kembalilah, mendekat denganNya.
  • Jangan rasa hina nak minta pada Allah.
  • Hari Arafah, hari yang Tuhan tunggu kita mai dekat dia.
  • Kalau terasa beritahu terus.
  • Siraturrahim ni ikut budaya.
  • Kalau jauh bukan putus hubungan.
Qarin.
  • Rasa nak buat tak elok baca auzubillahi minzalik. Jadi amalan, boleh baru jadi ubat.
  • Qarin tak kacau suami dengan isteri.
  • Mulut mohon pertolongan.
Tanyalah Ustaz (Ustaz Izhar)
  • Ikhlas yang ikhlas
  • Nafsu suka buat kita rasa tidak ikhlas. Kalau kita berjaya lawan, kita power. Kita ikhlas kita dapat ganjaran.
  • Taqwa itu takut buat Allah marah.
  • Orang yang infak apa dia sayang tu syurga tempat dia.
  • Orang dulu buat ibadah kerana Allah. Mana ada tunjuk. Tunjuk akan kurangkan ikhlas.
  • Amalan mudah ke syurga, zikir.
  • Buat kerana Tuhan bukan insan. Bukan sebab nak balasan.
  • Kita hanya hamba.
  • Apa dosa saya?
  • Rasa tak berdosa itu juga satu dosa.
Tanyalah Ustaz (7/9)
  • Jangan riak. Banyakan istighfar. Buat sesuatu itu ikhlas.
Tanyalah Ustaz (Ustaz Elyas)
  • Jadilah manusia bermata lebah bukan bermata lalat.
  • Jiwa. Percakapan. Perbuatan. Orang membaca terkawal.
  • Cerita dari Quran. - Supaya berfikir - Motivasi.
Tips berubah 5 H:
- Hati kena kuat. Istiqamah. Berdoa.
- Hampiri orang positif. Majlis ilmu.
- Hindari majlis mengumpat sedunia.
- Hajat
- Hijrah

Quran:
  • Baca
  • Hafal
  • Faham
  • Amal
  • Sampaikan
Alkuliyyah. (23 september)
  • Kita asyik nak take ja. Jadilah give. Pemberi.
  • Orang mula menyintai dalam persaudaraan yang lebih mulia.
  • Jumpa beri salam dulu. Ganjaran lebih.
  • Nak dikasihi kena mengasihi dulu.
  • 7 golongan salah satu dapat naungan Allah. Tidak ada naungan lain melainkan satu naugan itu. Dua orang yang menyintai, berkumpul dan berpisah kerana Allah.
  • Fillah. Buat kerana nafsu membawa kebinasaan.
  • Aku tak akan melakukan maksiat dengan kau. Jangan simpan. Apa sahaja hajat beritahu.
  • Kekerasan adalah sifat keji. Keji duk nya dalam neraka.
Kesimpulan.
- Berusaha sampai macam jadi adik-beradik.
- Kita jaga dia dengan harap redha Allah. Orang beri lebih dahsyat pahalanya.
- Ganjarannya banyak.
  • Kena koreksi kalau ada benda tak kena. Biar Allah redha.
Tanyalah Ustaz.
  • Ibadah buat sempurna baru mencegah daripada mungkar.
Klinik Dhijrah (27/9)
  • Kuatkan hati kita daripada segi psikologi. Jangan mudah terasa tak semua teguran umum unuk kita.
  • Banyakkan mengkaji surah hujurat. Komunikasi.
- Elak sindir. Mungkin yang kamu sindir orangnya lebih baik.
- Jangan cakap keaiban orang dan cakap lebih baik diri sendiri.
- Jangan beri gelaran. Seburuk gelaran selepas keimanan gelaran yang fasik.

"Bukan salah kita jika orang lain terasa dengan apa kita cakap kalau bukan tuju ke dia. Tapi seeloknya cakaplah yang baik-baik. Kongsi benda baik-baik. Jauhi perli dan menyindir. Mungkin saja yang kita sindir itu lebih baik orangnya daripada kita. Berilah ayat dalam kaedah yang lebih baik. Jangan calarkan ketenangan orang lain." - Ustaz #KlinikDhijrah
  • Cepat saja jawab manusia punya panggilan. :(
  • Tulis sesuatu melibatkan benda baik berbanding benda tak okay.
  • Gelak sikit menangis banyak.
  • Jangan habiskan masa untuk sakitkan hati orang. Nanti mewariskan kebencian. Tak baik calarkan ketenangan orang lain. Nanti hati kita keras.
  • Gurauan harus ada.
Kata-kata kita sama ada boleh membangun atau meruntuh. Tak rugi pun pilih jalan yang baik.
"Edit orang tu tak cakap tapi edit macam orang tu cakap. Benda tu taqqawul (memperkata sesuatu yang bukan datang daripada kami). Sangat tidak bermoral. Walaupun apa tujuan. Berbalik pada hadis kata benar bawa kebajikan ke syurga. Kata penipuan bawa pada kerosakan hati. Masuk neraka. Walaupun niat baik. Cara tidak akan sampai. Kesannya besar." -Ustaz.
  • Hati-hati. Jangan cepat tafsir apa orang kata. Guna ilmu.
  • Jangan sampai kecanggihan teknologi mematikan budi.
  • Sewajarnya lebih canggih, akhlak lebih terpuji.
Tanyalah Ustaz (29/9)
  • Allah jamin beri barakah di dunia bukan saja ganjaran di akhirat. Dan lebih baik.
Al-Hidayah

Kisah Al-Quran yang diangkat kerana:
- Untuk kenal Allah
- Sebagai petunjuk jalan lurus
- Sebagai rujukan jika kita juga diuji

Baik fitnah bagi kita.
- Kenal orang bermuka-muka.
- Kita akan dapat nasihat.
  • Kena berbaik sangka dulu. Terutama tentang kawan kita. Selidik dahulu. Tak penting biar saja.
  • Biar tersalah tak menghukum daripada salah menghukum. Elak saham dosa.
Tanyalah Ustaz

- Bukan hak anak nak marah mak ayah walaupun dia buat dosa. Dosa dia bukan tanggungjawab kita.
- Taat selagi dia tak suruh kita buat mungkar.
- Anak tunjukkan contoh yang baik
- Tolak-ansur

Sekian, moga yang dikongsi ini bermanfaat, insya-Allah. Jika ada kekurangan boleh merujuk pada yang lebih berpengetahuan.

Maaf dan terima kasih.


Jika kita memberi kita akan menerima. Bukan sahaja perkara baik di masa akan datang, tapi kita akan tenang dan berpahala, insyaAllah. Sedekahlah walaupun satu ringgit. Jika kekurangan daripada segi kewangan, ini antara alternatif yang ada.

•    Sedekah dengan hati – Niat dengan ikhlas dalam hati jika ada rezeki mahu membantu orang , jika kaya dengan ilmu atau duit di masa akan datang seperti si polan , anda akan bersedekah demikian juga . – Dengan ini anda akan mendapat pahala juga.

•    Sedekah dengan lisan – Berzikir , seperti tasbih , tahmid, tahlil dan takbir. Ucapan yang baik (alhadis) – memberi salam, mengajak kearah kebaikan , berlemah lembut . Itu juga sedekah.

•    Sedekah dengan perbuatan -  Senyuman . Solat (sedekah untuk diri sendiri ) . Puasa sunat . Solat Dhuha. Buang halangan yang ada di jalanan . Membersihkan masjid. Mendamaikan mereka yang bergaduh . Menunjukkan jalan orang buta . Memberi minuman kepada orang memerlukan. Mmeberi pinjam wang . Mengajarkan ilmu . Menanam pokok. Dan pelbagai lagi.


Cara mudah dapat pahala beterusan :
- Mewakafkan Al-Quran
- Menyumbang sesuatu yang beri manfaat
- Melibatkan diri dalam pembinaan islam
- Membina untuk kegunaan awam
- Tanam pokok
- Berkongsi ilmu


Sekian, itu antaranya jika mahu bersedekah. Sebenarnya sedekah ini jika memberi apa saja perkara baik kepada orang lain juga dikira sedekah. Semoga amalan kita semua diterima, insyaAllah.

Jom bersedekah! :)




Terima kasih adalah perkataan yang sangat diperlukan namun amat sukar diperolehi zaman ini. Nampak macam remeh, sebenarnya dalam Islam, sekecil-kecil kebaikan itu juga dinilai. Begitu juga sebuah ucapan terima kasih.

Antara kelebihan berterima kasih: terima kasih dapat menyuntik semangat. Dapat membuatkan seseorang lebih bersemangat pada hari tersebut dan untuk terus berbuat baik.

- Orang barat menyebutnya state of gratitude. Kita menyebutnya sebagai rasa bersyukur. Banyak kajian mendapati rasa bersyukur dan menghargai ini dapat membuatkan seseorang bahagia. Dapat kurangkan stress dan membuatkan seseorang lebih bertenaga.

- Perasan atau tidak, sekian banyak doa Nabi ajar dimulakan dengan “Alhamdulillah.”. Bahkan sekurang-kurangnya 17 kali sehari kita meluahkan rasa syukur dalam solat.
Aisyah menceritakan: ‘Kebiasaan Nabi apabila datang sesuatu yang mengembirakannya, Baginda akan berkata: ‘Alhamdulillah dengan nikmat-Nya sempurna segala kebaikan.” Apabila datang sesuatu yang tidak disukainya, Baginda akan berkata; ‘ Alhamdulillah atas setiap keadaan.” - [ Riwayat al-Hakim ]
- Kajian juga mendapati orang yang memperolehi terima kasih daripada orang lain akan cenderung berterima kasih kepada orang, serta membuatkan orang lain berterima kasih pada yang lain juga.
Rasa berterima kasih mesti diluahkan,. “ Orang yang paling bersyukur dengan Allah ialah orang yang paling berterima kasih dengan manusia.” - [ Riwayat Ahmad ]
- Jazakallahu khairan.
Rasulullah berpesan: “ Sesiapa yang mendatangkan kebaikan untuk kamu, maka balaslah dia dengan semisal. Jika kamu tiada apa-apa untuk dibalas, maka berdoalah untuknya.” - [ Riwayat al-Tabarani ]
Pesan Nabi lagi:
‘ Sesiapa yang dibuat sesuatu kebaikan kepadanya lalu dia mengucapkan: Jazakallahu khairan. Maka dia telah cukup membalasnya - [ Riwayat al-Tirmizi ]
Maksudnya : “Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan.”

Saidina Umar pernah berkata: ‘Kalaulah kamu tahu ganjaran yang dia dapat daripada ucapan kepada saudaranya, ‘jazakallahu khaira’ , pasti kamu akan saling kerap mengucapkan antara satu sama lain.” - [ Riwayat Ibn Abi Syaibah ]

Nampak macam kecilkan terima kasih ni? Sebenarnya ia sangat besar nilainya di sisi Tuhan. Jadi biasakanlah ucap terima kasih. Cuba! Moga kita saling dapat manfaat, insyaAllah. Terima kasih.


[ Antara sumber : Ezy Dakwah, Solusi ]









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top