Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

(Nota) Tentang Hati, Bahagia, Adab Menegur, Solat & Kebersihan


Ini adalah koleksi nota daripada beberapa rancangan agama yang disiarkan di televisyen sepanjang Julai 2016. Jadi saya kongsikan di sini, jika ada penambahan atau pembetulan, boleh komen. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih.


Sebahagian daripada Ketupat Rendang Kopi O & lain-lain:
  • Hikmah adalah benda yang hilang daripada orang beriman.
  • Nak tengok orang susah diuji. Orang yang Allah sayang pun diuji. Nabi misalnya.
  • Jangan letak diri dalam kezaliman. Anak Adam ada darjat. Jangan letak diri sampai diri kita tak ada nilai.
  • Kenapa orang marah, kena cek balik.
  • Kekuatan tak selamanya menang berdepan kelembutan. Diam tak semestinya lemah.
  • Hati-hati. Jangan sampai syaitan masuk dalam hati kita.
  • Zuhud dan sabar bukan boleh dibuat-buat. Ada beza malas dengan sabar.
  • Orang tanya soalan waktu tu syaitan datang menyucuk kita.
  • Ambil tahu hal yang orang suka.
  • Didik anak lepas 7 tahun.
  • Kita akan cakap benda yang kita selalu ingat. Jadi ingatlah Allah selalu.
  • Moga sabar dalam bersabar. Sabar dengan yakin. Dengan beramal soleh dan syukur.
  • Pahala sabar akan terhapus kalau dia gopoh. Kalau dia cepat mengamuk. Terlampau sedih. 
  • Jangan putus asa.
Ustazah NorHafizah Musa.

- Ambil wuduk untuk orang sakit, elok guna spray berbanding lap guna kain yang menyerap. Sapukan (rata). Suami isteri jika bukan dengan nafsu boleh. Wajib solat melainkan gila, hilang ingatan atau pengsan.
- Wiladah atau kencing tak lawas. Masuk waktu bersihkan. Guna pelapik. Dan berwuduklah. Jika waktu solat keluar tenanglah. Tak apa sebab dah bersihkan.
- Semut mati tak sengaja dalam air dan tak warna bau rasa, antara najis dimaafkan dalam air. (Nanah tak sengaja, percikan kencing sedikit yang tak nampak, muntah baby; darah lalat; dimaafkan) cuma perlu dibersihkan.
- Samak dan sertu 7 kali air salah satu tanah. Tak boleh ganti air sabun tanah.
- Air tak ubah warna bau rasa. Boleh ja guna.

Mandi wajib:
- Bersihkan najis di semua bahagian. Jadi takkan ada isu sentuh alat sulit.
- Sebelum mandi wajib sah ambil wuduk. Ambil wuduk untuk ambil anggota wuduk bukan untuk solat.
- Ratakan air seluruh badan.
- Ustazah belum jumpa nas yang melarang wanita hadas potong kuku dan rambut. Tuntutan islam bersih jadi dibolehkan. Belajar menghormati anggota tubuh kita.
- Anak rambut di bahagian muka maka basuh muka. Jika yakin kawasan muka atau kena okay dah. Memadai.
- Tak yakin tukar pakaian jika rasa kena najis. Sebab tak nak was-was masuk solat.

Tanyalah Ustaz (Ustaz Nizam)
  • Setiap solat mesti qunut (beri perhatian; maksud qunut). Qunut dan doa qunut lain.
  • Check solat. Muhasabah lepas solat kita solat sebab orangkah apa. Ada mencuri dalam solat tak. Bacaannya. Khusyuk.
  • Jaga solat.
  • Dirikan solat.
  • Bacaan. Rukuk. Sujud. Khusyuk Qunut. Niat.
*pegang ni. Jangan suka bergaduh sebab benda kecil.
  • Berlapang dada. Meraikan pandangan dalam perlaksanaan. Cuma tak bolehlah dalam rukun.
  • Khusyuk patut ada dalam solat. Jangan pertikai solat orang ketika solat. Lepas tu tegurlah. Bukan kata di belakang dia.
  • Syaitan pandai kacau kita. Selalu kita terfikir sesuatu waktu dalam solat. Jika ingat tiada kaitan dengan solat tanda tak khusyuk.
Dhijrah - Ustaz Ahmad Husni

Munafikkah kalau dengar ceramah? Ia okay tapi tak dengar kita jadi lalai. Nabi kata ada masa untuk itu dan ini. Jangan risau dengan keadaan itu. Cuma kena jaga iman. Jangan leka dengan maksiat. Awasi iman kita.

Kita tak boleh minta mati apabila diuji. Tetapi kalau kita berada dalam keadaan:
- Bila ada peluang mati shahid.
- Dia terlalu rindu Allah.
- Takut fitnah pada agama.
  • Tak ambil cakna hal orang islam, kita bukan sebahagian. Jangan tak ambil tahu langsung.
  • Kita khuatir jika walaupun tak jadi dekat kita, kesannya tetap ada.
  • Menyakiti jiran duduk dalam neraka. Setakat ke masjid jumpa jiran belum tentu untuk berbaik dengan jiran.
  • Iman belum tentu tentang ke masjid.
  • Sempurna iman mengutamakan kehendak Tuhan dan Nabi dulu. Belanjakan harta. Kita cinta siapa yang Allah dam Nabi cinta dan benci pada siapa yang mereka benci. Redha dan sabar ujian. Sabar dalam taat dan elak maksiat. Semangat buat kebajikan. Segera bertaubat jika buat maksiat. Gembira dengan taat. Rasa bersalah dosa itu tanda iman.
  • Amalkan selalu doa;
 يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ
Ya Muqallib al-Quloob, Thabbit Qalbi Ala Deenik
“Oh Turner of Hearts, keep my heart firm on Your Deen.”
  • Jangan lalai. Sentiasa beramal. Direzekikan syahadah.
Ustaz Zaidi (Hadis 40)
  • Nabi susah payah ulang balik minta kurang solat dari 50 kepada 5. Ada hikmah kenapa 5.
Dhijrah (Ujian hidup).
  • Kita lahir-lahir tak terus berjalan.
  • Berikanku pahala dalam setiap pahala dan ganti dengan lebih baik dalam musibah.
  • Kejayaan yang didapat orang munafik dan kafir lebih rendah berbanding orang mukmin.
Telefon rosak (komunikasi)-Ustaz Elyas

Adab Nabi berbicara
- dengan senyum.
- jelas dan terang. (Isi sampai)
- Nabi suka perumpamaan.
- Nabi kreatif. (Suka soal jawab.)
- Tak membosankan.

Nabi jarangkan nasihat kerana bimbang kami akan bosan.
Jaga pisang sesisir. Jaga jarum sebatang. (JAGA TANGAN DAB LIDAH).

Atasi malu:
- Beri salam
- Sangka baik benda akan berjalan lancar
- sapa. (Tegur, doa.)
Kaedah Nabi bercakap dengan anak-anak:
- Salam
- Memahami jiwa anak-anak (amat memahami minat anak-anak) *orang masjid
- Nabi memahami kepentingan anak-anak
- Nabi beri pesanan pada kanak-kanak

Makan Harta Orang - Ustaz Hisyam
  • Makan pada waktu dan jumlah
  • Bukan lebih. Kalau rasa terambil sedekahkan.
Ceramah Fadzilah kamsah
  • Wajib kenal diri.
  • Tak rugi orang berbincang. Tak menyesal orang istikharah.
  • Kelilingi diri dengan benda yang seronok.
  • Maafkan, doakan pada orang yang melukakan.
  • Sayang menarik sayang. Benci menarik benci.
  • Kalau belum lupa maksudnya belum pulih.
  • Nak bagus pelajaran doakan cikgu dengan sengaja.
  • Belajar fokus tak boleh dengar muzik.
  • Konsisten dan istiqamah.
  • "What kill you make you stronger"- Spiderman.
  • Doa
  • Maafkan
  • Bantu
  • Bela dia
  • Orang luar biasa kenal diri boleh buat perkara luar biasa.
  • Jangan rasa diri baik.
  • Tuhan lebih sayang orang yang rasa dia lemah dan berharap pada-Nya.
Ustaz Ilyas Bahagia.
  • Orang memberi akan bahagia.
  • Yang memberi bunga tangannya berbau wangi dahulu.
  • Orang beriman, amanah akan buat bahagia (aman).
  • Nak bahagia ingat Allah dan lihat orang lebih kurang daripada kita.
  • Doa "rabbana atina fiddunya hassanah.." dengan 10 ayat alkahfi, antara doa kegemaran Nabi.
  • Apa yang ada jarang disyukuri. Apa yang tiada sibuk dirisaukan.
  • Pura-pura menangkan hati orang.
  • Bahagia di hati.
  • Kaya hati cukup walau sedikit. Orang miskin jiwa tak puas walau banyak.
  • Hati sihat dia tak mudah melatah jerit.
Ustaz askar (Istiqamah).
  • Nak istiqamah kena ada ilmu.
  • Ilmu bukan untuk bakhil. Rugi.
Ustaz -- Mistik

  • Jangan mandi telanjang (jin asyik skodeng)
  • Kita rukyah dengan ayat Quran untuk dinding rumah. Surah al-fatihah.
Ustaz Rozie dalam Alkuliyyah. (Tentang jaga tepi kain. Hidup bukan seorang.)
  • Tidak rugi orang yang berpesan dengan kebenaran. Dan dipesan dengan kebenaran.
  • Rela menegur dan ditegur.
  • Orang marah sebab jarang ditegur.
  • "Hang jangan jadi orang yang bodoh tak boleh diajar. Cerdik orang tak boleh menumpang. Rebus tak empuk. Bakar tak hangus. Cekak tak boleh dipegang."- Mak saya kata.
  • Jadilah orang cerdik yang tahu di mana bodohnya.
  • Kena ada sifat tolong menolong.
*zikir Nabi Yunus. (Ustaz cerita pasal ni)
  • Orang puji sebut alhamdulillah.
  • Tanggungjawab kita 24 jam.
  • Allah ambil balik hak Dia. Dia bagi pinjam ja. Dia lama dah bagi pinjam dah.
  • Dia rasa nak berkongsi ja.
Benteng syaitan di akhir hayat daripada berbisik:
- Jaga solat
- Jaga puasa

-- Sambung minggu depannya:
  • Tegur kena kreatif.
  • Kena baik-baik.
  • Kena sabar.
  • Tolong tu banyak. Tolong pesam. Dengan sabar.
  • Kita tegur orang. Esok lusa insya-Allah ada yang nasihat kita.
  • (Orang sombong yang tolak kebenaran dan pandang rendah orang lain)
Ustaz baca Hadis:
  • Hormat yang tua kasih muda.
  • Kasih di bumi dikasihi di langit.
  • Tutup aib Allah tutup aib kita.
  • Hamba yang tolong orang susah, Allah akan tolong dia.
  • Allah akan mudahkan jalan ke syurga bagi orang yang berusaha menuntut ilmu.
  • Tak berhimpun dalam satu rumah. Kita baca kitabullah. Akan diturunkan ketenteraman dan dikelilingi malaikat.

ISLAM (Tanyalah Ustaz.)
  • Al-Quran tak boleh dijual beli. Tu tak boleh tawar menawar. Kos itu bayar percetakan.
  • Air zam tak percuma bila dia dah terbang. Kos itu.
  • Ikut sunnah bagus. Sunnah dan guna ayat Al-Quran.
  • Yang jadi masalah nawaitu jika ambil kesempatan atas kesempitan.
  • Nabi tak buat sebab kepentingan diri. Orang buat dia tak apa. Asalkan bukan agamanya atau maruah orang lain.
  • Ayat Al-Quran jadi vitamin kita.
  • Amalkan doa.
  • Rawatan islam bukan macam magik. Tapi dia ikut sistemnya.
  • Ikut sunnah Nabi baca kurma & 7 kali fatihah.
*elok untuk kencing manis.

Haji & Umrah (klinik dhijrah)
  • Boleh buat haji untuk ayah (orang perempuan). Dah meninggal pun perlu haji. Upah.
  • Ikut syarat wajib haji.
  • Orang yang okay tak okay ingatannya, tak diwajibkan haji umrah.
  • Jangan susahkan orang. Jangan susahkan diri.
7 golongan yang lain wuduknya dengan orang normal. Satu fardu beberapa sunat. Kalau haji habis tawaf; 7 pusingan (satu fardu). Boleh beberapa sunat lagi:
  • Kencing tak boleh tahan
  • Istihazah
  • Keputihan
  • Angin
  • Angin ikut depan
  • Masalah buasir
  • Masalah kencing
*lepas tu dengar azan, fardu kedua datang tak boleh guna wuduk tu tadi.

Hadis. Tv9.
  • Siapa lepaskan kesusahan seorang muslim, akan dimudahkan urusannya juga di dunia dan juga di akhirat.
  • Kita bantu orang hari ini. Akan ada orang lain bantu kita nanti.
  • Tapi pertolongan dalam bab maksiat tak boleh.
  • Jika tak boleh tolong atau selesaikan, bukakan jalan.
  • Wasiat disebut wasiat. Hajat boleh jadi wasiat. Tapi tak semestinya.
    Dhijrah
    • Aib orang perlu ditutup. Hukuman dijatuhkan hakim ja boleh cakap. Iktibar. Tu lain.
      Halaqah. - Imam Mahdi akan datang; pada waktu tu kucar kacir.
        NLKO. Ustaz zaharuddin.
        • Solat qasar dipendekkan. 4 ke 2.
        • Solat jamak pula zohor asar, maghrib dan isyak.
        • Jamak taqdim waktu pertama. Jamak takhir waktu akhir.
        • Qada lain.
        • Jika dah sampai rumah boleh luput jamak tu.
        • Jika masih dalam musafir boleh qadak jamak.
        • Boleh tukar niat. Jamak takhir ke taqdim.
        • Sunatnya kalau belum masuk waktu jamak takhir. Kalau dah jamak takhir.
        • Kalau jamak takdim mesti yang awal dulu.
        • Kalau jamak takhir kita buat solat yang awal. Dua dua boleh.
        • Qasar masa bermusafir sahaja. Mesti 90 / 96 km. Lepas keluar bandar kita (mukim).
        • Jamak bukan untuk bermusafir dalam mazhab Syafie boleh urusan lain. Sakit. Istihadah atau asyik ke toilet.
        • Boleh jamak ke rumah terbuka. Tapi lebih afdhal pada waktunya.
        • Kalau takdak sebab kuat tak perlu jamakkan.
        • Jamak kena penuh.
        • Niat maksudnya lintasan hati. Tapi ada niatnya.
        • Masa mula bermusafir dia juga nak solat jamak tu kena ada niat tu.
        Tanyalah Ustaz..
        • Malaikat kasih kepada mereka yang dikasih Allah. (Orang yang berzikir). 
        • Ikut sunnah Nabi. Banyakkan selawat.
        • Hanya kerana kamu tak jadi macam dia kamu tidak faham. Kamu tidak tahu apa dia rasa.
        • Orang ingat Allah dia tak gelisah.
        • Banyak istighfar.
        • Ahli berzikir bercakap dengan hati. Orang ahli ilmu cakap dengan lidah.
        • Jadilah orang berakhlak.


        Sekian, moga yang dikongsi ini bermanfaat, insya-Allah. 
        Terima kasih.


        5 yang menasihati

        1. Banyak ilmu yang anem kongsikan ni. Kena baca selalu ni. Baru sempat baca separuh. Terima kasih Anem atas perkongsian ni. =)

          ReplyDelete
          Replies
          1. Sama-sama. Semua izin Dia. Dari Dia. Jadi kita kongsi dan manfaatkan saja.

            Delete
        2. Replies
          1. Allah. Tidak. Sedang belajar lagi ilmu begini. Jauh lagi.

            Delete
        3. Maaf tau jika ada kekurangan. Itulah kena ada rujukan selanjutnya.

          ReplyDelete

        Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








        Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



        click to te top