1.5 juta dijangkiti Virus Zika di seluruh dunia. WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) mengisytiharkannya sebagai darurat antarabangsa. Jadi apa yang kita perlu tahu dengan lebih lanjut tentang virus yang agak menakutkan dan semakin membimbangkan ini?
Virus ini adalah penyakit bawaan nyamuk Aedes jenis Aegypti. Nama virus Zika ini diambil sempena nama tempat dimana ianya mula-mula dijumpai dahulu. Penyakit ini ditemui buat pertama kali di Uganda pada tahun 1947 yang dihidapi oleh seekor monyet dalam kandang di Hutan Zika, berhampiran dengan Danau Victoria; iaitu kira-kira 23 kilometer dari ibu kota, Kampala.
Virus Zika boleh dijangkiti melalui nyamuk Aedes - jenis nyamuk Aedes yang sama menyebarkan denggi, chikungunya dan demam kuning.
Virus Zika boleh dijangkiti melalui nyamuk Aedes - jenis nyamuk Aedes yang sama menyebarkan denggi, chikungunya dan demam kuning.
Pada tahun 2007, direkodkan wabak pertama penyakit virus Zika berlaku di Pasifik. Sejak tahun 2013, kes-kes dan wabak penyakit itu telah dilaporkan dari Pasifik Barat, Amerika dan Afrika. Melalui perkembangan persekitaran di mana nyamuk boleh hidup dan terus membiak, dibantu pula oleh urbanisasi dan globalisasi, terdapat potensi tinggi untuk penyakit virus Zika ini terus berlaku di peringkat global.
Nah di sini disertakan gambar dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai gejala, rawatan dan langkah pencegahan virus Zika.
Memetik kata-kata Dr.Syamirulah Rahim:
"Ianya berlaku atas banyak faktor, dari segi sifat penyakit demam Zika itu sendiri yang mild, serta mudahnya ia merebak melalui vektor (nyamuk Aedes). Manusia, adalah host, yang menjadi "orang tengah" menyebarkan virus ini.
Manusia yang dijangkiti Zika, simtomnya hanya mild. Mild bermaksud tidaklah seteruk jika dibandingkan dengan penyakit bawaan Aedes lain iaitu denggi. Demamnya tidak setinggi demam denggi. Sakit-sakit badan, loya juga tidak terlalu ketara. Justeru, manusia yang dijangkiti Zika, masih boleh bergerak, pergi ke kerja seperti biasa. Boleh travel antara benua. Sistem screening yang biasa dilakukan di pintu-pintu masuk antarabangsa, gagal mengesan individu ini kerana kita hanya mengesan individu yang demam panas.
Moreover, tempoh inkubasi Zika iaitu sepuluh hari, bermaksud hanya selepas sepuluh hari digigit nyamuk yang membawa Zika barulah manusia itu mengalami simtom. Dalam tempoh sepuluh hari, seorang manusia tersebut sudah boleh travel ke tempat lain, yang seterusnya digigit aedes di tempat baru dan menyebarkan virus Zika ke host baru pula.
Menarik lagi, selain kita mengetahui bahawa Zika disebarkan melalui nyamuk Aedes, terdapat satu lagi cara transmisi yang tak ramai orang tahu dan tak disebarkan media. Iaitu melalui sexual contact. Ya, terdapat kes di mana seorang lelaki yang dijangkiti Zika ketika berada di luar negara, menjangkitkan Zika kepada isterinya setelah pulang ke negara asal.
Dalam kes Zika ini, vektornya iaitu nyamuk Aedes. Kita sudah sejak dari dulu cuba membanteras Aedes, untuk mengekang penularan denggi, tetapi lihatlah di mana kita berada sekarang?"
*Boleh klik pada setiap gambar dalam penulisan ini untuk lebih jelas.
Nah, video tentang virus zika dalam Bahasa Melayu.
Apa itu virus zika? #zika
Posted by Portal MyHEALTH on Monday, February 1, 2016
Q & A Zika Virus with WHO :
Ramai mengaitkan penyebaran virus ini ada unsur konspirasi; petanda akhir zaman, namun seeloknya adakanlah kajian mengenainya, cari kaedah rawatan dan pencegahan. Itu yang sebaik-baiknya berikutan dengan keadaan yang sedang berlaku sekarang.
Jom kita usahakan baik-baik dengan menjaga diri dan kebersihan sekitar serta teruskan berdoa yang baik-baik; untuk semua orang. Insya-Allah.
Sebarang maklumat tambahan atau teguran amat dialu-alukan. Terima kasih.
Sumber ;
Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Instagram / Facebook | Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia. | Kenyataan akhbar KKM | The Vocket | Centers for Disease Control and Prevention | Lain-lain | Pru14 | Kosmo
2 yang menasihati
Terima kasih Anem atas info ini. Virus yang semakin menular, semoga dijauhkanlah dari kita semua.
ReplyDeleteSama-sama Faa. Moga dijauhkan kita semua, amin.
DeleteUntuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.