Semua kita boleh berubah dan berhijrah. Tapi nak kekal dengan perubahan tersebut (istiqamah atau konsisten) itu yang sukar. Namun dengan usaha dan doa-doa, insya-Allah kita boleh melaluinya. Tiada apa yang mustahil dengan kehendak Allah. Cuma perlu masa sedikit. Di sini saya kongsikan analogi saya sendiri berkaitan istiqamah.
------ Situasinya begini;
Suatu hari kita mahu berpindah ke tempat yang kita rasa lebih baik, kita pun bertukar dari bas lama ke bas baru.
Masuk-masuk saja, orang dalam bas pandang kita semacam; sebab tak pernah nampak. Ada yang tahu kita dari kawasan mana, dia berbisik-bisik sambil melihat-lihat kita. Ada juga yang baik sudi menghulurkan senyum tapi kita pula yang berasa malu hendak menegur. Dan sebahagian yang lain buat hal sendiri sahaja.
Tak kisahlah apa pun. Kita pun duduk; kembali buat kerja kita, sementara tiba di destinasi. Adalah beberapa dugaan, bas kena tukar tayar. Jalan tak rata. Terpaksa brek mengejut. Hujan lebat; perlu perlahankan kenderaan. Kita bertahan saja dengan doa-doa, sebab kita dalam bas dengan sebahagian manusia yang kita percaya.
Tapi sebahagian manusia lain dalam bas itu masih tidak reti diam, tidak jemu untuk terus kacau emosi kita melalui pandangan dan kata-kata.
Sampai satu keadaan, kita jadi terlalu emosi. Jika kita tidak mampu terus bertahan dalam bas tersebut, terpaksalah suruh bas itu berhenti dan turunkan kita di mana-mana; kemudian kenalah jalan kaki ke destinasi. Mungkin perlu ihsan orang yang entah siapa-siapa untuk menumpang atau silap cara, terpaksa patah balik ke belakang sebab tak larat nak terus berjalan. Mungkin ada bas yang tidak tiba pada hari itu, tapi perlu dimulakan semula. Demikianlah sebuah perjalanan.
Tapi kalau kita cuba bertahan sikit lagi; usahakan cara terbaik untuk diri kita, insyaAllah pasti tiba juga ke depan.
Itulah ibaratnya istiqamah ni. Jarak destinasi kita dekat; cuma dugaan tu buat kita rasa jauh dan berat. InsyaAllah akhirnya 'bas' kita itu akan sampai juga. Apa-apa usaha dan sabar dulu ya? Terus!
"Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit."
Pandang atau peluk sahaja Al-Quran pun dah dapat pahala. (Jika berterjemahan tidak perlu mengambil wuduk terlebuh dahulu, namun seeloknya ambil sebagai adab), namun perlu berwuduk jika baca kitab Al-Quran yang tanpa terjemahan.)
Boleh dimulakan dengan mendengar bacaan (pun sunnah dan berpahala), boleh baca makna dan seterusnya belajar baca sikit-sikit. Kemudian banyak pula. Jika dah tahu nanti boleh cuba hafal pula pada masa akan datang. Mulakan surah yang pendek, kemudian yang panjang. Tak apa, cuba sedaya kita, asalkan kita cuba. Allah menilai setiap usaha kita walaubagaimanapun. Benda baik, mesti Allah bantu. Insya-Allah.
"Adapun orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan gagap, tersangkut & merasa sukar ketika membacanya, baginya dua pahala.- (Hadith Riwayat Muslim)
Seronokkan? Bukan sahaja Tuhan tidak marah, tapi dia hargai usaha kita dengan beri ganjaran lagi. Masya-Allah. Jom, mulakan membaca! Masih belum lagi terlewat.
Sebaik-baik manusia adalah manusia yang beri manfaat kepada manusia lain. Dan menjadi tanggungjawab kita semua untuk berdakwah dan menyampaikan sesuatu yang baik. Antara kebaikan apabila dikenali, kita lebih mudah menyampaikan pengaruh yang baik-baik. Yang pasti kesannya bukan sedikit, insya-Allah.
Di bawah ini saya sertakan video (daripada facebook) persembahan Faizal Tahir dengan lagu Assalamualaikum dalam Anugerah Juara Lagu ke 30, serta lagu Caliph Buskers dengan lagu Hanya Nama-Mu. Namun jika kekurangan dari segi kelancarannya, boleh lihat video mereka di AJL menerusi youtube: Faizal (klik sini) dan Caliph Buskers di (sini). Terima kasih.
Ini sedikit nota melalui beberapa rancangan agama yang ditonton dan didengar sepanjang bulan ini. Jadi saya telah mengumpulkannya untuk diletak di dalam penulisan ini. Jika ada penambahan atau kekurangan, sila nyatakan ya? Terima kasih.
“Hikmah itu adalah barang yang hilang milik orang yang beriman. Di mana saja ia menemukannya, maka ambillah.”
Sahabat yang baik itu:
- Dia menutup aib sahabatnya.
- Dekat belakang / depan pun puji.
- Cari peluang untuk membantu.
- Saling mendoakan
Jangan kedekut doa. Doakan juga untuk orang lain; selalu.
Cara Kawal Marah:
- Wuduk
- Ubah posisi
- Diam diri
- Positif
- Senyum
- Istighfar (Tenang)
Dosa anak-anak
"Dosa anak-anak tidak akan ditanggung ibubapa jika ibubapa dah beri didikan agama, dah nasihat dan tak tau pun anak itu buat salah atau maksiat tersebut (di belakang mereka). Jadi anak itu menanggung dosanya sendiri.
Melainkan jika ibubapa tahu tapi buat tak tahu, tak nasihat langsung, atau tak berusaha beri didikan agama, baru ibubapa pun juga menanggung dosanya.
Masa diisi dengan:
- Iman (walau sebesar zarah boleh keluarkan kita dari neraka; sedar dosa kita.)
- Amal
- Berpesan-pesan
- Sabar & syukur
Positif:
-Tahu ilmu / kelebihan kita. Terus belajar.
- Berlatih & amalkan. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul
-Terus tambah nilai diri
Ciri wanita solehah:
- Beriman. Taat pada Allah.
(Jangan bagi nafsu menang. Tahan dulu kehendak lain, utamakan solat. Terima kasih dengan nikmat Tuhan.)
- Jika ada suami, tidak derhaka pada suami.
- Jaga aurat.
- Memelihara diri. Jaga diri.
Tiga yang kena ada nak dapat ciri wanita solehah:
- ILMU (Perlu selalu menambah ilmu; belajar)
- INGIN (kuat keinginan) Sebab nafsu dan iman sentiasa berperang, jika keinginan kuat iman menang. Kita ingin sebab nak jadi ahli akhirat yang tempatnya di syurga.
- INGAT (Recall. Beringat dan muhasabah selalu.)
Kalau kita cinta Nabi; kita ikut Nabi. Tanda cinta Nabi:
- Jadikan diri al-amin (benar, dipercayai dan amanah)
- Mengasihi makhluk Allah yang lain. (Nabi jenis menjaga hati.)
- Selawat kepada Nabi.
Kelebihan berselawat:
- Ganjaran 10 kali ganda
- Ingatkan apa kita lupa
- Jaminan syafaat Nabi
- Dapat ketenangan & sebagai penawar.
"Allahumma solli 'ala sayyidina muhammad wa'ala ali sayyidina muhammad."
2 S kalau lupa sesuatu dan kita buat, perkara ni akan buat kita teringat balik adalah;
- SOLAT dan SELAWAT.
Insya-Allah. Jika lupa sesuatu, solat dan selawatlah.
Lagu-lagu penyanyi dan pencipta lagu baru, Ippo Hafiz begitu dikenali bermula semenjak ia menjadi lagu tema (OST) drama Teman lelaki Upahan (Rahsia dan Hujan Sepi) satu ketika dulu. Kemudian dikuti dengan lagu tema Hidayah-Mu Ramadhan (turut dikongsikan melalui blog ini.) Dan terkini selain beberapa lagunya menjadi lagu tema drama bersiri popular dan filem, dikhabarkan beliau akan keluarkan album penuh tidak lama lagi!
LIRIK LAGU DIA UNTUKKU - IPPO HAFIZ
(OST : Filem Kimchi Untuk Awak)
Saatku menanti wahai cintaku
Saatku lemah aku terbayang wajahmu
Di mataku dalam jiwaku
Kau melihat aku dalam senyumanmu
Kau bahagiakanku tulus, takdir temukan kita
Cinta aku dengan kamu
Meskipun kuharus bisa
Junjung langit-Nya
Meskipun harus aku
gapai bintang-Nya
Hanya kau yang satu tercipta untukku
aku takkan berpaling
Tuhan, yakinkan aku dia untukku
agar kutakkan luluh genggam tangannya
Suluhlah jalanku selama bersamanya
dia untukku
Takkan aku berpaling menjauhi cintamu
Hukumku bila terjadi
Meskipun kuharus bisa
Junjung langit-Nya
Meskipun harus aku
gapai bintang-Nya
Hanya kau yang satu tercipta untukku
aku takkan berpaling
Tuhan, yakinkan aku dia untukku
agar kutakkan luluh genggam tangannya
Suluhlah jalanku selama bersamanya
dia untukku
Orang memohon maaf dan dimaafkan ni orang yang kuat. Salah dengan manusia, mohon maaf dengan manusia, salah buat dosa dengan Tuhan, mohon maaf dengan Tuhan.
Allah Maha Pengampun. Nabi pun sangat pemaaf. Nak jadi mulia, kita ikut sikap yang mulia. Tak rugi jadi pemaaf dan minta maaf.
Waktu sesuai mohon maaf dengan Tuhan: tengah malam. Sunyi dan lebih tenang. Rasa dekat.
Tanda Allah maafkan kita:
- Sedih kerana dosa pada Allah; tanda dirahmati
- Kita rasa dosa kita besar
- Kita rasa nak beramal dan menjauhi yang mungkar Cara mohon maaf dengan Allah:
- Istighfar
Astaghfirullahal a'zim
- Penyesalan
- Doa
- Dan tidak mahu buat salah tu lagi.
Apa pun, jaga diri dan jaga hati. Banyakkan istighfar.
Maaf sifat mulia, tak rugi jika kita juga memaafkan. Dan tak perlu tunggu orang minta maaf. Buatlah kerana ia mulia; dan kerana Allah suka.
Jangan sesekali putus asa dengan (rahmat) Allah. Terus sangka baik dengan (takdir) Allah. Dia duga bukan saja-saja. Ada hikmah & sebabnya. Insya-Allah. 💪