Pak Samad, Buntat, Nadia & drama 7 Hari Mencintaiku


Sesuatu yang menarik dan ditunjukkan melalui drama 7 Hari Mencintaiku ini, adalah semua orang boleh jadi hero dan mampu berubah. Dan di sekeliling kita, walaupun ada yang boleh membantu, namun ada juga mampu menjatuhkan. Drama ini merupakan adaptasi Novel tulisan Siti Rosmizah yang merupakan seorang peguam yang menulis. Antara buku beliau yang turut mendapat sambutan hangat adalah Andai Itu takdirnya, Lafazkan Kalimah Cintamu, Cinta Kau dan Aku dan beberapa lagi.

PAK SAMAD 


Watak yang disebut-sebut selain Khuzairi (hero oleh Shukri Yahya) dan Mia (Siti Saleha sebagai heroin), adalah watak Pak Mertua idaman iaitu Pak Samad yang dilakonkan dengan berkesan sekali oleh Aman Graseka. Watak Pak Samad adalah seorang yang menyayangi anak menantu seperti anak sendiri dan tidak kisah untuk menegur anak kandung jika mereka buat salah. Seorang yang tegas, pembawaannya sangat ikhlas.

Siapa Pak Samad (Aman Graseka)?
Merujuk biodata Aman Graseka di laman wikipedia, beliau dilahirkan pada tahun 1968, pernah memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik pada tahun 1999 menerusi filem Amy Anuar. Terkenal ketika zaman mudanya terutama menerusi filem Cinta Kita, lakonannya bersama Sofea Jane. Pernah berkahwin dengan Mas Idayu dan dikurniakan seorang cahaya mata. Juga vokalis kepada kumpulan heavy metal - Chosen (menggunakan nama Amgreng). Dan dia baru saja mempunyai akaun instagramnya sendiri (Instagram Aman Graseka).

Siapa Buntat?
Yang melakonkan watak Buntat adalah pemilik nama penuh Muhammad Ariff Abdullah. Menurut ibunya, Ariff mengalami disleksia (masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal).

Biodata JIBAM / BUNTAT / ARIFF
Nama Penuh : Muhammad Ariff Abdullah
Umur : 12 Tahun
Drama : 7 Hari Mencintaiku (Buntat @ Ahmad Shahrul)
Filem : Jibam (teaser) (2017)
Asal : Jitra Kedah
*Anak tokey roti canai Pak Mutalib Jitra

NADIA


Watak Nadia dalam 7 Hari Mencintaiku dipegang oleh Jaja Iliyes (berusia 18 tahun). Pelakon baru yang dicungkil bakatnya menerusi Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL 2016) ini berjaya membawakan watak adik Khuzairi dengan begitu menyerlah sekali. Instagram beliau: https://www.instagram.com/jajailiyes_/

Trivia drama 7 Hari Mencintaiku:

- 7 hari mencintaiku adalah drama bersiri pada jam 6.58 petang setiap isnin hingga khamis di TV3, ada 28 episod keseluruhannya dan mempunyai happy ending.

- Ada juga adegan dalam buku yang tidak dimasukkan (dan juga perlu disesuaikan) untuk tayangan di televisyen. Malahan ada juga babak lakonan yang telah dirakam namun tidak disiarkan atas sebab tertentu. Namun keseluruhannya ia tetap tidak memberi kesan besar malah tetap menjadi sebuah drama yang sangat baik.

- Kebanyakan dialog drama diambil daripada novel asal. Dan lokasi penggambaran drama 7 Hari Mencintaiku banyak dibuat di Kuala Selangor.



- Liza Abdullah (Mak Leha) adalah seorang penyanyi dan pelakon yang popular ketika zaman mudanya. Antara lagu popularnya adalah Samarinda dan filem popular lakonannya adalah Ali Setan.

- Siti Saleha (Mia) pernah memenangi anugerah Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013.

- Shukri Yahya (Khuzairi) sudah berkahwin. Dan juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.


Gambar daripada Instagram @shukriyahaya & anak mereka @aairaameena
- Pak Andak (Idris Md Diah), Mak Andak (Anne Abdullah), Roziah (Rosnah Johari sebagai mak tiri Mia) dan Zila Bakarin (sebagai Datin Hayati, Mak Mia), tidak perlu diragukan lagi lakonan mereka, kerana mereka sangat berpengalaman dan telah berada lama dalam industri.


- Wan Sharmila (Sophie) bukan sahaja selalu muncul dalam drama-drama melayu. Malah pernah membintangi beberapa buah filem dan pernah menjadi pengacara. Twitter: @Wansharmilalala

- Bakat lakonan Bil Azali (instagram @Nabelrazali)  (Zaidi) dicungkil menerusi sebuah program realiti tv iaitu Pilih Kasih. Program yang sama dengan Ku Hariz (Khalil). Ku Hariz merupakan suami kepada pelawak dan pengacara terkenal Jihan Muse.

- Syazwan Zulkifly kebelakangan ini sangat kerap menjadi hero drama. Juga bakatnya mula kita nampak menerusi drama bersiri Juvana.

- Mak Wan (Watak Mak Limah, yang jual karipap) merupakan graduan dan pernah belajar di Australia.



- Faye Kusairi (Syakila) berasal dari Sarawak. Juga banyak membintangi drama lain.
- 7 Hari Mencintaiku menjadi antara 5 drama paling dicari di Google Malaysia pada 2016 dan episod akhir mencatatkan tontonan pecah rekod, sebanyak 12 juta tontonan. Tahniah!
- Hampir kesemua pelakon adalah bersikap sporting dan gila-gila namun dalam set mereka semua sangat menjiwai watak.


Boleh lihat di laman web forum cari untuk mendapatkan senarai penuh pelakon dan komen-komen penonton mengenai drama 7 hari mencintaiku ini. Manakala sinopsis boleh baca di sini atau di facebook 7 Hari Mencintaiku. Untuk menonton episod penuh 7 hari mencintaiku pula, selain di tonton, boleh lihat di blog Kepala Bergetar. Manakala lagu tema (OST) untuk drama ini adalah Lelaki Teragung nyanyian Dayang Nurfaizah. Serta ada juga lagu kumpulan Exist - Mengintai dari tirai kamar.

*Secara rasminya boleh menonton terus di tonton.com.my dan untuk mengetahui perkembangan semua drama akasia tv3, boleh ke instagram akasia tv3.

Apapun tahniah kepada keseluruhan kru penerbitan Pena Creative Pictures dan juga semua pelakon 7 Hari Mencintaiku. Ramai suka bukan saja kerana cerita ini banyak menyentuh realiti, berlatarkan suasana bandar dan kampung, namun ada juga watak daripada kanak-kanak, remaja, dewasa ke orang tua. Juga mempunyai ramai watak baik dan antogonis yang disebut-sebut. Pendek kata cukup rencah!

Kekurangan tetap ada, namun moga dapat diperbaiki dan akan banyak lagi drama berkualiti di televisyen sama ada yang adaptasi mahupun bukan selepas ini! :)



Gambar:


SELEPAS INI: Drama BIAR AKU JADI PENUNGGU (Juga sebuah drama adaptasi novel karya Arsha)- Lakonan Ashraf Muslim dan Janna Nick.

Untuk semua yang menonton, mana baik, kita ambil. Jika rasa tidak, tidak perlulah.
Terima kasih.


1 yang menasihati

  1. Mrs. A pun follow drama ni...
    Menarik cerita dia takdelah stereotype sangat hiks!

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top