“Sesuatu itu dipermudahkan untuk merealisasikan tujuan ia diciptakan.” (HR Bukhari)
Gaza, negara yang telah lama memperjuangkan hak mereka. Dan tidak sedikit pengorbanan dan kesukaran yang mereka lalui. Namun mereka tetap terus berjuang dengan segala kekurangan dan masih taat sebagai hamba-Nya.
Ibrah daripada penduduk Gaza
Ini dikongsikan sukarelawan A2G8 Nurul ‘Ain, menerusi majalah jom.
- Al-Quran perlu dihayati dan dihadami. Bukan hanya sekadar membacanya tetapi ia perlu diamalkan.
-Seorang muslim itu akan berusaha cari syahid dan bersungguh-sungguh ke arahnya.
-Medan berkata-kata dan medan beramal tidak sama. Begitu ramai yang bercakap tentang pengorbanan dan perjuangan. Tetapi tidak ramai yang bersedia untuk terkorban dan dikorbankan.
- Motivasi hidup yang patut disemaikan dalam diri kita dalah Allah S.W.T , syurga dan syahid.
-Kita perlu mengubah paradigma kita dalam kehidupan. Tidak boleh terlalu pentingkan diri. Dan kena melalui banyak perkara dengan usahasama.
“Bagaimanakah engkau tetap kuat dan tabah hadapi ujian ini?”tanya dia pada seorang ibu yang mahu kehilangan suami.
"Kerana aku ada Allah S.W.T yang sentiasa mendampingiku. Sungguh , Allah itu bersama orang-orang yang sabar. Dan mereka yang bersabar akan diberi ganjaran syurga. La tahzan , Allah ma’ana . Khair. Insyaallah.Anaknya menyambung ;
Inilah perjuangan kami demi membebaskan Masjidil Aqsa dan Tanah Palestin ini. Allah telah memilih kami untuk melaksanakan amanah ini. Dan ia menuntut segalanya dari kami. Dan kami di sini pasti akan melaksanakan amanah kini. Ini ujian buat kami. Bagaimana mahu sedia meraih syurga, jika tidak mampu korban segala .”
Harapan kami hanya satu. Doakan kami. Doa kalian adalah kekuatan kami. Kami di sini laksanakan amanah kami. Berjuang untuk membebaskan al-Aqsa dan Palestin. Doakan aku juga menjadi syuhada seperi ayahku.
“Aku memilih jalan ini kerana ia fi sabillillah dan ganjarannya syurga. Aku pasti membunuh zionis laknatullah itu”- cucu as-Syahid Syeikh Ahmad Yassin
Allahuma Ameen. Allahuma mustaan.
Nota;
*Musuh Allah akan kalah, cuma lambat atau cepat saja.
*60% daripada tanah untuk Gaza dirampas.
* Jika Allah tolong tiada siapa boleh lawan, cuma Dia beri masa kita memupuk kesabaran lantas beriman.
Penduduk Gaza sungguh sedar bahawa dunia adalah ladang akhirat. Dari sini akan dibawal bekal ke akhirat sana. Oleh kerana itu mereka berlapang dada. Moga nanti, akan dipermudahkan mereka, insyaAllah.
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.