Mengata atau mengumpat adalah sikap yang tidak seronok untuk kita ada apatah lagi untuk kita hadap (pernah menulis juga tentang ini: Cuba berhenti mengumpat). Seorang muslim sewajarnya menyayangi orang islam lain seperti dirinya sendiri. Bagaimana kita mahu dilayan dan dihargai begitu juga kita perlu buat terhadap orang lain. Hidup sementara adalah untuk saling menghormati. Bersangka baiklah. Kerana seseorang yang ada masa silam yang hitam sekalipun, tak mustahil untuk berubah. Jadi, jom saling menghormati.
"Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan daripada kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya." - (Hadis Riwayat Muslim).Dalam hidup, cemuhan tetap akan ada. Ujian nak buktikan kita ini hatinya tetap untuk terus berada di jalan kebaikan. Orang beriman memang akan diuji.
- Asal manusia sama. Jangan sombong.
- Nak dekat dengan Allah, mulakan dengan solat. Jaga solat.
- Prinsip islam tujuan tak halalkan cara.
- Kalau kita beruzlah, jangan kerana manusia. Buat kerana betul nak perbaiki diri.
- Jangan jadikan musuh sebagai guru kita.
- Sahabat akrab boleh tegur keburukan kita.
- Orang takkan tendang anjing yang mati. Maksudnya jika tiada apa-apa orang tak usik.
Marilah kita sibukkan dengan hal kita dan tutuplah aib orang lain. Insya-Allah di akhirat aib kita juga ditutup. Insya-Allah.
Petikan melalui rancangan Al- kulliyyah:
Kesan jika mengumpat / kutuk:
-Allah murka
-Doa tak diterima
-Tidak diterima amalan baiknya selagi tak minta maaf
-Makin mudah buat salah
" Orang yang mengutuk lagi stress sebab dia memerlukan banyak database nak mengutuk. "
Seseorang yang suka kutuk / mengumpat sebab dirinya ada sifat:
-Sangka buruk
-Gopoh
-Rasa diri baik (remehkan orang)
-Dengki
" Orang yang ada gelisah dalam jiwa, syaitan mudah pengaruh. Mudah gopoh. Sebab tu perkara tak logik pun boleh jadi logik."
"Belajar sangka baik dengan semut. Semut selalu sangka baik. Apabila orang terpijak, katanya takpa mungkin orang tak perasan."
"Siapa yang tak pernah buat silap. Sedih juga apabila seseorang dah bertaubat, insaf & berubah tapi masih dihukum lagi."
"Kalau hati seseorang kotor, hiburannya pun kotor juga. Seperti lalat yang hanya sukakan sampah."
"Sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa. Orang yang suka mengutuk sebab mereka suka bersangka buruk."
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. " - (surah al-Hujurat: ayat 12).
"Takutlah jika kita buat teruk dekat orang, orang tak balas. Sebab mungkin dia berserah pada-Nya. Sesungguhnya kekuatan Allah tiada batas." - Ustaz Abdullah Mahmud.
-- Boleh juga baca di blog lain tentang ini: mygalaxyandme0000.blogspot & farhanahadzlan06.blogspot
Jadi, jom perbaiki diri perlahan-lahan. Setiap usaha kita dinilai Dia. Jadi usaha, doa dan yakinlah! Insya-Allah. Terus! Moga Allah redha.
3 yang menasihati
Betul tu.. tak bagus sikap mengumpat ni. sebab pertama, memutuskan silahturahim.. yang keduanya buat budaya benci membenci.
ReplyDeleteDunia ni perlukan kasih sayang.. bukan sikap benci membenci..
Allahuakbar. thanks atas peringatan ni :)
ReplyDeleteTerima kasih.Ampunilah dosa2ku ya Allah.Bimbinglah kami dlm mengharungi kehidupan ini agar tidak melakukan ghibah terhadap saudara2 seIslam kami.
ReplyDeleteUntuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.