Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Berniaga & membeli dengan Snackysneaky


Jika rasa terfikir untuk memberi kelainan dan menarik pelanggan membeli produk kita, atau mungkin mahu menghadiahkan sesuatu untuk tersayang (menggunakan kotak bertema), Snackysneaky ada jawapannya. Malahan kalau rasa ada barang dan berminat nak terlibat dengan cara ini, cuma tak tahu bagaimana, pihak Snackysneaky pun boleh tolong kita.

Bayangkan produk yang kita ada atau jual (ya, bukan setakat barang yang kita siap ada, yang kita buat sendiri pun boleh juga) dijadikan hadiah untuk orang atau dapat dibeli orang dengan cara mudah milik iaitu melalui kotak (ini kita buat). Tapi ada pihak monitor (uruskan) jual beli itu. Mesti seronokkan? Mudah pun mudah.
Contoh barang dalam laman web ini.
Oh ya, apa Snackysneaky ni?

Snackysneaky.com laman web atau tempat (marketplace) untuk kita jual barang yang kita ada / buat atau kalau rasa-rasa nak beli kotak bertema tersebut. Kira macam tempat mereka ini sebuah kedai. Kita letak barang dekat situ. Gambar & harga barang kita letak. Tapi urusniaga beli pihak mereka yang kendalikan melalui laman web tersebut. Nanti pihak Snackysneaky akan beri notifikasi update beritahu kita. ada orang beli. Memudahkan kita. Dan kita bolehlah menghantar barang tersebut selepas itu. Tapi kalau kita tak ada produk sendiri tapi nak juga terlibat buat kotak bertema dan penghantaran ini, pun boleh. Menarikkan? Kena habiskanlah baca artikel ini.

Berapa kena bayar kalau peniaga nak join?
Snackysneaky hanya mengenakan satu caj sahaja iaitu caj transaksi sebanyak RM 1.70/box, caj transaksi hanya akan di caj selepas produk anda laku. Ini bermaksud tiada jualan tiada caj akan dikenakan. Selain itu, TIADA caj lain seperti pendaftaran atau caj memuatnaik produk dikenakan.

“Okaylah, katalah kalau saya dah berminat, saya nak terlibat dengan kotak bertema ini, bagaimana?”
1. Pergi ke laman web Snackysneaky.com yang cantik itu.

2. Daftar akaun vendor (Isi maklumat dalam itu. Tick pada "Apply to become a vendor"). Tick tau.


3. Kemudian, anda akan dibawa ke page Sales report. Setiap penjualan themed box anda dan order boleh diakses hanya dengan log masuk ke akaun seller.


4. Untuk meng-edit maklumat kedai atau peniaga, boleh ke seller dashboard. Di sini anda boleh memuat naik maklumat produk dan harga. Harga produk & caj postage adalah ditentukan oleh seller (peniaga iaitu anda) sendiri.


5. Kemudian peniaga akan dapat notifikasi, dan maklumat tentang pembelian (order) tersebut. Dan bolehlah peniaga menghantar barang dengan lebih mudah selepas itu.
“Saya tak ada produk luar. Saya buat sendiri semua. Bolehkah kalau saya nak join?”
Boleh. Barang DIY (buat sendiri) pun boleh. Tiada masalah.
“Saya tak ada barang, Nampak macam seronok. Bagaimana boleh terlibat?”
Kita boleh menjadi curator kepada themed box yang ada. Curator bermaksud mereka memilih produk yang ada di pasaran, menyusun di dalam kotak hadiah & membuat penghantaran. Tak faham bab ini boleh terus bertanya pada pihak Snackysneaky di +60104210298.


Pendek kata, Kelebihan menjual di Snackysneaky.com

1. Pihak Snackysneaky yang akan monitor dan mengendalikan proses jual beli di laman web Snackysneaky sepanjang masa (memudahkan peniaga barang yang tiada masa untuk berniaga online). Setiap order yang diterima akan dihantar ke peniaga (ya, anda yang daftar itu) dan peniaga akan membuat penghantaran.

2. Tidak perlu bimbang mengenai aspek marketing, kerana pihak Snackysneaky yang akan menjalankan marketing & product publicity melalui semua sosial media yang Snackysneaky ada.

3. Setiap produk yang dijual di Snackysneaky tidak akan dilabel dengan brand Snackysneaky, Snackysneaky.com hanya bertindak sebagai website & medium jual beli. Ini memberi peluang untuk peniaga mengembangkan brand & nama kedai masing-masing.

3. Sekiranya peniaga yang berminat tidak mempunyai asas dalam penggunaan internet dan komputer, pihak Snackysneaky dengan terbuka hati untuk membantu langkah demi langkah melalui whatsapp +60104210298 secara one to one.

4. Snackysneaky hanya mengenakan satu caj sahaja iaitu caj transaksi sebanyak RM 2.50/box, caj transaksi hanya akan dicaj selepas produk anda laku. Ini bermaksud tiada jualan tiada caj akan dikenakan. Selain itu, TIADA caj lain seperti pendaftaran atau caj memuatnaik produk dikenakan.

5. Peniaga boleh menulis artikel dan mempromo kedai / perniagaan mereka di blog Snackysneaky secara percuma.

***


“Kalau cuma nak beli barang saja, bagaimana pula?”
Jomlah jenguk Snackysneaky.com. Seperti di laman web jual beli barang lain juga. Daftar (register) dulu. Kemudian pilihlah barang yang ingin dibeli, letak dalam troli (cart). Tapi kalau dah pilih barang, tiba-tiba baru teringat nak daftar, tiada masalah. Nanti dia akan minta maklumat dan beritahu cara membayar. Mudah saja. Jadi bolehlah beli untuk diri sendiri atau hadiahkan kepada tersayang kotak bertema tersebut.

Sekian, selamat membeli dan menjual di Snackysneaky
Terima kasih.



3 yang menasihati

  1. Malam nanti saya baca. Sedang travelling ni.

    ReplyDelete
  2. Wahh.. Menarik ni Anem. Rasa nak menjual barang secar online. Tapi biasanya tak ada masa nak buat. Huhu. Teringin nak mencuba nanti. Terima kasih, Anem atas perkongsian. =)

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top