Letakkan dunia di tangan, akhirat di hati


Hidup ni penat, mari berehat dengan ingat akhirat. Sayangkan akhirat, tak bermaksud pinggirkan dunia. Ingat akhirat buat kita yakin dunia ni sementara, jadi kita akan hadapi sesuatu dengan sederhana. Dengan keyakinan kita beramal, dengan beramal kita tambah keyakinan.

Dunia adalah alat
Akhirat adalah matlamat

Dunia adalah jalan
Akhirat adalah tujuan

Maksudnya perlu bersederhana. Dan tahu tanggungjawab kita.
Doa Abu Bakar ra: “Jadikanlah kami kaum yang memegang dunia dengan tangan kami, bukan hati kami.

Dan doa sahabat Umar bin Khattab: “Ya Allah, tempatkanlah dunia dalam genggaman tangan kami dan jangan kau tempatkan dia di lubuk hati kami.”

“Zuhud itu adalah menjadikan dunia di tangan, bukan di hati.” (Ali bin Abi Thalib)

Tanda orang cinta dan percayakan akhirat:
  • Orang yang cintakan akhirat, dia tidak materialistik dan individualistik. Kerana dia nampak akhirat terlalu besar.
  • Orang yang cintakan akhirat, dia menganggap pujian dan kejian itu sama. Dipuji tidak teruja, dikeji tidak jatuh.
  • Orang yang ingat akhirat, dia tak pesimis. Dia sentiasa rasa ada harapan. Tak di sini, di sana.
  • Tanda cintakan akhirat, tak mudah buka aib orang. Sebab dia tidak mahu malu di akhirat.
  • Dia percaya dunia ni kecil, namun akhirat ni besar dan lapang.
  • Ingat Allah sebanyak-banyaknya.
Ada orang tak nak kaya, sebab risau diri jadi lupa diri. Cukup sekadarnya. Tapi ada orang nak kaya, sebab dia terlalu mahu memberi. Kita; terpulang nak jadi yang bagaimana. Ikut sesuai kita.
Biarlah yang menggembirakan kita bukan harta melimpah atau pujian yang banyak, tapi kerana kita masih mampu beribadat.
Allah menilai dan menghisab amalan kita sangat detail. Kita beli jarum pun akan ditanya, duit tu dari mana dan jarum tu diguna untuk apa. Moga Tuhan ampunkan dosa kita waktu kita terlalu ralit menulis dan berbuat apa saja yang kita suka.

Untuk semua yang sementara ini mari kita terus muhasabah, belajar menjadi lebih pemaaf dan lebih pemurah.
  • Orang yang mudah memaaf ni sebab dia mahu dan yakin keampunan Tuhan.
  • Orang yang mudah sedekah ni, dia nak pahala berganda di sana.
Moga kita semuakan selalu merindukan akhirat. Ikhlaskan hati. Selagi kita hidup, tidak terlambat untuk terus memperbaiki diri. Insya-Allah. Jom!

Sumber : Gambar | Quote


0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top