Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Lirik Mencinta Kamu - Drama Band (OST Nahu Rindu)


Selepas tamatnya drama Jejak Karmila, drama Nahu Rindu (13 episod) yang diterajui oleh Aeril Zafrel dan Ummi Nazeera pula akan muncul di slot Zehra (setiap Rabu hingga Jumaat jam 9 malam), di Saluran 103, TV3.

Banyak OST (lagu tema) yang menarik dalam drama Nahu Rindu ini antaranya: Sheila Abdull - Kata Hati, Sarah Fazny - Tak Mungkin, 6ixth Sense - Selamat Tinggal dan lirik yang saya kongsikan di bawah ini pula adalah Mencinta Kamu nyanyian Drama Band. Lagu-lagu Drama Band tidak pernah mengecewakan. Dan jika dihayati lagu ini adalah berunsurkan ketuhanan. Jom dengarkan!



Lirik Lagu Mencinta Kamu - Drama Band

Mungkin bukan diri ini yang terbaik
Mungkin bukan diri ini yang sempurna
Namun rela ku serahkan jiwa raga
Demi memiliki semua yang terindah

Untukku
Untukmu

Mencinta kamu
Akanku kerjakan sepanjang hidupku
Biar sampai nyawa ini kan terhapus
Hanya kamu terbaik untukku

Bukan hanya semusim
Semusim takkan cukup
Ku ingin selamanya
Selamanya

Mencinta kamu
Akanku kerjakan sepanjang hidupku
Biar sampai nyawa ini kan terhapus
Hanya kamu terbaik untukku

Mencinta kamu
Akanku kerjakan sepanjang hidupku
Biar sampai nyawa ini kan terhapus
Hanya kamu terbaik untukku

Mungkin bukan diri ini yang terbaik
Mungkin bukan diri ini yang sempurna

*****

Lagu & Lirik: Aepul Roza (Penyanyi Drama Band)

- Sumber: Lirik

Sinopsis Drama Nahu Rindu

Segalanya berubah apabila Kasyaf meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk ke perkahwinannya bersama Nazira. Ibu Kasyaf yang cacat penglihatan tidak tahu bahawa Kasyaf telah pun meninggal dunia. Suatu hari, Nazira bertembung dengan Fateh yang seiras Kasyaf. Dia mula jatuh hati tapi Fateh telah pun berumah tangga.  (info)

Sumber

1 yang menasihati

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top