Cara solat sunat tahajjud & doanya


Solat sunat tahajjud adalah solat sunat tengah malam yang dibuat setelah terjaga daripada tidur. Lebih afdal dibuat sendirian tengah malam. Tiada had rakaat. Dibuat untuk mendapat ketengan, menguatkan diri, mendekatkan diri dengan Allah serta mengucapkan syukur dengan semua nikmat sebagai tanda kehambaan. Melalui majalah GenQ edisi 51 dalam bab Step by step tahajjud, ada dikongsikan kisah Ibnu Masud terbangun daripada tidur dan melakukan solat ini (sumber kitab Qiyam al-lail :Abu Nasr al-marwazi).

Gambar: Buku Bermunajat dalam Keheningan Oleh Abu Al-Hamidy

Langkah demi langkah untuk memulakan tahajjud:
- Niat mahu tahajjud sebelum subuh. Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang mendatangi katilnya dengan niat bangun malam untuk melakukan solat, akan tetapi ia tertidur hingga pagi, maka Allah menuliskan untuknya apa yang ia niatkan tersebut. Tidur itu merupakan sedekah daripada Allah untuknya.” (Riwayat al-Nasa'i).
- Ketika bangun (sapu muka dan baca surah Ali Imran ayat 190-200. Berdoa seperti mana yang diajar Nabi jika terjaga waktu malam. (Boleh rujuk: Doa bila terjaga di malam hari)

Sumber: flickr.com
- Berwuduk dan memburus gigi. 

عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ الْيَمَانِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : كَانَ رَسُوْلُ اللهِ إِذَا قَامَ مِنَ اللَّيْلِ يَشُوْسُ فَاهُ بِالسِّوَاكِ

“Dari Hudzaifah ibnul Yaman Radhiyallahu ‘anhu, dia berkata : “Adalah Rasulullah jika bangun dari malam dia mencuci dan menggosok mulutnya dengan siwak”. [Hadits riwayat Bukhari]


- Warm up dengan dua rakaat ringkas. (Jika bangun malam, solatlah dengan solat yang ringkas)
- Mulakan tahajjud dengan doa seperti yang diajarkan Nabi. Seperti hadis Ibnu Abbas. Dibaca berdiri sebelum memulakan solat tahajjud / selepas takbiraturihram dijadikan doa iftitah.

Doa solat sunat tahajjud

Sumber: Aplikasi Tuntunan Shalat Malam

- Iringi dengan solat tahajjud. Lanjutkan seberapa banyak rakaat termampu. Satu salam setiap dua rakaat. Sangat baik memanjangkan masa berdiri, rukuk dan sujud.
- Tutup dengan solat witir. Di antaranya adalah riwayat daripada ‘Abdullah bin ‘Umar bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

اجْعَلُوا آخِرَ صَلاَتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرًا.
Maksudnya:
Jadikanlah solat witir sebagai solat terakhir kalian pada malam hari. – (Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Witr, no: 998.)
- Tidur semula.
Daripada Aisyah RA, beliau berkata:

كَانَ يُصَلِّي إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً، كَانَتْ تِلْكَ صَلاَتَهُ يَسْجُدُ السَّجْدَةَ مِنْ ذَلِكَ قَدْرَ مَا يَقْرَأُ أَحَدُكُمْ خَمْسِينَ آيَةً، قَبْلَ أَنْ يَرْفَعَ رَأْسَهُ، وَيَرْكَعُ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلاَةِ الفَجْرِ، ثُمَّ يَضْطَجِعُ عَلَى شِقِّهِ الأَيْمَنِ حَتَّى يَأْتِيَهُ المُنَادِي لِلصَّلاَةِ
Maksudnya: “Adapun Nabi SAW solat sebanyak sebelas rakaat, kadar satu sujud Nabi SAW adalah selama tempoh seseorang itu membaca 50 ayat sebelum Baginda SAW mengangkat kepalanya. Nabi SAW rukuk (solat) sebanyak dua rakaat sebelum solat Subuh. Kemudian Baginda SAW berbaring pada sebelah kanan sehingga didirikan solat”. [Riwayat al-Bukhari (1123)].
- Azan subuh
Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا
Maksudnya: “(Solat) Dua rakaat (sebelum) al-Fajar lebih baik daripada dunia dan seisinya”. [Riwayat Muslim (725)].



TATACARA RINGKAS MENGERJAKAN SOLAT TAHAJJUD

A) Tatacara Solat Tahajjud Dua Rakaat

Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Tahajjud
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Ulangilah solat dua rakaat ini sebanyak mana yang disukai dan diakhirkan dengan solat Witir. Hanya sahaja yang afdal adalah mencontohi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang mengerjakan solat Qiyam al-Lail ini (yakni solat Tahajjud dan Witir) tidak melebihi sebelas atau tiga belas rakaat.

Tatacara Solat Tahajjud Empat Rakaat

Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Tahajjud
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat awal
3) Bangun untuk rakaat ketiga

Rakaat Ketiga
1) Ulang seperti rakaat pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Bangun untuk rakaat keempat

Rakaat Keempat
1) Ulang seperti rakaat pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Ulangilah solat empat rakaat ini sebanyak mana yang disukai dan diakhirkan dengan solat Witir. Hanya sahaja yang afdal adalah mencontohi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang mengerjakan solat Qiyam al-Lail ini (yakni solat Tahajjud dan Witir) tidak melebihi sebelas atau tiga belas rakaat.

Rujukan: ebook hafizfirdaus.com

Cara ringkas
Sumber: Nisaalim


Dicadangkan juga merujuk:
- Cara menunaikan solat tahajud untuk noob
- Jika mahu cara lebih lengkap rujuk juga: shafiqolbu.wordpress
- Berkaitan solat malam




0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top