Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

 



๐ŸŒPastikan anda mengambil buah-buahan dalam menu anda setiap hari. Pisang merupakan antara buah yang paling mudah didapati dan mengandungi banyak khasiat. 


๐Ÿ“ŒAntaranya ialah serat di dalam pisang dapat membantu mencegah masalah sembelit dan sekaligus mengekalkan kesihatan usus. Selain berkhasiat, pisang juga boleh memberikan anda tenaga segera.


Jom, kami kongsikan khasiat pisang!


#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani



https://x.com/KKMPutrajaya/status/1834481525817311330?s=19

 ๐’๐„๐‘๐ˆ๐๐† mengantuk pada waktu pagi meskipun tidur yang cukup? Kerap mengalami dengkuran yang luar biasa?



Anda mungkin menghadapi satu masalah yang dipanggil sebagai Obstructive Sleep Apnea (OSA) iaitu pernafasan terhenti disebabkan saluran pernafasan tersumbat.


Dapatkan nasihat dan rawatan awal jika anda mengalami tanda-tanda sleep apnea. 


#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani


https://x.com/KKMPutrajaya/status/1835283740186292513?s=19

Kesibukan sehari-hari sering membuat kita lupa akan pentingnya relaksasi. Luangkan waktu untuk meregangkan otot, agar tubuh dan fikiran kembali segar.



Untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan bantuan sokongan sosial, hubungi Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental - Talian HEAL 15555 (Help with Empathy And Love) yang beroperasi setiap hari termasuk cuti umum bermula 08:00 pagi hingga 12.00 tengah malam.


"KESIHATAN MENTAL UNTUK SEMUA"

"HENTIKAN STIGMA"


Sumber:

https://x.com/KKMPutrajaya/status/1837758178182025422?s=19



Human Metapneumovirus (hMPV) adalah jangkitan saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus dari keluarga Pneumoviridae. 

Jangkitan hMPV bukanlah penyakit baharu dan tidak diwajibkan untuk dinotifikasi di bawah Akta 342. 

Gejala penyakit ini seperti batuk, sakit tekak, demam, selesema, dan sakit kepala adalah sama dengan gejala penyakit jangkitan saluran pernafasan yang lain. 

Untuk mencegah jangkitan, amalkan langkah-langkah seperti kerap mencuci tangan, menutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin, serta memakai pelitup muka, terutama di tempat sesak atau jika bergejala. 

Dengan meningkatkan kesedaran dan mengamalkan langkah pencegahan, kita dapat bersama-sama mencegah penyebaran jangkitan penyakit saluran pernafasan, termasuk hMPV. 

Sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan untuk kesejahteraan semua.



1. HMPV telah berada di Malaysia sejak tahun 2001.

2. Tiada 'spike' atau 'surge' virus hMPV di Malaysia.

3. Virus batuk/selsema (saluran pernafasan) akut utama ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ COVID-19 (100,666 kes), diikuti Influenza A, Influenza B.


Terima kasih! Jaga kesihatan diri!


Sumber:

https://x.com/KKMPutrajaya/

https://x.com/azmifathil/





 



Merancang untuk Hamil? Jangan Lupa Folic Acid!

Kalau anda tengah merancang nak tambah ahli keluarga, jangan lupa “sahabat baik” untuk bakal ibu ni – folic acid. Vitamin kecil tapi penting ni boleh bantu cegah kecacatan pada bayi, terutamanya dalam pembentukan otak dan saraf. Sebab tu penting ambil folic acid awal, sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum hamil.

Cara Dapatkan Folic Acid:

๐Ÿฅฆ Sayur berdaun hijau seperti sawi, bayam, dan kangkung
๐Ÿฅ„ Kekacang seperti kacang dhal, kacang kuda, tauhu, dan tempeh
๐ŸŠ Buah sitrus seperti oren dan limau
๐Ÿฅฃ Bijirin yang diperkaya dengan folic acid

๐Ÿ’Š Boleh didapati melalui suplemen yang mudah didapati di farmasi

https://s.shopee.com.my/2Ay81LwxRo

Mulakan dengan dos yang disyorkan, biasanya 400 mikrogram sehari, dan teruskan sehingga trimester pertama kehamilan.

Langkah kecil ini boleh memberikan impak besar pada masa depan bayi! ๐ŸŒผ




 



Bila tiba hari pertama datang bulan, wanita bukan sahaja berdepan dengan rasa sakit fizikal, tapi juga emosi yang tak menentu.

๐ŸŒธMood Swing Itu Biasa
Perubahan hormon menyebabkan emosi mereka mudah berubah. Kadang-kadang mereka rasa ok, tapi sekejap lagi mungkin mudah tersinggung. Relax saja, jangan ambil hati.

๐ŸŒธSakit Fizikal + Emosi
Kekejangan perut, sakit belakang, letih — semua ini buat emosi lebih sensitif. Jadi, ajak mereka rehat, tawarkan bantal panas, atau sekadar buatkan teh hangat. Kecil tapi bermakna!

๐ŸŒธJangan Buat Lawak ‘PMS’
Elakkan komen yang boleh buat mereka rasa kecil hati. Tunjukkan yang anda memahami, bukan memperlekehkan.

Boleh dapatkan heat pad ini untuk membantu mengurangkan gejala

๐Ÿ“https://s.shopee.com.my/8AEVV79u4f

Memahami bahawa emosi ini adalah sebahagian daripada kitaran semula jadi wanita akan membantu dalam mengekalkan hubungan yang harmoni. Kesabaran, empati, dan sokongan memainkan peranan penting dalam memastikan mereka merasa lebih dihargai dan difahami.


 




Adakah anda selalu rasa berat kepala, tengkuk tegang dan kadang-kadang sakit kepala sikit.  Kebanyakan orang anggap ia biasa saja. Tapi, siapa sangka, semua tu petanda darah tinggi– pembunuh senyap yang jarang tunjukkan gejala yang jelas. 


Ada kalanya kita rasa:


‼️Sakit kepala ringan tapi ingatkan sebab kurang tidur.


‼️Penglihatan kabur tapi rasa macam mata rabun atau mata kering..


‼️Hidung berdarah sekali-sekala, terus fikir cuaca panas.


‼️Rasa letih yang kita anggap sebab kerja banyak dan stress

.

Owh, anda tak perlu ada SEMUA gejala ini baru nak kata ada darah tinggi. Ada yang tidak ada gejala tapi BP sudah tinggi melangit. 


Bila kali terakhir anda cek tekanan darah? Jangan beri alasan tak ada masa atau takut berjumpa doktor. 


Satu rumah perlu ada satu mesin ini untuk pantau tekanan darah seisi keluarga. Jiran pun boleh tumpang sekali


Mesin check tekanan darah tinggi:-

https://s.shopee.com.my/AUdFy3NDu9



Darah tinggi bukanlah sekadar masalah kecil. Ia boleh bawa kepada serangan jantung, strok, atau kegagalan buah pinggang.


Rimas betul bila alahan menyerang. Bersin tak henti-henti, hidung tersumbat, buat apa pun rasa tak best! ๐Ÿ˜ฉ Selalunya alahan ni disebabkan habuk dan debu, jadi kalau korang tak tahan asyik selsema, jom cuba tip-tip yang #akakadmin Sedapedia kongsi ni.๐ŸŒฟ✨











SUP ABC

Kalau anak-anak tak sihat, korang biasa masakkan apa? ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿป‍๐Ÿณ #akakadmin selalunya buat Sup Sayur Campur ni sebab dia ada macam-macam tekstur dalam tu dari sayur-sayur dan ayam. Memang berselera they all makan. Khasiat pun banyak, senang nak bagi diorang cepat sihat. Cuma kena pastikan kandungan garam dikurangkan dengan AJI-NO-MOTO®. Simpan resipi ni, ya~ (Perkongsian asal di Facebook SEDAPEDIA


Bahan-bahan




Cara menyediakan sup sayur campur




Berikut merupakan perkongsian facebook SEDAPEDIA. 5 jenis makanan untuk bantu reda dan kurangkan selesema. 




SERAI


HALIA


SUP AYAM


MADU


BAWANG PUTIH


 

Moga lekas sembuh, semua! Insya-Allah.




 


Luangkan 10 Minit Cari Dan Musnahkan Tempat-Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes. Pelbagai jenis bekas berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Berikut adalah 7 tempat pembiakan nyamuk aedes di dalam rumah yang perlu diatasi untuk mencegah penularan pembiakan nyamuk Aedes. Cegah denggi, Tanggungjawab Bersama. Sumber: @kementeriankesihatanmalaysia

- Awani

 


Siapa yang kat sini, bila time mengandung je mesti rasa lemah, tidak bermaya, nafas tercungap-cungap bila kerja berat, pening, atau berat kepala? Ini mungkin tanda anemia. 

Tapi saya dah cuba supplement dan makan pelbagai makanan tambah darah. Setiap kali jumpa misi saja mesti hemoglobin (hb) rendah. 

Jangan risau. Min bagi tips bagaimana nak naikkan hb. Semoga berjaya.

 


Alarm berbunyi, tapi kepala anda terasa berat. Mata masih mahu terpejam, badan lenguh, dan sakit di leher yang entah dari mana muncul kembali. Anda cuba bangkit, ingatkan mandi atau kopi panas boleh membantu – namun tidak. Rasa sesak nafas mula datang, dada terasa sempit, dan badan seolah-olah memberi isyarat bahawa ada sesuatu yang tak kena. Tapi bila jumpa doktor, katanya anda sihat.

Di pejabat, orang lihat anda sering MC dan mula berbisik – adakah anda “buat-buat” atau “malas”? Tapi hakikatnya, inilah tanda-tanda Somatic Symptom Disorder – satu masalah di mana emosi dan tekanan yang terbuku dalam hati, berubah menjadi gejala fizikal yang tak nampak puncanya.


Adakah anda alami perkara yang sama?

 • Sakit yang tak berkesudahan walaupun doktor kata anda sihat

 • Rasa lesu yang berlanjutan, susah nak fokus kerja

 • Gejala yang datang berulang tanpa sebab yang jelas, lebih dari 6 bulan


Mungkin badan kita yang cuba bercakap tentang perasaan yang tak terungkap. Jangan cepat menilai mereka yang sering rasa “tak sihat”. Kadangkala, kesakitan ini lebih daripada sekadar fizikal – ia adalah jeritan emosi yang memerlukan perhatian.

Sayangi diri, luahkan bila perlu. Kesihatan mental itu tidak ternilai.

 



Tidur sejenak pada waktu tengahari bukan sahaja memberi rehat kepada badan, tetapi juga mendatangkan pelbagai manfaat kesihatan. 

Tidur tengahari selama 10 hingga 30 minit boleh membantu meningkatkan fokus dan produktiviti sepanjang hari. Ia seperti ‘reset button’ untuk minda yang membantu mengurangkan tekanan dan keletihan mental.

Selain itu, tidur tengahari juga mampu memperbaiki mood seseorang. Bila kita rasa segar selepas tidur sekejap, kita lebih cenderung untuk berasa tenang, kurang marah, dan lebih bertenaga. 

Namun, pastikan tidur seketika sahaja. Tidur lebih dari 30 minit mungkin membuatkan kita rasa lebih penat dan tidak bertenaga selepas bangun.


***'**

Qailulah merupakan perkata bahasa arab yang kata dasarnya ialah ู‚َุงู„َ-ูŠَู‚ِูŠู„ُ-ู‚َูŠู„ุง-ู‚َูŠู„ُูˆู„َุฉ. Kata Ibnu manzur qailulah membawa maksud tidur pada pertengahan siang. (Rujuk Lisan al-Arab, 11/572).

Imam Al-San’ani menyatakan bahawa maksud qailulah ialah berehat pada pertengahan siang walaupun tidak tidur. (Rujuk Subul al-Salam Syarh Bulugh al-Maram, 2/396)

Rujukan: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2998-al-kafi-1032-qailulah-dan-waktunya-2







 


Posisi tidur mengiring terutama sekali mengiring ke kiri ada banyak manfaat kepada kesihatan 


 1. Tidur mengiring ke kiri membantu penghadaman dengan lebih baik.Ia memudahkan aliran makanan dan asid perut, membantu mengelakkan masalah seperti refluks asid dan pedih ulu hati.

 2. Tidur mengiring ke kiri membantu melancarkan aliran darah ke jantung. Ia mengurangkan tekanan pada vena cava inferior, saluran darah besar yang membawa darah ke jantung

 3. Bagi wanita hamil, posisi mengiring ke kiri disarankan kerana ia memudahkan aliran darah ke plasenta, sekali gus membantu memberi lebih oksigen dan nutrisi kepada bayi.

 4. Bagi individu yang mengalami masalah tidur berdengkur, posisi mengiring membantu menjaga saluran udara agar terbuka

Tidur mengiring, terutamanya ke kiri, bukan sahaja memberi keselesaan tetapi juga manfaat kesihatan jangka panjang. 

Namun, setiap individu berbeza, jadi penting untuk mencari posisi tidur yang paling sesuai dan selesa bagi diri sendiri.



 



Teh Tarik: Disangka Susu, Rupanya Gula

Kita minum teh tarik dengan harapan rasanya yang lemak dan sedap berasal dari susu, tapi tahukah anda Sebahagian besar yang anda minum sebenarnya adalah GULA. 

Susu pekat manis yang digunakan dalam teh tarik bukanlah susu tulen yang baik untuk kesihatan, sebaliknya lebih daripada 40% kandungannya adalah gula dan minyak sawit. 

Setiap kali kita minum secawan teh tarik, kita mungkin tidak sedar sedang memasukkan beberapa sudu gula ke dalam tubuh. 

Ia terasa lembut di lidah, tetapi hakikatnya, teh tarik yang kerap kita nikmati ini boleh menjadi punca kita menambah berat badan, merosakkan gigi, dan lebih membimbangkan, menyumbang kepada penyakit diabetes dan serangan jantung.

Tidak salah untuk menikmati teh tarik sekali-sekala, tetapi lebih baik kurangkan kekerapan atau pilih yang kurang manis.

Jangan biarkan minuman yang kita sayangi menjadi musuh kepada kesihatan kita!


#konspirasigula


 



Hanya yang ada masalah gastrik sahaja faham bagaimana sukar kehidupan seharian, jika tersilap makan akan alami gejala sakit perut, pedih hulu hati, kembung dan loya. 

Berikut dikongsikan makanan untuk mengelakkan gastrik dan bagaimana ia boleh membantu. 

Moga bermanfaat!










Sumber: PHM





Jika buah-buahan mengandungi banyak sisa racun perosak, ia boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan. 

Salah satu kesan awal yang mungkin dirasai adalah rasa sakit atau iritasi pada tekak selepas memakannya. 

Ada cara mudah untuk menikmati buah-buahan dengan lebih selamat – gunakan baking soda!

 1. Campurkan Larutan Baking Soda: Ambil 1 sudu besar baking soda dan campurkan dengan semangkuk air (sekitar 1 liter).

 2. Rendam Buah-buahan Selama 10–15 Minit: Rendam buah-buahan seperti anggur, epal, atau sayuran. Baking soda akan bekerja untuk memecahkan sisa racun perosak.

 3. Bilas Bersih: Selepas rendaman, bilas dengan air bersih untuk menghilangkan kesan baking soda. Kini, buah anda lebih bersih dan selamat dimakan!

Baking soda berfungsi dengan memecahkan molekul racun perosak. Ini lebih efektif berbanding air garam, yang hanya membersihkan permukaan tanpa tindak balas kimia.

Nikmati buah-buahan dengan lebih yakin, dan jadikan langkah ini sebahagian daripada rutin anda. Sedikit usaha, hasilnya – kesihatan yang lebih terjamin!


(Sumber Public Health Malaysia) 

 




Sering Sakit Kepala? Kenali 4 Jenis Utama dan Bila Harus ke Doktor. Perkongsian asal adalah oleh Public Health Malaysia. 


Terdapat lebih daripada 150 jenis sakit kepala yang mempunyai karakteristik, punca, dan rawatan yang berbeza. Di bawah ini, kita akan melihat 4 jenis sakit kepala yang paling umum:


Migrain

Migrain dicirikan oleh sakit kepala berdenyut yang biasanya terjadi di satu bahagian kepala. Ia sering diiringi oleh loya, muntah, dan sensitiviti terhadap cahaya dan bunyi. Penghidap migrain mungkin mengalami gangguan penglihatan yang dikenali sebagai aura sebelum serangan sakit kepala bermula.


Sakit Kepala Tegang (Tension Headache)

Sakit kepala tegang adalah yang paling biasa berlaku dan dirasai seperti tekanan atau ketegangan di sekitar kepala. Ia sering disebabkan oleh tekanan atau ketegangan otot di leher dan bahu. Sakit kepala ini biasanya tidak disertai dengan gejala lain seperti loya.


Sakit Kepala Kluster (Cluster Headache)

Sakit kepala kluster adalah jenis sakit kepala yang sangat menyakitkan dan sering digambarkan sebagai rasa terbakar atau menikam di satu bahagian kepala, biasanya sekitar mata. Gejalanya mungkin termasuk mata merah, berair, dan hidung tersumbat pada bahagian yang sakit. Serangan sakit kepala kluster boleh berlaku beberapa kali sehari dalam tempoh berminggu-minggu atau berbulan-bulan.


Sakit Kepala Sinus (Sinus Headache)

Sakit kepala sinus disebabkan oleh keradangan atau jangkitan pada sinus. Gejalanya termasuk sakit di wajah, hidung tersumbat, dan kadangkala demam. Kesakitan ini sering bertambah teruk apabila anda menundukkan kepala atau bangun dari tidur.


Bila Harus Berjumpa Doktor?

Anda perlu mendapatkan rawatan segera jika mengalami gejala berikut:


Sakit kepala yang tiba-tiba dan sangat teruk.

Kanak-kanak yang sering mengadu sakit kepala.

Sakit kepala disertai dengan gangguan penglihatan, kekeliruan, hilang keseimbangan, atau masalah pertuturan.

Sakit kepala dengan rasa kebas atau lemah.

Sakit kepala yang disertai demam, sawan, atau pengsan.

Sakit kepala dengan ketegangan di tengkuk dan ruam.


 



Di mana mana pasti ada orang narsistik ini. Kehadiran dia walaupun sekejap memberi aura negatif yang boleh membuatkan hari ceria berubah mendung. 

Mana tidak, ayat ayat yang keluar sentiasa sahaja meninggi diri dan expect orang lain nak puja dia. 

Langkah terbaik adalah untuk kurangkan kontak, hanya berkomunikasi bila perlu dan elakkan konflik yang tidak perlu


- Sumber Facebook Public Health Malaysia








Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top