Setelah menulis sekian lama dahulu berkaitan fotografi perkahwinan dan persiapan perkahwinan, izinkan saya berkongsi beberapa laman percuma template atau design kad kahwin. Banyak perisian (software) yang boleh digunakan untuk membuat kad ini sendiri. Saya sediakan pautan (link) untuk download di bawah.
*Kalau nak buat di microsoft Publisher dan pilih Greeting Cards banyak pilihan di sana.
Lebih menyenangkan, sudah ada laman web (nama sama untuk aplikasi telefon) dengan nama "Canva", menyediakan template siap untuk grafik atau kad: https://www.canva.comApa yang penting dalam membuat kad ini, kita kena tahu kita nak saiz apa dan jenis bagaimana (melintang, menegak, depan belakang, lipat atau tidak). Kemudian kita perlu sesuaikan jenis tulisan, gambar apa. Untuk print pula kemudian, kita kena pula memilih kertas yang sesuai mengikut apa yang kita perlu dan mahu.
TEMPLATE KAD KAHWIN PERCUMA (MS WORD) / MICROSOFT PUBLISHER
Cara buat kad menggunakan Microsoft Word
1.Pertama klik New pilih lalu invitation dengan Format dokumen blank document. Perhatikan yang terlihat pada imej di bawah ini.
2. Seterusnya pilih template yang sesuai, pilih sub menunya mahu tema undangan perniagaan, mahu tema undangan kegiatan atau acara,. Jika sudah, tentukan pilihan seperti yang dimahukan.
3. Langkah ketiga adalah klik butang download, tunggu proses downloadnya selesai, setelah proses download berjaya selesai akan tampil dokumen dengan tema yang anda inginkan, setelah itu tinggal di edit sahaja tulisan nya.
*Kalau nak buat di microsoft Publisher dan pilih Greeting Cards banyak pilihan di sana.
Banyak lagi template untuk mickrosoft word / power point atau publisher di sini: https://templates.office.com
Boleh rujuk juga: Tutorial buat pelan rumah guna word
Video tutorial lukis map lokasi pelan rumah pengantin dalam kad
(Guna power point)
(Guna power point)
TIPS TEMPLATE KAD KAHWIN (POWER POINT)
Sumber: bachok.net
Sumber: bachok.net
- Perkara pertama ialah membuka power point dengan memilih slide blank. Kerana dengan slide tersebut kita boleh melukis bentuk kad yang diinginkan.
- Pastikan pilihan kertas untuk jemputan sesuai semasa diprint. Untuk meletakkan gambar anda dan pasangan biarlah bersesuaian dengan tema kad anda.
- Warna juga memainkan peranan penting, pemilihan warna untuk kertas yang dipilih untuk latar belakang sesuai dipadankan dengan tulisan warna yang terang (putih, kuning, hijau terang dll). Dan sebaliknya jika anda memilih warna kertas yang cerah, sesuai dipadankan dengan tulisan gelap (hitam, merah, oren dan sebagainya).
- Font dan saiz tulisan untuk kad pastikan boleh dibaca. Tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Ini kerana memudahkan penerima kad senang dibaca.
- Nama bakal pengantin, nama orang tua anda, alamat rumah, tarikh, dan lain-lain ditulis dengan betul.
- Begitu juga dengan peta, iaitu pelan lokasi rumah anda dilukis dengan menggunakan shapes. Kerana mudah untuk edit. Pelan lokasi harus diletakkan di belakang kad.
TEMPLATE KAD KAHWIN PERCUMA (ADOBE ILLUSTRATOR)
Template yang boleh dimuat turun:
Ada 8 design percuma kad kahwin yang boleh dibuka melalui perisian ini di vectorlogo4u.com
Namun saya sertakan 3 rekaan sahaja di sini:
(Download) |
(Download) |
(Download) |
*Selepas download tadi, bukalah guna perisian percuma yang dah ditemui itu.
Percuma kartun vector pengantin untuk kad kahwin
Percuma rekaan bighandesign
Download vector: format eps boleh diedit
Tulisan jawi / kaligrafi khat: walimatulurus untuk kad kahwin
CARA MENGGUNAKAN ADOBE PHOTOSHOP
Tutorial: Tutorial diy kad kahwin sendiri diy
Idea kad kahwin moden:
Cetak dan tempah kad kahwin online:
Doa-doa dalam kad kahwin
Antaranya:
Ya Allah Ya Tuhan Kami..
Satukanlah hati ke dua mempelai ini seperti
engkau satukan Adam & Hawa, Yusof & Zulaikha dan seperti
Engkau satukan hati Muhammad S.A.W dan Siti Khatijah
Ya Allah
Restuilah dan berkatilah Majlis Perkahwinan
nama pengantin___________________________________ ini
Semoga majlis ini berjalan dengan sempurna sepertimana
yang Engkau kehendaki
Semoga jodoh ini berkekalan buat selama-lamanya
Kami bermohon dimurahkan rezeki serta kurniakanlah
Kami zuriat yang soleh dan solehah agar kami dapat
menjalani kehidupan baru ini
dengan penuh keimanan dan ketaqwaan
Amin Ya Rabbal Alamin
Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Adam
Bukan daripada kepala untuk dijadikan pemimpinya,
bukan daripada kaki untuk dijadikan alasnya,
melainkan disisinya untuk dijadikan teman hidupnya
dekat dengan lengan untuk dilindungi
dan dekat dihati untuk dicintainya
Terima kasih. Tahniah dan moga baik-baik dan dipermudahkan untuk semuanya. Insya-Allah.
16 yang menasihati
wah tq2 . hehe
ReplyDeleteIt's really awesome post. Your post is useful for me.
ReplyDeleteKeep update your blog.
Kad kahwin
tq admin for sharing.. semoga rezeki melimpah ruah.. aminn..
ReplyDeleteMoga Allah murahkan rezeki tuan
ReplyDeleteSama-sama buat semua. Moga dipermudahkan semua urusan. Insya-Allah.
ReplyDeletethe soft98.me link is not working
ReplyDeleteDah betulkan. Terima kasih.
Deleteterima kasih
ReplyDeleteHey, Thank you so much for such a nice post. You can get the updated Win 7 lite full complete edition for free now
ReplyDeleteHey, Thank you so much for such a nice post. You can get the updated
ReplyDeleteWindows 7 AIO SP1 July 2018 ISO 32 Bit-64 Bit
tq admin
ReplyDeleteTerima kasih admin up LINK Vectorlogo4u.com
ReplyDeleteAmir
- Founder Vectorlogo4u
Thanks for sharing
ReplyDeleteThank u so much for the post... Get the free software and apps from softopc site
ReplyDeleteNice post, thanks admin :)
ReplyDeletemana templatenye yg boleh download and edit?tak jumpa
ReplyDeleteUntuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.