(Nota) Tentang Umrah, Doa, Tutup Aib, Masjid & Kematian


Ini adalah koleksi nota daripada beberapa rancangan agama yang disiarkan di televisyen sepanjang November 2016. Jadi saya kongsikan di sini, jika ada penambahan atau pembetulan, boleh komen. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih.

Tanyalah Ustaz - 1 November  (Ahwal Mahsyar).

- Ditanya seorang demi seorang di mahkamah Rabbul Jalil. Mahsyar tempat berhimpun menunggu.
- Saksi anggota badan kita.

- "Maka sesungguhnya akan Kami kabarkan kepada mereka (apa-apa yang telah mereka perbuat), sedang (Kami) mengetahui (keadaan mereka), dan Kami sekali-kali tidak jauh (daripada mereka)." --A-A'raf 7.
"Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:" Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya" (mereka pun masuk)."- Zumar: 73
- Syaafat Nabi elak neraka:
*Jadi umat Nabi Muhammad
*Banyak berselawat
*Sayang Nabi
*Jika dosa dan pahala tak banyak beza. Insya-Allah, boleh.

Ada orang:
- Terus masuk je syurga
- Neraka dulu, lepas tu syurga
- Dapat syaafaat masuk syurga

*Sehari di neraka sama dengan seribu tahun di dunia.

Tanyalah Ustaz - 2 November

- Muslim yang baik, muslim lain terselamat melalui mulut dan tangannya.
- Join jemaah yang baik. Lokasi dan kawan yang baik itu penting.
- Elak buli: Diri sendiri, peranan ibubapa
- Jaga tepi kain dalam islam tanggungjawab. Bukan menyibuk.
- Buat baik sebesar zarah pun dinilai. Buat jahat pun.

Hak sesama islam:
- Sokongan moral (bantu bagi orang masa selain nasihat)
- Sokongan dana
- Jika dia perlu, kita beri. Sakit kita ziarah, orang dapat kebaikan kita ucap tahniah (ucap tahniah dapat mengikis dengki). Jika dia meninggal, hantar jenazahnya. Bukankah mereka juga manusia yang ada hak yang wajar dihormati.
-Nabi selalu melawat walaupun bukan islam.
*Dalam islam digalakkkan melawat jika saudaranya KBSM (Kenduri bersalin sakit meninggal).
- Mahu dikasihi, kasihilah.

Eratkan kasih sayang:
- Salam
- Toam (Beri makan)
- Kalam (Berbual dengan baik)
  • Melawat orang sakit sama seperti mengutip buah di syurga.
  • Nama orang yang melawat sahabatnya yang sakit, riuh nama di langit.
  • Pemuda yang terikat dengan masjid dalam senarai 7 golongan dapat naugan Allah.
  • Dalam islam kita menjaga hak sesama muslim kerana kita hidup bersama.
  • Tidak sempurna sehingga iman sehingga kamu kasih orang seperti mana kamu dikasihi.
Klinik Dhijrah Quran--  2 November

Al-Quran & Tadabbur
- Baca dengan tartil
- Menghadirkan hati (perasaan)
Lembut hati
- Mengambil manfaat (melaksanakan)

Hikmahnya Al-Quran dapat memandu kita. Beri hidayah. Dan beri syafaat pada kita. Mampu jadi hujah untuk kita.

Kesannya sangat positif.

Perlu beramal dengan isi Al-Quran.

Tanyalah Ustaz -- 3 November (Taqwa)

- Kesempurnaan taqwa dia meninggalkan perkara halal kerana dia bimbang benda itu jadi haram.

- Jangan lakukan maksiat. Perlu ditaati dan diingati. Serta disyukuri.

- Tawakal. Hendaklah kamu berbekal. Sebaik-baik bekalan, bekalan taqwa.
"(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepada-Ku wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya)." - Al-Baqarah: 197.
- Islam tak galakkan meminta-minta.

- Buat kebaikan. Jangan pandang remeh.

- Allah sentiasa bersama orang yang bersabar. Orang yang bertaqwa. Dapat kecintaan Allah.

- Siapa bertaqwa ada jalan keluar dan dapat rezeki. (*Rujuk ayat seribu dinar).

Orang yang dekat dengan Allah. Jaga ibadah dia, apabila diduga, dia akan dipermudahkan. Sedih dan ujian tetap akan ada. Tapi dia akan tenang.

Allah akan tolong orang yang bertaqwa. Dapat rahmat dunia dan di akhirat.

Nabi itu bijak.

Klinik DHijrah -- 3 November (Haji dan Umrah).

-Tak bayar hutang tergantung roh.

- Perlu bersedia sebelum arafah dan haji.

- Perlu selalu buat baik.

- Haji dan umrah difardukan. Namun tidak membebankan kamu, maka guna salah satu. Jika tak mampu, pergi umrah dulu.

- Dapat rahmat apabila melihat kaabah. Dan solat depan kaabah.

- Habiskan iddah baru pergi Mekah.

- Boleh guna personal loan untuk menunaikan haji atau umrah. Sebab syaratnya harta itu dimiliki orang yang pergi itu sendiri.

- Jika niat ikhlas dan halal hartanya.

- Benda sunat solat dapat pahala tak buat, tak dapat dosa.

- Jika di sana mintalah apa saja. Allah ampunkan. Tak nak doa, zikir. Senyum depan kaabah.

- Untuk ibubapa.

- Kalau kita tak sempat minta maaf dengan makhluk Tuhan kerana dia dah meninggal, minta ampunlah dekat Tuhan yang menciptakan.

- Syaitan menangis jika kita bernikah. Elak maksiat. Serta haji dan umrah. Dalam masa satu jam, dosa 30 tahun diampunkan (umrah).

-Jangan dengar bisikan syaitan.

Tanyalah Ustazah. (Istidraj - Noorhafizah Musa).

- Hati tak tenang.
- Yang penting hatinya. Yang lapang.

Klinik Dihijrah -- 5 November : Ustaz Izhar

- Kerja kalau terlena tu ganti balik time.
- Kalau datang kerja mudaratkan orang, tak buat kerja pun, jangan datang.
- Buat kerana Allah, Allah akan mudahkan.
- Elak sedayanya tidak bersalam dengan bukan mahram. Terutama bukan islam. Dakwah ke dia. Cakap lembut-lembut.

Tanyalah Ustaz -- Haryanto

- Masjid tu elak kunci. Buatlah bilik kebal.
- Cuba ada jual barang. Biar ada orang datang.

Klinik Dhijrah-- Ustaz Lokman  (Haji).
  • Nak badal haji kena buat haji dulu. Boleh buat satu nama dan sekali sekali sahaja. Bukan serentak.
  • Umrah lain, boleh buat sekali.
  • Haji diterima ada banyak. Ada 4 tingkatan martabah haji. (Rujuk: di sini)
  • Jika boleh mabrur. Doa.
  • Haji masuk syurga.
  • Umrah ampun dosa.
  • 45 umur ke bawah haji umrah kena ada mahram. 2 perempuan jika tiada lelaki.
  • Tawaf sama macam solat. Niat. Hadap qiblat (bahu kiri). Takdak najis. Kasut bersih.
Tanyalah Ustaz (Kebersihan)

Rukun mandi wajib. Niat. Ratakan. Takdak air meleleh (hilangkan najis).

Wuduk kena sempurna. Tertib. Make up kena hilangkan sebelum wuduk. Biar ada removal makeup.

Bersih baru boleh solat.

Solat makruh baju bergambar.

Tanyalah Ustaz -- 8 November (Syaitan)

- Syaitan balas dendam dan jadikan kita kawan dalam neraka dia.

- Syaitan bawa ke arah buruk. Dan menyeronokkan.

- Ingat Allah. Jaga nafsu.

- Apapun tak boleh lebih. Kesannya tak baik.

- Makan contohnya. Makan untuk kerja lain. Ikut nafsu jadi lain. Jadi sakit.

- Bersegeralah mengingati Allah.

- Dalam islam boleh berhibur. Seronok. Boleh kaya. Perlu kaya. Dapat bantu orang. Asalkan sederhana. Tidak melalaikan. Ada digariskan oleh syarak.

- Tak lalai tak apa.

- Marah ambil sembahyang. Kalau berdiri kena duduk.

Syaitan cepat masuk:
- Orang yang marah-marah.
- Orang dengki.

Moga kita terselamat dengan godaan syaitan.

Klinik Dhijrah (Didik anak -Ustazah)

Kalau anak kecil nakal, pertama sekali kita bersyukurlah dia cukup sifat dan dia penghibur. Dia anak kita. Kemudian, kita yang perlu muhasabah. Letakkan sabar dan banyakkan mengaji. Selalu solat hajat. Didik anak dengan baik. Dari awal lagi didik ikut neraca islam.

Dia perlukan perhatian. Kita tegur dia fikir dahulu. Baik-baik.

Syarat pukul dalam islam tak sakit. Tapi cukup jadi peringatan.

*Rujuklah kisah Ibnu Mas’ud.

"Kita kuat mana pun kita pukul anak kita, Allah boleh beri kita lebih daripada itu. Mungkin sebenarnya salah kita didik anak tu."

- Banyakkan doa. Doa ibubapa paling mustajab.

- Rotan pengajaran. Tak putus asa. Doa. Solat hajat.

- Dalam agama 10 tahun baru boleh pukul anak bab solat. Itu pun kena ajar dulu.

- Melambat-lambatkan permintaannya boleh jadi denda terbaik untuk anak kecil. Teruskan berdoa.

- Anak remaja (14-21) kena jadi sahabat karib pada ibubapa.

- Kena beritahu sebab apa jadi.

Tanyalah Ustaz : (Pesanan Ulama - Ustaz Elyas)

- Syaitan suka kalau kita rasa tak layak atau tak nak berdakwah / menasihat orang.

- Kisah Imam Nawawi. Zikirnya mengganggu keluarga yang sedang tidur; ada makhluk tegur. Syaitan sebenarnya benda tu. Nasihat yang bahaya. Sebab nak suruh berhenti.

- Siapa pun kita kena bersiap sedia dengan godaan syaitan. Sebab syaitan datang dengan ikut orang dia nak goda.

- "Saya datang dari Andalus bukan kerana gajah." - Sheikh Yahya. Semangatnya hidupnya selalu fokus dan matlamat.

- Mereka berjaya yang beriman. Fokus.

Klinik Dhijrah (Ustaz Ghazali)

- Cakap tipu dan fitnah, tiada kebaikannya pada langsung. La hairon minha. Tiada.

- Walaupun tidak disuruh simpan atau berjanji apa-apa, apa sahaja kita berbual dengan orang tetap amanah untuk kita jaga. Rahsia.

- Elakkan ujub dan riak.

- Kita dah kawan lama cari jalan berbaik. Syaitan suka bergaduh. Tapi kalau dia yang tak nak respon, jadi situ kena ambil pendekatan cut. Mohon Tuhan ampun. Biar sampai masa akan jadi hakim pada keadaan tu.

- Gosip adalah mengumpat. Tipu dosa.

- Gurau boleh tapi berpada-pada.

Klinik Dhijrah -- 12 November (Hutang- Ustaz MIA)
- Jika boleh biarlah berhutang waktu tiada.
- Walaupun orang tolong tapi jika masa akad tu dia sebut hutang tetap hutang.
- Pinjam waktu belajar bayarlah.
- Penjamin selalu diuji. Cuba sedaya termampu. Insya-Allah Allah akan buka jalan.
- Kita perlu bijak mengatur dan merancang kaedah perbelanjaan kita.
- Jumpa waris untuk bayar jika dia tak sempat bayar.

Tanyalah Ustaz (Hutang)
- Elak riba
- Biar sikit asalkan berkat
- Minta kecukupan kepada Allah.
- Biarlah ada hitam putih.
- Utamakan syariat. Ajar orang bayar hutang. Jika tak tergantung antara syurga neraka.
- Menyesal. Tinggalkan. Berazam tak akan ulang. (Taubat)
- Dengan manusia selesaikan.

Tanyalah Ustaz --13 November (Ustaz Elyas.  Tajuk: Baligh tapi tak matang).
- Orang matang dia tak fikir dia sahaja.
- Life is not always about me. But about we.
- Selalunya orang baik dikumpulkan di tempat yang sama. Ashabul kahfi bukan berasal dari tempat sama. Tapi dikumpulkan sama tempat.
- Alam ini ada pengajarannya.
- Jangan mudah terpengaruh.
- Ibu ayah selalu baca Quran. Anak akan mudah ikut.

Klinik Dhijrah (Solat Jemaah).

Ada solat yang tak berjemaah. Lebih baik seorang. Hajat. Rawatib. Tahiyyatul masjid misalnya. Namun jika hajat sama ia jadi diharuskan.

Ustaz di Nasi Lemak Kopi O

Adab surau dan masjid sama. Cuma masjid ada solat jumaat. Kalau guna air atau eletrik eloklah minta kebenaran atau derma. Jaga adab. Tak haram cuma elok guna untuk benda betul. Beribadah.

Orang haid boleh lalu. Tapi tak boleh berdiam dalam tu. Ada pengajian dengar duduk di luar masjid. Dilarang masuk dan berdiam dalam tu. Surau tak apa.

Majlis nikah di masjid. Jangan campur lelaki dan perempuan. Ikhtilat jaga. Pihak masjid kena bagi nasihat.

Harus orang bukan islam masuk masjid. Minta izin.

Elakkan masjid jadi tempat tersergam indah tapi sunyi daripada hidayah (petunjuk).

14 November.

-- Tanyalah Ustaz.

Curi hati kena kenal dulu. Baru tahu apa remaja minat.

-- Klinik Dhijrah.

Kena jadi suami bertanggungjawab. Walaupun kahwin macam manapun.

Tanyalah Ustaz -- 16 November (Muflis di akhirat)

-Amal bawa ke mati.
Hindar muflis di padang mahsyar.
- Ikhlas dalam beribadah kerana Allah. Bukan kerana lain
- Tambah amal soleh. Rajin tak rajin kena buat. Tak banyak buat sikit. Kena buat.
- Hitunglah diri sebelum dihitung Tuhan. Debit kredit dalam amalan.

*Moga masa Allah beri kita buku amalan kita, biar kita buka ada pahala demi pahala.
-Mukmin itu cintakan pahala dan bencikan dosa.
-Perkukuhkan ilmu dan amalan. Serta amalan dengan Allah. Tambahkan rasa cinta pada Allah, agama dan hidup dalam keimanan.

Tanyalah Ustaz - 17 November (Solat jemaah -- Ustaz Lokman).
- Kekurangan makmum lain dilengkapi solat makmum lain dalam solat.
- Akhir zaman ramai kurang kusyuk. Jika imam ditegur, perlu betulkankan. Itu mazhab Syafie.
- Ada majlis ilmu ketika kita baru masuk masjid. Join lebih utama berbanding solat tahiyyatul masjid.
- Makruh sengaja dilewat. Namun berdosa sengaja dimainkan.
- Meninggalkan perkara sunat dengan sengaja kurangkan pahala solat. Contohnya angkat takbir tu sunat. Bacaan takbiratul tu wajib.
- Makruh berpaling muka. Dada berpaling batal.

Klinik Dhijrah -- Ustaz Mohd Izhar Ariff (Tentang Haiwan).

- Jangan pukul haiwan. Anjing pun walaupun kita takut. Kita kena baik dengan haiwan. Bagi makan jika ia kelaparan. Kita hanya perlu jaga supaya tak terkena najis, jangan pandang hina.

Klinik Dhijrah -- 19 November (Makan Harta Anak Yatim).

- Sesiapa pun boleh jaga harta anak yatim asalkan amanah. Namun kerabat atau ahli keluarga lebih utama. Namun jika mereka ada kekangan, baru boleh orang lain, contohnya yang ada pusat jagaan.

- Yang jaga boleh guna berdasarkan yang nak diguna selagi tak membazir. Boleh guna untuk makan minum. Terutama kalau yang jaga itu fakir. Sekadar perlu. Elok laburkan. Untuk menambah baik boleh. Kena lihat ilmu dan pengurusan kita.

- Jika mereka dah pandai uruskan perlu bagi hak mereka balik.

- Anak yatim adalah orang yang kematian ayahnya. Dah baligh tak guna istilah anak yatim. Umur baligh ditentukan lelaki mimpi perempuan haid. Umur lelaki 18. Perempuan 17. (Mazhab Hanafi & Maliki). Mazhab Syafie -- baligh berumur 15 tahun qamariah (ikut bulan islam). Mati keduanya baru dipanggil yatim piatu. Kematian ibu anak piatu.

Tanyalah Ustaz -- 19 November (Doa itu ibadah).

- Ikhlas.
- Allah murka kalau kita jenis tak berdoa atau meminta pada Allah. Tuhan bagi nikmat pun satu ujian.
- Tak putuskan siraturrahim. Banyakkan senyum.
- Jaga sumber makanan. Yang halal.

- Adab berdoa:
*Ikhlas. Bersungguh. Tak main-main.
*Menghadap kiblat.
*Memohon dengan beradab dan bersungguh. Tunjuk kita berhajat.
*Jangan merengek dalam berdoa. Jangan persoalkan Tuhan.
*Berwuduk lagi baik.
*Ulang tiga kali.
*Puji Allah. Selawat pada Nabi.

-- "Jangan buat doa maksiat. Doa maksiat maksudnya doa untuk keburukan orang lain, dalam islam tak dibenarkan. Kena doa untuk mereka jadi baik. Bukan apa, malaikat akan doakan kita balik."

- 3 Perkara dalam berdoa.
*Dimakbulkan. Segera dapat di dunia.
*Mungkin Tuhan simpan untuk di akhirat.
*Tak dapat yang itu. Dia bagi lebih baik. Keburukan dijauhkan daripada kita sebab Tuhan lagi tahu kalau dapat mungkin ada yang tak baik untuk kita.

- Waktu mustajab doa. Antara azan dengan iqamah. Sepertiga malam. Waktu hujan. Ketika sujud. Banyak lagi waktu mustajab. Walaupun ketika uzur. Tak boleh sembahyang pun boleh berdoa.

- Yang penting keikhlasan berdoa. Kusyuk.
- Perlu ada hubungan baik dengan Tuhan.
- Ikhlas. Sesungguhnya mereka ini segera kepada benda baik. Doa yang baik-baik.
- Fokus berdoa. Kusyuk. Jika ikhlas kita akan kusyuk.
- Istikharah bukan untuk nak kahwin saja. Nabi galakkan lepas mesyuarat (berbincang) pun istikharah.
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." - Al-Baqarah 186
- Ada berdoa Tuhan tak terima sebab amalan bercanggah syarak.

Di sebalik doa (Ustaz Elyas, Fedtri, Lufya)

- Ada amalan Tuhan permudahkan.
- Siapa muhasabah dia nak berubah.
- Siapa yang berhijrah Allah akan bagi rezeki yang banyak.

**
Sayang sekadar saja mungkin ia akan jadi kebencian kita. Benci sekadar saja mungkin ia akan jadi kecintaan kita di masa akan datang. Sederhanakan.

(20 November) Klinik Dhijrah dan Tanyalah Ustaz tentang kematian.

- Jangan tunggu tua.
Ingat mati:
-Ziarah kubur
-Baca Quran & Terjemahan
-Berkawan dengan orang alim
  • Takut mati itu maksudnya takut mati dalam keadaan hina.
  • Dosa kita banyak. Allah masih beri peluang kita bertaubat.
  • Jangan bertangguh.
  • Doakan mati dalam keadaan baik.
  • Hidup ini seketika. Yang panjang di akhirat. Kita semua akan mati.
  • Saling melengkapi ibadah semua itu.
  • Jangan mudah hukum orang. Kita tak tahu akan datang. Banyakkan doa.
Tanyalah Ustaz -- 22 November: Tuan Hisham Tuan Padang (Tentang aib).
  • Jangan mudah hukum orang. Jangan berhati lalat.
  • Doakan moga kita dilindung daripada orang macam ni.
  • Sibukkanlah cari aib sendiri.
  • Akhirat ini penenang orang beriman
  • Orang bahagia sibuk dengan aib dia. Bukan nak lemah semangat tapi dia tak sibuk hal orang.
Ustaz di Radio Malaysia Perak
Tanda beriman.
- Sabar
- Syukur
- Redha

-Semua perkara apa yang Allah Taala kehendaki (ikut Dia izin).
-Semua benda ada tanda.
-Usaha tetap kena ada.

"Adab dengan ilmu, tahu amal. Bukan cakap saja."

-Jangan khusyuk dengan hal dunia. Orang mukmin tinggalkan dunia. Bukan berkampung selama-lamanya.
-Hak kepada diri. Makan ubat misalnya.

Klinik Dhijrah -- 24 November. (Kematian)
3 sahaja yang dibawa orang yang meninggal:
-Amal jariah
-Sedekah
-Doa anak solehah

-Persiapan dan doa tetap terus.
-Jangan susahkan keluarga si mati.
-Tak boleh cium anak saudara yang meninggal belah isteri. Yang batal wuduk berkaitan orang hidup saja.
-Tinggalkan kepercayaan khurafat.

Tanyalah Ustaz -- 24 November : Ustaz Harryanto (Masjid)
- Yang penting memberi bukan apa yang masjid dah terima.
- Ada niat nak betulkan masjid. Jadilah ada niat.
- Kita muliakan masjid.
- Bantu imam.

25 November.  (Fikrah: Trend Umrah).
  • Islam itu bersaudara. Tidak terpisah negeri dan negara.
  • Umrah dan haji tentang kita dengan Allah. Bukan tentang kita dengan kaabah.
  • Abu Jahal dulu pun tawaf. Niat kita ini yang penting. Nak beribadah. Nak cuci dosa.
  • Nak buat video; Sudut niat dan akhlak. Kena ada adab.
  • Bantu yang susah bukan jadikan umrah itu trend.
  • Jangan hipokrit. Pergi kerana Allah. Jangan menunjuk ibadah. 2 kali cukuplah..melainkan rindu, mampu atau dah banyak tolong orang.
Klinik Dhijrah -- 28 November (Al-Quran).
- Hanya Al-Quran yang benar.
- Kena banyak baca, rujukan lain pun. Yang banyak sesat 2 3 orang. Yang tak baca tu lagi sesat.
- Boleh baca kitab lain, cuma kena ada ilmu asas.
- Memang takdak yang boleh cabar Al-Quran.
- Buat kerana makhluk itu syirik. Meninggalkan adalah riak. Ulama kata.
- Dunia ni tak ada apa-apa. Allah Maha Berkuasa.
- Doa. Supaya Allah tak membalikkan hati.

Tanyalah Ustaz -- 28 November (Fitnah).
- Akhir zaman banyak fitnah. Maksudnya banyak perkara keliru dan tak jelas.
- Jangan sampai muflis di akhirat.

***
"Menangis itu wajar. Namun menangis terlalu lama, itu akan merugikan hari-hari kita. Jangan prejudis dengan masa depan. Itu semua ketentuan Tuhan. Kita hargailah baik-baik hari ini. Sebab esok belum tentu ada untuk kita." -- Ustazah Dr. Robiah.

Jaga hati. Jaga solat. Dan jaga semuanya baik-baik. Supaya kita dapat pahala dan keredhaan daripada Tuhan. Insya-Allah. Ameen.

***

Sekian, moga yang dikongsi ini bermanfaat, insya-Allah. Jika ada kekurangan boleh merujuk pada yang lebih berpengetahuan.

Maaf dan terima kasih.

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top