Menjemput rezeki yang berkat


Rezeki semua orang dapat. Cuma berbeza bahagiannya. Dan rezeki jika memang untuk kita, tetap untuk kita, lambat atau cepat. Cuma perlu bersabar. Namun jika tiada rezeki dalam sesuatu itu (terutama sesuatu yang kita suka / harap), adalah hikmahnya. Diganti dengan yang lebih baik di sini, atau di sana (akhirat). Yang penting, kita yakin dengan ketentuan-Nya dan teruskan berusaha. Jangan putus asa. Insya-Allah.

"Kadang-kadang kita rasa kita tak mampu buat dengan ujian yang diberikan, tetapi Allah tahu hamba-Nya yang mana satu mampu tempuhi." - A

3 sebab Allah bagi rezeki: 
1- Ujian (Orang perempuan diuji ketika susah. Orang lelaki diuji ketika senang) 
2- Keperluan kita (Ada keperluan, adalah rezeki Allah sediakan. Rezeki anak, isteri) 
3- Tanggungjawab yang kita tunaikan (Semakin tinggi tanggungjawab yang kita tunaikan, semakin banyak rezeki yang Allah beri). 

- Ustaz Al Amin, Radio Ikim Fm -- 
*Antara Sumber: Cikpuan Adibah Bakri & FB Nadiah Azaman 
"Kalau memang dah rezeki kita, seluruh isi bumi nak tahan pun takkan dapat, jika tanpa izin Allah. Kalau memang bukan rezeki kita, seluruh isi bumi cuba nak beri pada kita pun takkan dapat, jika tanpa izin Allah. Tenanglah, sebab rezeki masing-masing sudah ditentukan. Orang lain tak dapat ambil. Jangan cakap tak ada rezeki kita, sebab rezeki kita akan habis bila nyawa kita di tarik sahaja. Waima seseorang ditakdirkan meninggal beberapa minit lagi tapi masih ada rezeki dia untuk makan Mee goreng, Mee goreng tu tetap akan masuk mulut dia sebelum nyawa nya ditarik. Kerana itu sudah tertulis rezekinya. Wallahua'lam." - Ustaz Zaharuddin
Tips berbaik dengan Pemilik Rezeki: (menjemput rezeki) 
-Bersyukur selalu, insya-Allah Allah akan tambah lagi nikmat.
- Nak duit banyak masuk, kena keluarkan duit (sedekah) 
- Maafkan orang, tidak mengata 
- Amalkan membaca Al-Quran, selalu berdoa 
-Menyempatkan diri beribadah 
-Berbakti &doakan ibubapa 
-Berpagi-pagi 
-Solat dhuha 
-Teruskan usaha, doa & tawakal 
- Jangan mengalah!

MAKANAN
" Makan banyak sebab tak nak membazir adalah alasan nafsu. Elok mencegah daripada awal; iaitu dengan sederhana membeli." - Ustaz
  • Nak beri atau belanja makan ni, kalau boleh mulakan ahli keluarga dan sanak saudara dulu. Dan diikuti dengan orang yang baik serta golongan memerlukan.
  • Elakkan menghina makanan. Nabi suka, dia makan. Tak suka, dia tinggalkan (tak makan).
Doa untuk orang yang ajak/beri/belanja makan :
"Ya Allah berilah makan pada yang beri makan pada kami. Berilah minum pada yang beri minum pada kami."
  • Sunnah ajak orang gaji sekali makan.
  • Doa selalu untuk murah rezeki dan terima kasih pada manusia dan syukur pada Allah.
  • Yang kita bagi makan sebolehnya orang tu baik. Dia akan hargai dan doakan.
  • Yang penting, beri ikhlas.
"Elakkan menipu dalam berniaga jika mahu rezeki berkat. Dan orang berniaga perlu banyakkan sedekah untuk bersihkan rezeki dia."
- Ustaz.

Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim [14]: 7)
Akhir kata daripada saya,

Mungkin pada yang sudah tiada ibu / ayah, dia ada suami / isteri yang sedang erat memeluk.
Mungkin pada yang belum bersuami / isteri, dia masih ada ibu / ayah / adik-beradik yang menggembirakan hati.
Mungkin pada hati yang sedang amat kecewa, dia sudah banyak tempat mengembara.
Mungkin pada yang rasa kekurangan pada penampilan luaran, dia sedang mempunyai ramai kawan.
Mungkin pada yang kekurangan wang, dia punya anak yang ramai untuk membantunya kelak.
Mungkin pada yang belum ada anak, dia ada kediaman yang begitu selesa.
Mungkin pada yang masih kurang dalam kerjaya, dia masih punya badan yang sihat.
Mungkin pada yang kurang sihat masih ada yang meneman dan mendoakannya diam-diam.
Mungkin pada yang rasa diri dia belum cukup baik, masih ada yang sudi percayakannya.
Alhamdulillah. Semua itu adalah rezeki; daripada Yang Maha Pengasih.

Semua ada bahagian mereka. Jadi tenang-tenang sahaja.
Kita tak tahu apa kita tak tahu. Tapi Allah Maha Tahu. Kita buat kerja kita; usaha. Biar Allah tentukan sudahnya. Doalah yang baik-baik untuk semua. Insya-Allah. Moga dipermudah.
Dan yakinlah, takdir Tuhan itu baik-baik belaka.

SANGKA BAIK & DOA BAIK-BAIK. INSYA-ALLAH DAPAT BAIK-BAIK.
TERUSKAN USAHA DAN SEMOGA BERJAYA! :)


2 yang menasihati

  1. mudah2an kita semua beroleh rezeki yang berkat aminnnn

    ReplyDelete
  2. good info... minta izin utk share

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top